Kit Home Manchester United Diperkenalkan Bagi Musim 2019 2020
Musim Liga Perdana Inggeris atau English Premier League (EPL) 2018/2019 telah melabuhkan tirainya secara rasminya pada Ahad (12 Mei 2019) lepas. Di mana pada musim ini sekali lagi penyandang juara 2017/2018 iaitu Manchester City memenangi Liga pada musim dengan keseluruhan mata yang dikutip adalah 98 mata, 1 mata dihadapan pesaing sengit Liverpool.
Ianya musim yang baik untuk Liverpool tetapi masih tidak cukup lagi memenangi dan menduduki takhta Liga
EPL 2018/2018 berkesudahan tempat ke-3 diduduki oleh Chelsea, dikuti rapat Tottenham Hotspurs, kemudian Arsenal dan tempat ke-6 iaitu Manchester United.
United (pasukan aku) menempuh musim 18/19 penuh dengan liku; pemecatan Jose Mourinho, perlantikan pengurus baru, Ole, kembalinya prestasi sebenar Pogba (walaupun hanya sementara), krisis kecederaan pemain dan macam-macam lagi.
Yang paling murum sekali adalah, United terlepas slot ke UEFA Champions League (UCL) pada musim baru kelak. Jadi terpaksa la bersengkang mata pada malam jumaat lepas ni. Tahniah kepada semua pemain, pengurus dan pihak pengurus.
Jadi bermula 16 Mei 2019 (waktu UK), jendela perpindahan akan dibuka, jadi United sudahpun dikaitkan atau digosipkan dengan beberapa pemain. Ianya biasa, hanya gosip, tetapi tiada pun yang masuk.
Jadi kali ni, Ole kene buat kerja lebih sikit, memberi kepercayaan yang lebih kepada bakal pemain baru untuk sertai United walaupun tiada slot UCL. Antoine Griezmen tu biasa main UEL, boleh dah United beli ni rasanya.
Selain jendela perpindahan itu, hari ini dengan rasminya, pihak Manchester United telah melepaskan dan melancarkan Kit Home yang baru bagi kegunaan pada musim 2019//20 kelak. Ianya telah ditonjolkan didalam laman web rasmi United di www.manutd.com dan katanya lagi sudah boleh membelinya di stor rasmi di laman web tersebut.
Inspirasi daripada perisai digunakan ketika 1999
Secara ringkas berkaitan design yang diperkenalkan pada kali ini ianya di reka bentuk klasik sebagai memberi penghormatan kepada musim 1998/1999 yang luar biasa di mana United mencipta sejarah dengan menjadi pasukan pertama untuk memenangi Liga Perdana, Piala FA dan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dalam satu musim.
Ya ianya sudah 20 tahun dan kekal sehingga hari ini sebagai pencapaian yang unik - tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kelab Inggeris yang lain.
Adidas masih sponser rasmi bagi Kit pada tahun ini.
Kit baru ini menjadi lebih unit, di bahagian kiri dan kanan lengan terpapar minit jaringan di mana gol-gol bersejarah itu dijaringkan dengan 90 + 1 dan 90 + 3 yang telah dicetak. Manakala, tarikh kemenangan akhir di Nou Camp juga dipaparkan, di sepanjang bahagian bawah baju.
Sementara itu, jersi penjaga gol mempunyai corak harimau yang menampilkan reka bentuk dua warna nada gelap, yang diilhamkan oleh bahagian atas yang dipakai oleh legenda No.1, Peter Schmeichel, semasa musim 1998/99.
Satu lagi tambahan baru untuk baju United adalah commemorative crest, yang membawa inspirasi dari perisai yang dilihat di dada jersi ketika itu yang memenangi Treble 20 tahun yang lalu.
Kit Home Penjaga Gol
Minit jaringan gol dipaparkan di bahagian kanan lengan
Tarikh kemenangan Treble di Nou Camp dipaparkan (26.5.1999)
Jaringan minit akhir dipaparkan di bahagian kiri lengan
Dengan kit yang bagi sangat bermakna dan cantik ini akan memberi lagi semangat kepada pemain-pemain ketika berada di musim baharu kelak 2019/2020. Apa-apapun boleh angkat 2 helai ni. Glory Glory Man United
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aimanabdullah.com/2019/05/kit-home-manchester-united.html