Doktor Pakar Keluar Minum Tinggalkan Pesakit Lepas Bersalin Hingga Meninggal Dunia


Doktor pakar keluar minum, tinggalkan pesakit lepas bersalin hingga meninggal dunia. Dua orang doktor dengan gabungan kepakaran lebih 60 tahun dalam bidang perbidanan termasuk pernah mengendalikan 8,500 kes bersalin, didapati bersalah atas kesalahan kecuaian perubatan selepas meninggalkan pesakit yang mengalami pendarahan kritikal dalam jagaan jururawat tidak berdaftar, hanya untuk keluar minum.
Doktor Pakar Keluar Minum Mahkamah Tinggi Klang memutuskan Dr M Shanmugam dan Dr A Ravi bersama jururawat terdiri daripada Izaniey Nataliah Jukimin, Nur Aida Mat Isa serta Nessy Yasah, perlu membayar ganti rugi hampir RM6 juta kepada keluarga mendiang M Punita dalam kes kecuaian perubatan menyebabkan kematian mangsa ketika menerima rawatan.
Punita meninggal dunia beberapa jam selepas bersalin di Pusat Materniti dan Bersalin Shan milik Dr Shanmugam akibat pendarahan selepas bersalin (PPH) pada 9 Januari 2019.
Ketika prosiding, mahkamah diberitahu bahawa Punita yang melahirkan anak keduanya, mula mengalami pendarahan yang banyak selepas plasentanya dikeluarkan secara manual.
Walaupun memberi jaminan pesakit yang berusia 36 tahun itu stabil, Dr Ravi meninggalkan klinik dan meletakkan mendiang di bawah jagaan tiga jururawat tidak berdaftar yang ditugaskan memantau keadaan pesakit, walaupun tidak mempunyai kelayakan dan pendaftaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tinggalkan Pesakit Lepas Bersalin Hingga Meninggal Dunia Dr Shanmugam juga dilihat keluar dari bilik bersalin dan meninggalkan mendiang dalam jagaan dan pengawasan tiga jururawat yang sama.
Apabila ibu Punitha memasuki bilik bersalin, dia mendapati anak perempuannya mengalami pendarahan yang banyak, manakala jururawat cuba menghentikan pendarahan itu menggunakan kapas.
Kedua-dua doktor terbabit tidak hadir pada saat kritikal ini. Dalam usaha menyelamatkan nyawa pesakit, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang.
Doktor HTAR menyifatkan keadaan Punitha sudah kritikal ketika ketibaan, berikutan kehilangan darah yang ketara dan mengalami pembekuan intravaskular (DIVC).
Walaupun pembedahan kecemasan dan pemindahan darah dilakukan, namun Punita meninggal dunia dan meninggalkan dua anak kecil.
Hakim, Norliza Othman, dalam keputusannya, berkata Klinik Shan kekurangan bekalan perubatan asas, termasuk ubat untuk mengawal pendarahan rahim dan peralatan untuk menguruskan komplikasi selepas bersalin.
Norliza juga menekankan kegagalan doktor bertindak segera dan menangguhkan pemindahan pesakit ke hospital yang dilengkapi peralatan untuk mengendalikan kecemasan sedemikian.
“Walaupun mereka memiliki pengalaman luas dalam bidang perbidanan, kedua-dua doktor gagal menjangka komplikasi yang biasa dikaitkan dengan bersalin, seperti eklampsia, masalah berkaitan plasenta yang membawa kepada PPH.
“Kedua-dua mereka keluar dari bilik bersalin tanpa memastikan mendiang bebas daripada komplikasi. Jururawat yang tidak terbukti mempunyai kelayakan yang sepatutnya, dibiarkan menguruskan pesakit. Kecuaian kolektif defendan secara langsung menyumbang kepada kecederaan parah terhadap mangsa, yang membawa kepada kematiannya,” katanya dalam alasan penghakimannya, yang dimuat naik di laman web Jabatan Kehakiman hari ini.
Hakim juga mengecam doktor kerana ‘tidak menghiraukan’ keadaan si mati.
“Dalam kes ini, seorang ibu muda meninggal dunia selepas bertungkus-lumus melahirkan anaknya. Selepas bersalin, dia terpaksa menahan kesakitan yang tidak terbayang sebelum dihantar ke HTAR untuk rawatan lanjut.
“Ketika dihantar ke HTAR, ibu muda itu sudah berada dalam keadaan kritikal akibat kehilangan darah yang banyak, sehingga pihak hospital ‘mengisytiharkan kematian’ ibu malang ini.
“Peristiwa tragis ini boleh dielakkan sekiranya kedua-dua doktor mengambil tindakan pantas dengan menghantarnya ke HTAR dan memantau keadaannya dengan teliti, dan tidak meninggalkannya dalam jagaan jururawat, sementara Dr Ravi keluar minum.
“Tahap pengabaian ini tidak boleh dimaafkan dan secara langsung menyumbang kepada kematian ibu yang sihat,” tambahnya.
Susulan itu, mahkamah menganugerahkan keluarga mangsa RM5,993,936 sebagai ganti rugi, merangkumi RM500,000 untuk kesakitan dan penderitaan si mati; RM1 juta untuk setiap seorang bagi dua anak si mati; RM300,000 setiap seorang untuk ibu bapanya; RM1.5 juta sebagai ganti rugi teruk terhadap Dr Ravi; RM700,000 sebagai ganti rugi teruk terhadap Dr Shanmugam dan kliniknya; dan RM100,000 sebagai ganti rugi punitif.
Sumber: Berita Harian
Baca artikel lain juga: Intan Najuwa Kongsi Pengalaman Bersalin, Lapan Hari Di Hospital. Siapa Cakap Czer Tak Sakit Tu, Tipu
Isteri Jamal Abdillah Selamat Bersalin Anak Kelima
Mama Target Bersalin Normal, Ini Tips Meneran Masa Bersalin!
 
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
The post Doktor Pakar Keluar Minum, Tinggalkan Pesakit Lepas Bersalin Hingga Meninggal Dunia appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/doktor-pakar-keluar-minum-tinggalkan-pesakit-lepas-bersalin-hingga-meninggal-dunia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Doktor Cuai Tinggalkan Pesakit Untuk Keluar Minum Pusat Bersalin Diarah Bayar Rm5 9 Juta

Dua Doktor Cuai Tinggalkan Pesakit Untuk Keluar Minum Pusat Bersalin Diarah Bayar Rm5 9 Juta

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 110 hits
Rahmat KhairulrijalKuala Lumpur Dua doktor dengan gabungan kepakaran lebih 60 tahun dalam bidang perbidanan dan pernah mengendalikan 8 500 kes bersalin didapati bersalah atas kesalahan kecuaian perubatan selepas meninggalkan pesakit yang me...
Hiburan Dia Cakap Jangan Baik Sangat Orang Baik Selalu Pergi Dulu Rupanya Banyak Petanda Sebelum Isteri Meninggal Dunia

Hiburan Dia Cakap Jangan Baik Sangat Orang Baik Selalu Pergi Dulu Rupanya Banyak Petanda Sebelum Isteri Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 254 hits
Suami kepada Allahyarham Nur Izzaty Hafizah Abuhuraira 19 yang menghembuskan nafas terakhirnya pada 6 Januari lepas iaitu Amirul Nafis Amirnuddin masih terngiang ngiang dan teringat kata kata terakhir arwah kepadanya Papa peluklah mama tak ...
Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Di Taska

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 102 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang bayi lelaki berusia empat bulan dipercayai meninggal dunia di sebuah taska di Bandar Saujana Putra pada Jumaat lepas Ketua Polis Kuala Langat Mohd Akmalrizal Radzi berkata pihaknya menerima laporan daripad...
Ibu Bapa Guna Kaedah Sleep Training Bayi Empat Bulan Meninggal Dunia

Ibu Bapa Guna Kaedah Sleep Training Bayi Empat Bulan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 156 hits
Ibu bapa guna kaedah Sleep Training bayi empat bulan beninggal dunia Sleep training adalah proses mengajar bayi untuk tidur dengan sendiri tanpa perlu didodoi digendong atau diberi susu setiap kali mereka terjaga di tengah malam Latihan ini...
Mitos Minum Susu Dan Oat Ini Fakta Penjelasan Dari Pakar Kesihatan

Mitos Minum Susu Dan Oat Ini Fakta Penjelasan Dari Pakar Kesihatan

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 174 hits
Susu oat bukan sahaja enak tetapi juga memberi manfaat kesihatan yang banyak Jika anda mencari alternatif susu berasaskan tumbuhan susu oat adalah pilihan yang tidak mengecewakan Jangan biarkan mitos menjejaskan pilihan sihat anda Nak lebih...
Metmalaysia Keluar Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Beberapa Kawasan Di Pahang Dan Johor Hingga Isnin

Metmalaysia Keluar Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Beberapa Kawasan Di Pahang Dan Johor Hingga Isnin

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 484 hits
PETALING JAYA Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya yang dijangka melanda beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga lusa Menurut MetMalaysia kawasan yang terlibat termasuklah Rompin di Pahang serta ...
Baby Faleeq Bayi Kepada Ibu Meninggal Dunia Dalam Tidur Terima Ibu Susuan Percaturan Allah Hebat

Baby Faleeq Bayi Kepada Ibu Meninggal Dunia Dalam Tidur Terima Ibu Susuan Percaturan Allah Hebat

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 141 hits
Seorang bayi kepada ibu yang tular kerana meninggal dunia dalam dalam dakapan suaminya sebaik selesai menyusukan anaknya kini menemui ibu susuan yang baru Difahamkan wakil keluarga wanita berkenaan meminta bantuan mana mana wanita untuk men...
Tip Jaga Luka Lepas Bersalin Normal Supaya Cepat Sembuh Cepat Kering Tak Bengkak

Tip Jaga Luka Lepas Bersalin Normal Supaya Cepat Sembuh Cepat Kering Tak Bengkak

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 110 hits
Tip jaga luka lepas bersalin normal supaya cepat sembuh cepat kering dan tak bengkak Melahirkan anak secara normal adalah satu pengalaman yang penuh bermakna namun ia juga melibatkan cabaran tersendiri terutama dalam proses pemulihan selepa...
Lelaki Meninggal Dunia Dalam Rumah Berkunci

Lelaki Meninggal Dunia Dalam Rumah Berkunci

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 131 hits
Shaiful Shahrin Ahmad Pauziam hmetro com myMAYAT lelaki dipercayai sudah meninggal dunia lebih sehari dalam rumah berkunci di Kampung Boyan Taiping FOTO Ihsan BombaTaiping Pasukan bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mayat lelaki di ...
Understand Your Target Audience

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Tema Hijau Menjadi Pilihan

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Natalie Portman S Legs And Feet In Tights 29

Sma Car Rental Perkhidmatan Kereta Sewa Profesional Di Kuantan Pahang

Tips Santai Untuk Mengatasi Tekanan Kerja Dan Kehidupan

Miniatur Bus Jetliner Tronton

Miniatur Bus Rosalia Indah Scorpion King

Falsafah Kaca Kosong