Suami Tak Kisah Bahagia Kita Yang Pilih Semua Allah Bagi Cantik Sempurna


Betullah rezeki, jodoh dan ajal semua sudah ditetapkan oleh Allah SWT sejak dalam kandungan lagi. Semua itu rahsia Allah yang semua orang tak tahu melainkan sudah tiba masanya.
Siapa sangka hubungan percintaan yang dijalinkan oleh pasangan ini tetapi terlerai beberapa tahun lalu kini kembali berakhir dengan ikatan perkahwinan yang cukup memberi kebahagiaan buat suami isteri ini.

Namun apa yang menjadi tumpuan ramai, foto pengantin perempuan mendukung suaminya sewaktu majlis persandingan membuktikan pasangan ini ikhlas terima satu sama lain. Rata-rata memuji pasangan ini sweet dan sporting!
Mesti ada yang tertanya-tanya bagaimana kisah percintaan ini bermula sehingga direstui orang tua dan menjadi pasangan suami isteri.
Mengenali ketika di tingkatan 4
Menerusi perkongsian OHBULAN!, Nurasyidah memberitahu dia sudah lama berkenalan dengan suaminya, Farid Alias yang kini bekerja sebagai askar di Kem Gemas.
View this post on Instagram
Pikul load naik gunung-ganang berhari-hari boleh tak kan la nak pikul suami sendiri tak boleh alaaaaa dia 53kg jer pun hahaha Bahagi 3 dengan syitat Alhamdulillah.. sah bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang bernama Mohamad Farid Bin Alias… Macam tak percaya pun ada Kami bercinta 7 tahun dari syitat tingkatan 4 sampai la syitat habis degree 🥱 Lepas tu kami break 4 tahun setengah and then getback semula hujung tahun lepas lepas sebulan, dia ajak syitat nikah Alhamdulillah hubungan kami mendapat restu dari kedua-dua belah keluarga.. Benar lah jodoh itu rahsia Allah.. Gambar lain menyusul nanti.. panjang lagi nak cerita ni hahaha doakan kebahagiaan kami ya ni bukan appreciation post lagi tau
A post shared by Syidah Tat (@syidah_tat) on Aug 31, 2020 at 1:05am PDT

Pasangan ini mula berkenalan di bangku sekolah lagi ketika berusia 16 tahun. Boleh dikatakan percintaan jarak jauh kerana Syidah berada di Pahang manakala Farid menetap dan bersekolah di Kelantan.
Saya dapat nomber telefon dia dari contact kawan saya ketika berada di asrama. Ketika itu, saya cuba untuk hubungi dia dan kami tak pernah lihat muka masing-masing. Saya pernah kata yang fizikal saya ini gempal. Tapi dia kata tidak kisah, cuma mahu berkawan dengan saya. Lama kelamaan kami mula jadi rapat.

Dia juga pernah pos sekeping gambar ke rumah saya, dan saya juga mula pos gambar ke alamat rumahnya. Dari situ kami mula melihat wajah masing-masing. Ketika itu belum wujud lagi telefon pintar, kami hanya pakai telefon bimbit saja.
Dia dan keluarganya juga pernah datang ke Pahang melawat arwah ibu saya yang terlantar di hospital. Dari situ juga hubungan kami sekeluarga mula rapat dan kenal antara satu sama lain.

Block akaun media sosial
Syidah juga berkongsi kisah selepas membuat keputusan untuk berpisah dan dari detik itu dia mula berjinak dengan aktiviti mendaki serta melakukan aktiviti lasak bersama rakan-rakan. Segala aktiviti yang dilakukannya itu adalah untuk melupakan bekas kekasihnya.
Kami berpisah pada awal tahun 2015 hingga 2019 kerana dia memiliki orang lain ketika itu. Saya buat keputusan untuk melepaskan dia. Dari peristiwa itu, saya bawa diri dengan mula aktif aktiviti hiking dan pernah ke Australia selama dua tahun. Saya juga blocked akaun media sosialnya. Semua ini hanya untuk melupakan dia ketika itu.
Dia mula mencari saya semula dengan menggunakan akaun Facebook milik ibunya. Mulanya, saya ingatkan mesej tersebut dari ibunya. Sehinggakan saya telah memberi nombor telefon dan dia mula hubungi saya. Kami mula berkawan semula.

Allah buat cantik dan sempurna, kita kena positif
Bercakap mengenai foto yang viral di media sosial, dia sama sekali tidak menyangka foto perkahwinan itu akan dikongsi ramai. Dia juga bersyukur dan ingin memberi inspirasi kepada wanita-wanita berfizikal besar untuk terus tampil yakin dan positif.
Gambar itu kawan yang suruh posing seperti itu. Kami hanya melayankan saja dan tak sangka ramai cakap aksi itu comel. Sebelum ini juga saya tak pernah pakai pakaian berwarna cerah disebabkan fizikal, hari pernikahan itu juga saya risau tetapi memikirkan pernikahan itu hanya sekali seumur hidup.
Saya juga ingin memberi inspirasi kepada golongan wanita yang senasib dengan saya. Semua ciptaan Dia dilahirkan cantik dan sempurna. Masing-masing cantik dengan diri sendiri. Kita perlu sentiasa positif dan saya berada dalam kelompok rakan yang positif. Saya tidak mahu golongan wanita seperti saya ini merendah diri atau down grade diri mereka sendiri.

‘Mungkin saya kelakar dan periang’
Malah, dia juga tidak tahu keistimewaan yang terdapat pada dirinya sehinggakan suami menerima dan melamar sebagai isteri.
Saya rasa sebab saya sentiasa happy, ceria dan lawak. Mungkin sebab itu yang menjadi faktor suami berkenan dengan saya. Saya bersyukur dan yakin dengan aturan dariNya.
Sumber: OH Bulan & Syidah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
 
The post “Suami Tak Kisah, Bahagia Kita Yang Pilih”. Semua Allah Bagi Cantik & Sempurna appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/suami-tak-kisah-bahagia-kita-yang-pilih-semua-allah-bagi-cantik-sempurna/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Tak Kisah Badan Saya Tular Foto Dukung Suami Pengantin Kongsi Kisah Percintaan Mereka

Dia Tak Kisah Badan Saya Tular Foto Dukung Suami Pengantin Kongsi Kisah Percintaan Mereka

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 319 hits
Kalau dah jodoh tak ke mana begitulah pepatah yang sering dikaitkan dengan jodoh dan pertemuan setiap pasangan Bertemu semula setelah empat tahun berpisah Tanpa disangka hubungan percintaan yang terjalin sejak bangku persekolahan berakhir d...
Bermula Dengan Pm Tepi Kepada Ibu Mira Filzah Kongsi Kisah Pertemuan Dengan Bakal Suami

Bermula Dengan Pm Tepi Kepada Ibu Mira Filzah Kongsi Kisah Pertemuan Dengan Bakal Suami

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 673 hits
Mungkin ramai yang sudah mengetahui pelakon dan pengacara Mira Filzah bakal melangsungkan perkahwinannya malam ini di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara Tetapi mungkin ramai yang masih tidak tahu bagaimana jejaka pilihannya Wan Emir Ast...
Asal Usul Serta Kisah Nabi Ibrahim As Kesayangan Allah Swt

Asal Usul Serta Kisah Nabi Ibrahim As Kesayangan Allah Swt

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 318 hits
Nabi Ibrahim ialah seorang nabi yang dilahirkan di tengah tengah masyarakat jahiliyah yang musyrik dan kafir Beliau adalah anak Azar yang masih keturunan Sam bin Nuh Nabi Ibrahim dilahirkan pada tahun 2295 sebelum Masehi di negeri Mausul Ay...
Sama Cantik Sama Padan Tampil Anggun Dan Sedondon Putih Bersama Suami Adik Bongsu Anzalna Nasir Selamat Bergelar Isteri

Sama Cantik Sama Padan Tampil Anggun Dan Sedondon Putih Bersama Suami Adik Bongsu Anzalna Nasir Selamat Bergelar Isteri

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 338 hits
Tahniah diucapkan buat adik kepada pelakon Anzalna Nasir Nazirah yang sudah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hati Umar Mukhtar Majlis yang dilangsungkan penuh meriah minggu lalu itu turut diraikan dengan kehadiran ahli kelu...
Alami Nightmare Imbau Kisah Hitam Kahwin Hafiz Hamidun Tetap Doakan Joy Revfa Bahagia

Alami Nightmare Imbau Kisah Hitam Kahwin Hafiz Hamidun Tetap Doakan Joy Revfa Bahagia

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 806 hits
Semua sedia maklum mengenai pergolakan rumah tangga penyanyi Hafiz Hamidun dan usahawan kosmetik Joy Revfa yang sebelum ini menarik perhatian masyarakat dan menjadi tular di media sosial source
Suami Bacalah Doa Ini Di Saat Isteri Nak Bersalin Insya Allah Dipermudahkan

Suami Bacalah Doa Ini Di Saat Isteri Nak Bersalin Insya Allah Dipermudahkan

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 428 hits
Sakit bersalin adalah sakit yang sukar diungkapkan dengan kata kata Ia ibarat antara hidup dan mati Walaupun sebelum ini pernah ada pengalaman bersalin pastinya perasaan gementar takut semuanya bermain dalam fikiran Sebab itulah ada banyak ...
Bila Suami Jadi Api Isteri Jadi Air Sejuk Rumah Tangga Bahagia Selalu

Bila Suami Jadi Api Isteri Jadi Air Sejuk Rumah Tangga Bahagia Selalu

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 702 hits
Sesebuah perkahwinan tidak akan lengkap jika suami isteri itu tidak pernah bermasam muka Ia adalah normal kerana dalam kehidupan yang dikongsi dengan dua hati dan pemiran berbeza sudah tentu ada rasa tidak puas hati dan sebagainya Dengan be...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa