Kisah Tauladan Ibu Pengsan Melihat Apa Yang Berlaku Ketika Urusan Memandikan Jenazah Anaknya


Terpanggil dihati saya untuk berkongsi satu pengalaman sepanjang menguruskan jenazah. Mohon ampun dan maaf, bukanlah niat untuk mengaibkan sesiapa malah lebih kepada iktibar dan pengajaran buat kita yang masih hidup agar tidak melakukan dosa dan sesuatu yg dilarang ALLAH kerana balasannya ALLAH bayar tunai tika di dunia lagi. Nauzubillah.
Berlaku di sebuah hospital, saya disambut oleh waris arwah iaitu ibunya yang ingin menyampaikan sesuatu kepada saya. Ada sedikit debaran dihati saya namun demi tugas saya perlu laksanakan tanggungjawab ini hingga selesai. Menurut ibu arwah, jenazah anaknya telah menukar jantina dari lelaki kepada perempuan.
Insya-Allah Sebelum saya cerita kisahnya, saya akan bagi sedikit penjelasan bagaimana menguruskan jenazah lelaki atau perempuan muslim yang telah menjalani pembedahan penukaran jantina. Siapa yang patut melaksanakan pengurusan jenazahnya? Bagi menguruskan jenazah lelaki atau perempuan muslim yang menukar jantina, jenazah tersebut hendaklah diuruskan mengikut jantina asalnya dan diuruskan oleh warisnya atau pihak berkuasa agama.
Setelah saya bagi keterangan terperinci kepada ibunya, saya terus masuk ke bilik pengurusan jenazah untuk memandikan dan mengkafankan jenazah. Saya dibantu 3 waris jenazah iaitu ibu dan 2 orang abangnya. 3 waris jenazah ini sahaja yang ada, yang lain hampir 30 orang sahabat jenazah kesemuanya sejenis sepertinya. Sebelum saya mandikan jenazah, seperti biasa saya akan bentangkan kain untuk dikafankan terlebih dahulu supaya memudahkan proses seterusnya.
Setelah selesai, saya mengangkat jenazah ke tempat mandi. Saya tutup menggunakan kain kafan dan buka pakaiannya. Alhamdulillah.. Putih kulitnya namun perlahan lahan keseluruhan tubuh badan jenazah mula menghitam. Sikit demi sedikit ibu dan abang arwah mula perasan perubahan tersebut. Ibu arwah tidak dapat berkata apa-apa, seolah-olah sudah tahu apa yang akan terjadi setelah bertahun mengenai jantina anaknya itu. Mengalir air mata ibu arwah sehingga saya sendiri pun mengalirkan air mata.
Saya memulakan mandi jenazah dengan istinjak (buang najis). Ketika saya istinjak jenazah itu, najisnya cukup banyak sehingga saya behenti kerana merasakan sudah terlalu lama saya istinjak tetapi najisnya tidak behenti keluar. Saya terus menyucikan jenazah macam biasa. Saya lihat air yang mengalir kekuningan keluar dari tubuh jenazah dan yang lebih menyedihkan keluar dari kemaluannya nanah bercampur darah dan juga ulat.
Selama itu jugalah mulut saya tiada henti memohon doa agar ALLAH SWT meringankan azab arwah dan memudahkan urusan ke atas arwah agar dapat saya uruskan sesempurna mungkin. Perlahan-lahan saya memasukkan kapas ke dalam kemaluan jenazah dengan tujuan memberhentikan pengaliran darah tadi.
Ibu jenazah yang mulanya nak membantu saya untuk mandikan jenazah anaknya tadi pengsan kerana melihat kejadian itu. Saya terus mandikan jenazah anaknya. Selesai saya mandikan dan wudukkan jenazah, saya tutup keseluruhan tubuh jenazah dengan kain kafan sebelum saya jiruskan dengan air sembilan.
Sedikit penerangan, air sembilan merupakan air yang dicampurkan air kapor barus, air kayu cendana dan air sintok untuk tujuan mewangikan jenazah.
Setelah selesai saya jirus air sembilan tadi, saya bukak kain kafan dan sekali lagi Allah tunjuk kekuasaan-Nya. Jenazah kelihatan sangat reput, buah dada palsunya mengecut. Selesai saya mandi dan kafankan jenazah tadi, saya jemput kesemua sahabatnya tadi untuk duduk di depan jenazah. saya mengambil peluang itu untuk memberi sedikit tazkirah dan hampir kesemuanya menangis.
Apa yang menyedihkan saya, tidak sampai beberapa minit jenazah diangkat ke dalam van jenazah, sahabat-sahabat jenazah tadi bergelak ketawa di tepi van jenazah itu. Tak tahulah apa yang di sembangkan. ALLAH HU AKHBAR. Doa saya mudahan Allah membuka hidayah agar mereka berubah dan mudahan Allah mengampunkan juga dosa saya dan arwah sepanjang proses pengurusan bermula hinggalah selesai.
Sekali lagi saya memohan maaf, bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa, malah lebih kepada iktibar dan pengajaran untuk saya sendiri dan kita semua.
Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram di segi syara’ berdasarkan Al-Quran dan dipandukan Hadis.
ALLAH mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain.
Firman ALLAH yang bermaksud :
”Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk“. (Surah At-Tin ayat 4)
Daripada Ibnu Abbas R.A. bahawasanya :
”Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki“. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata :
”Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki“. (Hadis Riwayat Abu Daud)
Wahai saudara-saudara seIslamku, ini pengalaman yang saya lalui sendiri. Janji Allah itu benar saudara-saudara ku. Ambillah pengajaran dan iktibar daripada pengalaman saya ini. Janganlah kamu ragu-ragu lagi dengan janji Allah. Selagi kita masih bernafas, kita masih sempat lagi untuk bertaubat kepada-Nya.
Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz di akaun facebook beliau. Nama ustaz dan jenazah dirahsiakan bagi menjaga aib keluarga jenazah. Semoga kisah ini memberi iktibar dan keinsafan kepada kita semua.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsempoi.com/kisah-tauladan-ibu-pengsan-melihat-apa-yang-berlaku-ketika-urusan-memandikan-jenazah-anaknya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Sanggup Duduk Tepi Parit Pun Tak Kisah Pengorbanan Jasmin Hamid Buat Anaknya

Ibu Sanggup Duduk Tepi Parit Pun Tak Kisah Pengorbanan Jasmin Hamid Buat Anaknya

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 279 hits
3589 SHARES Demi memberi sokongan dan menemani anak kesayangan Jasmin Hamid sanggup untuk duduk tepi parit sambil memerhatikan anaknya sedang dalam penggambaran drama patah Sayap Bertongkat Paruh Jasmin Hamid memuatnaik sekeping gambarnya d...
Doktor Sibuk Sambut Tahun Baru Ibu Mengandung Dibiar Pengsan Ketika Bersalin

Doktor Sibuk Sambut Tahun Baru Ibu Mengandung Dibiar Pengsan Ketika Bersalin

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 528 hits
Memang kita pernah mendengar kisah kecuaian doktor atau jururawat di luar negara sehingga menyebabkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini kepada pesakit yang sedang dirawatmya Namun apa yang berlaku di sebuah hospital di Guatemala ini me...
Kisah Sayu Kasih Dan Redha Ibu Bapa Bila Anak Kesayangan Pergi Buat Selamanya

Kisah Sayu Kasih Dan Redha Ibu Bapa Bila Anak Kesayangan Pergi Buat Selamanya

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 413 hits
Jam 3 30 pagi kami baru sampai ke rumah masing masing setelah melalui perjalanan 496 kilometer pergi balik dari KL ke Peserai Batu Pahat Johor menghantar satu jen4zah remaja lelaki berusia 18 tahun yang m4ut akibat kem4langan Ayahnya memakl...
Beringat Sebelum Terkena Ibu Ini Kongsi Kisah Indoor Playground Dalam Pusat Beli Belah

Beringat Sebelum Terkena Ibu Ini Kongsi Kisah Indoor Playground Dalam Pusat Beli Belah

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 348 hits
Setiap kali tibanya hari minggu ataupun musim cuti ramai ibu bapa yang mengambil peluang ke pusat membeli belah untuk membawa anak anak bermain di taman permainan tertutup Mungkin lebih selesa kerana mempunyai penyaman udara dan tidak panas...
Hati Kena Cekal Pengalaman Dan Cara Ibu Ini Cerai Susu Badan Bila Anaknya 2 Tahun

Hati Kena Cekal Pengalaman Dan Cara Ibu Ini Cerai Susu Badan Bila Anaknya 2 Tahun

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 642 hits
Berjaya menyusukan bayi hingga usia 2 tahun suatu kejayaan yang sangat bermakna buat seorang ibu Bukan mudah untuk semua ibu lalui pengalaman ini Bagi yang tak berjaya secara esklusif pun anda ibu yang hebat cuma mungkin disebabkan faktor t...
Tak Kisah Ditinggalkan Tepi Jambatan Semasa Lahir Wanita Ini Tetap Mahu Ibu Bapa Kandung Hadiri Perkahwinan

Tak Kisah Ditinggalkan Tepi Jambatan Semasa Lahir Wanita Ini Tetap Mahu Ibu Bapa Kandung Hadiri Perkahwinan

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 332 hits
Seorang wanita di China yang pernah ditinggalkan di atas jambatan sewaktu kecil mencari kedua orang tua kandungnya dan menginginkan mereka menghadiri perkahwinannya pada Jumaat akan datang Zhang Xiaoying 20 menghubungi syarikat penyiaran Fu...
Sempat Pula Tu Viral Pengantin Terima Bungkusan Dari Posmen Ketika Bersanding Ini Kisah Sebenarnya

Sempat Pula Tu Viral Pengantin Terima Bungkusan Dari Posmen Ketika Bersanding Ini Kisah Sebenarnya

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 561 hits
Sempat Pula Tu Viral Pengantin Terima Bungkusan Dari Posmen Ketika Bersanding Ini Kisah Sebenarnya Majlis perkahwinan pastinya menjadi hari paling bersejarah buat pengantin Hari yang penuh meriah dengan kehadiran teman teman dan sanak sauda...
Ibu Hamil Yang Ingin Melakukan Umrah Pergilah Musim Sejuk Ibu Ini Kongsi Pengalam Mengerjakan Umrah Ketika Hamil

Ibu Hamil Yang Ingin Melakukan Umrah Pergilah Musim Sejuk Ibu Ini Kongsi Pengalam Mengerjakan Umrah Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 519 hits
Terbaca satu soalan di group KHDU tentang tips umrah ketika hamil Saya pernah mengerjakan ibadah haji ketika hamil pada trimester pertama Saya kongsikan sedikit tips yang saya amalkan ketika itu InshaAllah semoga dapat membantu serba sediki...
Remaja 15 Tahun Lari Dari Rumah Ibu Bapa Merayu Anaknya Pulang Punca Gadis Ini Lari Diceritakan Oleh Bapanya

Remaja 15 Tahun Lari Dari Rumah Ibu Bapa Merayu Anaknya Pulang Punca Gadis Ini Lari Diceritakan Oleh Bapanya

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 952 hits
Remaja 15 Tahun Lari Dari Rumah Ibu Bapa Merayu Anaknya Pulang Punca Gadis Ini Lari Diceritakan Oleh BapanyaRemaja 15 Tahun Lari Dari Rumah Ibu Bapa Merayu Anaknya Pulang Punca Gadis Ini Lari Diceritakan Oleh Bapanya
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya