Kitkat Raikan Tahun Baharu Dengan Detik Keemasan
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tahun Baharu merupakan titik permulaan sebuah perjalanan yang mengujakan. Pada masa yang sama, ia juga merupakan peluang untuk meraikan segala pencapaian dan kenangan yang dikecapi sepanjang tahun bersama keluarga dan kawan-kawan.
KITKAT ingin mengajak korang untuk “Kongsikan kasih sayang, kongsikan detik keemasan” pada musim perayaan ini. Tiada pilihan snek yang lebih baik untuk menyempurnakan saat penuh bermakna ini selain rangkaian KITKAT Gold edisi terhad – amat sesuai diberikan sebagai hadiah dan meraikan semangat kekitaan.
KITKAT Gold menawarkan wafer rangup istimewa KITKAT yang disaluti gabungan dua lapisan coklat - coklat kuningan emas (di atas) dan coklat susu halus (di bawah), disempurnakan lagi dengan rasa kaya kacang dan mentega. Memberikan anda pengalaman yang unik dan mempesonakan dalam setiap gigitan.
Sehebat namanya, rangkaian KITKAT Gold edisi terhad didatangkan dalam rekaan eksklusif bungkusan emas yang diserlahkan lagi dengan elemen-elemen perayaan yang bersinar dan berkilauan, sesuai bukan sahaja untuk dikongsi bersama malahan juga diberikan sebagai hadiah perayaan untuk Krismas dan Tahun Baru Cina. Rangkaian edisi terhad ini terdiri daripada pelbagai jenis pek-pek istimewa termasuklah KITKAT Gold 4 Jejari Tunggal, Beg Perkongsian KITKAT Gold, Sarung Beg Perkongsian Perayaan KITKAT 12 kepingan, Sarung Perayaan KITKAT Bar, KITKAT Senses, KITKAT Cele-break dan kotak penyimpanan KITKAT Prosperity CNY.
Peraduan Menang Emas KITKAT
Sempena ketibaan tahun Harimau yang bertuah bagi Tahun Baru Cina kali ini, KITKAT juga ingin berkongsi detik keemasan (Golden Break) bersama para pengguna melalui pelancaran Peraduan Menang Emas KITKAT. Peraduan unik ini yang bermula dari 1 Januari 2022 hingga 28 Februari 2022, menawarkan hadiah-hadiah lumayan bernilai lebih RM460,000 untuk dimenangi. Ia merangkumi:
HADIAH UTAMA: Jongkong Emas 4 Jejari KITKAT - 10 x pemenang (bernilai RM16,000 setiap satu),
Hadiah Pertama : RM8,888 - 12 x pemenang,
Hadiah Istimewa : RM888 - 18 x pemenang
Hadiah Mingguan : RM188 - 80 x pemenang mingguan
Cara penyertaan peraduan:
Langkah 1 : Beli mana-mana produk KITKAT bernilai RM8 dan ke atas dalam satu resit
Langkah 2 : Tulis nama dan nombor Kad Pengenalan (seperti tertera pada Kad Pengenalan) di atas resit pembelian asal;
Langkah 3 : Tangkap gambar resit tersebut dengan jelas
Langkah 4 : Hantarkan gambar resit melalui WhatsApp ke 018-228 3911
#KITKATEasyRecipeasy
KITKAT Gold juga ingin berkongsi resipi kek dan kuih istimewa yang menggunakan KITKAT Gold edisi terhad. KITKAT mengajak para peminatnya untuk mencuba dan menikmati ciptaan lazat baharu ini bersama orang tersayang!
• KITKAT Gold Tiramisu
• KITKAT Gold Crème Brulee donuts
Video baharu #KITKATEasyRecipeasy akan dilancarkan melalui https://www.youtube.com/KitKatMalaysia
Kunjungi laman Facebook kami di https://www.facebook.com/kitkatmalaysia untuk maklumat lanjut.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2022/01/kitkat-raikan-tahun-baharu-dengan-detik.html