Kit Siang Buat Teori Kononnya Sokongan Zahid Pada Pn Ada Kaitan Dengan Kes Khairuddin


 
Veteran DAP Lim Kit Siang mengaitkan penegasan semula sokongan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi terhadap Perikatan Nasional dengan tiada tindakan lanjut yang dikenakan ke atas Menteri Perladangan Perusahaan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali selepas ingkar kuarantin kendiri wajib Covid-19.

Lim percaya itu bukanlah kebetulan, sebaliknya katanya, Umno telah mendapati yang mereka kini tidak mempunyai sokongan penuh daripada PAS.

“Mungkin pimpinan Umno telah mendapati yang mereka tidak akan mendapat sokongan daripada PAS dalam Game of Thrones ini ...

“... dan jika perkara ini berlaku, mereka tidak boleh menjangka sokongan PAS mahupun blok Parlimen Umno untuk bersatu teguh menyokong apa-apa sahaja keputusan Zahid dan (bekas perdana menteri) Najib Razak secara membuta tuli.

“Ataupun, adakah plot, subplot, dan tindak balas yang rumit ini hanya akan bertambah besar dan rumit?” soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Umno berkata sedang mempertimbangkan menarik diri daripada PN, di tengah-tengah ketegangan dengan Bersatu dan spekulasi bahawa ahli Parlimen Umno menyokong presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri baru.

Bagaimanapun, Zahid semalam mengumumkan “gencatan politik” dan berkata partinya itu akan mendukung kerajaan PN dalam memberi fokus kepada agenda membantu rakyat dan negara.



Semalam juga, polis mengumumkan yang Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) ke atas Khairuddin atas pelanggaran kuarantinnnya.

Menurut AGC, ini memandangkan Khairuddin tidak diserahkan borang yang mengandungi perintah pemerhatian atau pengawasan selepas dikatakan pulang dari lawatan kerja ke Turki pada 7 Julai.

PAS merupakan sekutu Umno dalam Muafakat Nasional (MN), yang dalam rancangan untuk didaftarkan secara rasmi.

Bagaimanapun, di kala Umno mahu menarik diri daripada PN, PAS pula kekal menyokong kerjasama itu.

“Pendirian PAS tetap sama iaitu perkukuhkan Muafakat Nasional dan pertahankan PN,” kata timbalan presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man minggu lepas.

  



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/kit-siang-buat-teori-kononnya-sokongan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Timbang Semula Sokong Pn Tiada Kaitan Kes Mahkamh

Zahid Timbang Semula Sokong Pn Tiada Kaitan Kes Mahkamh

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 172 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 10 15 amBeberapa jam selepas ketua pembangkang Anwar Ibrahim mengadap Yang di Pertuan Agong pada Selasa lalu majlis tertinggi Umno mengumumkan parti itu mempertimbangkan semula sokongannya kepada kerajaa...
Kit Siang Ties Zahid Reaffirming Pn Support With Nfa For Pas Minister

Kit Siang Ties Zahid Reaffirming Pn Support With Nfa For Pas Minister

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 280 hits
DAP veteran Lim Kit Siang has tied Umno president Ahmad Zahid Hamidi s move to reaffirm his party s support for Perikatan Nasional with Plantation Industries and Commodities Minister Khairuddin Aman Razali being let off the hook for breakin...
Kes Khairuddin Takiri Implikasi Undang Undang 2 Darjat Kata Peguam

Kes Khairuddin Takiri Implikasi Undang Undang 2 Darjat Kata Peguam

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 409 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONKeputusan Peguam Negara melepaskan Menteri Pembangunan Komoditi dan Perladangan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menyebabkan rakyat mempunyai persepsi negatif bahawa undang undang dijalankan secara dua darjat Secara rum...
Lim Kit Siang Hanya Tahu Menyalahkan Tidak Mampu Beri Solusi Kata Bala

Lim Kit Siang Hanya Tahu Menyalahkan Tidak Mampu Beri Solusi Kata Bala

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 222 hits
SECARA umumnya saya menghormati Lim Kit Siang sebagai seorang ahli politik veteran di dalam negara kita Beliau ada banyak pengalaman politik yang mampu menggugat pihak lawan Namun modus operandi beliau saya lihat hampir sama sahaja iaitu me...
Menyedihkan Usaha Ph Pulihkan Intergriti Dimusnahkan Dalam Kes Khairuddin

Menyedihkan Usaha Ph Pulihkan Intergriti Dimusnahkan Dalam Kes Khairuddin

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 230 hits
MALAYSIA DATELINEAmat menyakitkan melihat usaha untuk sedang memulihkan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada integriti profesionalisme dan kebebasan institusi institusi utama negara dimusnahkan satu persatu oleh kerajaan yang ada Veteran...
Teori Politik Semasa Penyataan Anwar Ada Sokongan Masih Dalam Keraguan Agong

Teori Politik Semasa Penyataan Anwar Ada Sokongan Masih Dalam Keraguan Agong

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 231 hits
6 perkara perlu diambil perhatian1 Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dipanggil menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam atas kapasiti beliau sebagai Ahli ...
Isu Pkpb Pun Mb Dan Kit Siang Mahu Politikkan

Isu Pkpb Pun Mb Dan Kit Siang Mahu Politikkan

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 179 hits
TINDAKAN kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bagi seluruh Negeri Selangor Putrajaya dan Kuala Lumpur mulai tengah malam ini sehingga 27 Oktober sebagai langkah memerangi dan mengawal pandemik 19 demi keselamatan d...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Wish List April 2024

Sentiasalah Mengharapkan Rahmat Redha Allah

Puding Kastad Mangga

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Isteri Bersubahat Dengan Suami Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja 17 Tahun