Kkm Pertimbang Doktor Kontrak Lanjut Pelajaran Peringkat Pakar Setara Hadiah Latihan Persekutuan


BERNAMA Menteri kesihatan berkata ia adalah antara langkah untuk menjamin masa depan doktor kontrak selain melihat kepada tempoh kontrak yang diberikan kepada mereka.
Seorang doktor kontrak berjalan keluar dari lobi utama sambil memegang plakad ketika mengadakan himpunan secara aman di Hospital Kuala Lumpur. Kementerian kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan agar pegawai perubatan kontrak mendapat peluang melanjutkan pelajaran kepakaran ke peringkat sarjana melalui kemudahan setara dengan Hadiah Latihan Persekutuan, sama seperti pegawai perubatan tetap.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata ia merupakan antara langkah untuk menjamin masa depan pegawai perubatan kontrak selain melihat kepada tempoh kontrak yang diberikan kepada mereka.
“Hadiah Latihan Persekutuan sebelum ini hanya diberikan kepada pegawai perubatan tetap, manakala pegawai perubatan kontrak hanya boleh memohon melalui Program Latihan Kepakaran Parallel Pathway.
“Jadi kita juga mahu memberi kemudahan yang sama kepada pegawai perubatan kontrak agar mereka boleh melanjutkan pendidikan kepakaran di IPTA negara ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Rosnah Aluai (PH-Tangga Batu) yang meminta KKM menyatakan rancangan untuk menjamin masa depan doktor kontrak agar negara tidak mengalami “brain drain” atau penghijrahan cerdik pandai pada masa akan datang.
Khairy berkata negara ketika ini tidak kekurangan siswazah dalam bidang perubatan sebaliknya kekurangan doktor pakar.
Pada masa ini terdapat 13,000 doktor pakar berbanding keperluan seramai 28,000 menjelang tahun 2023.
Khairy juga menjelaskan bahawa bermula 2016 terdapat peningkatan mendadak bilangan graduan dalam bidang perubatan, sekitar 5,000 sehingga 6,000 setiap tahun berbanding 3,000 sahaja sekitar 2009 sehingga 2015.
“Ini menyebabkan tekanan tinggi untuk mereka dilantik ke jawatan tetap selepas mereka melengkapkan latihan siswazah dan tempoh khidmat wajib… sehubungan itu mulai Oktober 2016, diputuskan graduan perubatan ditawarkan jawatan secara kontrak.
“Ia juga disebabkan dasar kawalan saiz perkhidmatan awam dan kawalan perbelanjaan secara berhemah kerajaan, jadi bukan semua akan dilantik secara tetap,” katanya.
Bagaimanapun katanya, pegawai perubatan kontrak ini diberikan emolumen setara dengan pegawai lantikan tetap, termasuk kemudahan seperti pinjaman kenderaan dan komputer, kuarters serta kemudahan cuti berdasarkan penguatkuasaan sedia ada.
“Kerajaan juga mewujudkan jawatankuasa khas pada 20 Ogos lepas bagi menangani isu doktor kontrak yang fokus kepada beberapa perkara termasuk meneliti dan mengemukakan permohonan bagi jawatan tetap tambahan mengikut keperluan fasiliti, mewujudkan strategi bagi meningkatkan peluang pekerjaan bagi mereka di kementerian lain, agensi kerajaan dan swasta serta mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi meminda Akta Pencen 1980 atau memperkenalkan akta setara,” katanya.
Khairy berkata jawatankuasa itu akan dianggotai wakil JPA, perbendaharaan, Unit Perancangan Ekonomi, kementerian pengajian tinggi dan agensi KKM.
Pada 23 Julai, kerajaan mengumumkan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/kkm-pertimbang-doktor-kontrak-lanjut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Teliti Hadiah Latihan Persekutuan Kepada Doktor Kontrak Kata Kj

Kkm Teliti Hadiah Latihan Persekutuan Kepada Doktor Kontrak Kata Kj

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 136 hits
September 15 2021 Khairy Jamaluddin berkata KKM mahu memberi kemudahan yang sama kepada doktor kontrak supaya mereka boleh mengikuti pengajian latihan kepakaran di IPT tempatan KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan sedang meneliti langkah untu...
Doktor Kontrak Sijil Vaksin Antara Fokus Dewan Rakyat Hari Ini

Doktor Kontrak Sijil Vaksin Antara Fokus Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 144 hits
September 15 2021 Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 17 hari iaitu sehingga 12 Okt KUALA LUMPUR Perancangan masa depan untuk doktor doktor kontrak maklumat penerima vaksin yang tidak mempunyai kad pengenalan diri sert...
Kj Beri Jaminan Cari Titik Penyelesaian Isu Doktor Kontrak

Kj Beri Jaminan Cari Titik Penyelesaian Isu Doktor Kontrak

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 143 hits
Perbincangan diadakan bersama Sekretariat Gerakan Hartal Doktor Kontrak KUALA LUMPUR Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberi jaminan akan mencari titik penyelesaian interim yang lebih baik berhubung isu serta permasalahan yang dihadapi ...
Doktor Pakar Kongsi Kenapa Bahaya Simpan Tangki Oksigen Di Rumah

Doktor Pakar Kongsi Kenapa Bahaya Simpan Tangki Oksigen Di Rumah

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 220 hits
Pasti ramai yang risau apabila melihat kes harian masih menunjukkan angka lima digit Sehingga ada yang terfikir dan memilih untuk menyimpan tangki oksigen di rumah masing masing kerana terlalu risau Walau bagaimanapun adakah perlu dan selam...
Ketua Pembangkang Akan Di Beri Saraan Dan Kemudahan Setara Menteri Ahli Di Libat Mpn

Ketua Pembangkang Akan Di Beri Saraan Dan Kemudahan Setara Menteri Ahli Di Libat Mpn

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 158 hits
SHAH ALAM Ketua Pembangkang akan diberi saraan dan kemudahan setara menteri kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata ahli parti pembangkang juga akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara Kabinet hari ini berset...
Hadiah Ini Sangat Bermakna Untuk Saya Fouziah Gous Terh4ru Terima Senaskah Al Quran Daripada Suami

Hadiah Ini Sangat Bermakna Untuk Saya Fouziah Gous Terh4ru Terima Senaskah Al Quran Daripada Suami

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 284 hits
Pelakon dan juga pengacara Datin Fouziah Gous terh4ru dan gembira apabila menerima hadiah istimewa berupa senaskah al Quran daripada suami tercinta Datuk Zhafran Yusof sempena ulang tahun perkahwinan mereka hari ini Ujar Fouziah dia mengang...
Hiburan Pilih Tarikh Lahir Anak Azmi Saat Anggap Kelahiran Sebagai Hadiah Ulang Tahun

Hiburan Pilih Tarikh Lahir Anak Azmi Saat Anggap Kelahiran Sebagai Hadiah Ulang Tahun

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 210 hits
Penyanyi kumpulan Caliph Buskers Azmi Saat khabarnya memilih tarikh lahirnya sebagai hari kelahiran anak sulung yang dinantikan dia dan isteri sejak 10 tahun yang lalu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementDifahamkan Azmi memilih 27 September ini ...
Kenapa Masih Tak Maju Sedangkan Semua Sumber Dan Pakar Kita Ada

Kenapa Masih Tak Maju Sedangkan Semua Sumber Dan Pakar Kita Ada

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 125 hits
KADANGKALA kita merasa sangat hairan negara sekecil Malaysia segala pakar sumber semua ada tetapi masih tidak maju berbanding dengan negara lain Thailand dan Vietnam sudah mula meninggal kita walaupun suatu ketika dahulu kita agak terkehada...
Tiada Keperluan Pertikai Keabsahan Pm Pakar Perlembagaan

Tiada Keperluan Pertikai Keabsahan Pm Pakar Perlembagaan

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 138 hits
Tiada keperluan untuk pembangkang mempertikaikan keabsahan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan penilaian dibuat Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dalam memilih perdana menteri meneru...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Eugene Levy S Toronto

Ringgit Has Been Unfortunate Unfairly Assessed Vs Us Dollar Bnm

Ringgit Closes Almost Unchanged As Opr Remains At 3

10 Penyanyi Berentap Dalam The Hardest Singing Show 2024 Kreativiti Luar Limitasi

Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Kenal Pasti Potensi Pembangunan Sekitar Stesen Ecrl

Asal Usul Coca Cola

Spiritual Leader Indians May Vote For Bersatu Candidate Because Of Pas



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


Khutbah Jumat Kewajiban Kita Terhadap Palestina

Bercakap Dengan Diri Sendiri Sebagai Terapi Diri

Koleksi Ucapan Pantun Selamat Hari Ibu 2024

Bolehkah Wanita Yang Sedang Haidh Memasuki Masjid Mengurus Jenazah Pergi Ke Kubur

Makan Kenduri Rumah Erra Fazira

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka