Kisah Serangan Hendap Komunis Di Mong Gajah Kedah Pada Tahun 1974



Jumaat, 10 April 1974 masih terbayang di ingatan Zainal Abiddin Abdullah wajah-wajah sahabat seperjuangan yang gugur terkorban bergelimpangan di laluan lori balak Mong Gajah, Kedah-kawasan pertempuran yang mengubah perjalanan hidupnya sepanjang hayat.

Segalanya bermula pada penghujung tahun 1974, sebaik Zainal menamatkan latihan rekrutnya. Beliau melangkah gagah sebagai seorang perwira terlatih.

Zainal terus ditempatkan di Satu Kor Armor Diraja yang berpangkalan di Port Dickson, Negeri Sembilan bersama-sama rakan karibnya Karim, Osman, Zainuddin dan Azhar.

Telah masuk empat bulan di kem, Zainal masih belum berpeluang menyertai sebarang operasi membanteras pengganas Komunis di perbatasan negara. Sebagai orang muda, hatinya bergelodak untuk melalui pengalaman sebenar seorang perwira.

Pada tanggal 9 April 1974, satu Kor Armor Diraja mendapat arahan untuk mengiringi Pasukan 17 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpangkalan di kem Gubir untuk satu operasi di Mong Gajah.

Ini sebagai langkah berjaga-jaga kerana empat hari sebelumnya pasukan 7 RAMD dan Dua Kor Armor Diraja telah diserang hendap pengganas komunis.

"Macam mana agaknya pengalaman pertama operasi? Takut juga," kata Zainal kepada Karim semasa mereka menaiki jip ke Kedah.

"Alah kitakan dah habis latihan, mestilah okey punya," kata Karim.

Kira-kira jam 5.00 petang, pasukan yang disertai Zainal bertolak ke Kem Gubir bersama 24 anggotanya. Tiba di sana jam telah hampir 10.00 malam. Kem Gubir gelap gelita, hanya kelihatan cahaya lampu lilin yang samar-samar.

"Kenapa gelap aja ni Karim?"tanya Zainal

"Bekalan elektrik terputus agaknya," Karim membuat telahan.

Tiba di pintu pagar, beberapa anggota pasukan 17 RAMD telah siap menunggu. "Maaf black out pulak malam ni," kata salah seorang pegawai.

Memandangkan elektrik terputus Zainal serta rakan-rakannya terus masuk tidur.

Pukul 6.30 pagi, Zainal terpisat-pisat menggosok matanya. Dalam kesamaran dia terpinga-pinga melihat banyak kesan darah di tempat tidurnya.

"Karim bangun, tengok apa ni?" kata zainal

"Mungkin kesan darah tentera yang kena ambush 5 Aprul lalu," kata Karim.

Tapi tidak sempat lagi Zainal nak bertanya lebih lanjut, mereka mendengar arahan supaya bersiap sedia ke Mong Gajah.

Mereka konvoi sebanyak enam kenderaan dari Kem Gubir melalui laluan lori balak. Ketika itu hujan renyai-renyai. kenderaan pasukan 17 RAMD bergerak perlahan terutamanya ketika menempuh jalan berlopak dan berlubang.

Seksyen pertama pasukan Satu Kor Armor Diraja seramai 12 orang mendahului di ikuti seksyen dua. Sampai di satu selekoh, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi tembakan bagai bertih jagung digoreng. Dalam keadaan kelam-kabut terdengar salah seorang pegawai yang berada di barisan hadapan menjerit, "Jaga-jaga! Kita dah kena contact dengan musuh!

Zainal yang masih berada di dalam kenderaan melompat keluar. "Ya Allah!" jeritnya. Sakitnya tidak terperi. Dia rebah ke tanah.

Sambil memegang perutnya dia meniarap. Dia merasa cecair panas mengalir keluar. Zainal tahu dia telah terkena tembakan tapi dia tetap bersemangat. Dia mengajukan senjata dan menembak ke arah musuh.

Zainal nampak lalang di atas tebing bergoyang-goyang. Dia terus memuntahkan peluru senjatanya arah itu, walaupun berada dalam kedudukan yang sukar. Pasukan tentera terus dihujani peluru. Seorang demi seorang rakannya rebah ke bumi.

Keadaan bertambah kelam-kabut satu lagi peluru mengenai pinggangnya. Tetapi semangatnya tetap membara apatah lagi apabila melihat rakan karibnya Karim, Osman, Zainuddin dan Azhar telah rebah.

Zainal menunjukkan parut kesan tembakan yang terkena di pinggangnya
"Jahanam kau Komunis" bentak Zainal. Dia berguling-guling sambil menoleh sekali lagi ke atas tebing. Dianggarkan lebih kurang 30 orang Komunis berada di sana.

Zainal melepaskan tembakan. Tetapi kali ini dua lagi peluru menerjah perut dan pinggangnya. Darah terus mengalir. Badannya semakin lemah, dia tidak berdaya walaupun untuk mengangkat tangan.

Tapi Zainal masih sedar. Beberapa minit kemudian keadaan menjadi sunyi sepi. Dia nampak tiga komunis turun menuju ke arahnya. Sambil bercakap mereka ketawa. Hatinya geram melihat perlakuan komunis itu tapi badannya lemah tidak bermaya.

Cuma matanya saja yang berkelip-kelip melihat musuh mendekatinya.

Komunis itu menolak badanya yang berlumuran darah dengan kaki. Mereka fikir dia telah mati. Senjata Zainal direntap. Kemudian mata mereka tertumpu pada beg di pinggangnya.

Beg yang terikat di pinggang Zainal. Tarikan itu tidak berjaya. Komunis itu menarik lebih kuat.

Akibat kehilangan banyak darah Zainal menjadi terlalu lemah. Luka diperutnya bertambah sakit apabila beg itu disentap, bagai hendak terkeluar isi perut.

Komunis itu terus menarik beg berkenaan. Luka kesan tembakan di perut Zainal semakin besar akibat tersangkut pada beg. Akhirnya dengan rentapan yang kuat beg itu terlepas dari pinggang.

Perut Zainal terburai bersama tarikan yang kuat itu. Malah sebahagian tali perutnya terputus dan bersepai ke tanah. Sakitnya bukan kepalang tapi Zainal mendiamkan diri, pura-pura mati. Badannya bertambah lemah, pening dan matanya berpinar-pinar.

Hanya Allah sahaja yang tahu azab sakitnya bila beg  dipinggang itu direntap oleh pengganas Komunis
"Saya nampak Komunis itu pergi meninggalkan saya. Mereka memakai baju celoreng halus.Kata Zainal mengingati kembali peristiwa itu.

Lebih kurang 15 minit selepas komunis pergi meninggalkannya, pasukan 17 RAMD datang memberikan bantuan.

"Salah seorang daripada mereka mengutip tali perut saya yang terburai, masukkanya bali dan membalut luka yang rabak dengan bandage," kata Zainal lagi. Tapi sehingga kini dia tidak tahu siapakah yang melakukannya.

"Saya nampak rakan-rakan saya bergelimpangan. Darah mereka mengalir seperti air sungai di laluan lori balak tu.

"Ketika itu kami memang tak dapat lari. Sebelah kiri kamigaung dari kanan pula tebing tinggi tempat komunis bersembunyi semasa mereka menyerang hendap. Memang mereka telah menunggu kehadiran kami," katanya sambil menitiskan air mata.

Selepas itu dia dibawa menaiki helikopter dan diberikan suntikan.

"Badan saya terasa amat panas kesan daripada empat peluru tembakan. Tekak saya kering. Saya mahukan air tapi mereka hanya sapukan kapas yang dicelup dengan air pada bibir saya," kata Zainal lagi.

Tiba di Hospital Alor Setar, semua pakaian Zainal dipotong. Kemudian doktor membuka pembalut luka di perutnya. Mengeluarkan semula tali perut yang berlumuran pasir dan membasuhnya.

Dalam keadaan dirinya yang tidak bermaya Zainal masih dapat mendengar segala perbualan doktor.

"Tali perutnya dah putus. Kita harus segerakan pembedahan," kata doktor.

"Kita usahakan apa yang terdaya," kata seorang doktor lagi.

Akhirnya tali perut itu disambungkan dan berjaya di masukkan semula. Kaki kirinya pula lumpuh akibat pertempuran tersebut.

"Memang tiada siapa yang menyangka saya dapat hidup hingga kini," katanya.

Selepas kejadian itu Zainal berpindah dari satu ke satu hospital. Selama dua tahun dia dirawat di tiga buah hospital iaitu di Alor Setar dan Sungai Petani dan akhirnya sekali di Terendak, Melaka. Zainal akhirnya berpencen daripada perkhidmatan pada tahun 1986.

Setiap kali teringat peristiwa serangan tersebut, hati saya menjadi hiba mengenangkan pengorbanan bersama rakan-rakan seperjuangan demi keselamatan negara


Kisah benar serangan Komunis di Mong Gajah, Kedah pada tanggal 10 April 1974 diceritakan oleh Zainal Abiddin Abdullah pada tahun 1999 ketika beliau berada di rumah adiknya di Rembau, Negeri Sembilan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.krissmerah.com/2020/04/kisah-serangan-hendap-komunis-di-mong.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+krissmerah+(Kriss+Merah.com+(Blogger+Melayu))

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemungkinan Tiada Solat Tarawih Di Masjid Surau Tahun Ini Mufti Kedah

Kemungkinan Tiada Solat Tarawih Di Masjid Surau Tahun Ini Mufti Kedah

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 478 hits
ALOR SETAR Solat tarawih di seluruh negeri Kedah kemungkinan besar dibatalkan pada tahun ini namun tertakluk kepada ketetapan atau keputusan akhir daripada Kementerian Kesihatan susulan penularan pandemik koronavirus yang masih belum reda s...
Ramai Rakan Saya Terkorban Diserang Hendap Pengganas Komunis Jantan Baba

Ramai Rakan Saya Terkorban Diserang Hendap Pengganas Komunis Jantan Baba

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 344 hits
MELAKA Nama bekas Pegawai Waran 2 Jantan Baba memang jarang disebut namun beliau pernah mengharumkan tanah air ini atas keberaniannya berjuang ketika negara diancam pengganas komunis Berusia 95 tahun anak kelahiran Kampung Melaka Pindah Alo...
Filem Pihu Adaptasi Dari Kisah Benar Yang Berlaku Di Apartment Di New York Tahun 2017

Filem Pihu Adaptasi Dari Kisah Benar Yang Berlaku Di Apartment Di New York Tahun 2017

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 788 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Filem PIHU diangkat dari kisah nyata yang terjadi di apartemen di New York tahun 2017 di mana seorang anak bernama Pihu yang terkurung di apartemen selama 3 hari untuk bertahan hidup Pihu merupakan anak b...
Kisah Viral Pujuk Pak Ishak Pindah Sejak 12 Tahun Lalu Lznk

Kisah Viral Pujuk Pak Ishak Pindah Sejak 12 Tahun Lalu Lznk

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 556 hits
Ustaz Ebit Lew ketika menziarahi Ishak yang tinggal di sebuah rumah usang di Lorong Gedebang Jalan Langgar Alor Setar semalam Foto Facebook Ebit LewALOR SETAR Usaha memujuk keluarga pesakit strok Ishak Darus 77 yang tinggal di Lorong Gedeba...
Kepergok Curi Celana Dalam Bocah 13 Tahun Diamuk Warga

Kepergok Curi Celana Dalam Bocah 13 Tahun Diamuk Warga

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 171 hits
Sejumlah warga menangkap bocah asal Solo tersebut saat sedang melakukan aksinya Namun sayang beberapa warga yang membawanya ke rumah Ketua RT melakukan tindakan tak terpuji dengan main hakim sendiri
Tragedi Banjir Besar Tahun 1971 Hampir Buat Seluruh Semenanjung Lumpuh

Tragedi Banjir Besar Tahun 1971 Hampir Buat Seluruh Semenanjung Lumpuh

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 606 hits
Sama ada sedar atau tidak di beberapa tempat di negara ini sejak beberapa minggu yang lalu tidak menentu dengan hujan dan ribut kilat berlaku pada lewat petang hampir setiap hari Ditambah lagi dengan kejadian banjir kilat di sekitar Petalin...
Dua Kumpulan Umur Paling Tinggi Kes Positif Covid 19 Ialah 20 24 Dan 56 59 Tahun Kp Kesihatan

Dua Kumpulan Umur Paling Tinggi Kes Positif Covid 19 Ialah 20 24 Dan 56 59 Tahun Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 308 hits
Menerusi sidang media laporan harian Covid 19 Ketua Pengarah kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa dua kumpulan umur yang paling tinggi dijangkiti COVID 19 ialah 20 24 dan 56 59 tahun Dua kumpulan umur paling tinggi ...
Perlunya Penyusunan Selepas 63 Tahun Merdeka

Perlunya Penyusunan Selepas 63 Tahun Merdeka

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 230 hits
MOHD NIZAMKetika berlakunya wabak Covid 19 ini segala sidang akhbar dibuat dalam Bahasa Kebangsaan Wajah sebenar segelintir rakyat Malaysia yang mengaku warganegara terserlah dengan hodohnya terutamanya golongan Ultra Kiasu yang condong ke ...
Kpt Kemasukan Pelajar Baharu Ke Ipta Tahun Ini Seperti Biasa

Kpt Kemasukan Pelajar Baharu Ke Ipta Tahun Ini Seperti Biasa

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 239 hits
Permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi awam bagi sesi 2020 2021 masih lagi dibuka sehingga esok melalui sistem UPUOnline Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 16 April Proses kemasukan pelajar ke institut pengajian tinggi awam
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba