Tips Kesihatan Minda Tahap 94 Tahun Gaya Tun Mahathir



Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menasihati rakyat Malaysia supaya membaca akhbar setiap hari bagi memelihara minda agar sentiasa aktif.

Dalam ruangan beliau yang disiarkan oleh akhbar New Sunday Times hari ini bertajuk “Here’s my recipe for staying healthy” (Ini resipi saya kekal sihat), menyebut bahawa apabila bercakap atau memberi ucapan, memori kata-kata dan frasa dan pilihan perkataan akan mudah keluar dari minda hasil daripada kerap membaca.

Dan sekiranya seseorang itu tidak membaca atau kurang membaca, perkataan tidak akan mampu keluar secara spontan apabila bercakap atau memberi ucapan.

Membaca akhbar setiap hari juga dapat membantu minda aktif dan memperbaiki kapasiti untuk membentuk perkataan dan frasa.Adalah biasa bagi seorang yang berusia untuk mengingati kejadian yang lepas berbanding yang baru berlaku. Namun ini boleh diperbaiki dengan membaca dan bercakap, tulis Dr Mahathir.
Perdana Menteri berusia 94 tahun itu menumpukan kebanyakan isi ruangan tersebut bagi menjawab satu soalan yang sering ditanya berulang kali oleh orang ramai kepada beliau iaitu mengenai kemampuan beliau untuk terus berfungsi pada usia sebegini.

“Saya rasa menjadi kewajiban untuk menjelaskan mengenai pengalaman saya walaupun sekiranya ia tidak berdasarkan hasil daripada kajian saintifik. Sejujurnya, saya tidak tahu bagaimana saya ini, apa saya ini. Apa yang boleh saya katakan ialah saya bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang penyakit yang boleh memendekkan umur seseorang itu,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau pernah kena serangan jantung 30 tahun lepas tetapi terselamat, dan menambah bahawa serangan jantung bukanlah semestinya berkesudahan mati seperti yang dianggapkan.

Beliau menjelaskan bahawa sudah tentu banyak perkara adalah di luar kawalan kita dan kita hendaklah lakukan yang terbaik untuk mengawal diri kita agar terus kekal sihat dan berkemungkinan boleh terus hidup hingga usia tua.

Disiplin diri atau keupayaan untuk mengawal apa yang kita boleh lakukan dalam kehidupan adalah penyelamat nyawa. Kita perlu sentiasa berusaha untuk mengawal keinginan diriBadan tak perlu banyak makananAmalan pemakanan yang baik adalah resipi pertama Dr Mahathir untuk hidup terus sihat, dan berkata, kita hendaklah makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan.Badan benar-benar tidak memerlukan banyak makanan melainkan apabila seseorang itu muda dan sedang membesar. Bagi mereka makanan diperlukan untuk memastikan pertumbuhan badan yang sihat. Masih lagi, jumlah makanan tidak sepatutnya melebihi daripada apa yang diperlukan.Kegemukan selalunya berlaku hasil daripada makan berlebihan terutama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Dan kegemukan tidak bagus untuk kesihatan dan umur.Kanak-kanak membesar gemuk kerana ibu bapa memaksa anak mereka mengambil banyak makanan yang tidak sepatutnya.Sebaliknya ibu bapa hendaklah mengajar anak mereka untuk makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran dan kurangkan nasi atau karbohidrat dan tentunya kurangkan gula.
Mengulas lanjut mengenai kegemukan yang mempengaruhi satu peratusan yang tinggi terhadap rakyat Malaysia, Dr Mahathir berkata masalah itu selalunya bermula pada umur 40 tahun kerana kecenderungan pada umur berkenaan untuk makan sebanyak mungkin makanan sedap yang ada dan apabila makanan itu sedap, lebih banyaklah yang akan dimakan.

Perut pula akan bertindak balas kepada pengambilan yang lebih banyak dengan mengembang lagi dan apabila ini berlaku lebih banyak makanan diperlukan untuk mengisi rasa lapar, dan ini berkesudahan dengan kenaikan berat badan sedangkan kegemukan adalah tidak baik untuk kesihatan.

Dan dengan keadaan badan yang begitu besar, jantung perlu bekerja kuat untuk mengalirkan darah dan menyerap makanan ke dalam badan yang terlebih berat dan untuk menanggung kerja kuat itu, jantung mengembang manakala tekanan darah terus naik hingga membawa bersama-sama semua jenis simptom dan penyakit yang berkaitan dengannya.

Jadi untuk mengelakkan penyakit darah tinggi, kurangkan makan dan jangan jadi gemuk. Selain jantung, organ lain dalam badan seperti hati, buah pinggang dan pankreas juga akan mengalami banyak tekanan. Mana-mana satu organ berkenaan kemungkinan akan gagal berfungsi dan seterusnya pendekkan umur. 
– MalaysiaGazette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/12/tips-kesihatan-minda-tahap-94-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Suruh Pecat Azmin Anwar Berbohong Atau Bercakap Benar

Tun Mahathir Suruh Pecat Azmin Anwar Berbohong Atau Bercakap Benar

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 597 hits
Tapi Anwar cakap Mahathir suruh beliau pecat Azmin Saya soal Anwar kalau benar kenapa Tun perlu keluar kenyataan Azmin tak perlu bercuti dan boleh teruskan kerja menteri sebelum Anwar bisik bahawa Tun M tidak konsisten dalam isu itu Zuraida...
Tun Mahathir Tegaskan Hanya Bahasa Kebangsaan Sahaja Untuk Nyanyikan Lagu Negaraku

Tun Mahathir Tegaskan Hanya Bahasa Kebangsaan Sahaja Untuk Nyanyikan Lagu Negaraku

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 531 hits
Sekarang ni kita sedang mendebatkan pula mengenai isu nyanyi lagu Negaraku dalam bahasa lain selain daripada bahasa Melayu Ohmedia juga sebelum ini ada berkongsikan satu video yang viral apabila ada sebuah sekolah telah menyanyikan lagu Neg...
Rentasan Berita 602 Panas Keikhlasan Tun Mahathir Serah Jawatan Dipertikai

Rentasan Berita 602 Panas Keikhlasan Tun Mahathir Serah Jawatan Dipertikai

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 319 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 602 1 PEMBANGKANG TOLAK BAJET KEBAJIKAN KATA HANNAH 2 DANA PROJEK KERETA TERBANG DIPERSOAL PAC 3 KETEPI UMNO SINI MASUK MCA 4 SEMAKIN LAMA ISU PENGGANTI DISERET SEMAKIN BANYAK KEROSAKAN SAMPINGANNYA Layari Facebook ka...
Tun M Beri Respon Isu Pembikinan Filem Mahathir The Journey

Tun M Beri Respon Isu Pembikinan Filem Mahathir The Journey

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 386 hits
Filem biografi berkaitan perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir nampaknya diambang masalah apabila terbitnya Terdahulu Marina Mahathir menyuarakan bahawa mereka tidak inginkan sebarang filem berkaitan keluarga mereka kerana memalukan kelu...
Tun Mahathir Tidak Pernah Jumpa Azilah Sejak Bekas Anggota Utk Itu Dipenjarakan Pmo

Tun Mahathir Tidak Pernah Jumpa Azilah Sejak Bekas Anggota Utk Itu Dipenjarakan Pmo

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 592 hits
Astro Awani Dr Mahathir juga nafi Kerajaan Malaysia merupakan dalang di sebalik kenyataan akuan bersumpah yang dikeluarkan Azilah Gambar failKUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah berjumpa dengan Azilah Hadri seja...
A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Domain Portfolio Generating Income

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Pergi Pasar Cari Apam Apam Takde Be Like

Tidak Dedah Aib Pasangan

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

Rahma Rahmi Bagaikan Hanya Mimpi Chord

Resipi Gulai Ikan Masin Tumis Darat Masak Cara Orang Lama Memang Sedap

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025