Kita Akan Umumkan Sesuatu Untuk Mengubat Duka Lara Penjawat Awam 30 Ogos Nanti Pm


The Reporter




Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi bayangan akan mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam pada 30 Ogos ini.

Beliau berkata, kerajaan Keluarga Malaysia yang diterajuinya sentiasa menghargai pengorbanan penjawat awam, termasuk pasukan keselamatan, di bawah kepimpinan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.


Beliau berkata, di saat negara sedang mengalami kesusahan seperti banjir besar yang tidak dijangka, pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan pelbagai agensi kerajaan lain bertugas tanpa lengah dan penuh dedikasi.


"InsyaAllah, kita akan mengumumkan sesuatu yang menceriakan bagi mengubat duka lara para penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam yang dijadualkan pada 30 Ogos nanti.


"Tunggulah saya pun tengah fikir mengenainya," katanya ketika berucap merasmikan Simposium Keluarga Malaysia: Pencapaian dan Harapan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.


Ketika negara berdepan pandemik Covid-19, Ismail Sabri berkata, ada banyak cerita kesedihan petugas kesihatan yang berkorban jiwa raga dan nyawa dalam menangani virus itu.


Beliau berkata, jasa dan pengorbanan mereka sebagai wira tidak didendang akan terus terpahat dalam lipatan sejarah.


Menurutnya hasil kerja keras semua pihak dan kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) khususnya, membolehkan Malaysia menjadi antara negara yang mencatat kadar vaksinasi terpantas, seterusnya memasuki Fasa Peralihan ke Endemik pada 1 April lepas.


"Sesebuah kerajaan hanya akan menjadi kuat dan berkesan jika ia mendapat dukungan daripada semua pihak. Alhamdulillah, kerajaan Keluarga Malaysia tidak pernah bersengketa atau memandang ringan pengorbanan penjawat awam.


"Begitu juga dengan para aktivis masyarakat yang cekal berkhidmat kepada negara, khususnya melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, Kerajaan Keluarga Malaysia sentiasa mengingati sumbangan mereka," katanya.


Perdana Menteri dalam ucapannya turut mewakili kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas kesihatan yang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa Covid-19. - Bernama


August 21, 2022 at 05:39AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2022/08/kita-akan-umumkan-sesuatu-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berita Baik Untuk Penjawat Awam Diumum 30 Ogos Ini Pm

Berita Baik Untuk Penjawat Awam Diumum 30 Ogos Ini Pm

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 196 hits
PERDANA MENTERI AKAN UMUM BERITA BAIK UNTUK PENJAWAT AWAM 30 OGOS INI PUTRAJAYA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam 30 Ogos ini Nega...
Beri Ambil Undi Adalah Rahsia Berita Gembira Buat Penjawat Awam Menjelang Pilihanraya

Beri Ambil Undi Adalah Rahsia Berita Gembira Buat Penjawat Awam Menjelang Pilihanraya

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 190 hits
Berita gembira menanti penjawat awam PMPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan umum berita gembira buat penjawat awam dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam yang dijadualkan 30 Ogos ini Ia sebagai penghargaan kerajaan Kel...
Cuti Lain Lain Kebenaran Tidak Hadir Untuk Penjawat Awam

Cuti Lain Lain Kebenaran Tidak Hadir Untuk Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 295 hits
Selain cuti tahunan cuti sakit serta cuti tanpa rekod terdapat kebenaran tidak hadir serta cuti lain lain yang diperuntukkan untuk penjawat awam Teruskan membaca untuk ketahui butiran mengenai kemudahan khas yang ditawarkan Baca Juga Cuti L...
Penjawat Awam Digesa Pertahankan Kerajaan Ismail Dari Fitnah Pentadbirannya Gagal

Penjawat Awam Digesa Pertahankan Kerajaan Ismail Dari Fitnah Pentadbirannya Gagal

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 251 hits
Foto Malaysia NowPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan pimpinannya adalah kerajaan bersama yang menekankan konsep Keluarga Malaysia dan penjawat awam wajar mempertahankan kerajaan daripada pelbagai dakwaan dan fitn...
Permohonan Pelbagai Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ambilan Ogos Tahun 2022

Permohonan Pelbagai Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ambilan Ogos Tahun 2022

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 264 hits
Jawatan Kosong Terkini 2022 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan sila baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum memohon Pengambilan calon dibuka...
Terkini Kemaskini Maklumat Untuk Semua Penerima Bkm Fasa 3 Kini Dibuka Sehingga 30 Ogos 2022

Terkini Kemaskini Maklumat Untuk Semua Penerima Bkm Fasa 3 Kini Dibuka Sehingga 30 Ogos 2022

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 252 hits
Kemaskini Permohonan BKM Fasa 3 2022 kini dibuka bermula pada minggu ini sehingga 30 Ogos 2022 Kemaskini maklumat BKM ini adalah untuk penerima yang telah lulus status dan tidak membuat sebarang rayuan BKM Tujuan Kemas Kini BKMKemaskini mak...
Langsung Awani Pagi Peningkatan Pengaruh China Di Asia Tenggara Dilema Malaysia 10 Ogos 2022

Langsung Awani Pagi Peningkatan Pengaruh China Di Asia Tenggara Dilema Malaysia 10 Ogos 2022

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 192 hits
Peningkatan pengaruh politik dan ekonomi China di rantau Asia Tenggara jelas kelihatan seiring dengan kebangkitannya sebagai sebuah kuasa besar dunia sejak 1990 an Beberapa persoalan perlu diberi tumpuan termasuk bagaiman Malaysia yang meru...
Senarai Drama Dan Filem Menarik Di Netflix Malaysia Bulan Ogos 2022

Senarai Drama Dan Filem Menarik Di Netflix Malaysia Bulan Ogos 2022

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 458 hits
Kembali lagi dalam artikel berkenaan dengan drama dan filem menarik di Netflix Malaysia bagi bulan Ogos 2022 Untuk korang yang belum tengok senarai drama dan filem menarik di Netflix bulan Julai 2022 boleh klik link yang aku kongsikan dekat...
Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

Infinix Kembangkan Siri Note 50 5g Dengan Model Baharu Note 50x 5g Note 50s 5g

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Jalan Jalan Ke Muzium Shah Alam Baru Serius Best

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Buat Sampai Fajar Konsep Menarik Yang Tak Terduga

Ground Zero Thriller Penuh Aksi Tanpa Selindung

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga