Kkm Buat Laporan Polis Berhubung Fitnah Berkaitan Isu Kontrak Rm30 Juta


Oleh MALAYSIA DATELINE
May 5, 2020 8:53 pm

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini membuat laporan polis berhubung fitnah yang mendakwa lima pegawai Menteri dan Kementerian itu telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam satu kenyataan hari ini KKM berkata, laporan tersebut dibuat di Balai Polis Putrajaya.

“Fitnah itu dibuat menerusi penulisan di beberapa akaun Facebook termasuk di akaun Facebook ‘Teuku Shafiz Rullah’, ‘STEADYAKU47’, dan akaun Twitter ‘Fadzilah Mamat@Fadzilahmamat’,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, posting di Facebook dan kicauan di Twitter berkenaan mendakwa SPRM telah menahan dua pegawai kanan Menteri Kesihatan dan tiga pegawai kementerian itu.

Katanya lagi, posting itu antara lain mendakwa ‘Menteri Kesihatan juga terlibat’ dalam siasatan SPRM terhadap syarikat yang memperolehi kontrak RM30 juta.

“KKM melahirkan rasa kesal terhadap fitnah tersebut.

“Sehubungan itu, KKM berharap pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dapat melakukan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook dan Twitter berkenaan serta mengambil tindakan sewajarnya.

“KKM juga memohon kepada netizen supaya menghentikan perkongsian tersebut,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil beberapa syarikat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mendapat kontrak secara tidak layak bagi menyediakan kelengkapan makmal yang dianggarkan bernilai RM30 juta.

Sumber SPRM berkata, ia turut termasuk sebuah syarikat pembinaan yang didakwa memperolehi projek pembinaan makmal Kementerian Kesihatan.

Menurut sumber itu, siasatan kini terarah kepada proses pelantikan kontraktor bagi setiap perolehan untuk memastikan ianya dilaksanakan tanpa rasuah, salah guna kuasa dan perlu mematuhi undang-undang serta peraturan ditetapkan.

Metro melaporkan, pada 30 April lalu, peguam Wee Choo Keong meminta KKM bersikap telus berhubung kontrak perolehan yang diberikan kepada sebuah syarikat yang didakwa tidak layak, yang membabitkan usaha melawan Covid-19.

Beliau mendakwa syarikat itu adalah sebuah syarikat pemaju hartanah tetapi mendapat kontrak melengkapkan makmal bagi tujuan saringan jangkitan dan kemudian untuk membekalkan PPE.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/05/kkm-buat-laporan-polis-berhubung-fitnah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Kontrak Rm30 Juta Sprm Nafi Fitnah Berita Palsu

Kkm Kontrak Rm30 Juta Sprm Nafi Fitnah Berita Palsu

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 516 hits
Mengejutkan apabila kita dapat berita tentang SPRM sedang menyiasat dakwaan penyelewengan dan rasuah di Kementerian Kesihatan Malaysia Dr Adham Baba Menteri Kesihatan sudah buat kenyataan bahwa KKM menyokong penuh usaha SPRM untuk membasmi ...
Siasatan Kontrak Rm30 Juta Kkm Fokus Sop Pemerolehan

Siasatan Kontrak Rm30 Juta Kkm Fokus Sop Pemerolehan

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 454 hits
PETALING JAYA Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas kontrak Kementerian Kesihatan bernilai RM30 juta untuk makmal ujian Covid 19 memfokuskan prosedur pemerolehan ketika pihak berkuasa giat menyaring lebih ramai pesakit pad...
Kontrak Makmal Rm30 Juta Kkm Sedia Beri Kerjasama Kepada Sprm

Kontrak Makmal Rm30 Juta Kkm Sedia Beri Kerjasama Kepada Sprm

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 423 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung siasatan yang melibatkan dakwaan beberapa syarikat yang dikatakan mendapat kontrak secara tidak layak bagi menyediakan ...
Fitnah Pegawai Menteri Kementerian Ditahan Sprm Kkm Buat Laporan Polis

Fitnah Pegawai Menteri Kementerian Ditahan Sprm Kkm Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 525 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini membuat laporan polis terhadap beberapa pengguna media sosial berhubung fitnah mendakwa 5 orang pegawai menteri dan kementerian itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Dalam satu kenyataan ...
Durian Runtuh Rm30 Juta Kkm Terus Dipersoal

Durian Runtuh Rm30 Juta Kkm Terus Dipersoal

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 437 hits
Kerajaan memberi kontrak peralatan perubatan kepada syarikat yang tidak dikenali yang bergiat dalam sektor hartanah Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP Dato A Kadir Jasin syarikat itu sebagai perunding sahaja yang tidak diketahui ap...
Isu Jakel Norlizah Moideen Dakwa Dah Buat Laporan Polis

Isu Jakel Norlizah Moideen Dakwa Dah Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 1411 hits
Saya tidak tahu bagaimana penggodam itu melakukannya tetapi banyak kenyataan yang disiarkan di FB saya dipadamnya malah boleh memberi komen komen ke atas FB orang lain tanpa pengetahuan saya Saya juga memdapati terdapat satu akaun FB yang m...
Siasat Syarikat Tak Layak Kontrak Rm30 Juta Sprm Tahniah

Siasat Syarikat Tak Layak Kontrak Rm30 Juta Sprm Tahniah

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 314 hits
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat sebuah syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapat kontrak kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM30 juta lapor The Malaysian Insight Memetik laporan The Malaysian Insight difahamkan...
Kait Menteri Dengan Kontrak Rm30 Juta Berniat Jahat

Kait Menteri Dengan Kontrak Rm30 Juta Berniat Jahat

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 399 hits
PETALING JAYA Dakwaan mengaitkan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dengan syarikat Khazanah Jaya Sdn Bhd yang mendapat kontrak secara perolehan darurat bagi pelaksanaan projek Lab Mitigation Solution For Covid 19 adalah tidak benar Pejabat me...
Menteri Kesihatan Diminta Jelaskan Kenapa Kliniknya Terlibat Dengan Kontrak Rm30 Juta

Menteri Kesihatan Diminta Jelaskan Kenapa Kliniknya Terlibat Dengan Kontrak Rm30 Juta

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 490 hits
MALAYSIA DATELINE Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme meminta Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba menjelaskan sama ada beliau terlibat dalam skandal perolehan bernilai RM30 juta yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ...
Double Murder Probe In Guar Chempedak After Man And Woman Discovered With Multiple Stab Wounds

Malaysia Sarong Music Run 2025 Bakal Menarik Lebih 30 000 Pengunjung Dengan Penyertaan Dari 26 Buah Negara

Sabah Floods Evacuations Soar Beyond 400

Please

Ikea Malaysia Anjur House Party September Ini Menangi Pengubahsuaian Dapur Bernilai Rm10 000

Justice For Zara Qairina Kampung Sungai Baru

Say Aspire Edisi Ke 6 Melonjakkan Generasi Usahawan Muda Selangor Ke Pentas Dunia

Hari Malaysia 2025 Pnm Semarakkan Rukun Negara Perkasa Jati Diri Bangsa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bukti Anak Selamat

Legoland Malaysia Resort And Lego Ferrari Shift Gears With Asia S First Build Race Attraction

Doa 13 September 2025

Usop Sayangi Dia Chord

Ilmunanti Char Koey Teow Chord

Beyond The Engine Why Quality Truck Parts Matter For All Automotive Enthusiasts