Ltte Tiada Jaminan Suspek Dibebaskan Sebelum Deepavali


Haspaizi ZainDiterbitkan Hari ini 10:38 pagi

Pihak polis tidak dapat memberi jaminan suspek yang dikaitkan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) akan dibebaskan sebelum Deepavali hujung minggu ini.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, berkata pembebasan berkenaan bergantung kepada siasatan yang dijalankan pihaknya serta keputusan peguam negara sama ada mahu melakukan pendakwaan atau sebaliknya.

"Pada masa ini pasukan penyiasat sedang mempercepatkan siasatan untuk menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara sama ada untuk menolak atau mendakwa mereka di mahkamah.

"Jadi, proses itu memerlukan masa. Saya bersimpati kerana perayaan Deepavali semakin hampir, tetapi tindakan pihak saya semata-mata dibuat berdasarkan kerperluan dan kepentingan keselamatan.

"Justeru saya meminta keluarga dan semua pihak yang terbabit supaya bersabar sehingga kami dapat melengkapkan kertas siasatan," katanya selepas menghadiri majlis Malam Anugerah Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2018 di Pulapol, Kuala Lumpur, malam tadi.

Sejak 10 Okt lalu, polis mencekup 12 individu, termasuk dua Adun DAP, dalam operasi ke atas pihak yang disyaki terbabit dengan LTTE.

Jauh dari aspek negatif

Menurut Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman suspek-suspek terbabit ditahan kerana disyaki mempromosi dan menghasut agar orang awam supaya menyokong kumpulan LTTE yang disenaraikan sebagai pengganas.

Ketua Penolong Pengarah E8, Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata mereka memiliki barangan yang berkaitan LTTE, serta menolong membiayai kegiatan kumpulan terbabit.

Ayob turut dilaporkan sebagai berkata, pihak polis Malaysia sedang memantau pemimpin-pemimpin India khususnya ketua penyelaras Parti Naam Thamilar, S Seeman yang merupakan penyokong kuat LTTE serta perjuangan pembebasan Tamil Eelam.
Abdul Hamid berkata polis akan menjaga dengan baik kesemua suspek yang kini dalam tahanan sesuai dengan peruntukan undang-undang.

"Saya jamin keadaan mereka sentiasa dijaga dan kami akan memberi segala hak yang dibenarkan dalam undang-undang pada keluarga untuk melawat, kami akan berikan kemudahan itu," katanya lagi.

Sementara itu Abdul Hamid mengingatkan semua atlet sukan PDRM supaya menjauhkan diri daripada perkara negatif yang boleh memudaratkan diri mereka khususnya pengambilan dadah.

Beliau berkata, pengambilan bahan terlarang seperti dadah ketika bersaing di peringkat antarabangsa sedikit sebanyak akan menyebabkan imej PDRM tercemar.

"Setiap tahun dalam acara sukan sama ada di persada antarabangsa mahupun dalam negara kadangkala akan terjadi kes atlet sukan terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

"Tindakan itu bukan saja bakal mencemarkan diri atlet terbabit tetapi nama PDRM sendiri dan disebabkan itu saya sering mengarahkan setiap pengurus pasukan untuk memastikan disiplin atlet mereka," katanya.

Pada majlis itu, Sarjan Emma Firyana Saroji yang mewakili negara dalam sukan boling padang dinobatkan sebagai Olahragawati PDRM, manakala Lans Koperal Mohd Taqiyuddin Hamid - yang mewakili negara dalam acara silat olahraga - dinobatkan sebagai Olahragawan PDRM.

Bekas atlet olahraga negara, ASP Wong Tee Kui, yang pernah cemerlang dalam acara baling tukul besi dinobatkan sebagai Tokoh Sukan PDRM.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/10/ltte-tiada-jaminan-suspek-dibebaskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seorang Suspek Ltte Rancang Serang Kedutaan Sri Lanka

Seorang Suspek Ltte Rancang Serang Kedutaan Sri Lanka

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 484 hits
Hariz Mohd Polis menjangkakan lebih ramai penyokong Harimau Pembebasan Tamil Eelam akan ditangkap dan memberi amaran tiada tolak ansur terhadap pihak yang mengancam keselamatan negara Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawan...
Terbaru Penahanan Pengikut Ltte Guru Ceo Suspek Terbaru

Terbaru Penahanan Pengikut Ltte Guru Ceo Suspek Terbaru

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 469 hits
Guru pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan dan anggota majlis kerajaan tempatan adalah antara lima individu yang ditangkap polis dalam operasi terbaru ke atas pihak yang terbabit dengan kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam semalam Me...
Families Can See Ltte Linked Detainees For Deepavali Says Igp

Families Can See Ltte Linked Detainees For Deepavali Says Igp

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 390 hits
IGP Abdul Hamid Bador says the investigation papers on the 12 individuals detained for alleged links to LTTE have been sent to the Attorney General s Chambers KUALA LUMPUR The 12 individuals detained on suspicion of involvement in the Liber...
Kembali Meringkuk Selepas Lari Dari Penjara Dua Hari Sebelum Dibebaskan

Kembali Meringkuk Selepas Lari Dari Penjara Dua Hari Sebelum Dibebaskan

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 431 hits
MELAKA Berbaki dua hari sebelum dibebaskan seorang pemuda terpaksa kembali meringkuk di tirai besi setahun lagi selepas bertindak cuba melarikan diri diri dari penjara Julai lalu Keputusan itu dibuat oleh majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim...
7 Suspek Ltte Ditahan Di Operasi 6 Negeri Polis

7 Suspek Ltte Ditahan Di Operasi 6 Negeri Polis

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 354 hits
Seorang Suspek LTTE Rancang Serang Kedutaan Sri Lanka POLIS menjangkakan lebih ramai penyokong Harimau Pembebasan Tamil Eelam akan ditangkap dan memberi amaran tiada tolak ansur terhadap pihak yang mengancam keselamatan negara Ketua Penolon...
Kes 8 Remaja Basikal Lajak Maut Suspek Dibebaskan Dari Tuduhan

Kes 8 Remaja Basikal Lajak Maut Suspek Dibebaskan Dari Tuduhan

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 1804 hits
JENAYAH MAHKAMAH Majistret Johor Bahru hari ini melepas dan membebaskan jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017 Majistret Siti Hajar Ali membua...
Wujud Elemen Pengganas Hasil Penahanan Suspek Dikaitkan Dengan Ltte

Wujud Elemen Pengganas Hasil Penahanan Suspek Dikaitkan Dengan Ltte

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 291 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Salam Terakhir Bocah 3 5 Tahun Sebelum Tewas Dianiaya Ayah Tiri Dadah Mama Alvin Ke Rumah Nenek Dulu

Salam Terakhir Bocah 3 5 Tahun Sebelum Tewas Dianiaya Ayah Tiri Dadah Mama Alvin Ke Rumah Nenek Dulu

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 226 hits
Yesi Mulyasari orangtua Alvin Putra Syamsulbahri kerap termenung jika mengingat anaknya yang meninggal dunia dianiaya ayah tiri APS Asep Doni Asep menganiaya Alvin hingga tewas di Gunungcupu Kecamatan Sindangkasih Kabupaten Ciamis Senin Dia...
Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Cara Cuci Kerang

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly