Buku ini mempunyai dua peranan. Peranan pertama adalah bagaimana cara untuk memanggil Syaitan, manakala peranan kedua dibahagi kepada dua bahagian lagi iaitu 'Sanctum Regnum' dan 'Secrets'
Buku ini ditemui di Jerusalem pada tahun 1750 berdekatan dengan makam Nabi Sulaiman. Ilmu hitam ini memang sudah wujud sejak zaman Nabi Sulaiman a.s lagi. Orang-orang Yahudi ketika itu menggunakan kitab ini dan ia menjadi amalan untuk berhubung dengan syaitan
Ada pendapat yang menyatakan buku ini berkemungkinan ditulis oleh Paus Honorius III (1148-1227). Honorius mempelajari ilmu itu sendiri daripada Syaitan dan dirujuk sebagai 'Sworn Book of Honorius' (Kitab Sumpahan Honorius). Ia digunakan untuk memanggil Syaitan pada bila-bila masa bagi tujuan kejahatan. Kandungan dalam buku ini telah disalin semula dan dicetak serta disebarkan ke seluruh dunia pada ketika ituGrand Grimoire ini tidak dapat dibakar, dipotong, ditusuk, dikoyak dan apa-apa cara untuk memusnahkannya. Kebanyakan kandungan dalam Kitab ini digunakan oleh puak negro di Haiti sebagai tujuan mantera dan pemujaan. Kitab ini juga mengandungi bukti keberkesanannya, tempat peninggalan Bible dan lakaran sebenar wajah Syaitan
Dengan mengetahui kewujudan Grand Grimoire ini, barulah kita tahu bahawa ilmu hitam itu memang wujud. Ada juga filem bertemakan buku seperti ini iaitu filem 'The Mummy' dan 'The Mummy Return'. Buku 'Book Of The Died' dan 'Book Of The Life' mungkin lebih kurang sama dengan Kitab itu
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |