Cuti Lain Lain Kebenaran Tidak Hadir Untuk Penjawat Awam


Selain cuti tahunan, cuti sakit, serta cuti tanpa rekod, terdapat kebenaran tidak hadir serta cuti lain-lain yang diperuntukkan untuk penjawat awam.
Teruskan membaca untuk ketahui butiran mengenai kemudahan khas yang ditawarkan.
Baca Juga : Cuti Tanpa Rekod Untuk Penjawat Awam (Syarat & Tempoh Cuti)
Cuti Lain-Lain Untuk Penjawat Awam i) Cuti Menjaga Anak Syarat-Syarat Umum
Tidak tertakluk kepada tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan tidak perlu menghabiskan Cuti Rehat yang berkelayakan. Tidak menjejaskan kelayakan Cuti Separuh Gaji (PAC 13/51) dan Cuti Tanpa Gaji (PAC 14/52). Layak PGT secara isyarat tertakluk kepada maksimum 3 kali sepanjang tempoh perkhidmatan (Cuti Menjaga Anak (CMA) > 180 hari dalam 1 tahun kalendar). Pegawai tertakluk kepada semua peraturan yang berkuat kuasa termasuk Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tempoh percubaan pegawai dibekukan. Pegawai boleh dikehendaki mengikuti kursus atau peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan. Pegawai hilang kekananan sepanjang tempoh CMA. Boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat jika memenuhi syarat yang ditetapkan. Tempoh CMA tidak diambil kira bagi tujuan pengiraan faedah persaraan. Tempoh CMA adalah termasuk rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Pegawai dikehendaki melapor diri bertugas sebaik tamat CMA atau apabila hubungan antara pegawai dan anak terputus atas sebab kematian anak atau lucut hak penjagaan. Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai kembali melaporkan diri bertugas sekiranya wujud keperluan mendesak dan pegawai dikenehdaki mematuhinya. Pegawai boleh pada bila-bila masa dalam tempoh CMA memohon untuk memendekkan tempoh CMA sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh kembali. Ketua Jabatan boleh membenarkan pegawai kembali bertugas pada tarikh yang dipohon atau pada mana-mana tarikh, bergantung kepada kekosongan jawatan yang telah ditinggalkan oleh pegawai. ii) Cuti Kuarantin Syarat-Syarat
Pegawai (lantikan tetap dan contract of service) yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin. Pegawai hendaklah diberi hak penjagaan sekurang-kurangnya 1 bulan secara berterusan. Jenis Penyakit
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)Campak (Measles) ChickenpoxMalariaDifteriaDemam Denggi lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan Pegawai Perubatan kerajaan atau swasta. Tafsiran Anak
Anak kandung / anak tiri tanggungan / anak angkat de facto / anak angkat / anak pelihara Berumur di bawah 18 tahun / di bawah 21 tahun jika masih belajar. Tiada had umur – cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekali sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun. Kuasa Melulus : Oleh Ketua Jabatan dan direkod dalam BPK pegawai.
Siapa Yang Tidak Layak Cuti Kuarantin?
Ibu dan bapa yang bimbang anaknya berjangkit dengan penyakit berjangkit. Ibu bapa yang anaknya disahkan sihat tetapi TASKA / sekolah telah diisytihar sebagai kawasan yang dikuarantin. Bagi setiap kes ATAU selama tempoh perakuan (atas nama anak) yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan / swasta. Tempoh cuti adalah 5 hari termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
Boleh digunakan pada bila-bila masa dalam tempoh perakuan (tidak semestinya berturut-turut).
iii) Cuti Haji Syarat Kelayakan
Pegawai beragama Islam dan bertujuan untuk menunaikan ibadah Haji di Mekah. Berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan.Pegawai berjawatan sementara perlulah berkhidmat sekurang-kurangnya 6 tahun secara berterusan.Pegawai berjawatan kontrak (warganegara) perlulah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun. Tempoh cuti : 40 hari termasuk cuti hujung minggu, kelepasan am dan cuti penggal persekolahan.
iv) Cuti Berkursus Syarat Kelayakan
Pegawai yang dipilih/ dibenarkan oleh Kerajaan untuk mengikuti apa jua jenis kursus, latihan atau pengajian Cuti bergaji penuh / separuh gaji / tanpa gaji. Cuti diambil untuk penjawat awam ikuti pengajian peringkat diploma / ijazah asas / kursus lanjutan. Kategori Kursus
jangka Pendek ( 3 bulan dan ke bawah) Jangka Sederhana (3 bulan hingga 12 bulan) Jangka Panjang (12 bulan ke atas). Cuti Akademi Menghapuskan Cuti Rehat i) Tempoh Kursus : 12 bulan ke bawah
Pegawai tak layak mendapat kemudahan Cuti Rehat dalam tempoh kursus.
ii) Tempoh Kursus : 12 bulan dan ke atas
Pegawai dianggap telah menghabiskan semua cuti rehat yang ia berkelayakan mendapat sebelum pergi berkursus.
Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan Tempoh : tidak lebih 7 hari
Syarat Kelayakan
Pegawai masih mempunyai baki cuti rehat sebelum pergi berkursus Cuti perlu diluluskan oleh Ketua Jabatan. v) Cuti Khas Untuk Pegawai Yang Mengikuti Pasangan Bertugas Atau Berkursus Cuti layak diambil oleh pegawai agensi awam / swasta / antarabangsa yang bertugas atau berkursus di dalam atau luar negara yang tempohnya melebihi 3 bulan. Dianugerahkan bantuan kewangan oleh kerajaan atau mana-manainstitusi dalam / luar negara yang menawarkan pembiayaan kursus. Pegawai disahkan menerima dan melapor diri mengikuti kursus di insitusi pengajian (perbelanjaan sendiri). Pegawai perlu berada bersama pasangan dalam menjalankan tugas terutamanya yang melibatkan kepentingan jawatan tertentu. Tempoh : Tidak tertakluk. Syarat kembali bertugas 1 tahun untuk permohonan CTGIP berikutnya. Kuasa melulus oleh Ketua Jabatan Kebenaran Tidak Hadir Peraturan Memberikan Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab-Sebab Kecemasan Am Syarat Kelayakan
Banjir / tanah runtuh / gempa bumi / jambatan runtuh / lain-lain malapetaka dan bencana alam / Perintah Berkurung / Perintah Sekatan Am. Terhalang perjalanan ke tempat kerja.Bencana dan kemalangan ke atas peribadi / harta benda tidak termasuk dalam istilah kecemasan am dan perlu mohon Cuti Rehat. Pegawai perlu kemukakan borang perakuan sebaik sahaja kembali bertugas. Ketua Jabatan boleh membenarikan pegawai tidak hadir ke pejabat akibat kecemasan. Boleh memotong Cuti Rehat pegawai / Cuti Tanpa Gaji sekiranya tidak berpuas hati dengan perakuan pegawai. Perlu mengesahkan kejadian melalui Pegawai Daerah / Penghulu / Pejabat Polis / Jabatan Penerangan / Jabatan Kebajikan. Suami / Isteri Yang Dikehendaki Mengiringi Pegawai ke Majlis Rasmi Menyertai lawatan rasmi di peringkat Persekutuan yang melibatkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong / DYMM Sultan / TYT Yang Dipertua Negeri / YAB Menteri Besar / Ketua Menteri. Hanya Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian, YB SUK Negeri, Ketua Jabatan di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah (atau wakil masing-masiing) yang dititah /diarah dan dikehendaki membawa isteri / suami bagi menyertai lawatan rasmi di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah. Kelayakan Pegawai Kerajaan Menghadiri Upacara Penganuegarahan Pingat /Darjah Kebesaran Perlu mendapatkan kebenaran Ketua Jabatan terlebih dahulu sekiranya kehadiran diperlukan. Penerima dan tetamu dianggap menjalankan tugas rasmi dan layak menuntut elaun. Kebenaran Pulang Awal 1 Jam Bagi Pegawai Wanita Yang Mengandung Syarat Kelayakan Untuk Pegawai Wanita Mengandung
Pegawai perkhidmatan awam memegang jawatan tetap dan kontrak (contract of service). Mengandung 5 bulan (22 minggu) dan ke atas. Bagi guru yang mengajar di sekolah / institusi pendidikan secara sepenuh masa, penggunaan kemudahan ini adalah berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan. Syarat Kelayakan Untuk Suami Kepada Pegawai Perkhidmatan Yang Mengandung
Suami (penjawat awam) dan bekerja di lokasi berdekatan. Pulang bersama isterinya yang mengandung 5 bulan ke atas bagi membolehkan suami membantu isteri semasa dalam perjalanan. Tertakluk isteri pegawai telah diuluskan untuk menggunakan kemudahan ini. Tempoh Pelepasan : 1 jam daripada waktu bekerja
Boleh digunakan pada bila-bila masa, bermula usia kandungan 5 bulan.
Tempoh kemudahan kebenaran meninggakan pejabat tempoh 4 jam adalah termasuk dalam tempoh penggunaan kemudahan ini.
Pada bulan Ramadhan, pegawai boleh memilih untuk menggunakan kemudahan ini ATAU WPP Bulan Ramadhan.
Cuti lain-lain serta kebenaran bersyarat yang ditawarkan pasti bakal memberi manfaat kepada setiap penjawat awam.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk ke Bahagian Sumber Manusia di Jabatan masing-masing.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cuti-lain-lain-dan-kebenaran-tak-hadir-penjawat-awam/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cuti-lain-lain-dan-kebenaran-tak-hadir-penjawat-awam

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Cuepacs Ancam Berpiket Jika Gaji Penjawat Awam Tidak Dinaikkan Dianggap Sebagai Khianat Kufur Nikmat Terbesar

Tindakan Cuepacs Ancam Berpiket Jika Gaji Penjawat Awam Tidak Dinaikkan Dianggap Sebagai Khianat Kufur Nikmat Terbesar

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 235 hits
Foto Malaysia GazattePersatuan Pengguna Subang dan Shah Alam menganggap tindakan Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam mengugut akan bersama penjawat awam berpiket di Putrajaya sekiranya tuntutan kenaikan gaji tidak di...
Kerajaan Tambah Elaun Penjawat Awam Kuasai Bahasa Asing Dalam Negara Kalu Macamana

Kerajaan Tambah Elaun Penjawat Awam Kuasai Bahasa Asing Dalam Negara Kalu Macamana

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 214 hits
August 5 2022 Pada 2009 kerajaan memperkenalkan elaun khas untuk kemahiran bahasa asing bagi penjawat awam bertugas di luar negara PETALING JAYA Kerajaan menaikkan elaun bulanan bagi penjawat awam berkhidmat di luar negara yang menguasai da...
Cuepacs Optimis Ada Berita Gembira Buat Penjawat Awam

Cuepacs Optimis Ada Berita Gembira Buat Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 202 hits
ADNAN Mat sewaktu berucap pada majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Sembilan dan Taklimat Isu Semasa CUEPACS di Port Dickson hari ini FOTO MOHD SHAHJEHAN MAAMINOleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI4 Ogos 2022 PORT DICKSON Pertemuan di antara K...
Penjawat Awam Didakwa Pecah Cermin Kereta Ugut Wanita

Penjawat Awam Didakwa Pecah Cermin Kereta Ugut Wanita

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 237 hits
Nor Fazlina Abdul Rahimnfazlina nstp com myKota Bharu Penjawat awam didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memecahkan cermin kereta dan melakukan ugutan terhadap seorang wanita di persimpangan lampu isyarat Kuban...
Penjawat Awam Digesa Pertahankan Kerajaan Ismail Dari Fitnah Pentadbirannya Gagal

Penjawat Awam Digesa Pertahankan Kerajaan Ismail Dari Fitnah Pentadbirannya Gagal

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 161 hits
Foto Malaysia NowPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan pimpinannya adalah kerajaan bersama yang menekankan konsep Keluarga Malaysia dan penjawat awam wajar mempertahankan kerajaan daripada pelbagai dakwaan dan fitn...
Jom Bantu Mereka Menentang Pensyarah Yang Jelek Demi Menegak Kebenaran Aku Rasa Ramai Kenai Pensyarah Tu

Jom Bantu Mereka Menentang Pensyarah Yang Jelek Demi Menegak Kebenaran Aku Rasa Ramai Kenai Pensyarah Tu

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 300 hits
LIYANA MARZUKIHari ni melepak dengan Otai Dia jadi influencer politik sejak PRU14 Masih kekal berpengaruh hingga sekarang Kalau geng pembangkang nak tahu isu kena singgah profile beliau He says things as is Straight from his heart Dalam sos...
Lebih Baik Dari Konsert Zizan Hadir Majlis Ilmu Bersama Uai Dapat Pujian Netizen

Lebih Baik Dari Konsert Zizan Hadir Majlis Ilmu Bersama Uai Dapat Pujian Netizen

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 118 hits
Semalam pelakon dan pelawak iaitu Zizan Razak telah menghadiri sebuah majlis Talk Show Anok Mude bersempena Karnival Penghayatan Islam yang diadakan di Kuala Terengganu Menerusi hantaran gambar yang dimuat naik di laman Instagram pelakon be...
Hiburan Macam International Dah Hadir Ke Klfw22 Netizen Teruja Penampilan Ummi Nazeera Dan Abang

Hiburan Macam International Dah Hadir Ke Klfw22 Netizen Teruja Penampilan Ummi Nazeera Dan Abang

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 152 hits
Penampilan aktres jelita Ummi Nazeera bersama abangnya Datuk Nazreem Musa di Kuala Lumpur Fashion Week 2022 baru baru ini telah mencuri perhatian peminat di media sosial Kedua duanya dilihat telah hadir bagi memberikan sokongan kepada perek...
Dia Orang Last Tinggalkan Majlis Neelofa Anjur Majlis Agama Teruja Jasmine Suraya Turut Hadir

Dia Orang Last Tinggalkan Majlis Neelofa Anjur Majlis Agama Teruja Jasmine Suraya Turut Hadir

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 169 hits
Selebriti sensasi Noor Neelofa memang diketahui sering menganjurkan majlis majlis ilmu agama dan dihadiri oleh keluarga dan ramai rakan artis Terbaru Neelofa ada membuat satu lagi majlis keagamaan dan turut meluahkan rasa teruja apabila pel...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord