Kitsui Whitenin B B Dan Kitsui Pim Pal Away Makanan Kesihatan Tambahan Dengan Kesan Pantas



Sejak Auni mula bersekolah, rutin harian saya pada tahun ini mula berubah. Kalau dulu saya tidak perlu keluar memandu setiap hari, sekarang saya adalah tukang pemanas enjin kereta. Menjelang jam 12.30 tengah hari, saya sudah sedia menunggu di hadapan sekolah Auni untuk mengambilnya pulang. Meskipun sesi pembelajaran berakhir jam 12.45 tengah hari, namun saya terpaksa datang lebih awal kerana ruang parking yang terhad dan saya perlu menjemput Auni keluar dari dalam kelasnya sendiri. 

Menghabiskan masa di dalam kereta selama 15 minit dan berjalan kaki ke kelas untuk menjemput Auni di bawah panas terik matahari sambil mendukung Ameera bukanlah perkara yang susah dilakukan. Namun masalah datang menjengah apabila saya mula perasan tona wajah saya menjadi agak gelap dan tidak sekata hari demi hari. Meskipun saya menyapu krim siang dengan SPF23 pada wajah setiap kali ingin menjemput Auni, namun ia masih tidak mampu melindungi kulit saya sepenuhnya daripada sinaran UV


Selain itu, kebelakangan ini wajah saya kerap disinggahi jerawat. Walaupun tidak banyak namun ia tetap menggusarkan saya kerana sudahlah semakin gelap, berjerawat pula. Mungkin ia adalah kesan daripada tugasan saya membuat review produk kecantikan wajah sehingga mencampur adukkan penggunaan pelbagai produk berbeza. Selain boleh menimbulkan reaksi yang tidak diingini kepada kulit wajah, sesetengah produk juga mungkin tidak serasi dengan kulit wajah saya. 


Kitsui
Jika sebelum ini saya banyak membelanjakan wang untuk produk kecantikan wajah, kali ini saya nekad untuk mencari produk berasaskan makanan tambahan bagi menjaga kecantikan secara luaran dan dalaman. Semoga usaha ini dapat mengurangkan kebanyakan masalah yang saya sedang hadapi sekarang memandangkan usia juga makin bertambah dan kedutan semakin ketara di wajah. Mujurlah pencarian saya tidak menemui jalan buntu kerana dipertemukan dengan makanan tambahan yang selamat dan berkualiti daripada KITSUI.


Apa yang menarik perhatian saya mengenai produk berjenama Kitsui ini adalah ia dihasilkan oleh sumber alami dengan campuran pelbagai jenis ekstrak dan ramuan semulajadi yang berkualiti daripada seluruh dunia. Telah berada di dalam pasaran selama 23 tahun di bawah syarikat Gemini Beauty Resources (M), Kitsui menghasilkan produk yang terjamin selamat dan berkesan untuk para pelanggannya kerana telah mendapat status piawaian Amalan Pengilangan Baik


Paling menarik adalah apabila saya juga mendapat tahu bahawa produk Kitsui adalah SUPERFOOD kerana ia diperbuat daripada makanan seharian kita seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan kolagen daripada ikan. Jangan salah faham ya, Kitsui bukan ubat tetapi makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan dapat membantu memperbaiki sel badan namun ia tidak dapat mengubati penyakit. Oleh sebab itu produk Kitsui tidak mempunyai no. MAL kerana ia tidak dikelaskan di bawah kategori ubat-ubatan.


Memasarkan 14 jenis produk bagi menangani masalah berkaitan kesihatan, kecantikan dan berat badan, Kitsui komited memberikan perkhidmatan terbaik melalui penyelidikan saintifik yang berterusan, seminar dan persidangan inovatif di samping mengekalkan standard yang tinggi bagi semua produknya. Berharga RM38.80 sekotak dengan 15 sachet x 10 gram kandungan, produk Kitsui boleh didapati di farmasi Watson dan Guardian seluruh Malaysia.


Kitsui Whitenin

Bagi mengatasi masalah tona kulit gelap dan tidak sekata, saya mengamalkan Kitsui Whitenin B.B. sebagai makanan tambahan kerana ia sesuai dimakan buat mereka yang alah pada makanan laut seperti saya. Diekstrak dengan campuran acerola, oren, biji anggur, akasia, beri dan asid alfa lipoik, Kitsui Whitenin B.B. membantu mengembalikan kecerahan tubuh badan serta membantu mengurangkan masalah jerawat seperti yang saya alami.




Kitsui Whitenin B.B. mengandungi acerola dan biji anggur yang kaya dengan sumber antioksida. Ia bukan sahaja dapat membantu meneutralkan radikal bebas dalam badan malahan turut membaiki kerosakan sel DNA. Selain itu, kandungan beri dan oren yang kaya dengan khasiat Vitamin C melindungi kulit daripada sinar UV dan mencegah penuaan dan kulit kusam. Kehadiran asid alfa lipoik pula meningkatkan daya tahan badan dan melambatkan proses penuaan.




Selain itu, kebaikan Kitsui Whitenin B.B. adalah :
Mencerah dan memutihkan seluruh badanMenghalang pembentukan blackhead dan whiteheadMengurangkan masalah jerawatMengawal minyak berlebihanMencerahkan mataMenghalang penghasilan melanin kulitMenutup liang pori muka
Daripada pembacaan saya, perubahan pada kecerahan warna kulit dapat dilihat lebih ketara selepas pengambilan Kitsui Whitenin B.B secara berterusan dalam masa satu hingga dua minggu bergantung kepada tahap keserasian masing-masing. Jadi, mungkin ada yang dapat lihat perubahan lebih awal serta tidak kurang juga yang mengambil masa agak panjang untuk melihat perubahannya.


Kitsui Pim'pal Away

Meskipun Kitsui Whitenin B.B. mampu menghilangkan jerawat, namun saya tetap mahu mencuba Kitsui Pim'pal Away kerana produk ini juga dikatakan boleh meyelesaikan masalah bintik hitam selain membaiki struktur kulit wajah. Mengandungi campuran kelapa, asid alfa lipoik dan Vitamin C, Kitsui Pim'pal Away amat sesuai diamalkan oleh mereka yang mempunyai masalah jerawat, jeragat dan bintik hitam di wajah



Manfaat kelapa dalam bidang kecantikan tidak asing lagi. Selain mampu mengurangkan masalah jerawat di wajah, kelapa juga mempunyai kadar antioksida yang tinggi. Selain itu, campuran Vitamin C dan asid alfa lipoik yang tinggi antioksida membantu meningkatkan daya pertahanan tubuh serta mengurangkan proses penuaan




Manfaat lain bagi Kitsui Pim'pal Away adalah :
Mencegah dan menghilangkan jerawatMengecilkan pori mukaMembaiki struktur kulit dan memudarkan parutMengurangkan masalah kulit berminyakMengatasi masalah jerawat batu dan bernanahMenghilangkan bintik hitamMengurangkan kemerahan akibat radang
Selain pengambilan makanan tambahan ini, golongan yang menghadapi masalah kulit berjerawat ini perlu menjaga pemakanan bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Antara makanan yang perlu dielakkan adalah susu, makanan bergoreng dan kicap berasaskan soya


Cara Pengambilan Kitsui Whitenin B.B dan Kitsui Pim'pal Away

Larutkan 1 sachet (10 gram) serbuk ke dalam 100 ml air, tidak kisah samada air panas, suam atau sejuk asalkan semua larut. Setelah semua larut, bolehlah diminum. Sebaiknya minum sebelum tidur bagi mendapatkan hasil maksimum atau boleh juga diminum pada waktu pagi selepas sarapan. Jangan lupa perbanyakkan minum air masak untuk mendapatkan kesan lebih pantas dan menyingkirkan lebihan toksin dari badan


Bagi peminat kopi seperti saya, pengambilannya haruslah dikurangkan kerana kandungan kafein dalam kopi membantu mempercepatkan proses penuaan. Selain itu, pengambilan Kitsui semasa uzur adalah suatu pembaziran kerana kadar serapan badan adalah rendah, jadi seeloknya dihentikan sementara pengambilan produk makanan tambahan. Sekiranya mengambil ubat daripada hospital, pengambilan Kitsui perlu dijarakkan selama 5 jam.

Meskipun saya masih menyusukan Ameera pada masa kini, namun produk Kitsui boleh diamalkan buat ibu yang menyusukan bayi berumur 4 bulan ke atas. Selain itu, ibu mengandung dengan kandungan 4 bulan ke atas juga boleh mengamalkan produk Kitsui. Walaubagaimanapun, produk slimming atau detoks daripada Kitsui tidak sesuai diamalkan oleh dua golongan ini. 

Review Setelah Mengamalkan Kitsui Whitenin B.B dan Kitsui Pim'pal Away

Kitsui Whitenin B.B. dan Kitsui Pim'pal Away keduanya mempunyai rasa yang unik dan sedap. Kitsui Whitenin B.B. yang dihasilkan dengan ekstrak buah beri, oren serta biji anggur memberi rasa masam dan bewarna keperangan yang mana rasanya tidak ubah seperti Vitamin C kapsul yang sering saya makan sebelum ini


Perubahan yang dapat saya lihat sebaik mengamalkan Kitsui Whitenin  B.B. sebagai minuman sebelum tidur adalah tona kulit tidak sekata semakin hilang. Jika sebelum ini, muka saya terlihat kusam dan tidak berseri, saya perasan sejak beberapa hari kebelakangan, wajah saya nampak sedikit berseri dan segar. Mungkin kesan campuran bahan alami yang tinggi antioksida telah mula bertindak balas dengan tubuh saya


Wajah saya terasa lebih lembut dan halus serta tidak berminyak. Dari segi kecerahan kulit wajah, saya tidak begitu nampak perubahan ketara kerana masih baru mengamalkan minuman Kitsui Whitenin B.B. ini. Tidak mungkin dengan 4 sachet sahaja, saya akan dapat melihat kesan maksimum kan, paling kurang saya perlu amalkan pengambilannya secara berterusan dalam seminggu dua, saya pasti tentu akan nampak perubahannya


Bagi Kitsui Pim'pal Away pula, larutan serbuknya bewarna putih dengan rasa seperti campuran air kelapa dan 100 Plus menghasilkan rasa yang unik dan sedap. Tidak hairanlah mengapa ia terasa seperti campuran air kelapa kerana mengandungi ekstrak kelapa yang berkuasa dalam menghapuskan jerawat. 

Sejak mengamalkan Kitsui Pim'pal Away, jerawat yang singgah di bahagian pipi kiri dan di atas bibir saya semakin mengecut hari demi hari dan kemudian hilang tanpa meninggalkan parut. Begitu juga dengan masalah bintik hitam di wajah saya dapat diatasi kerana semakin kurang kelihatan. Apa yang paling menggembirakan saya adalah, tiada lagi jerawat yang datang menyinggah di muka saya lagi sekarang


Saya suka mengamalkan kedua-dua produk Kitsui Whitenin B.B. dan Kitsui Pim'pal Away ini apabila melihatkan kesan tindak balasnya yang pantas bekerja ke atas tubuh saya. Mungkin selepas ini saya boleh mencuba Kitsui Bellos Fiber untuk mengatasi masalah penghadaman saya yang tidak berapa baik, tetapi kena tunggu habis waktu penyusuan Ameera dululah nampak gayanya


Bagaimana Ingin Dapatkan Produk Kitsui?

Bagi yang berminat untuk mencuba produk Kitsui, anda hanya perlu ke farmasi Watson atau Guardian berdekatan kerana produk Kitsui tidak dijual di mana-mana kedai kecantikan yang lain ye. Hanya boleh dibeli samada melalui HQ, Watson atau Guardian sahaja. Begitu juga dengan pembelian secara online, pastikan melalui kedai Guardian atau Watson jika membuat pembelian di Lazada mahupun Shopee. Untuk meklumat lanjut mengenai produk dan pembelian langsung melalui HQ, boleh ke link di bawah :




Pembelian secara langsung melalui HQ : Kitsui ShopeeWebsite : https://kitsui.com.my/Facebook : kitsuimyInstagram : kitsuimalaysia
 #1 Jenama Terunggul di Hati Pengguna


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2019/02/kitsui-whitenin-bb-dan-kitsui-pimpal-away-makanan-kesihatan-tambahan-dengan-kesan-pantas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tampil Cantik Dengan Pim Pal Away Dan Whitenin B B Dari Kitsui

Tampil Cantik Dengan Pim Pal Away Dan Whitenin B B Dari Kitsui

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 832 hits
Aku ni jenis sempoi je Tak berapa gemar sangat berhabis untuk cantik Tapi nak cantik Macam mana tu kan Hahaha Sebenarnya bukan semua supplement untuk cantik tu mahal Macam produk dari Kitsui ni Bagi aku harga memang mampu milik Kiranya kala...
Kini Wajah Kembali Sihat Dan Putih Gebu Dengan Kitsui Whitenin Bb

Kini Wajah Kembali Sihat Dan Putih Gebu Dengan Kitsui Whitenin Bb

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 906 hits
KITSUI WHITENING B B Hai Assalamualaikum korang Lumrah seorang wanita pasti nak nampak cantik nak kulit yang cantik serta sihat Betul tak Untuk korang yang inginkan kulit wajah putih pink gebu Kay memang sarankan korang amalkan KITSUI WHITE...
Kesan Buruk Makanan Segera

Kesan Buruk Makanan Segera

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 542 hits
Amalan terlalu kerap memakan makanan segera perlu dibatasi Biarpun makanan segera dihasil dengan kawalan mutu dan zat pemakanan yang baik namun tidak pula menjamin sebagai satu sumber makanan seimbang Makanan segera kebanyakannya mengandung...
Ini 3 Cara Tambah Minyak Zaitun Dalam Makanan Masakan

Ini 3 Cara Tambah Minyak Zaitun Dalam Makanan Masakan

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 513 hits
Ramai orang tahu minyak zaitun kaya khasiatnya untuk kesihatan Ia mengandungi lemak baik dan antioksidan yang dikatakan dapat membantu mencegah penyakit jantung stroke dan diabetes Disebabkan banyak manfaat kesihatan itu jom kita biasakan m...
Rekaan Penjejak Kesihatan Fitbit Untuk Kanak Kanak Tertiris

Rekaan Penjejak Kesihatan Fitbit Untuk Kanak Kanak Tertiris

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 286 hits
Penjejak kesihatan memudahkan proses mengira kalori yang dibakar tahap bacaan nadi dan menjejak larian Majoriti penjejak kesihatan di pasaran mensasarkan golongan dewasa tetapi menurut perangkaan terkini UNHCR golongan kanak kanak yang kini...
Surat Perokok Tegar Kepada Menteri Kesihatan

Surat Perokok Tegar Kepada Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 432 hits
Kepada menteri kesihatan Pakatan Harapan yang dihormati Saya seorang perokok tegar Saya menghisap tiga kotak rokok kretek sehari Saya berbangga dengan rokok saya Saya tidak peduli sama ada Humphrey Bogart dan Lauren Bacall mengisap rokok at...
3 Cara Senang Kurangkan Minyak Dalam Makanan Bergoreng

3 Cara Senang Kurangkan Minyak Dalam Makanan Bergoreng

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 616 hits
Makanan bergoreng memang sedap dan rangup tapi ia sebenarnya mempunyai kandungan kolesstrol yang tinggi Dah tentu tentu ia tidak baik untuk kesihatan terutama masalah jantung dan tekanan darah tinggi Kalau anda sukar mengelakkan makanan ber...
Makanan Kaum Kadazan Dusun Yang Perlu Anda Cuba Jika Datang Ke Sabah

Makanan Kaum Kadazan Dusun Yang Perlu Anda Cuba Jika Datang Ke Sabah

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 963 hits
Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi sesuatu kaum atau masyarakat Terdapat banyak jenis makanan yang unik dan menarik dalam masyarakat suku kaum Kadazan Dusun antaranya ialah seperti berikut 1 PinaasakanPinaasaka...
Makanan Jim Jum Muslim Friendly Pertama Di Malaysia Kalau Korang Nak Cuba Di Baan 109

Makanan Jim Jum Muslim Friendly Pertama Di Malaysia Kalau Korang Nak Cuba Di Baan 109

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 459 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Korang mesti tahu Jim Jum iaitu makanan Tradisional Thailand siapa yang selalu ke sana mesti nampak makanan popular ini Tapi sekarang ni susah nak ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu