Kisah Tiga Beradik Bergelar Doktor Kejayaan Yang Menginspirasikan


Tiga beradik bergelar doktor: Kejayaan yang menginspirasikan. Berbekalkan semangat dan usaha gigih, tiga beradik membuktikan latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan bukan penghalang untuk mengejar impian.
Tiga Beradik Bergelar Doktor: Kejayaan Yang Menginspirasikan Dr Muhammad Haznil Abdul Rahman Raja dan kembarnya, Dr Muhammad Hazril, 30 tahun, serta adik mereka, Dr Hani Hazreen, 29 tahun, kini bergelar doktor dan cemerlang dalam bidang perubatan masing-masing.
Tiga beradik doktor, Dr Muhammad Hazril, Dr Hani Hazreen dan Dr Muhammad Haznil sentiasa bekerjasama dalam bidang kesihatan ketika ditemui di klinik mereka. FOTO Genes Gulitah. Mengubah Nasib Keluarga Melalui Pendidikan Dr Muhammad Haznil, yang sudah lima tahun dalam bidang perubatan, kini menguruskan Klinik Leela di Jalan Ipoh. Beliau berkongsi bahawa latar belakang keluarga yang sederhana menjadi dorongan kuat untuk mereka adik-beradik belajar bersungguh-sungguh dan mendapat biasiswa.
“Saya memang suka seni lukisan abstrak dan penulisan, tetapi saya sedar bidang perubatan adalah peluang terbaik untuk mengubah nasib keluarga. Walaupun lebih gemar seni, saya suka jadi doktor kerana dapat membantu orang dan melihat pesakit kembali sihat,” katanya.
Sementara itu, kembarnya, Dr Muhammad Hazril bertugas di Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Intensif, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dr Hani Hazreen pula, yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik, kini bergelar doktor gigi dan bertugas di sebuah klinik pergigian.
Perjalanan Berbeza, Matlamat Sama Menurut Dr Muhammad Haznil, walaupun mereka bertiga bergelar doktor, pengalaman dan cabaran mereka berbeza. Beliau pernah bertugas selama dua tahun di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching, dan sering bertukar ilmu dengan kembar serta adiknya.
“Kami sentiasa rujuk satu sama lain dan saling membantu. Saya bersyukur kerana kami bertiga dapat menggunakan ilmu untuk membantu masyarakat dan keluarga,” katanya yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) daripada Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP).
Kembarnya, Dr Muhammad Hazril, turut berkongsi bahawa cita-citanya berubah daripada veterinar kepada bidang perubatan selepas terinspirasi dengan pengalaman semasa kecil ketika menjalani pemeriksaan kesihatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Mak cik dan pak cik pernah belikan mainan doktor, dan tanpa disangka, kini saya jadi doktor bius. Saya bercita-cita menjadi pakar anestesiologi dan pensyarah suatu hari nanti. Klinik ini adalah langkah awal, dan mungkin kami bertiga akan bekerja bersama suatu hari nanti,” ujarnya.
Tiga beradik buktikan mampu capai kejayaan walaupun bukan dari keluarga senang. FOTO Genes Gulitah. Sokongan dan Inspirasi Keluarga Dr Hani Hazreen, yang rapat dengan kedua-dua abangnya sejak kecil, mengakui tidak pernah merancang untuk menjadi doktor. Namun, usaha mereka bertiga membuahkan hasil, membuktikan kejayaan boleh dicapai dengan tekad dan kesungguhan.
“Kami bukan daripada keluarga senang. Jadi, menjadi doktor adalah peluang untuk kami membantu masyarakat. Saya bersyukur kerana dua abang saya menjadi mentor, walaupun bidang pengkhususan kami berbeza,” katanya.
Dr Hani Hazreen, lulusan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dari Kolej Universiti Manipal Malaysia (MUCM), juga merancang untuk menjalankan program komuniti bersama abangnya pada masa akan datang.
Inspirasi untuk Generasi Akan Datang Kisah tiga beradik ini bukan sahaja inspirasi kepada keluarga mereka tetapi juga kepada masyarakat. Kejayaan mereka membuktikan bahawa latar belakang bukanlah halangan jika disertai dengan usaha gigih dan semangat yang tidak berbelah bahagi.
Dengan kerjaya masing-masing, Dr Muhammad Haznil, Dr Muhammad Hazril, dan Dr Hani Hazreen terus berkhidmat untuk masyarakat dan berharap dapat bekerjasama dalam projek yang lebih besar pada masa hadapan.
Semoga kejayaan mereka menjadi motivasi kepada generasi muda untuk berani bermimpi dan bekerja keras untuk mencapainya.
Sumber: Harian Metro 
Baca artikel lain juga: Bapa Genggam PhD, Anak Peroleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, Kongsi Hari Bersejarah Di Pentas Konvokesyen
Kembar Yatim Piatu, S Yamuna & S Yasoda Berjaya Genggam Ijazah, Nenek Jadi Sumber Inspirasi
Kembar Seiras Yatim Piatu Terima Ijazah Kelas Pertama, Gembira Dapat Balas Jasa Nenek
 
 
 
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
The post Kisah Tiga Beradik Bergelar Doktor: Kejayaan Yang Menginspirasikan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kisah-tiga-beradik-bergelar-doktor-kejayaan-yang-menginspirasikan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Pakar Keluar Minum Tinggalkan Pesakit Lepas Bersalin Hingga Meninggal Dunia

Doktor Pakar Keluar Minum Tinggalkan Pesakit Lepas Bersalin Hingga Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 107 hits
Doktor pakar keluar minum tinggalkan pesakit lepas bersalin hingga meninggal dunia Dua orang doktor dengan gabungan kepakaran lebih 60 tahun dalam bidang perbidanan termasuk pernah mengendalikan 8 500 kes bersalin didapati bersalah atas kes...
Dua Doktor Cuai Tinggalkan Pesakit Untuk Keluar Minum Pusat Bersalin Diarah Bayar Rm5 9 Juta

Dua Doktor Cuai Tinggalkan Pesakit Untuk Keluar Minum Pusat Bersalin Diarah Bayar Rm5 9 Juta

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 89 hits
Rahmat KhairulrijalKuala Lumpur Dua doktor dengan gabungan kepakaran lebih 60 tahun dalam bidang perbidanan dan pernah mengendalikan 8 500 kes bersalin didapati bersalah atas kesalahan kecuaian perubatan selepas meninggalkan pesakit yang me...
Doktor Teratas As Ajak Peringatan Kanser Untuk Alkohol

Doktor Teratas As Ajak Peringatan Kanser Untuk Alkohol

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 91 hits
NEW YORK Amaran Ketua Perkhidmatan Kesihatan Awam AS mengenai risiko kanser yang lebih tinggi akibat pengambilan alkohol mungkin akan lebih berkesan kepada golongan muda Amerika yang sejak kebelakangan ini sudah pun beralih kepada mocktail ...
Doktor Ini Terang Jenis Oat Yang Kena Tahu

Doktor Ini Terang Jenis Oat Yang Kena Tahu

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 140 hits
Ramai di antara kita memilih oat sebagai makanan sihat kerana khasiatnya yang tinggi Namun tidak semua jenis oat sesuai untuk semua individu terutama bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan tertentu seperti diabetes Oleh itu penting un...
Tip Buat Anak Tidur Awal Setiap Hari Doktor Beri Panduan

Tip Buat Anak Tidur Awal Setiap Hari Doktor Beri Panduan

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 79 hits
Pening dibuatnya bila anak masih tak tidur walaupun sudah lewat malam Kepenatan ibu bekerja bertambah bila mana anak tidak mahu tidur Sudahnya esok pagi susah hendak bangun ke sekolah Rupanya banyak cara untuk pastikan anak tidur awal Tip y...
Cara Semak Nombor Pendaftaran Doktor Bertauliah Berlesen

Cara Semak Nombor Pendaftaran Doktor Bertauliah Berlesen

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 119 hits
Ancaman doktor palsu semakin meningkat menyebabkan pengguna perlu lebih berhati hati dan antara caranya adalah dengan semak nombor pendaftaran doktor bertauliah Kesihatan adalah aset paling berharga dan mendapatkan rawatan daripada doktor b...
Doktor Malaysia Bersalah Sebabkan Kematian Isteri Anak Di Hk

Doktor Malaysia Bersalah Sebabkan Kematian Isteri Anak Di Hk

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 288 hits
FMT ReportersJuri dalam Mahkamah Tinggi di Hong Kong sebulat suara mendapati Dr Khaw Kim Sun menggunakan bola yoga diisi karbon monoksida dalam but kereta PETALING JAYA Seorang doktor warga Malaysia yang pernah menjadi pensyarah di Universi...
Hiburan Diam Diam Bercinta Andika Putera Kini Kembali Bergelar Suami

Hiburan Diam Diam Bercinta Andika Putera Kini Kembali Bergelar Suami

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 126 hits
Semalam pempengaruh yang dikenali ramai iaitu Andika Putera memaklumkan dirinya sudah pun kembali bergelar suami buat wanita pilihan hatinya dengan sekali lafaz Dapat dilihat di Instagram Andika dia ada memuat naik video memaparkan momen mo...
Hiburan Zaman Kami Kecil Bukan Senang Pun Rozita Che Wan Terkenang Zaman Susah Dengan Adik Beradik

Hiburan Zaman Kami Kecil Bukan Senang Pun Rozita Che Wan Terkenang Zaman Susah Dengan Adik Beradik

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 134 hits
Pelakon sensasi Rozita Che Wan menerusi satu hantaran di TikTok miliknya ada berkongsi momen bersama saudaranya Datin Rohaiza Che Wan Dalam video tersebut kelihatan Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta sedang menjamu selera ber...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Petua Orang Lama Tentang Percintaan Dan Perkahwinan

Hishamuddin Hashim Controversy And Accountability In The Teoh Beng Hock Case

Lihat Apa Yang Mengejutkan Isi Perut Ikan Ini Setelah Di Potong Dua

Inilah Antara Sebab Mengapa Lelaki Jangan Mudah Percaya Dengan Wanita Cantik

Benda Benda Pelik Dan Berhaga Yang Sering Di Temui Di Tepi Pantai

Kenali Ciri Ciri Rambut Rontok Karena Penyakit Dan Cara Mengatasinya