Kita Nampak Baik Sebab Allah Tutup Aib Kita
AssalamualaikumBismillah
Nikmat paling besar Allah bagi pada manusia ialah nikmat ditutup segala aib dan keburukan kita di hadapan orang lain.. Bayangkan kalau Allah buka aib kita? Bersyukurlah.. Kita nampak baik sebab Allah tutup aib kita.
Beberapa hari ini aku berasa tidak senang. Pernah tak rasa seperti korang menasihati sesuatu tetapi ALLAH timpakan ujian itu terhadap korang
Contohnya nampak orang terdekat melakukan perbuatan yang kita tidak sukai. Selepas itu terdetik di hati "Mudah-mudahan perkara seperti itu tidak terjadi kepada aku atau keluargaku". Malangnya benda yang kita mahu elak itulah yang terjadi kepada kita
Beberapa minggu ini ada banyak kejadian yang berlaku yang menyedarkan aku bahawa lisan mahupun tulisan ini juga boleh jadi ujian buat aku. Agaknya korang faham ka ya apa yang aku cuba sampaikan
Tahanlah lidah kita ini dari bercakap yang buruk tentang perihal orang lain. Perbaikilah diri kita sendiri. Cukuplah kita tahu kita ini ada banyak salah dengan ALLAH.
Kadang-kala ALLAH menguji kita itu dengan sesuatu yang kita tidak sukai. Baru-baru ini ada suatu kejadian viral yang membuka aib seseorang sehingga menyebabkan dia dibenci dan dihina. Malah sehingga mencemarkan imej Islam.
Aku bukan nak berkata tentang perbuatan yang dilakukan. Tetapi aku ingin mengingatkan diri aku bahawa aku juga manusia biasa yang tidak pernah lepas daripada kesilapan dan dosa. Aku cuma membayangkan diri aku ditempat orang itu
Tidak terkata betapa malunya aku dengan diri aku. Malu nak jumpa kawan-kawan. Nak berhadapan dengan ibu bapa.
Bayangkan, aku selalu post tentang perihal jangan buka aib orang. Ataupun mengajak orang melakukan kebaikan. Tetapi andai dibukakan hijab keburukan dan aib aku? Apa pandangan orang terhadap aku?
Eh nama saja pakai tudung tapi perangai macam tu. Nampak saja baik tapi sebenarnya buat jahat dan lain-lain lagi. Malu guys!
Kebaikan yang kau buat selama ini pun orang tak pandang. Yang orang nampak kesalahan itu sahaja. Memikirkan tentang hal ini buat aku jadi gelisah. Mungkin keburukan itu kita tak nampak sekarang. Tetapi apabila dah meninggal dunia?
Andai ALLAH bukakan kebenaran tentang kita, waktu hidup bukan main lagi orang pandang tinggi, bila dah dalam kubur baru satu-persatu ALLAH perlihatkan dengan orang ramai.
Aku bukan tunjuk baik. Aku cuma nak ingatkan bahawa aku manusia yang tak terlepas daripada silap dan dosa. Kebaikan yang orang nampak pada diri aku adalah nikmat ALLAH kerana menutup segala cela dan kekurangan.
Aku sedih sebenarnya. Nak bagi nasihat aku bukan sesiapapun. Aku tak layak pun
Tapi aku sayang korang. Aku sayang orang-orang disekeliling aku.
Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat maka hendaklah ia berkata-kata yang baik atau hendaklah ia diam." (Riwayat Imam al-Bukhari)
Aku sudah tidak mampu untuk melihat orang disekeliling bercerita buruk tentang orang lain. Aku tiada kekuatan untuk menegur.
Aku tidak mampu untuk menghalang pandangan serta pendengaran aku daripada melihat sahabat serta orang yang tersayang menyebarkan kata-kata makian, negatif, mengaibkan sesama sendiri, mentertawakan orang lain dan banyak lagi
Apa lagi yang harus aku lakukan untuk sampaikan pesan yang tidak seberapa ini? Apa lagi yang harus aku lakukan untuk mengajak korang untuk sama-sama kita berusaha memperbaiki diri terutama lisan dan tulisan kita
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Hai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Entahlah aku berharap aku dapat sampaikan apa yang ingin aku sampaikan. Lidahmu jangan kau biarkan menyebut kekurangan orang lain… sebab kau pun punya kekurangan dan orang lain pun punya lidah…Akhir kata, ingatlah dosa sesama manusia pula perlu dimaafkan oleh manusia sendiri
Dalam satu hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW pernah bertanyakan kepada sahabat: “Tahukah kamu semua siapakah orang-orang yang muflis?” Lalu sahabat menjawab: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah mereka yang tidak memiliki wang dan juga harta.”
Rasulullah SAW berkata: “Sesungguhnya mereka yang muflis dalam kalangan umat aku ialah mereka yang datang pada hari kiamat kelak membawa pahala daripada solat, puasa dan zakatnya. Namun pada masa yang sama dia juga membawa dosa memaki-hamun sesama manusia, dosa menuduh seseorang dengan tuduhan yang jahat, dosa memakan harta orang lain dengan zalim, dosa menumpahkan darah sesama manusia, dosa memukul atau mencederakan sesama manusia."
“Maka diberikan pahalanya kepada mereka yang dizaliminya ketika di dunia dahulu. Jika habis pahalanya sedangkan belum selesai tuntutan manusia ke atasnya, maka diambil dosa manusia itu lalu ditanggung ke atasnya dan akhirnya dia dihumban ke dalam api neraka.”
Setiap manusia akan menuntut semula pembalasan di atas setiap kezaliman yang pernah dilakukan seseorang itu di dunia dahulu. Dan antara dosa paling banyak dilakukan sesama manusia adalah disebabkan lidah dan tulisan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.siinurul.com/2020/09/kita-nampak-baik-sebab-allah-tutup-aib.html