Penganjur Kongres Maruah Melayu Beri Alasan Tidak Munasabah




Sejak saya mengeluarkan kenyataan mempersoalkan kewajaran beberapa IPTA menganjurkan Kongres Maruah Melayu, beberapa Naib Canselor terpanggil mengeluarkan pelbagai kenyataan mempertahankan tindakan mereka

Penafian bahawa mereka bukan tunggangan parti politik tidak perlu saya ulas. Orang Melayu dan rakyat Malaysia bukan naif dan anti akal. Mereka tahu menilai yang batil dan yang benar

Jika benar penganjur kongres ini bukan tunggangan ahli politik, kenapa YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 tidak dijemput

Beliau bukan pemimpin biasa-biasa. Beliau membidani kelahiran gerakan reformasi di Malaysia dan merupakan tokoh Melayu yang progresif. Malah, beliau adalah Perdana Menteri menunggu yang harus mengetahui dengan jelas kebimbangan dan isu orang Melayu. 
Jika beliau yang sedang menunggu peralihan kuasa ini pun dianggap bukan sebahagian dari pemegang taruh kepentingan bangsa Melayu, siapa lagi yang lebih layak

Telahan saya, barangkali Bersatu telah memperkudakan IPTA agar tidak menjemput Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana antara tujuan tidak langsung kongres ini adalah untuk menggagalkan pelan peralihan kuasa kepada beliau. 
Alasan menyatakan bahawa kongres ini terbuka kepada semua orang Melayu justeru tidak memerlukan beliau dihantar jemputan khusus adalah sangat dangkal dan terdesak

Kemudian keluar pula kenyataan Prof Zainal Kling sebagai penganjur bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak dijemput kerana beliau mewakili PKR, sebuah parti yang terdiri dari pelbagai bangsa dan bukannya orang Melayu sahaja. 
Saya sama sekali tidak menyangka jawapan sebegini boleh terpacul dari mereka yang menggelar diri sebagai cendekiawan Melayu

Yang pasti, kesemua IPTA terlibat akan dihakimi wibawa mereka pada 6 Oktober ini. Seluruh Malaysia akan melihat bentuk wacana yang akan mereka persembahkan dan kecerdasan apakah yang akan mereka kemukakan demi maruah bangsa Melayu

Kepada Menteri Pendidikan dan semua Naib Canselor yang terlibat, ingatlah, apa yang anda lakukan ini sangat memperjudikan kewibawaan dan nama baik Universiti Awam. 
Namun, kami tidak akan menghukum melulu. UMNO akan menghantar wakil untuk melihat apa sebenarnya pengisian dan Kongres Maruah Melayu ini. Jika anda gagal memaparkan pemikiran, idea dan naratif lebih konkrit untuk kebolehsaingan bangsa Melayu dalam kongres yang sangat bersifat politik ini, saya yakin IPTA kita bakal terjerumus jatuh ke tahap keyakinan paling rendah dalam masyarakat. 
*Mohamed Khaled Nordin(MKN)**Naib Presiden UMNO*

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://taipingmali.blogspot.com/2019/10/penganjur-kongres-maruah-melayu-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kongres Maruah Melayu 5 000 Penuhi Stadium Melawati

Kongres Maruah Melayu 5 000 Penuhi Stadium Melawati

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 437 hits
SEBAHAGIAN peserta yang hadir pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Melawati Shah Alam Selangor hari ini UTUSAN ONLINE SHAH ALAM 6 Okt Kongres Maruah Melayu yang berlangsung di Stadium Melawati Shah di sini hari ini dihadiri lebih 5 000 ora...
Kongres Maruah Melayu 2019 Ini Tanah Aku

Kongres Maruah Melayu 2019 Ini Tanah Aku

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 477 hits
Assalamualaikum Sempena yang bakal berlangsung esok hari di Stadium Malawati Shah Alam 6 10 2019 8 Pagi Anjuran bersama Apa yang aku nak kata disini apakah korunk rasa selepas PRU14 yang lalu Apakah Melayu mulia di negara sendiri Bagi aku M...
Dr Mahathir Dedah Dinasihat Supaya Tidak Hadir Kongres Maruah Melayu

Dr Mahathir Dedah Dinasihat Supaya Tidak Hadir Kongres Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 472 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau telah dinasihati oleh beberapa orang supaya tidak hadir perjumpaan Kongres Maruah Melayu hari ini Sambil mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap di hadapan kumpulan orang Melayu perd...
Masih Adakah Maruah Kongres Maruah Melayu Esok

Masih Adakah Maruah Kongres Maruah Melayu Esok

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 458 hits
Esok akan berlangsung Kongres Maruah Melayu di Shah Alam yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sebagai pemberi amanatnya Walaupun kongres tersebut dianjurkan oleh empat universiti tetapi dalang di belakang tabirnya ia...
Kongres Maruah Melayu Tidak Kecam Orang Cina Atau India

Kongres Maruah Melayu Tidak Kecam Orang Cina Atau India

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 381 hits
Orang ramai mendengar ucapan dari Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam Selangor foto SYAFIQ AMBAK SHAH ALAM Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaa...
Kongres Maruah Melayu Gesa Wajib Tulisan Khat Dalam Subjek Bahasa Melayu

Kongres Maruah Melayu Gesa Wajib Tulisan Khat Dalam Subjek Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 565 hits
SHAH ALAM Kongres Maruah Melayu menerusi 15 resolusi kluster budaya menggesa Putrajaya mewajibkan tulisan jawi dan khat dalam mata pelajaran bahasa Melayu di semua peringkat sistem pendidikan negara Pembentang resolusi kluster budaya Muhamm...
Amaran Langgar Perjanjian Kerakyatan Dibatal Kongres Maruah Melayu

Amaran Langgar Perjanjian Kerakyatan Dibatal Kongres Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 365 hits
Sebahagian daripada peserta Kongres Maruah Melayu membanjiri Stadium Malawati Shah Alam Ketua penganjur Kongres Maruah Melayu Zainal Kling menyampaikan ucapan pembukaan Kongres Maruah Melayu beri amaran jangan langgar kontrak sosialSHAH ALA...
Kongres Maruah Melayu Satu Peringatan Elak Orang Melayu Meledak

Kongres Maruah Melayu Satu Peringatan Elak Orang Melayu Meledak

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 386 hits
Ketua Eksekutif Sekreteriat Kongres Maruah Melayu Profesor Emeritus Datuk Dr Zainal Kling bercakap pada sidang media mengenai Kongres Maruah Melayu di Wisma BERNAMA Kuala Lumpur foto FAREEZ FADZIL SHAH ALAM Kongres Maruah Melayu anjuran emp...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Fix Harmful Backlinks For Free


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Sinopsis Dongeng Sang Kancil

Buat Pancake Paling Mudah Guna Blender

Valdy Nyonk Zinidin Zidan Selamat Tinggal Kenangan Chord

Sambutan Tahun Baru 2025 Lokasi Pertunjukan Bunga Api Bacaan Doa

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Safety S Off Kc Kawano S White Knuckle Bobber