Kisah Untuk Bermuhasabah Diri In Syaa Allah Aamiin 9072




Dalam Sejam 21K Like, Troll Terbaru Najib Ini Buat Netizan Terhibur.
 Oleh Uncle Shiro Pada 21:44:00
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi memberi respons hantaran Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad susulan perang troll antara mereka pagi tadi.

Dalam hantaran di Facebook miliknya, Najib menjelaskan tentang warna baju yang dipakainya ketika turun berkempen dalam PRK Cameron Highlands semalam bukan oren, sebaliknya 'peach'.

"Baju saya warna 'peach', bukan oren," katanya.

Dalam pada itu, Najib turut mengakui beliau telah menekan 'like' pada hantaran 'troll' Khalid pagi tadi kerana Pengarah Komunikasi Amanah itu dilihat tidak berpuas hati dengan hantaran dibuatnya semalam.
"Saya tengok beliau amat tidak berpuas hati dengan 'posting' saya semalam sehingga terpaksa membuat beberapa 'posting' berturut-turut cuba untuk membalas dendam.

"Kenapa serius sangat, YB menteri? Rilekslah."Tak apa. Saya beri sedikit sokongan," katanya.

Pagi tadi, Khalid menjadikan warna baju yang dipakai Najib semalam sebagai 'bahan usikan' dan beliau turut memuat turun gambarnya bersama Ahli Parlimen Pekan ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Felda Sungai Koyan.

"Ada yang pakai baju oren nak 'join' Amanah ke nak 'training' bahu (Penjara) Sungai Buloh? Kalau nak 'join' Amanah tu maaflah…kalau (Penjara) Sungai Buloh tu harapan cerah," sindirnya.

Semalam, gambar yang sama digunakan Khalid untuk menyindir Najib dalam kes konteroversi 1MDB, menerusi hantaran berbunyi; 'Kenalkan, sebelah kanan saya ni tauke 1MDB. Saja nak bagitau, baik jadi tauke Harapan Coin daripada tauke 1MDB yang rembat duit rakyat'.- Sinar Harian

Posting terbaru Najib ini sekali lagi mendapat sambutan yang luar biasa dari warganet. Setakat artikal ini ditulis, jumlah tanda suka ialah 21 ribu dalam masa hanya sejam. Patut la Najib dinobatkan sebagai Raja Troll.

Berikut merupakan status berbisa Najib Razak:

"Dengar khabar, 3 minggu lagi PH nak bersalin selepas 9 bulan kahwin.

Anak laki ke perempuan?”

Berikut reaksi dari beberapa netizan:

"Blh like sikit komen aku.. aku dah hari2 lepak kat warung Dsn nie.. page lain semua dah xwujud lagi.. sejak bossku dinobat sebagai raja troll.."

"Laki ke pempuan sy tk tahu DSN…dibuat budak tu taknak kluar..hulur tiket tol dan resit beli minyak kt petron…yelah…minyak kn dah naik 6 sen….cuba bayangkan…

"8 minit 3.5 k???? Memg padu troll dsnr… Nak like ckit boleh tak… Dah nak bersalin kat hospital mana agaknya ye??? Atau mgkin ayat diorng nanti.. blm ade rezeki lagi bossku.. banyak tanggungan lain.. puiiii"

"Kali pertama DSNR menunjukkn bakat troll beliau adalah ketika dlm pembentangan bajet 2018, dimana masa tue mangsa troll pertama juga merupakan Timbalan Perdana Menteri wanita pertama Malaysia, Wan Azizah Wan Ismail."

"Datuk Sri x yah amik tau la anak PH lelaki ke pompuan.Saya dah tau awal2 lg lepas diorang akad nikah 9 bulan lepas.Baru 3 bulan” Gugur”.Pastu cakap nak buat anak anak lg.begitulah seterusnya…dan seterusnya…sampailah diorng bercerai….x lama pon….4 tahun je lg."
Dalam Sejam 21K Like, Troll Terbaru Najib Ini Buat Netizan Terhibur.

Wajah penumpang bertukar hijau, pesawat terpaksa mendarat gara-gara wabak misteri
Sunday, January 20, 2019SEBUAH pesawat terpaksa membuat pendaratan cemas di Russia selepas lima penumpang mengadu lemas secara tiba-tiba.Pesawat Ural Airlines dalam perjalanan dari Moscow ke Dubai itu membawa 150 penumpang
Setelah mendarat, lima ambulan dikejarkan ke pesawat itu untuk merawat penumpang yang terjejas
Simptom misteri itu berlaku ke atas penumpang yang berada di barisan 21 hingga 26, dalam kelas ekonomi
"Saya terkejut dengan seorang wanita menjerit minta tolong
"Dia menjerit sebab suaminya tiba-tiba sakit. Dia lemas dan tak boleh bernafas
"Muka dia pun dah bertukar hijau, semua orang dalam pesawat panik," dedah seorang penumpang yang menyifatkan penerbangan itu seperti neraka
Sehingga kini, tiada sebarang penjelasan dibuat mengenai kejadian yang dikaitkan dengan wabak misteri itu
Setelah dirawat, pesawat meneruskan penerbangan ke Dubai dan tiba lewat dua jam. - Mirror.UK.https://kachipemas.blogspot.com/2019/01/wajah-penumpang-bertukar-hijau-pesawat.html

60 Tahun Tuntut Bela Kematian Suaminya daripada 8 Presiden Perancis - Kisah Josette Audin 
Oleh Rai Illani pada 20 Jan 2019 kategori Informasi

Josette Audin telah menghabiskan masa selama lebih 60 tahun mendesak pemimpin-pemimpin Perancis untuk bertanggungjawab ke atas kematian suaminya di Algeria. Akhirnya, pada tahun 2018, Presiden Emmanuel Macron mengaku bahawa mendiang suami Josette, Maurice Audin, telah diseksa dan dibunuh semasa berada dalam tahanan.
60 tahun tuntut bela kematian suamiJosette yang kini berusia 87 tahun menceritakan detik perkenalan dengan Maurice ketika menuntut sebagai pelajar jurusan Matematik di University of Algiers sekitar tahun 50-an. Mereka mula berkenalan di bilik kuliah, dilamun cinta dan akhirnya mendirikan rumah tangga.
Kedua-dua Josette dan Maurice berasal dari Eropah, sama seperti penduduk Eropah lain yang mewakili satu persepuluh populasi Algeria selepas 120 tahun di bawah pemerintahan Perancis.
Mereka juga merupakan warga komunis yang menyokong penuh tuntutan terhadap Kemerdekaan Algeria.
Penangkapan Maurice Audin
Pada tahun 1957, Maurice mengajar matematik di universiti dan sedang menyambung pengajian di peringkat kedoktoran manakala Josette pula sibuk membesarkan tiga orang anak mereka yang masih kecil. Ketika itu, Pertempuran Algiers sedang memuncak. Kumpulan pro-pembebasan giat menjalankan serangan keganasan dan pihak berkuasa pula bergelut untuk mengawal keadaan.maurice audin mati dibunuh semasa dalam tahanan tentera perancis
Apabila pihak pemerintah mendapat tahu bahawa keluarga Audin ini telah menawarkan rumah mereka sebagai tempat perlindungan bagi seorang pemimpin komunis yang dikehendaki, pasukan tentera tiba pada suatu malam dan memberkas Maurice yang hanya berusia 25 tahun.
Ketika serbuan, Josette bertanya kepada para tentera bilakah Maurice boleh dibebaskan. Menurut mereka, jika semuanya berjalan lancar, Maurice akan kembali dalam masa setengah jam.
Namun, Maurice tidak pernah pulang. Seorang teman rapat keluarga tersebut yang telah ditahan pada hari berikutnya memberitahu dia ternampak Maurice diikat pada sebuah meja dan diseksa dengan teruk.
Selepas beberapa minggu, pihak tentera memberitahu Josette, "Kami mempunyai satu berita baik untuk kamu. Suami kamu sudah melarikan diri." Josette sedar mereka sebenarnya berbohong. Nalurinya sebagai seorang isteri tahu bahawa suaminya telah meninggal dunia.
Mencari jawapan tanpa jemu
Josette mula mencari kebenaran dan menuntut keadilan bagi pihak suaminya. Dia cuba mendapatkan publisiti berkaitan kes Maurice dengan mengadakan kempen tetapi dia tidak mempunyai dana yang mencukupi. Yang dimiliki hanyalah kertas dan pen. Maka, Josette mula menulis kepada kesemua wartawan dan ahli akademik yang dirasakan dapat membantunya.josette audin pada tahun 1957Pada tahun 1962, Algeria akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan. Beberapa tahun kemudian, Josette dan anak-anaknya berpindah ke Paris dan mula mengumpulkan bahan bukti yang menunjukkan bahawa Maurice telah diseksa sebelum dibunuh dengan kejam semasa Algeria di bawah pemerintahan Perancis.
Pelbagai buku dan artikel juga telah dihasilkan berkaitan kes ini. Salah satu teori menyatakan Maurice telah dijerut di bahagian leher oleh penyoal siasat manakala ada teori lain yang membidas bahawa individu yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah orang lain. Seorang perisik kanan juga telah membuat pengakuan yang dia telah mengeluarkan arahan supaya Maurice dibunuh.
Walaupun banyak kempen telah dijalankan namun Josette masih tidak menerima sebarang kenyataan rasmi daripada kerajaan Perancis yang berterusan mendiamkan diri.
Desakan terhadap lapan orang Presiden
Sepanjang tempoh itu, setiap kali Presiden Perancis baru dilantik, Josette akan menulis sepucuk surat kepadanya. Ada presiden yang membalas surat Josette dan ada juga yang enggan melayan permintaannya. Dia bukannya mahukan permohonan maaf daripada kerajaan Republik Perancis tetapi hanya ingin mengetahui kebenaran dan mahu mereka bertanggungjawab sekiranya perkara itu benar.
Selepas hampir enam dekad, pada tahun 2014, akhirnya Presiden François Hollande mengakui yang Maurice mati semasa dalam tahanan. Walau bagaimanapun, presiden berikutnya iaitu Presiden Emmanual Macron lebih mengejutkan keluarga ini.presiden perancis emmanuel macron bersama anak pasangan audinBeliau sendiri telah menghubungi Josette sebelum Josette sempat menghantar sebarang surat kepadanya. Kemudian, pada bulan September 2018, beliau mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi yang menyatakan bahawa kerajaan Perancis bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kematian Maurice Audin.
Dalam kenyataannya, beliau mengatakan sistem pemerintahan semasa Perancis menakluk Algeria dahulu telah memberikan kuasa untuk menghentikan, menahan dan menyoal siasat mana-mana suspek yang dipercayai ahli kumpulan pemberontak. Sistem sedemikian telah menggalakkan kewujudan tindakan-tindakan dahsyat kepada tahanan, termasuklah dengan melakukan penyeksaan. Menurut Presiden Macron, Maurice telah "diseksa sebelum dibunuh, atau diseksa sampai mati." 
Dalam satu lawatan ke kediaman Josette, Presiden Perancis tersebut telah memohon kemaafan bagi pihak kerajaan Perancis daripada seluruh ahli keluarga Audin.
Ramai lagi mangsa kekejaman yang lain
Walaupun akhirnya kisah sebenar kematian Maurice Audin telah didedahkan, dia bukanlah satu-satunya mangsa kekejaman Republik Perancis pada zaman itu. Ribuan lagi mangsa lain hilang tanpa sebarang kesan semasa Perang Algeria. 
Presiden Macron juga berkata yang beliau kini mahu memberikan akses ke arkib negara supaya ahli keluarga semua mangsa boleh mendapatkan sendiri jawapan yang dinantikan sekian lama.
Sesetengah sejarawan kurang pasti apa yang dimaksudkan dengan kenyataan Presiden Macron tersebut. Sememangnya dokumen di arkib negara sudahpun boleh diakses oleh orang awam. Adakah ini bermakna arkib ketenteraan sulit juga akan dibuka kepada orang awam?dataran di paris dinamakan bersempena maurice audinSeorang pakar sejarah, Raphaëlle Branche yakin dengan pendiriannya bahawa besar kemungkinan kejadian-kejadian penyeksaan dan pembunuhan ini tidak direkodkan dari awal. Kebanyakan kes adalah 'penghakiman tambahan' yang tidak dipersetujui, maka tidak mungkin ia akan dicatat dalam rekod.
Manakala seorang lagi sejarawan, Fabrice Riceputi menyatakan terdapat bukti bahawa dokumen-dokumen ini telah 'diputihkan.' Ini disebabkan pada penghujung peperangan, pasukan tentera Perancis telah berusaha menghapuskan sebarang maklumat dalam simpanan arkib yang boleh mendedahkan jenayah yang telah mereka lakukan sepanjang tempoh perang.
Cahaya di penghujung jalan
Namun begitu, Riceputi telah membuat suatu penemuan yang menarik semasa menyelidiki dokumen-dokumen yang baru dikeluarkan di pusat arkib negara Perancis yang terletak di Aix-en-Provence. Ia merupakan sebuah fail simpanan Wilayah Algiers yang mengandungi sehingga 850 maklumat individu hilang yang telah dilaporkan oleh ahli keluarga. Hal ini jelas bertentangan dengan prinsip kerajaan Perancis terdahulu yang sangat menjaga kerahsiaan terhadap dokumen-dokumen seumpamanya.
Beberapa hari selepas Presiden Macron membuat kenyataan rasmi tersebut, Riceputi telah memuat naik dokumen-dokumen ini ke dalam sebuah laman web yang dibangunkannya iaitu "1,000 Autres" (1,000 yang lain) bersama seorang lagi sejarawan, Malika Rahal.
Riceputi meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai sebarang maklumat mengenai mangsa supaya menghubungi mereka. Dalam masa kurang dari 24 jam sahaja mereka telah berjaya mendapat maklum balas pertama.dokumen sulit senarai mangsa kekejaman tentera perancis yang hilang tanpa kesanSehingga kini, mereka sudah berjaya mengumpulkan kira-kira 300 kenyataan daripada saksi berkaitan 70 individu yang mana majoritinya mendakwa mangsa tidak pernah pulang ke rumah dan tidak dapat dikesan.
Salah seorangnya adalah Mounira Yacef dari Algiers yang menceritakan bagaimana ayahnya, Lahcene Yacef telah ditahan pihak berkuasa. Selepas itu, tiada sesiapapun mengetahui sama ada dia telah meninggal dunia, bagaimana dia meninggal atau apa yang terjadi kepada jasadnya.
Orang ramai mungkin berharap mereka akan menemui jawapan apabila arkib dibuka. Ada juga kemungkinan mereka tidak akan pernah menemui sebarang jawapan. Bagi Mounira, melihat nama ayahnya dalam dokumen rasmi tersebut juga sudah memadai dan begitu bermakna. Sepanjang tempoh kehilangan ayahnya, dia sentiasa mengikuti perkembangan kes keluarga Audin dari jauh kerana merasakan ada kesamaan dengan kisah hidup mereka.
Kini, persoalan sudah terjawab selepas keluarga Audin bergelut selama puluhan tahun mencari keadilan buat Maurice. Menurut Michèle iaitu anak perempuan kepada pasangan Maurice dan Josette Audin, walaupun masih banyak perkara yang belum diketahui, sekurang-kurangnya penat jerih mereka selama ini akhirnya menemui sedikit sinar di penghujungnya.
60 Tahun Tuntut Bela Kematian Suaminya daripada 8 Presiden Perancis - Kisah Josette Audin | Iluminasi
https://iluminasi.com/bm/kisah-seorang-balu-yang-menuntut-keadilan-daripada-8-presiden-perancis-selama-60-tahun.html

Mangsa Orang Ambik Kesempatan
Nak kata naif, ada ilmu. Cuma tak tahu akibat perbuatan yang dilakukan oleh orang itu menjadikan dia boleh mengandung. Datang dihantar oleh emak, ayah dan kakak.
Sekali lihat tulisan di dalam borang profile diri, dapat saya meneka dia ini safih. Bahasa sekolah orang hari ini slow learner. Bahasa kampung kata dia lembam. Lebih tidak berbahasa orang melabel sebagai 3/4 (tiga suku).
Akalnya setakat itu bukan kehendak diri. Tetapi itu yang Allah beri. Siapa yang mengata akan kekurangan ini samalah mencela pemberian Allah.
Akalnya tidak mampu memikir baik buruk akibat sesuatu yang belum pernah dilakukan. Semua orang tahu berzina itu dosa besar. Tapi kalau yang lembam ni tahu ke zina tu apa? Tak tahu pun akibatnya dari zina tu menyebabkan mengandung. Yang dia tahu orang dah kahwin boleh mengandung tetapi bagaimana terjadi menjadi rahsia dalam kamar. Pendedahan yang berkias kepada orang macam tidak sampai ke akalnya. Orang macam ni kena cerita terus terang, tak payah beralas berlapik bagai. Kesian mereka menjadi mangsa penganiyaan. Tambahan ada yang ambil kesempatan.
Ceritanya begini, konon ingin berdikari, nak bekerja. Sepupu bawa tinggal di rumah sewa di bandar. Kerana percaya itu sepupu, tak diselideki cara hidup sepupu tu macamana. Rupanya sepupu jenis, jantan boleh ikut masuk bilik sewa. Satu malam, sepupu bawa kawan kawan masuk bilik sewa. Tidor bersama. Maka dia yang baru datang tak tahu apa apa. Sedang tidor malam, tiba tiba ada lelaki buka pakaiannya dan lakukan perbuatan terkutuk. Sehari semalam dia dikurung dan dikerjakan sepuas nafsu. Esoknya dia ditinggalkan begitu saja.
Kerja yang dijanjikan entah ke mana, dia menjadi trauma dan separuh gila. Kemudian dimasukkan hospital kerana cubaan bunuh diri. 2 minggu ditenangkan di wad. Bila discaj, balik sehari ke bilik sewa sepupu, diganggu semula oleh kawan kawan sepupu. Esoknya masuk semula hospital kerana muntah muntah dan pening. Ketika ini baru urine test dilakukan, didapati positif. Barulah dia membuka cerita yang dirinya pernah diperkosa.
Laporan polis dibuat. Bila sepupu dihubungi, jawapannya “saya tak ada apa apa hubungan dengan dia”. Sampainya hati, itu jawapan yang diberi.
Jabatan Kerja Sosial Perubatan menyediakan laporan untuk menempatkan di Kompleks Asnaf, Kuantan. Duduk di sana sebulan, mengalami tekanan kesan trauma dirogol menyebabkan pakar psiaktri menyarankan dia hantar kepada keluarga. Setelah keluarga dapat dikesan, pihak pentadbiran Kompleks Asnaf menghantar kepangkuan keluarga. Pun cuma sehari, dia diletakkan di rumah nenek. Tinggal di rumah nenek tanpa sebarang bimbingan dan ilmu menjadikan trauma dirogol menjadi tekanan menghantui diri. Kekesalan mempercayai sepupu hingga dirogol membuat diri rasa tidak berguna. Keluarga bertindak mencari rumah perlindungan yang dapat memberikan bimbingan dan ilmu.
Dunia hari ini dihuni oleh ramai orang yang suka ambik kesempatan. Sepupu mengambil kesempatan memperdagangkan tubuhnya untuk bayar sewa bilik. Lelaki ambil kesempatan melunaskan nafsu sarakah tidak kira siapa. Yang jadi mangsa adalah orang yang tidak tahu apa apa.
Semoga menjadi iktibar kepada keluarga di luar sana, apabila ada ahli keluarga dikesan sebagai orang kelainan upaya, jangan dibiarkan keluar berkerja konon berdikari. Akan ramai yang mengambil kesempatan atas dirinya yang kurang akal. Mereka ini lurus bendul, akan bercerita A to Z tanpa selindung apa apa.
Dunia Yang Sakit,Mak LizaKisah Sedih Ditipu Sepupu Sendiri, Tubuh Dijual oleh Sepupu Semata-mata Untuk Bayar Sewa Bilik - dePalmaSP
Daftar Terbaru Istilah dan Kata Gaul di Media Sosial: Arti Baper, Kudet, CDMA, Savage, JK

KEASYIKAN blogging, jangan sampai ketinggalan juga kata-kata, singkatan, bahasa, atau istilah-istilah gaul di dunia media sosial (medsos) atau di dunia maya.

Kita sudah sangat akrab dengan ungkapan No Afghan, No Rhoma, Japri, Woles, GWS, Kepo, dan sebagainya.

Istilah-istilah gaul ini terus berkembang. Sebagian sudah tampak "basi" atau jarang digunakan, sebagian lagu baru muncul dan kian populer.

Daftar Terbaru Istilah dan Kata Gaul

Daftar kata gaul di medsos atau percakapan online bisa ditemukan di Kamus Gaul. Berikut ini sebagian kecil Daftar Terbaru Istilah dan Kata Gaul di Media Sosial:

Savage = nekad, beraniDope = bagus banget, kerenBae = Before anyone else = belahan jiwa, kekasihJK = Just Kidding, BercandaTBH = To be Honest, SejujurnyaKudet: Kurang up to date, sudah basiBaper: Bawa Perasaan, masukin ke hati.Oretz : ok, baiklah, all right, olrait.Gazebo : Gajebo, Gak Jelas Bo!BPJS : Budget Pas-Pasan Jiwa SosialitaSTFU : Shut The F*ck Up, diam!CDMA : Capek Deh Males AhPeres:  Perez, menipu, gak ikhlas, tidak tulus, bo'ongan atau pura-pura.Curcol = curhat colonganGPL = Gak Pake LamaHugel = Hubungan gelapKudet = Kurang Update, ketinggalan info.Luring = Offline, tidak online.Istilah gaul yang sudah lama muncul --katakanlah "generasi pertama" bahasa gaul antara lain:Kepo: Knowing Every Particular Object, mau tau aja.Cekdidot: Check this out! Pe'a : Pendek akalWoles : pelan, santai aja, kata "slow" dibalik.GWS : Get Well Soon, semoga lekas sembuhJapri : Jalur pribadiTentu, masih banyak istilah gaul lainnya. Jangan sembarang gunakan juga, kalo sekiranya orang lain tidak ngerti, malah bikin bingung!

Kata para ahli komunikasi, pesan kita akan sampai jika komunikan mengerti apa yang kita katakan. Kalo gak ngerti, gagal paham, maka gagal pula komunikasi kita.

Baca Juga:
Arti dan asal-usul kata GAN dan MINArti kata DafukArti Newbie dan MastahMau nambahin daftar kata gaul di atas? Please, leave a comment!

Happy Blogging! (http://www.contohblog.com).*
Daftar Terbaru Istilah dan Kata Gaul di Media Sosial: Arti Baper, Kudet, CDMA, Savage, JK - Contoh Blog
https://www.contohblog.com/2016/05/daftar-terbaru-istilah-dan-kata-gaul-di.html




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2019/01/kisah-untuk-bermuhasabah-diri-in-syaa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Islam Dan Usaha Menangani Cabaran Yang Dihadapinya Kerana Allah Aamiin 9030

Islam Dan Usaha Menangani Cabaran Yang Dihadapinya Kerana Allah Aamiin 9030

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 271 hits
BERITA TERKAIT https www youtube com watch v s18iTNDK4W0ISRAEL DI AKHIR ZAMAN Ust Abdul Somad Lc MATegas Malaysia Larang Atlit Renang Israel Ikuti Kejuaraan Dunia di Negaranya Sabtu 12 Januari 2019 10 59Foto PM Malaysia Mahathir MuhammadKIB...
Membina Sahsiah Diri Dengan Al Quran Aamiin 9038

Membina Sahsiah Diri Dengan Al Quran Aamiin 9038

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 525 hits
Inilah 7 Makanan Jin yang Perlu DiketahuiSejatinya manusia hidup berdampingan dengan jin Allah menguji manusia dan jin siapakah yang paling bertaqwa pada Nya Pernahkah sahabat ummi terpikirkan apakah makanan jin atau setan itu Jangan jangan...
Dah Beribu Habis Untuk Rawat Kakak Tapi Allah Belum Izinkan Pendedahan Kisah Kahwin Lari Dengan Suami Orang

Dah Beribu Habis Untuk Rawat Kakak Tapi Allah Belum Izinkan Pendedahan Kisah Kahwin Lari Dengan Suami Orang

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 580 hits
Ramai rakyat Malaysia yang ambik keputusan menikah di Tahiland Tak tahu la apa alasan mereka Tapi ada satu kisah yang dikongsikan oleh pengguna Twitter Diyana Zahari tentang pengalaman keluarganya yang berdepan dengan masalah ahli keluarga ...
Kisah Napi Bunuh Anak Dekat Dengan Allah Usai Ikut Ngaji Dan Pesantren Di Rutan

Kisah Napi Bunuh Anak Dekat Dengan Allah Usai Ikut Ngaji Dan Pesantren Di Rutan

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 319 hits
Wahyudin mendekam di penjara sejak 2016 lalu karena tega membunuh anaknya Dia bersyukur bisa memperoleh pembinaan di Rutan klas I Tangerang karena akhirnya bisa lebih mengenal tentang Islam terutama bacaan Alquran
Benda Yang Paling Banyak Saya Ubah Pada Diri Sendiri Sejak Jadi Mak Adalah Sikap

Benda Yang Paling Banyak Saya Ubah Pada Diri Sendiri Sejak Jadi Mak Adalah Sikap

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 330 hits
Saya dulu pun perangai macam hawau Panas baran Tak sabar Degil Tak reti hormat orang Rasa diri sendiri je betul Tah hape hape Tapi tahun demi tahun especially bila dah jadi mak saya mula perasan anak2 ni memang nature dia tak makan saman Ki...
Bukan Murni Bunuh Diri Terungkap Motif Pembunuhan Sejoli Yang Ditemukan Tewas Tanpa Busana Di Hotel

Bukan Murni Bunuh Diri Terungkap Motif Pembunuhan Sejoli Yang Ditemukan Tewas Tanpa Busana Di Hotel

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 564 hits
Seorang pria dan wanita ditemukan tewas mengenaskan di salah satu kamar hotel Kedua jasad itu ditemukan di Kota Kisaran Kabupaten Asahan Sumatera Utara pada Senin Keduanya ditemukan pertama kali oleh petugas hotel Dikutip dari Tribun Medan ...
Lelaki Ini Kuburkan Diri Sendiri Untuk Dilahirkan Semula Sebagai Tuhan

Lelaki Ini Kuburkan Diri Sendiri Untuk Dilahirkan Semula Sebagai Tuhan

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 404 hits
Seorang lelaki dari India diselamatkan oleh polis tempatan selepas menguburkan dirinya selama kira kira 8 jam Apabila disoal siasat beliau berkata tindakan itu dilakukan untuk dilahirkan semula sebagai Tuhan Kejadian ini bermula ketika Deer...
Menjaga Penampilan Diri Dan Kebersihan Untuk Keyakinan Diri

Menjaga Penampilan Diri Dan Kebersihan Untuk Keyakinan Diri

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 714 hits
Menjaga Penampilan Diri Dan Kebersihan Untuk Keyakinan DiriAssalamualaikum w b tHai semua Di hari yang indah ini mestilah setiap daripada kita sudah pun bersiap sedia untuk ke destinasi masing masing Semua ada tujuan masing masing Jadi kena...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik