Boleh Beri Peruntukan Mp Pembangkang Tapi Runding Dulu




Kerajaan Perpaduan tidak akan mengamalkan dasar diskriminasi seperti sebelum ini terhadap Ahli Parlimen pembangkang.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH – Tambun) berkata, sebaliknya peruntukan akan diberikan oleh Kerajaan Persekutuan selepas proses rundingan diadakan di antara pihak pembangkang dan kerajaan.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Datuk Seri Shahidan Kassim (PN – Arau) dalam sesi tanya jawab Perdana Menteri, pagi ini.
“Peruntukan … saya tidak pernah kata tidak ada. Sepanjang Pagoh (Muhyiddin Yassin) jadi PM kita tidak pernah ada peruntukan.
“(Kerajaan) Madani adil, jadi sebelum ini Pagoh tidak adil. Itu maksud Arau? Maknanya jangan ikut pengalaman lama yang tak beri peruntukan kepada pembangkang. Ikut Marang (Hj Hadi Awang) kata zalim. Jadi saya tidak mahu zalim
“Apa yang berlaku semasa kerajaan di bawah Bera (Ismail Sabri Yaakob) tidak mula (peruntukan) dengan begitu (tuduh menuduh). Mula dengan rundingan. Rundingan secara elok. Bincang kaedahnya.
“Saya akan tanya bagaimana Perlis, Kelantan, Terengganu? Kalau ada rundingan, itu boleh jalan. Saya tidak nak gaduh apa apa.
“Saya cadangkan ada proses rundingan, prinsipnya saya tidak pernah menolak beri peruntukan kepada pembangkang. Tetapi proses perundingan belum berlaku, yang ada permusuhan. Saya usulkan rundingan. Kalau selesai esok, lusa boleh lulus (peruntukan),” katanya.
Sebelum itu, Anwar menjawab mengenai bantuan banjir di Johor dan negeri lain yang disalurkan terus kepada mangsa dan dipertikaikan kerana tidak memberi sejumlah tertentu kepada Ahli Parlimen.
Jelasnya, bantuan banjir di Johor sebanyak RM50 juta diberi terus kepada mangsa, sama seperti bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu tahun lalu.
“Bantuan wang ehsan RM1,000, bantuan ehsan kematian RM10,000, bantuan barangan asas RM2,500 setiap keluarga, bantuan pembaikan rumah RM5,000. Ini bukan sedikit dan kita teruskan,” katanya.
Mengenai perisytiharan darurat di kawasan dilanda banjir pula, PM menolak melakukannya kerana bantuan mampu disampaikan kepada mangsa dengan cara biasa.
“Darurat dikenakan kalau kaedah biasa tidak boleh dijalankan. Darurat tidak perlu. Berdasarkan pengalaman di Johor prestasi petugas amat baik. Bila berlaku banjir langkah keselamatan dan kebajikan lebih baik daripada sebelumnya.
“Peruntukan sampai, jentera kerajaan negeri ada di bawah, dan kita sampaikan. Kaedah yang sama di negeri Johor
“Tentang moratorium peminjam pula, ada cadangan kerajaan Johor untuk melengahkan bayaran. Setakat ini Maybank, CIMB setuju, semalam dan hari ini kita hubungi bank lain untuk mereka ikuti langkah itu,” katanya lagi.
The post Boleh beri peruntukan MP pembangkang tapi runding dulu first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36236?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=boleh-beri-peruntukan-mp-pembangkang-tapi-runding-dulu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salah Guna Kuasa Ketua Pembangkang Boleh Disiasat Jika Simpan Fail Kerajaan

Salah Guna Kuasa Ketua Pembangkang Boleh Disiasat Jika Simpan Fail Kerajaan

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 230 hits
WAN SITI AMINAHKetua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin didakwa menyalahgunakan kuasanya ketika memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri Hal terbabit terbongkar apabila Setiausaha Agung Bersatu itu mendedahkan bahawa beliau masih ...
Puteri Sarah Dedahkan Syamsul Mmg Nak Bercerai Tapi Tak Boleh Dan Ini Sebabnya

Puteri Sarah Dedahkan Syamsul Mmg Nak Bercerai Tapi Tak Boleh Dan Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 315 hits
Keputusan yang dibuat oleh Syamsul Yusof untuk tidak menceraikan isterinya Puteri Sarah Liyana mengejutkan banyak pihak
Reformasi Mundur Kerajaan Madani Menyekat Peruntukan Mp Pembangkang

Reformasi Mundur Kerajaan Madani Menyekat Peruntukan Mp Pembangkang

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 294 hits
Selamat datang ke zaman BN versi baru Bezanya sekarang ada DAP dan DAP tidak lagi wadah utama yang harus dilawan ditentang Peruntukan kepada MP pembangkang katanya kurang Kurang atau mungkin tiada itu tiada lagi penjelasan rasmi Namun sekir...
Mgnews Royalti Petroleum Mp Pembangkang Patut Baca Dulu Malu Kalau Ja

Mgnews Royalti Petroleum Mp Pembangkang Patut Baca Dulu Malu Kalau Ja

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 201 hits
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bercakap kepada media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Malaysia Petroleum Resources Corporation dengan IFP Energies Nouvelles of France di Hotel Hilton Kuala Lumpur
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd