Kisah Seram Diganggu Wanita Misteri Ketika Kerja Shift Malam


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, kembali lagi dalam rancangan "Kisah Seram Apa Minggu Ini?".  Maaf kerana sepatutnya sudah ada banyak cerita untuk tahun 2021 ini, tapi tak mengapa in shaa Allah lepas ini akan ada banyak lagi kisah-kisah menarik untuk anda. Baiklah, kisah kali ini adalah tentang seorang lelaki yang diganggu ketika sedang bertugas. Pasti anda pun mempunyai pengalaman diganggu ketika kerja shift malam kan? Tanpa melengahkan masa, mari kita terus ke kisah seram ini

KISAH SERAM : DIGANGGU WANITA MISTERI KETIKA KERJA SHIFT MALAM

Ini adalah salah satu dari pengalaman menakutkan yang melekat di dalam otak saya. Kisah ini berlaku di tempat dimana saya menjalankan tugas sebagai anggota keselamatan. Kalau tak silap saya, lebih kurang 6 bulan lepas ia terjadi. Pada malam rabu tersebut, saya bersama dua lagi anggota bertugas shif malam. Pada malam itu, saya telah ditugaskan untuk menutup lampu tandas bangunan dari tingkat atas hingga ke tingkat 8. Dalam hati mula terasa lain sangat, jantung degup laju. Saya tahu jika saya pergi untuk tutup lampu tandas, pasti saya akan jumpa sesuatu. Kalau anda semua ingin tahu, bangunan tempat saya kerja ini memang agak keras. Kebanyakan orang yang kerja di situ ada bercerita tentang ternampak sesuatu yang aneh, terjumpa atau diganggu "entiti", lagi lagi pada waktu malam

Lebih kurang jam 11 malam, rakan setugas saya menegur saya "Encik A.J, awak tidak pergi tutup lampu tandas ke? Atau awak nak pergi berdua dengan saya?". Pakcik itu berhenti bercakap dan menunggu jawapan dari saya. Dalam hati terasa lega sangat sebab ada teman nak pergi tutup lampu. Tak lah saya takut sangat. Tiba-tiba seorang lagi rakan setugas ada kecemasan kena balik rumah masa itu juga. Terus saya beritahu pada pakcik tadi, "Takpe laa cik. Saya pergi sorang je..Cik tolong 'cover' command room ni". Dan saya pun terus beredar dari bilik kawalan tersebut menuju ke lif untuk naik ke tingkat 28. Saya pun meneruskan tugasan yang telah diberi iaitu tutup lampu tandas. Bermula dari aras tersebut, saya berjalan turun melalui tangga kecemasan sebab tandas berada di kiri dan kanan setiap aras. Tangga adalah cara yang paling cepat. Satu demi satu tingkat saya jelajah dan sampai sudah aras 26,tandas wanita. Semasa saya hendak buka pintu untuk masuk ke aras tersebut, saya dapat rasakan seperti ada tangan memegang bahu saya. Secara tak langsung, perasaan untuk melarikan diri membuak buak datang tapi saya kuatkan semangat

Saya teruskan langkahan saya masuk ke tandas wanita itu untuk menutup lampu. Sekali lagi saya diuji, terdengar sangat jelas. Suara seorang wanita sedang sayu menangis. Seperti dalam kesakitan. Saya seolah olah mati langkah di hadapan pintu tandas tersebut. Suara yang mendayu itu seperti sangat jauh tetapi macam makin jelas seperti ada di belakang saya. Bila saya hendak melangkah, peluh sebesar putik jagung mula membasahi dahi, muka, leher saya. Suara saya tidak boleh keluar dan saya cuba menggunakan set radio walkie yang dibawa tetapi suara saya langsung tiada! Saya terus baca ayat ayat suci AL-QURAN yang saya ingat. Walaupun bacaan di dalam hati, syukurlah, suara yang sayu itu hilang secara tiba-tiba. Saya tidak menunggu lama. Saya berlari menuju kearah lif. Kerja saya untuk tutup lampu tandas telahpun saya lupakan. Matlamat saya pada waktu itu hanya hendak sampai ke pusat kawalan di bawah secepat yang boleh. Saya tekan butang lif seperti orang hilang akal


Akhirnya lif nombor 10 sampai dan saya terus masuk ke dalam lif tersebut dan tekan butang 1. Saya sangat lega dapat juga saya turun ke bawah. Dalam hati saya,"Lepas ni, memang takkan lah aku nak naik sorang-sorang lagi kat bangunan ni time malam".  Sedang saya mengesat peluh di muka dengan sapu tangan, saya nampak pada butang nombor lif, butang nombor 15 menyala lampu nya. Dalam hati saya dilanda ketakutan, tingkat 15 tersebut memang sudah lama tiada penghuni. Saya cuba tekan butang lain, tetapi tetap nombor 15 yang menyala. Saya memencilkan diri saya di satu sudut dalam lif. Hati saya macam hendak pecah rasa seram sangat. Akhirnya, lif itu berhenti di aras 15. Pintu lif terbuka dan saya punya darah seperti terhenti di seluruh badan. Satu entiti berupa seorang wanita berdiri dihadapan pintu lif dengan rambutnya yang mencecah lantai. Kain bajunya semua putih tetapi terdapat banyak kesan darah dan tanah merah, kukunya tajam dan panjang. Entiti itu berdiri diam tanpa bergerak seinci pun. Bau bunga di kubur kuat menguasai suasana di aras tersebut. Saya langsung diam hilang kata kata. Terpaku, seram, takut, terkejut. Lebih kurang dalam seminit, entiti yang berdiri dihadapan lif itu hilang seperti ditiup angin, macam kabus, barulah pintu lif tertutup dan turun ke bawah


Apabila saya sampai di aras 1, saya macam orang bingung. Terbayang-bayang apa yang saya nampak depan mata saya tadi. Saya jalan menuju ke pusat kawalan dengan langkah yang sangat lemah. Masuk ke dalam dan duduk di hadapan rakan setugas saya. Pakcik itu seolah-olah tahu ada sesuatu telah berlaku pada saya. Dia terus cakap pada saya,"J..awak nampak lain lah..tak sihat ke? Muka awak macam takde darah. Awak pergilah rehat ya. Takpe malam ni pakcik buat semuanya." Dan saya tidak berkata sepatah pun, saya terus bangun, menuju ke bilik rehat saya. Sampai di bilik rehat, saya terus rebahkan badan di sofa, saya pengsan. 8jam kemudian baru sedar, itupun sebab orang pagi kejutkan saya. Saya minta tolong kawan hantar saya ke rumah sebab saya memang tak larat hendak balik sendiri dan kawan saya pun hantar saya pulang

4 hari saya terlantar di rumah. Demam teruk. Malam saya teringat-ingat dekat makhluk yang saya nampak tu. Kalau semangat tak kuat, boleh jadi gila agaknya. Mujurlah abang ipar saya pandai buat air penawar. Saya tak tahu dia buat macam mana tetapi saya beransur pulih dengan air yang telah dibacakan ayat ayat suci itu. Sejak dari peritiwa itu, saya serik hendak kerja waktu malam.Saya minta untuk ditukarkan kerja hari siang dan peristiwa itu menjadi rahsia dalam diri saya sampai lah sekarang. 2 hari selepas kejadian yang menimpa saya, kawan saya pula demam. Dia cerita kat saya ada seorang wanita datang ke bilik kawalan pukul 1 pagi. Bila dia buka pintu, wanita tersebut terbang naik keatas. Saya tidak ada jawapan untuk apa yang saya ceritakan pada anda ini.. Cuma harapan saya, harap anda tidak mengalami perkara yang sama macam saya alami

P/S: Untuk pengetahuan anda, di bangunan tempat saya kerja ni, semasa dalam proses hendak siap, satu keluarga telah menjadi korban akibat ditimbus hidup-hidup dengan bancuhan simen di aras paling bawah bangunan ini iaitu LG3. Sampai sekarang, masih banyak berlaku kejadian misteri di dalam ataupun disekitar bangunan ini kerana dikatakan, mayat sekeluarga tersebut tidak dapat dikeluarkan.jadi kontraktor mengambil keputusan untuk teruskan kerja sampailah siap 30 tingkat. 
SEKIAN
Sumber : Kisah Seram

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2021/02/kisah-seram-diganggu-wanita-misteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Misteri Malam Hari Yang Masih Teringat Ingat Di Benak Fikiranku

Kisah Misteri Malam Hari Yang Masih Teringat Ingat Di Benak Fikiranku

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 168 hits
Kisah Misteri Malam Hari Yang Masih Teringat Ingat Di Dalam Kepala Hai memalam ni aku nak cerita benda yang agak misteri bagi aku Untuk pengetahuan aku adakalanya suka lalu jalan dalam daripada lalu highway sebab nak singgah singgah banyak ...
Wanita Ini Rakam Gelagat 2 Ekor Oyen Pandang Tak Berkelip Seram Pulak Tengok Oyen

Wanita Ini Rakam Gelagat 2 Ekor Oyen Pandang Tak Berkelip Seram Pulak Tengok Oyen

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 220 hits
Pelbagai telatah si comel itu daripada pelbagai jenis kucing tular dan menjadi bualan warganet apatah lagi dengan gelagat si kucing Oyen Tetapi perkongsian daripada seorang pengguna TikTok bernama Indri Winata ini mengundang segelintir neti...
Awani Ringkas Pdrm Siasat Dakwaan Dua Wanita Diganggu Rumah Ibadat Bukan Islam Dibenar Beroperasi

Awani Ringkas Pdrm Siasat Dakwaan Dua Wanita Diganggu Rumah Ibadat Bukan Islam Dibenar Beroperasi

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 176 hits
PDRM siasat dakwaan dua wanita diganggu Rumah ibadat bukan Islam dibenar beroperasi SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOO...
Hiburan Kini Jual Sotong Gergasi Atiq Azman Tak Kisah Buat Kerja Lama Biarlah Kerja Kutip Sampah Asal Halal

Hiburan Kini Jual Sotong Gergasi Atiq Azman Tak Kisah Buat Kerja Lama Biarlah Kerja Kutip Sampah Asal Halal

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 1016 hits
Pelakon remaja yang namanya mula dikenali ramai sejak membintangi drama Nur suatu ketika dahulu Atiq Azman memberitahu bahawa dia kini kembali membuat kerja lamanya sebelum bergelar pelakon Sumber Instagram Atiq Azman Atiq atau nama sebenar...
Kisah Arwah Adik Amir Ketika Dalam Kandungan Hingga Dibunuh Ayah Pula Tidak Mengaku Anak

Kisah Arwah Adik Amir Ketika Dalam Kandungan Hingga Dibunuh Ayah Pula Tidak Mengaku Anak

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 982 hits
Kisah Arwah Adik Amir ketika Dalam Kandungan Hingga DiBunuh Ayah Pula Tidak Mengaku AnakSemaIam negara telah digmparkan dengan berlta kmatlan seorang knakk knak yang diprcayai mnlnggaI dunla aklbat dider ra oleh lbu kndung dan bapa tlrinya ...
5348 Seram Kisah Rumah Anak Yatim Paling Seram Kat Malaysia Tv Ppim 28 01 2021

5348 Seram Kisah Rumah Anak Yatim Paling Seram Kat Malaysia Tv Ppim 28 01 2021

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 552 hits
Ini bukan cubaan tapi betul betul seram Kalah Creepypasta punya seram Apabila niat baik disalahgunakan maka bermulalah kisah seram untuk seorang dermawan yang ikhlas Derma punya derma tapi rupanya selama ni menderma untuk rumah kebajikan ha...
Suami Sedang Buat Roadblock Isteri Terkejut Siapa Yang Balik Makan Tengah Malam Isteri Polis Tak Tahan Diganggu

Suami Sedang Buat Roadblock Isteri Terkejut Siapa Yang Balik Makan Tengah Malam Isteri Polis Tak Tahan Diganggu

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 327 hits
SEORANG wanita berdepan detik menakutkan apabila rumahnya di Gelang Patah Johor sering menerima g4ngguan m1stik
Sesetengah Wanita Suka Skip Makan Siang Bila Malam Makan Melampau Lampau Punca Berat Naik Mendadak

Sesetengah Wanita Suka Skip Makan Siang Bila Malam Makan Melampau Lampau Punca Berat Naik Mendadak

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 157 hits
Makan malam merupakan waktu makan utama dan sama penting seperti sarapan dan makan tengah hari Makan malam sering kali diabaikan oleh sesetengah daripada mereka yang ingin mengurangkan berat badan Pada tanggapan mereka makan malam boleh men...
Tukar Perdana Menteri Ketika Darurat Kerja Mengarut Kata Hadi

Tukar Perdana Menteri Ketika Darurat Kerja Mengarut Kata Hadi

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 186 hits
PETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyifatkan perbuatan menukar perdana menteri pada saat negara melaksanakan perintah darurat bagi menyekat penularan wabak Covid 19 sebagai kerja mengarut Katanya ia juga boleh mengganggu usaha ke...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

My Duty Role As Src Director Only Existed In Name Shahrol Tells Court

Taman Tema Genting Highland

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Neoclassical Apartments Interior Decor Inspirations

Tuah Adzmi Zack Zakwan Adikkk Muna Shahirah Wani Syaz Nurul Iman Ya Raya Chord



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Tadabbur Surah Surah Lazim Qarin Persiapan Mencari Lailatulqadar

Singo Pear Manfaat Pada Kesihatan Dan Petua Redakan Batuk

10 Malam Akhir Ramadan 2024 Kelebihan Tarikh Amalan Sunat

Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor Dan Kereta

Hablun Minallah By Dr Hm Rakib S H M Ag Nurul Ikhlas Pekanbaru

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan