Kkm Kesan 6 Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual Yang Boleh Jejaskan Buah Pinggang Sistem Saraf Otak





Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi enam produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata produk berkenaan ialah Flashhskinzz Moist Sunscreen, Serene Treatment Cream, Tempias Hawa Master Recovery Skin Rskin dan Karisma Preventing Day Cream, yang masing-masing mengandungi merkuri.


Selain itu, dua lagi produk kosmetik yang terlibat ialah SL Two Kunyit yang mengandungi merkuri dan Betamethasone 17- Valerate dan SL Two Sarang Burung(Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate).





Beliau berkata merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan sehingga menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf serta boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau janin.

Bagi produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17- valerate, Dr Noor Hisham berkata produk itu ialah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.


"Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, hydroquinoneboleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar ultra ungu (UV) berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.


Selain itu, penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, menggelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.


Betamethasone 17-valerate pula boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat, katanya.










Dr Noor Hisham berkata penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Beliau berkata individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.


"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda hingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda hingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.


Dr Noor Hisham menyarankan orang awam yang sedang menggunakan produk berkenaan agar segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.


Sumber: Bernama


source https://www.thereporter.my/2023/03/kkm-kesan-6-produk-kosmetik-mengandungi.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2023/03/kkm-kesan-6-produk-kosmetik-mengandungi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buah Kurma Bukan Boleh Main Basuh Je Ikut Step Ini Barulah Betul Betul Bersih

Buah Kurma Bukan Boleh Main Basuh Je Ikut Step Ini Barulah Betul Betul Bersih

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 270 hits
Kurma merupakan antara makanan sunnah yang mengandungi vitamin karbohidrat vitamin dan anti oksidan yang mampu menjadi pelindung untuk penyakit berbahaya
Belanja Barang Dapur Di Kedai Runcit Boleh Tahan Mahalnya

Belanja Barang Dapur Di Kedai Runcit Boleh Tahan Mahalnya

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 385 hits
Belanja Barang Dapur Di Kedai Runcit Boleh Tahan Mahalnya Sana sini orang bercerita tentang harga barang dapur yang semakin mahal Kat office pun kekawan ada cerita beli baramg basah seminggu pun dah habis RM150 Sekejap je RM tu lesap ke tan...
Jahat Puak Puak Ni Bukan Boleh Percaya

Jahat Puak Puak Ni Bukan Boleh Percaya

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 285 hits
MOHD SHAH RIMCubaan PAS melagakan PMX dan Syed Bukhari dah bermula Jika tak isu agama isu bangsa itulah modal PAS
Tak Boleh Saman Wee Weee Weeee Woooo Woooo

Tak Boleh Saman Wee Weee Weeee Woooo Woooo

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 284 hits
Kami rasa mostly rakyat malaysia dah tahu dimana apa apa ucapan dan perbahasan yang dibuat didalam dewan rakyat tidak boleh dikenakan tindakan undang undang Logiknya kalau ucapan tersebut boleh disaman macam mana MP nak persoal dan pertikai...
Boleh Cuba Pasta Atau Mee Kalau Anak Tolak Nasi Ibu Ini Kongsi Menu Buat Anak Makan Bertambah

Boleh Cuba Pasta Atau Mee Kalau Anak Tolak Nasi Ibu Ini Kongsi Menu Buat Anak Makan Bertambah

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 328 hits
Anak kadang kadang jemu makan nasi bila mama buatkan menu nasi anak mula tolak Pening juga kadang kadang Sebenarnya mama boleh jadi kreatif dengan pelbagai jenis menu tak semestinya nasi Jom ikuti resepi yang dikongsi ibu ini Selamat mencub...
Puteri Sarah Dedahkan Syamsul Mmg Nak Bercerai Tapi Tak Boleh Dan Ini Sebabnya

Puteri Sarah Dedahkan Syamsul Mmg Nak Bercerai Tapi Tak Boleh Dan Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 329 hits
Keputusan yang dibuat oleh Syamsul Yusof untuk tidak menceraikan isterinya Puteri Sarah Liyana mengejutkan banyak pihak
Boleh Beri Peruntukan Mp Pembangkang Tapi Runding Dulu

Boleh Beri Peruntukan Mp Pembangkang Tapi Runding Dulu

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 246 hits
Kerajaan Perpaduan tidak akan mengamalkan dasar diskriminasi seperti sebelum ini terhadap Ahli Parlimen pembangkang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebaliknya peruntukan akan diberikan oleh Kerajaan Persekutuan selepas pros...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ikan Patin Masak Tempoyak

Thank You John Cena Bersara Selepas 24 Tahun

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Turis China Bisa Kunjungi 6 Negara Ini Selain Jepang

Ketukan Misteri Jam 4 Pagi Gegarkan Penduduk Bertam