Kisah Seram Diganggu Langsuir Sebelum Subuh




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar semua pembaca kisah seram semua? Kembali lagi dalam rancangan Kisah Seram Apa Minggu ini? Untuk minggu ini, kisah yang dikongsikan adalah mengenai misteri gangguan langsuir sebelum subuh. Nak tahu gangguan jenis apa, siapa yang diganggu? Anda boleh teruskan membaca sehingga tamat ya

---------Artikel Berkaitan : [ Kisah Seram : Diganggu Selepas Kematian Nenek ]
Selesai mengaminkan doa Azizul pantas menuruni anak tangga surau untuk pulang ke rumah. Dia perlu segera sampai di rumah untuk menolong isterinya menyiapkan nasi lemak dan kuih muih sebagai sumber rezeki mereka. Tidak sampai hati dia membiarkan isterinya hanya seorang diri menyiapkan itu ini sedangkan usaha itu dilakukan untuk menambahkan pendapatan mereka. "Hai Zul awal lagi takkan dah nak balik..marilah berborak dulu"sapa Mustapha apabila melihat Azizul sudah berada di atas motor."Tak bolehlah Pa..aku kena balik nak siapkan nasi lemak dan kuih-kuih tu..sian bini aku buat keje sorang-sorang,bukan macam korang "balas Azizul.

"Ha jaga-jaga sikit Zul karang terjumpa langsuir"celah Nordin cuba menyakat ."Ala Din tu cerita zaman pelita minyak tanah, sekarang zaman moden..mana ada lagi semua tu" "Cakap besar nanti jumpa baru tau!"dalam deruman enjin motorsikalnya Azizul masih dapat mendengar tempelakNordin kepadanya,tapi dia buat tak tahu saja. Malas nak melayan kerenah mereka.Yang penting dia segera sampai di rumah.  Dia bukan mahu cakap besar, sudah berbulan dia berulang alik ke kawasan perumahan Taman Sejati untuk menghantar kuih kepada penjaja di situ dan acapkali itulah juga dia melalui selekoh Tok Soh yang dikatakan keras dan langsuir menjelma disitu.

Namun dia tidak pernah terserempak. Acapkali juga telinganya mendengar cerita berkenaan lengsuir di situ namun apabila ditanya kepada yang membawa cerita mereka menafikan pernah menjumpainya sendiri.Sekadar mendapat cerita dari orang lain. Jadi pada Azizul cerita itu sekadar dibuat untuk menakutkan orang yang melalui selekoh itu pada malam hari. "Esok pagi abang keluar awal sikit."kata Azizul pada isterinya ketika sedang memotong daun pisang untuk dijadikan pembungkus nasi lemak."Kenapa pula? Kan masih sempat abang keluar macam biasa?"tanya isterinya dari sudut dapur. "Bos abang tu asyik pandang abang semacam jer kebelakangan ni sebab kerap sangat abang lewat" Azizul bekerja sebagai tukang kebun di sebuah loji air di pinggir pekan Sungai Petani.

Azizul sedar setiap pagi dia berkejar menghantar kuih ke Taman Sejati yang jaraknya 13 kilometer dari rumah kemudian berpatah balik untuk menghantar anakanya ke sekolah. Selepas itu barulah dia dapat bertolak ke tempat kerja. Memang setakat ini bosnya belum bersuara tapi sekadar menjeling, jadi faham-fahamlah maksudnya itu. Keesokan hari awal-awal pagi lagi Azizul telah bersiap-siap memasukkan nasi lemak ke dalam bakul sementara isterinya sibuk menggoreng karipap di dapur."Awal sangat ni bang, jalan raya masih sunyi lagi"isterinya menyuarakan kebimbangan. "Dah pukul 5 awal apa lagi,van kilang pun dah keluar amik pekerja masa ni. Dahla, mintak kuih tu."balas Azizul sambil mengikat raga di pelantar motornya.

Azizul menghidupkan enjin motornya dan meredah kegelapan pagi untuk ke Taman Sejati. Memang benar kata isterinya jalan masih sunyi. Tiada satupun van kilang yang berselisih dengan pagi itu. Rupanya hari itu hari Ahad,semua pekerja kilang bercuti.  Pagi itu suhu amat sejuk membuatkan Azizul mengeletar kesejukan. Pandangannya terhad kerana cuaca berkabus. Namun dia tidak berani menambah kelajuan motornya kerana bimbang terlanggar lembu-lembu yang mungkin tidur di tengah jalan raya. Biasanya lembu itu gemar tidur di atas tar untuk memanaskan badan. Ketika melewati Selekoh Tok Soh seorang gadis menahan motorsikalnya.


Azizul memberhentikan motornya di hadapan gadis itu. Pada fikirannya mungkin gadis itu pekerja kilang yang keluar untuk bekerja pada hari minggu bagi mendapatkan duit lebih. "Nak beli kuih?"Gadis itu mengangguk, baunya sungguh harum. Namun Azizul tidak ambil pusing kerana padanya gadis dan wangi-wangian memang tidak dapat dipisahkan. Azizul sudah lali dengan bau pewangi gadis pekerja kilang apabila mereka singgah di gerai tempat dia meletakkan kuih. Bila lima gadis turun serentak bau wangi itu takkan hilang walaupun van kilang telah berlalu pergi. Oleh kerana suasana masih gelap Azizul menyalakan lampu suluh yang dibawanya bagi membolehkan gadis itu memilih kuih yang dikehendakinya.

Artikel Berkaitan : [ Kisah Seram : Rumah Sewa Berhantu di Kuala Kedah ]
Gadis itu mencapai plastik yang tersangkut di raga motor lalu mengambil 2 bungkus nasi lemak dan 3 ketul kuih seri muka. "Dua ringgit semuanya."kata Azizul. Gadis itu menghulurkan dua keping wang kertas dan berlalu pergi. Azizul memasukkan wang itu ke dalam kocek seluar sebelum meneruskan perjalanannya. Ketika mebuat pusingan dia sengaja menghalakan cahaya lampu motornya ke arah gadis itu. Boleh tahan cantiknya, getus hati Azizul. "Cuti-cuti pun kerja juga?"Azizul sengaja melontarkan soalan itu. Tetapi tidak dibalas,hanya senyuman yang terukir di bibir. Azizul kembali meneruskan perjalananya.

Dalam hati terdetik betapa beraninya gadis itu menunggu van kilang dalam kegelapan malam di tengah-tengah kebun getah pula. Biasa dia melihat gadis menunggu van kilang di awal pagi seperti itu tapi mereka tidak berseorangan, biasanya berkumpulan atau ditemani oleh seorang lelaki. "Jangan-jangan itu langsuir yang dikatakan Nordin semalam?""Ah mengarut ja,kalau langsuir pasti dia dah pamerkan muka sebenar masa aku berenti tadi. Takkan langsuir nak makan nasi lemak.Kuih seri muka tu nak buat tambah seri muka dia ker?"kata Azizul seorang diri sambil tergelak kecil.

"Awal pagi ni?"tegur penjaja menyedari dia tiba awal dari kebiasaan. "Nak cepat Bang Man. Hari ni kuih seri muka kurang 3 ketul dan nasi lemak kurang 2 bungkus, ada orang beli tengah jalan tadi." Beritahu Azizul sebelum meninggalkan tempat itu. Azizul bergegas pulang ke rumah untuk menghantar anak ke sekolah pula. Dia mengerjakan solat Subuh sambil menunggu anaknya menyiapkan diri. "Ayah, mak suruh minta duit belanja dengan ayah sebab hari ni mak takda duit kecil,"katanya anak sulungnya apabila mereka tiba di depan pintu pagar sekolah.

Azizul menyelok kocek seluarnya untuk mengambil duit 2 ringgit yang diberikan oleh gadis pagi tadi. Tapi dia hairan tiada duit cuma daun getah kering 2 helai terdapat disitu. Tercengang seketika Azizul dibuatnya. Merasa tak puas hati dia menyeluk pula kocek sebelah lagi, kosong. "Dari mana datangnya daun getah ni, seluar ni baru aku keluarkan dari almari,"akalnya ligat berfikir. Sesusuk tubuh gadis tadi terbayang di matanya. Barulah dia sedar gadis tadi bukan gadis biasa, mungkin jelmaan langsuir. Buktinya 2 helai daun kering ditangannya kini. Seminggu juga Azizul dilanda demam terkejut dan selepas kejadian itu dia tidak akan keluar menghantar kuih selagi belum jam 6 pagi

Sumber : Koleksi Kisah Seram
Artikel Berkaitan : [ Kisah Seram Perempuan di Tingkat 13 KLCC ]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/10/kisah-seram-diganggu-langsuir-sebelum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Seram Pocong Di Atas Katil Anak

Kisah Seram Pocong Di Atas Katil Anak

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 1149 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar peminat kisah seram sekalian Kembali lagi dalam episod sama untuk minggu ini dalam rancangan Kisah Seram Apa Minggu Ini Mungkin ada yang belum lagi membaca kisah seram untuk episod lepas iaitu a...
Ibu Bapa Saya Juga Meminta Untuk Mendiamkan Perkara Itu Sebelum Ini Farah Nabilah

Ibu Bapa Saya Juga Meminta Untuk Mendiamkan Perkara Itu Sebelum Ini Farah Nabilah

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 955 hits
Korang ingat lagi tak seorang gadis yang pernah menjadi pengapit semasa majlis resepsi Izara Aishah dua tahun lepas Sampaikan netizen pun keliru siapa pengapit dan siapa pengantin sebenarnya Hehehe Kalau korang nak tahu nama pengapit Izara ...
Ltte Tiada Jaminan Suspek Dibebaskan Sebelum Deepavali

Ltte Tiada Jaminan Suspek Dibebaskan Sebelum Deepavali

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 299 hits
Diterbitkan Hari ini 10 38 pagiPihak polis tidak dapat memberi jaminan suspek yang dikaitkan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam akan dibebaskan sebelum Deepavali hujung minggu ini Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata ...
Olahraga Sebelum Sarapan Bisa Bakar Lemak Dua Kali Lebih Banyak

Olahraga Sebelum Sarapan Bisa Bakar Lemak Dua Kali Lebih Banyak

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 268 hits
Hasil temuan ini telah dipublikasikan pada Journal of Clinical Endocrinology and Metabolism Peneliti dari universitas Bath dan Birmingham menemukan bahwa mengubah waktu makan dan olahraga bisa membuat seseorang lebih baik dalam mengontrol k...
Cerita Arifin Tasrif Dikabari Jadi Menteri Esdm Semalam Sebelum Pelantikan

Cerita Arifin Tasrif Dikabari Jadi Menteri Esdm Semalam Sebelum Pelantikan

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 218 hits
Arifin mengaku diminta untuk pulang ke Jakarta dan baru dikabari akan menduduki jabatan di Kabinet Indonesia Maju pada pekan lalu namun dia belum mengetahui tugas apa yang akan diembannya
Penting Mengawal Selera Makan Sebelum Terlambat

Penting Mengawal Selera Makan Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 554 hits
Ramai beranggapan bahawa diet perlu berlapar dan jangan fikir jika anda tidak makan nasi anda akan kurus Itu semua tidak benar sama sekali dan mungkin akan menyebabkan kilang beras tutup dalam masa 5 hingga 10 tahun dari sekarang jika benar...
Cara Mengaggarkan Tempoh Penggunaan Bateri Laptop Sebelum Membeli

Cara Mengaggarkan Tempoh Penggunaan Bateri Laptop Sebelum Membeli

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 345 hits
Reading Time 1 minuteKepada anda yang bercadang untuk membeli komputer riba berikut kami kongsikan cara untuk mengetaui jangka hayat bateri sesebuah Laptop yang ingin dibeli Pertama sekali lihat pada spesifikasi bateri komputer riba yang in...
Jauh Berbeza Gambar Cleopatra Sebelum Selepas Jadi Bualan Netizen

Jauh Berbeza Gambar Cleopatra Sebelum Selepas Jadi Bualan Netizen

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 3366 hits
Jauh berbeza Gambar Cleopatra sebelum selepas jadi bualan netizenNetizen tetap netizen pantang timbul rasa curiga atau ingin tahu mengenai sesuatu isu yang timbul pasti akan digali dan digali sehingga ke lubang cacing Baru baru ini media so...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization