Kisah Si Sulong Kitty Dan Si Bongsu Jenny Alhamdulillah Bertemu Kembali


Kisah Si Sulong Kitty dan Si Bongsu Jenny.

Kisah Kitty dan Jenny yang mendebarkan. Lama Cik Rose simpan sebab perasaan bercampur baur. Sedih, risau, takut semua ada

Cik Rose ada 8 anak bulus. Kitty, Layla, Layli, Ben, Kuci, Abby, Orkid dan Jenny. Anggaran umur dari setahun ke 8 tahun. Yang paling senior adalah Ben. Tapi, dek kerana Kitty tu anak pertama Cik Rose ada, dan jaga dari kecil, makanya Cik Rose anggap Kitty lah yang sulong. hihi. 
Ceritanya, Cik Rose bertukar tempat  bertugas dari  Johor ke Kedah. Jadi, Cik Rose bawa balik semuanya ke Kedah, naik kereta sama-sama. Ada yang Cik Rose letak dalam carrier, dalam sangkar dan ada yang lepas bebas dalam kereta. Alhamdulillah semua ok.
Sampai sahaja di Kedah, Cik Rose transit mereka di Hotel Kucing sebab  belum dapat rumah lagi. Lebih kurang 8-9 hari mereka di hotel. Biasalah duduk hotel, ada yang behave, ada yang protes. hihi. 
Alhamdulillah, Cik Rose dah dapat rumah dekat dengan tempat bertugas. Jadinya, bawa mereka semua ke rumah baru. Hari pertama di rumah baru, semua masih ok. Behave. Nak dijadikan cerita, hari kedua iaitu pada 1 September (Isnin) dalam pukul 10 pagi, suami Cik Rose pergi ke rumah untuk cat sikit dinding. (Kami duduk rumah mertua sementara rumah kuarters siap kemas). Beliau call Cik Rose, maklumkan yang Kitty dan Jenny tak ada di rumah. Aih, terkejut sangat masa tu. Beliau perasan yang lock tingkap ruang tamu tu terbuka sikit dan ada dua ekor cicak kat lantai yang mati. Mungkin, mereka nak ambil cicak tu dan kaki terbuka lock tingkap tu. Tu yang terlepas. Mujur yang lain-lain tak ikut. 

Cek cek cek cek cek cek itulah bunyi cicakceh ceh ceh ceh ceh ceh maka jawab ibu cicak

Cik Rose di tempat kerja, hati dah tak tenang. Memikirkan ke mana mereka. Maklumlah kucing indoor kan. Tak pernah keluar. Lagipun rumah baru. Manalah pandai nak balik kalau terlepas. 

Cik Rose google Doa mencari kucing yang hilang. Cik Rose ulang-ulang baca, berserta zikir ‘Ya Allahu Ya Shaahid’





Suami cari sekitar kawasan rumah, tak ada. Tengahari Cik Rose balik rumah cari. Tak ada. Cik Rose minta tolong akak security tengok-tengokkan kalau ada. Cik Rose send gambar di bawah ni. Petang Cik Rose balik kerja, cari lagi. Send lagi gambar ni pada adik student kat sini. Manalah tahu kot-kot ternampak. Kami suami isteri naik motor mencari satu kawasan perumahan ni, pun tak ada. Jumpa kucing luar, Cik Rose pesan juga





Waktu Maghrib, hujan. Hati ni bertambah risau sebab Kitty ni takut hujan dan guruh. Lepas maghrib, suami naik motor lagi mencari. Cik Rose duduk tepi tingkap, goncang bekas makanan dan panggil nama Kitty dengan nada yang selalu Cik Rose panggil.. Kitty, Kitty, Kitty nomey nomey Ieja ni…
Tiba-tiba encik security panggil, dan tanya dah jumpa ke kucing? Beliau cakap dalam longkang belakang ada kucing warna oren + putih. ~ Eh tu Kitty tu. Cik Rose apa lagi berlari keluar rumah dan pergi tengok. Ya, betul tu Kitty. Cik Rose terjun longkang sambil panggil nama dia. Dia datang, dan Cik Rose terus dukung dia. Bulu dia kotor warna hitam dan basah sikit Cik Rose percaya dia menyorok dan bila dengar hujan dia keluar sebab takut

Alhamdulillah, Alhamdulillah. Kitty berjaya dijumpai selepas satu hari hilang. Cik Rose terus bawa masuk bilik dan banyak dia minum. Lepas tu, dia baring. Penant agaknya. Cik Rose lupa nak ambil gambar sebab hati masih gundah. Jenny masih belum dijumpai

Proses pencarian Jenny diteruskan keesokkan harinya. Dari pagi membawa ke tengahari. Time tengahari tu Cik Rose balik rumah mencari lagi. Kemudian, jam menunjukkan pukul 1.50 tenghari. Lagi 10 minit Cik Rose kena masuk kerja. Suami keluar naik motor lagi mencari. Cik Rose terus buka pintu rumah. Cik Rose buka tingkap. Cik Rose panggil nama dia. Jenny, Jenny. Jenny. Cik Rose goncang-goncang bekas makanan

Lepas tu, ada dua ekor burung kecil datang kat tingkap. Cik Rose pesan kat burung tu. Burung, tolong cari Jenny ye. Kalau jumpa Jenny, suruh Jenny balik. Cakap kat dia, Ija cari. Ija tunggu. Seekor burung terbang. Cik Rose ulang lagi pesan kat seekor lagi. Kemudian, burung tu pula terbang

Cik Rose teringat nak buat bunyi macam Jenny selalu buat. Dia mengiau bukan meow meow. Tapi bunyi macam pistol. piu piu piu… laju dan kuat. (Suami Cik Rose ketawa je dengar setiap kali Cik Rose tiru bunyi Jenny ni.) Apalagi, Cik Rose pun buatlah bunyi tu. Laju dan kuat. hihi. piu piu piu. Lepas tu Cik Rose diam. Tiba-tiba Cik Rose terdengar bunyi yang sama. Eh tu bunyi Jenny! Betul ke ni. Cik Rose berlari ke pintu utama. Alangkah terkejutnya Cik Rose bila nampak Jenny di luar pintu rumah. Cik Rose panggil dia, dan dia berlari masuk rumah

Ya Allah Jenny. Jenny balik. Alhamdulillah Ya Allah. Sian dia. Dua hari hilang. Akhirnya kami kembali bersama. Jenny ni dahlah tidur pun mengigau. Macam manalah Cik Rose tak risau. 

Pengalaman yang mendebarkan. Janganlah diduga sebegini lagi. Terima kasih buat semua yang sama-sama membantu mencari Kitty dan Jenny. Yang mendoakan Kitty dan Jenny agar dijumpai

Tragedi September sungguh ni. Salam perkenalan di tempat baru

Untuk yang mengalami peristiwa macam Cik Rose ni bolehlah amalkan baca doa dan zikir yang Cik Rose kongsikan tu. Di samping tu, usaha cari di kawasan sekitar. Kalau jumpa haiwan yang lain, pesan je. Kita tak tahukan. Kita usaha sahaja. Moga semuanya baik-baik sahaja




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2025/09/kisah-si-sulong-kitty-dan-si-bongsu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alhamdulillah Hanya Allah Yang Lebih Tahu Dialah Pemberi Rezeki

Alhamdulillah Hanya Allah Yang Lebih Tahu Dialah Pemberi Rezeki

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 821 hits
Zahirkan kegembiraan sesungguhnya Dia yakni Allah lebih tahu Terim aksih blogger Amie s Kitchen Semalam dan sekarang memakai baju hadiah dari blogger Amie s Kitchen Blog yang kian naik atas blog kini ke no 23 terbaik dari 100 blog di Malays...
Alhamdulillah Epol Akhirnya Ditemui Selepas Hilang Sejak Disember

Alhamdulillah Epol Akhirnya Ditemui Selepas Hilang Sejak Disember

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 1042 hits
KOTA BHARU Doa dan penantian panjang sebuah keluarga akhirnya terjawab Seorang lelaki dikenali sebagai Epol yang dilaporkan hilang sejak Disember tahun lalu ditemui semula selepas lebih sembilan bulan tanpa khabar berita Penantian Panjang B...
10 000 000 Dan Alhamdulillah

10 000 000 Dan Alhamdulillah

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 960 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraAlhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesihatan dan rezeki untuk terus menulis dalam blog ini Rasa macam baru sahaja update tentang pageview 9 juta dan tiba tiba dah sampai ke 10 juta pagev...
Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 1258 hits
Jam 10 30 11 20 Pagi Keluar Kawasan Sekolah Pergi Beli Dedak Sekolah tempat bertugas Etuza tidaklah terlalu jauh jika hendak ke Bandar Keningau Walaupun sekolah tempat mengajar di Luar Bandar dan sekolah Gred A masih selesa ke Bandar Kening...
Pm Anwar Berkesempatan Bertemu Pemimpin Islam

Pm Anwar Berkesempatan Bertemu Pemimpin Islam

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 668 hits
Berkesempatan adakan pertemuan ringkas bersama Perdana Menteri dan Putera Mahkota Arab Saudi Presiden Turkiye Raja Jordan Presiden Pakistan dan Putera Mahkota Kuwait di sela sela Sidang Kemuncak Tergempar Arab Islam Kami menekankan sokongan...
Lelaki Yang Usir Aisar Khaled Tampil Sebak Akui Menyesal Dan Mahu Bertemu

Lelaki Yang Usir Aisar Khaled Tampil Sebak Akui Menyesal Dan Mahu Bertemu

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1473 hits
BALI Isu pengusiran selebriti media sosial Malaysia Aisar Khaled di Bali terus menjadi perhatian ramai Lelaki yang mengusir Aisar Nyoman Gede Suwarna akhirnya tampil memberi penjelasan menerusi satu temu ramah di televisyen tempatan Dalam w...
Alhamdulillah

Alhamdulillah

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 535 hits
Assalamualaikum Selamat pagi Alhamdulillah syukur Ahad 28hb nieyl sekeluarga menghantar mak dan kakak pergi umrah Ini merupakan kali pertama untuk mak nieyl dan kali ke 2 untuk kakak flight pukul1 tengah hari Sampai jeddah pukul5 00 petang ...
Sambutan Hari Merdeka Di Sekolah Si Bongsu 11 September 2025

Sambutan Hari Merdeka Di Sekolah Si Bongsu 11 September 2025

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 6931 hits
Tahun ni lain macam sikit sambutan Hari Merdeka di sekolah si bongsu Ingatkan ibu dengan ayah boleh tidur awal rupanya jam 2 pagi baru terlelap sebab sibuk siapkan baju robot untuk adik Mula mula plan nak buat yang simple simple je tapi bia...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Can Schools Build Karakter

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Masak Nasi Ayam Hainan Goreng Pisang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bermulalah Pengalaman Pertama Terpilih Proses Cgi Filem Estet Pengarah Arwahyarham Mamat Khalid

Buli Masaalah Disiplin Pelajar Cara Penyelesaian

Pas Yakin Pengalaman Annuar Musa Percaya Mampu Tawan Beberapa Kerusi Prn Sabah

Fattah Amin Terkilan Dengan Tindakan Netizen Boikot Rakan Artis Datang Majlis Kahwin Pun Salah Ke

Ahli Politik Cekik Pekerja Kontrak

Bakar Sofa Buruk