Kisah Si Gila Wali Allah Syeikh Junaid Al Baghdadi Dan Bahlul


Gambar Hiasan Syeikh Junaid Al-Baghdadi adalah seorang sufi terkemuka.
Pada suatu waktu beliau keluar kota Baghdad bersama dengan beberapa muridnya, Syeikh Junaid Al Baghdadi bertanya tentang Bahlul.
Muridnya menjawab, “Ia adalah orang gila”.
Mereka bertanya kepada syeikh Junaid, “Apa yang guru perlukan darinya?”.
“Cari dia, aku ada perlu dengannya.” Kata syeikh Junaid.
Murid-muridnya lalu mencari Bahlul dan bertemu dengannya di gurun, mereka lalu mengantar Syeikh Junaid kepadanya. Ketika Syekh Junaid mendekati Bahlul, beliau melihat Bahlul sedang gelisah sambil menyandarkan kepalanya ke tembok.
Syeikh Junaid kemudian menyapanya. Bahlul menjawab dan bertanya kepadanya, “Siapakah engkau?”.
“Aku adalah Junaid Al Baghdadi” kata Syeikh Junaid.
“Apakah engkau Abul Qasim?” Tanya Bahlul.
“Iya” Jawab Syeikh Junaid.
“Apakah engkau Syeikh Baghdadi yang memberikan petunjuk rohani kepada orang-orang?” Tanya Bahlul lagi.
“Iya” jawab Syeikh Junaid.
“Apakah engkau tahu bagaimana cara makan?” Tanya Bahlul.
Syeikh Junaid lalu menjawab, “Aku mengucapkan Bismillah, aku makan yang ada dihadapanku, aku menggigitnya sedikit, meletakkannya di sisi kanan dalam mulutku dan perlahan mengunyahnya, aku tidak menatap suapan berikutnya, aku mengingat Allah sambil makan, apapun yang aku makan aku ucapkan Alhamdulillah, aku cuci tanganku sebelum dan sesudah makan”.
Bahlul berdiri mengibaskan pakaiannya dan berkata, “Kau ingin menjadi guru Rohani di dunia tapi kau bahkan tidak tahu bagaimana cara makan” sambil berkata demikian ia kemudian berjalan pergi.
Murid Syeikh kemudian berkata, “Wahai Syeikh, demi Allah dia adalah orang gila”.
Syeikh Junaid berkata, “Dia adalah orang gila yang cerdas dan bijak, dengarkan kebenaran darinya”.
Bahlul mendekati sebuah bangunan yang telah ditinggalkan lalu dia duduk, Syeikh Junaid pun datang mendekatinya.
Bahlul kemudian bertanya “Siapakah engkau?”.
“Saya Syeikh Baghdadi yang tidak tau bagaimana cara makan”, jawab Syeikh Junaid.
“Engkau tidak tau bagaimana cara makan, tapi tahukah engkau bagaimana cara berbicara?”, tanya Bahlul.
“Iya” jawab Syeikh Junaid.
“Bagaimana cara berbicara?”, tanya Bahlul.
Syeikh Junaid kemudian menjawab, “Aku berbicara tidak kurang tidak lebih dan apa adanya, aku tidak terlalu banyak bicara, aku berbicara agar pendengar dapat mengerti. Aku mengajak orang-orang kepada Allah dan Rasulullah SAW., aku tidak berbicara terlalu banyak agar orang tidak menjadi bosan, aku memberikan perhatian atas kedalaman pengetahuan zahir dan batin.”
Kemudian ia menggambarkan apa saja yang berhubungan dengan sikap dan akhlak.
Lalu Bahlul berkata, “Lupakan tentang makan, karena kau pun tidak tahu bagaimana cara berbicara”.
Bahlul pun berdiri mengibaskan pakaiannya dan berjalan pergi.
Murid-murid Syeikh berkata, “Wahai Syeikh, Syeikh lihat dia adalah orang gila, apa yang engkau harapkan dari orang gila?”.
Syeikh Junaid menjawab, “Ada sesuatu yang aku perlukan darinya, kalian tidak tahu itu”.
Syeikh Junaid lalu mengejar Bahlul lagi hingga mendekatinya. Bahlul lalu bertanya, “Apa yang engkau inginkan dariku, kau yang tidak tahu cara makan dan berbicara, apakah kau tau bagaimana cara tidur?”.
“Iya aku tahu” jawab Syeikh Junaid.
“Bagaimana caramu tidur?”, tanya Bahlul.
Syeikh Junaid lalu menjawab, “Ketika aku selesai solat Isyak dan membaca doa, aku mengenakan pakaian tidurku” kemudian Syekh Junaid menceritakan cara-cara tidur sebagaimana yang lazim dikemukakan oleh para ahli agama.
“Ternyata kau juga tidak tahu bagaimana caranya tidur”, kata Bahlul seraya ingin bangkit dari duduknya.
Tapi Syeikh Junaid menahan pakaiannya dan berkata, “Wahai Bahlul aku tidak tahu, demi Allah ajarkan aku”.
Bahlul pun berkata, “Sebelumnya engkau mengaku bahwa dirimu berpengetahuan dan berkata bahwa engkau tahu, maka aku menghindarimu.
Sekarang setelah engkau mengakui bahwa dirimu kurang berpengetahuan, maka aku akan mengajarkan padamu.
Ketahuilah, apapun yang telah engkau gambarkan itu adalah permasalahan bukan yang utama.
Kebenaran yang ada di belakang memakan makanan adalah, bahawa kau memakan makanan halal. Jika engkau memakan makanan haram dengan cara seperti yang engkau gambarkan, dengan seratus sikap pun tidak akan bermanfaat bagimu melainkan akan menyebabkan hatimu hitam”.
“Semoga Allah memberimu pahala yang besar”, kata Syeikh Junaid.
Bahlul lalu melanjutkan, “Hati harus bersih dan mengandung niat baik sebelum kau mulai berbicara. Percakapanmu haruslah menyenangkan Allah. Jika itu untuk duniawi dan pekerjaan yang sia-sia maka apapun yang kau nyatakan akan menjadi malapetaka bagimu. Itulah mengapa diam adalah yang terbaik.
Dan apapun yang kau katakan tentang tidur, itu juga bernilai tidak utama.
Kebenaran darinya adalah hatimu harus terbebas dari permusuhan, kecemburuan dan kebencian.
Hatimu tidak boleh tamak akan dunia atau kekayaan didalamnya.
Dan ingatlah Allah ketika akan tidur”.
Syeikh Junaid kemudian mencium tangan Bahlul dan berdoa untuknya.

PENGAJARAN:
“Sesungguhnya, diri kita ini sememangnya serba tidak tahu. Yang paling tahu itu hanya Allah.”
Md Latiff Amran —
Nota :
1. Seorang wali Allah tidak semestinya mesti menjadi gila (tidak waras).
Namun apa yang dikatakan atau difahami oleh wali Allah mungkin adalah sesuatu yang gila bagi orang-orang yang tidak faham.
Sebagaimana Muhammad Rasulullah saw, baginda juga dikatakan gila oleh musuh. Kerana sebahagian yang dibawakan oleh baginda, adalah di luar jangkauan akal atau tidak masuk akal.
Apakah masuk akal pada zaman itu, untuk seseorang melakukan perjalanan dari Mekah ke Palestine sehingga langit ke tujuh hanya pada satu malam menaiki sesuatu seperti kuda terbang (buraq)?
Akan tetapi secara umumnya, gila yang tidak waras/tidak berakal masih boleh kita bezakan dengan gila tetapi apa yang disampaikannya adalah kebenaran dan hikmah.
2. Sesiapa sahaja, malah seorang gila mungkin adalah wali Allah. Dan kebanyakan wali Allah itu tersembunyi (mahupun menyembunyikan diri).
Boleh saja wali Allah itu tidak gila sebaliknya menyamar sebagai orang gila. Atau sesiapa sahaja di sekeliling kita mungkin sebenarnya adalah wali Allah dalam watak manusia biasa, tetapi hanya dikenali oleh wali Allah yang lain sahaja.
3. Sekiranya jalan pencarianmu bukan takdirmu untuk menjadi gila, maka keluarlah dari ‘kegilaan’ itu tatkala engkau tersedar engkau sedang gila/hilang kewarasan/kawalan diri. Keluar dan sambunglah kembali perjalananmu dalam menuju insan kamil.
4. Hanya wali yang mengenal wali.
Tatkala kamu mahu ‘menilik/meneka/memerhati’ (berusaha mengenal) wali Allah itu, beliau akan tahu. Jika beliau mahu menyembunyikan kewaliannya, mungkin beliau akan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan keyakinanmu bahawa dia seorang wali.
Sebagai contoh, mungkin dia akan kencing berdiri membuatkan kamu yang menganggap dia sebagai wali, mengubah fikiran mengatakan, “Takkanlah wali kencing berdiri.” Atau beliau akan melakukan apa sahaja yang lain.

Mohamad Al-Bahloul – Asal Usul Perkataan Bahlul Yang Digunakan Dalam Masyarakat Melayu?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://vol.belonnanotservice.ga/export/kisah-si-gila-wali-allah-syeikh-junaid-al-baghdadi-dan-bahlul/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Redha Dengan Ujian Yang Allah Datangkan Macam Mana Tu

Redha Dengan Ujian Yang Allah Datangkan Macam Mana Tu

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 1215 hits
REDHA DENGAN UJIAN YANG ALLAH DATANGKAN MACAM MANA TU Bukan senang nak redha dengan ujian tetapi ada cara untuk redha dengan ujian yang Allah datangkan Berbaik sangka dengan Allah Berlapang dada Percaya dan yakin yang Allah mahu naikkan dar...
Tiba Tiba Tersedak Keluar Darah Tertelan Pin Tudung Allah Bagi Peluang Ke 2 Ibu Jaga Yusuf

Tiba Tiba Tersedak Keluar Darah Tertelan Pin Tudung Allah Bagi Peluang Ke 2 Ibu Jaga Yusuf

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 293 hits
Perkara yang menakutkan ibu bapa yang ada anak kecil adalah bila sesuatu berlaku sehingga memudaratkan keadaan anak Maklumlah dalam keadaan berjaga jaga pun kelicikan anak sukar nak jangka Sebab itu dalam rumah kena extra careful Sebab bend...
Allah Berikan Keajiaban Di Tanah Para Ambiaya

Allah Berikan Keajiaban Di Tanah Para Ambiaya

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 160 hits
Allah Berikan Keajiaban Di Tanah Para AmbiayaAsalamualaikum Salam Sejahtera Semua Salam sejahtera semua salam kasih sayang dari saya kepada semua penggemar paparan Blog Etuza Warna Warna Kehidupan Agak lama sebenarnya saya tidak bersiaran d...
Dr Asri Allah Bersama Pemimpin Yang Adil Sekalipun Dia Kafir Bila Tanya Dia Melenting Keh Keh

Dr Asri Allah Bersama Pemimpin Yang Adil Sekalipun Dia Kafir Bila Tanya Dia Melenting Keh Keh

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 166 hits
Kita mungkin boleh hidup di bawah pemimpin yang kafir tetapi adil tetapi kita tidak boleh hidup dibawah pemimpin yang Muslim tetapi zalim Rujuk video penuh di MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFDr Asri Allah bersama Pemimpin Yang Adil Sekalipun Dia Ka...
Ekzema Kronik 6 Bulan Stop Steroid Izin Allah Sembuh Bapa Kongsi Rawatan Anaknya

Ekzema Kronik 6 Bulan Stop Steroid Izin Allah Sembuh Bapa Kongsi Rawatan Anaknya

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 262 hits
Kulit merah berair jika cuaca panas anak mula menggaru Bukan itu je waktu tidur malam anak pun tak lena sebab gatal dan asyik merengek Tompok tompok merah ni bukan hanya pada bahagian muka ada juga anak mengalaminya di siku kaki belakang lu...
Mudah Mudahan Selamat Insya Allah Kandungan Doa Ebit Jawab Teka Teki

Mudah Mudahan Selamat Insya Allah Kandungan Doa Ebit Jawab Teka Teki

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 172 hits
AKHIRNYA menjawab teka teki ramai mengenai desas desus kehamilan pelakon Intan Ladyana 39
Bersyukur Allah Selamatkan Pemandu Myvi Kuning Akhirnya Buka Cerita Nahas Lori

Bersyukur Allah Selamatkan Pemandu Myvi Kuning Akhirnya Buka Cerita Nahas Lori

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 256 hits
Dua hari lalu rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan satu nahas melibatkan 5 buah kereta dihentam oleh sebuah lori pasir di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh Dipercayai pemandu kenderaan berat terbabit sedang positif bahan terlarang Mu...
Buku Kembara Menuju Allah

Buku Kembara Menuju Allah

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 356 hits
Ya Allah Jangan Biarkan Aku Sendiri Nafsu itu ibarat pencuri Sungguh bahaya apabila ia berjaya masuk ke dalam rumah Ia dapat mengambil barang barang berharga dan mengalahkan bahkan melukai penghuni rumah Antara pesanan dan nasihat Ustazah A...
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Rm12 8bil In Unclaimed Money Awaiting Owners

We Buy Small To Medium Sized Companies


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Pemandu Wanita Dihempap Kontena Sempat Telefon Ibu 4 Minit Sebelum Meninggal