Kisah Seram Pengawal Keselamatan Diganggu Lembaga


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, setelah beberapa tahun rancangan tergendala, kali ini kita kembali lagi dalam rancangan 'Kisah Seram Apa Minggu Ini?'. Bila dilihat kembali kali terakhir kisah seram dikongsikan adalah pada tahun 2022. Baikla, kali ini aku nak kongsikan sebuah cerita seram yang dialami oleh seorang yang bergelar pengawal keselamatan. Selamat Membaca. 
KISAH SERAM : PENGAWAL KESELAMATAN DIGANGGU LEMBAGA
Saya ingin berkongsi satu kisah, yang pernah dialami oleh saya sendiri. Kisah ini terjadi kira-kira empat tahun yang lalu. Waktu itu saya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di salah sebuah syarikat keselamatan di Singapura

Malam itu saya dikehendaki untuk menggantikan tempat teman sekerja saya, yang secara kebetulan pada malam itu dia diserang demam panas dan tidak dapat meneruskan tugasnya. Saya diarahkan untuk ke tempat itu yang bertempat di kawasan Bishan yang berdekatan dengan kompleks kolam renang

Setibanya saya di tempat itu, kawasan di sekeliling bangunan itu sungguh menyeramkan. Timbul pelbagai persoalan di dalam hati saya pada ketika itu. Kawasan bangunan itu dikelilingi oleh pokok-pokok rimbun yang menambahkan ketakutan di dalam hati

Tanpa membuang masa saya pun meneruskan langkah menuju ke bilik pengawal dan di.situ saya melihat teman sekerja saya sedang duduk di dalamnya. Saya pun menghampiri dan memberi salam, dia menyambut salam dengan wajahnya yang pucat mungkin disebabkan demam. Dengan tidak bertanya banyak, saya pun menyuruhnya segera pulang memandangkan dia seperti tidak bermaya

Selepas menyerahkan tugasnya kepada saya, dia pun beredar. Di dalam bangunan itu, tidak ada sesiapa kecuali saya kerana semua pekerja di tempat itu, bekerja dari pukul lapan pagi hingga lima petang (waktu pejabat). Jam di dinding menunjukkan sudah hampir pukul sebelas malam. Namun pada waktu itu, hati saya mula gelisah seperti ada yang tak kena. Hampir segala yang saya lakukan seperti ada yang mengawasi

Dengan perasaan segan silu saya pun keluar dari bilik pengawal untuk menghisap rokok dengan harapan agar perasaan negatif itu berubah menjadi positif. Semasa saya sedang menghisap rokok, tiba-tiba seluruh anggota badan saya terasa seram sejuk. Bulu roma tengkuk dan tangan mula meremang, dengan segera saya mematikan bara rokok dan masuk kembali ke dalam bilik pengawal

Setibanya saya di dalam bilik, saya dapat merasakan seperti ada sesuatu yang berada bersama saya di dalam bilik tersebut. Hati menjadi semakin kacau. Saya pun mula melaungkan Azan dan membaca surah-surah suci. Semakin kuat saya membaca, semakin kuat getaran yang dapat saya rasakan

Selepas menahan perasaan takut selama tiga jam, saya pun menghubungi salah seorang penyelia yang berada dekat dengan lokasi di mana saya ditugaskan. Saya menceritakan segalanya kepadanya. Dia menyuruh saya untuk bertenang dan memperbanyakkan membaca surah-surah sehingga dia datang. Selesai saja berbual dengannya, tiba-tiba bulu roma saya meremang, kali ini dua kali ganda hebatnya

Tanpa membuang masa dengan segera saya bergegas keluar dari bilik itu dan berlari menuju ke pagar bangunan tersebut. Ketika itu saya tak kira, apa nak jadi, jadilah! Saya ingin keluar dari kawasan itu dan menantikan kedatangan Pak Aziz iaitu penyelia yang saya maksudkan tadi. Semasa saya sedang melangkahkan kaki keluar dari pintu pagar, saya pun dengan secara tidak sengaja telah menoleh ke belakang. Ya Allah saya ternampak satu lembaga seperti bertubuh manusia tidak berpakaian!!

Saya tersentak sejenak, lembaga itu pun lenyap di sebalik pokok kelapa yang berdekatan dengan bangunan janakuasa elektrik. Saya menggigil ketakutan, mujurlah ia berada kira-kira seratus meter dari mana saya berdiri. Saya bergegas keluar setelah saya dapat bergerak dan terduduk di simpang jalan kecil di situ

Saya menghidupkan bacaan surah dari alat mp3 dalam telefon bimbit sambil melihat ke arah di mana saya ternampak lembaga itu. Selang beberapa minit kemudian, Pak Aziz pun tiba dan saya menceritakan segala-galanya. Pak Aziz dan saya pun masuk ke dalam kawasan itu, dia pun terkumat kamit membaca ayat-ayat suci sambil memandang ke sekeliling kawasan itu. Dengan perlahan dia pun berkata kepada saya, "Ini memang tempat permainan mereka..."
Berderau jantung saya mendengarkan ucapannya. Sehingga kini saya sendiri tak tahu apakah lembaga itu. Sungguh tidak dapat dilupakan peristiwa yang sungguh menakutkan itu

Sumber : Kisah Seram

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2024/06/kisah-seram-pengawal-keselamatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedai Emas Di Sebuah Pusat Beli Belah Di Kajang Dirompak Pengawal Keselamatan Bertopeng

Kedai Emas Di Sebuah Pusat Beli Belah Di Kajang Dirompak Pengawal Keselamatan Bertopeng

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 149 hits
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzilharisfadli hmetro com myKEADAAN kedai emas jam selepas dirompak empat lelaki bertopeng di sebuah pusat beli belah di Kajang Kajang Empat lelaki berpakaian seperti pengawal keselamatan merompak kedai emas di sebua...
Pengawal Keselamatan Maut Mulut Disumbat Batu

Pengawal Keselamatan Maut Mulut Disumbat Batu

papar berkaitan - pada 15/6/2024 - jumlah : 161 hits
KOSMOHAVANA Seorang pengawal keselamatan berusia hampir 60 tahun meninggal dunia akibat dibunuh oleh sekumpulan pencuri yang cuba melarikan nbsp seekor keldai lapor akhbar CiberCuba semalam nbsp Kejadian berlaku di koperasi Nuevo Mundo di b...
Kisah Parallel Pathway Ni Kot 6 Jahanam Yang Di Sebut Oleh Dr Faridah Tu

Kisah Parallel Pathway Ni Kot 6 Jahanam Yang Di Sebut Oleh Dr Faridah Tu

papar berkaitan - pada 17/6/2024 - jumlah : 327 hits
Dato Zainal Omar mungkin dah lama tak get in touch dengan situasi pendidikan program kepakaran sekarang kot sebab tu join sekapal geng yang nak hancurkan paralel pathway Saya nak kritik sikit tulisan dato di Code Blue 1 Program kepakaran lu...
Kisah Walaun Tolol Yang Tak Pakai Kereta Diesel

Kisah Walaun Tolol Yang Tak Pakai Kereta Diesel

papar berkaitan - pada 16/6/2024 - jumlah : 241 hits
Jamzuri Ardani Walaun ni ulang2 tanya saya Hei walanon bodoh harga diesel naik ke turun Jawablah dengan jujur Dari RM2 15 ke RM3 35 naik ke turun Tak payah pusing pusing Jawab mudah naik ke turun Saya jawab Saya tak guna diesel Tapi kawan s...
Kisah Calon Sg Bakap Pas Nak Sokong Pmx Pulak

Kisah Calon Sg Bakap Pas Nak Sokong Pmx Pulak

papar berkaitan - pada 17/6/2024 - jumlah : 471 hits
Desa HMTadi bersembang dengan sorang kawan lama orang kuat Bersatu Selangor asal dari Kedah Dia sentuh pasal calon PAS kat Sg Bakap Katanya PAS memang sengaja letak calon koman yang tak setanding langsung dengan calon dari PH BN Dia bagi du...
Kisah Wahidun Buruh Bangunan Nabung Rp55 Ribu Setiap Pekan Untuk Berkurban Sapi

Kisah Wahidun Buruh Bangunan Nabung Rp55 Ribu Setiap Pekan Untuk Berkurban Sapi

papar berkaitan - pada 17/6/2024 - jumlah : 329 hits
Niat tulusnya untuk berkurban dengan penghasilan yang pas pasan akhirnya tercapai
Kisah Keluar Parti Dan Pilihanraya

Kisah Keluar Parti Dan Pilihanraya

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 174 hits
Che Ibrahim 4 MP Parti Bersatu di Sabah yang telah isytihar keluar parti telah disahkan oleh Speaker Parlimen tidak perlu mengosongkan kerusi mereka kerana tidak berlaku kekosongan luarjangka Mereka bertanding atas tiket GRS bukan atas tike...
Kisah Raya Saya 2024 Dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1445h

Kisah Raya Saya 2024 Dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1445h

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 407 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys Alhamdulilah lepas sebulan kita berpuasa di bulan Ramadan kini Syawal pula tiba Tahun ini Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Rabu dan semuanya berjalan dengan baik dan lancar Tahun ini sangat sibuk...
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Mak Ajar Resipi Mi Udang Penang Mudah Sedap Tak Terkata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah

Lirik Lagu Aku Baik Saja Rossa

Not Giving Extension To Chief Justice Coa President Sets Dangerous Precedent That Threatens Public Trust