Kongres Maruah Melayu Gesa Wajib Tulisan Khat Dalam Subjek Bahasa Melayu


Mohamad Fadli


SHAH ALAM: Kongres Maruah Melayu menerusi 15 resolusi kluster budaya menggesa Putrajaya mewajibkan tulisan jawi dan khat dalam mata pelajaran bahasa Melayu di semua peringkat sistem pendidikan negara.

Pembentang resolusi kluster budaya, Muhammad Zaim Rosli dari Universiti Putra Malaysia menggesa kerajaan memastikan hanya tulisan jawi dan rumi digunakan untuk semua urusan rasmi kerajaan.

Katanya, kerajaan turut digesa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba melarang tulisan jawi atau menyalahgunakannya untuk tujuan mengelirukan orang ramai, serta mereka yang mencampuri urusan agama Islam, seperti mencabar kedudukan Islam sebagai agama persekutuan yang termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, kongres itu turut menggesa kerajaan menolak anasir luar yang membawa dan menyebarkan ideologi serta budaya hidup songsang bertentangan ajaran Islam dan peradaban Melayu.

“Mengambil tindakan tegas untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam sistem kerajaan dilaksanakan di semua peringkat.

“Meminda Akta Pendidikan 1996 bagi memastikan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu di peringkat sekolah rendah dan menengah serta menjamin penggunaan bahasa Melayu yang lebih dominan di peringkat pengajian tinggi.”

Zaim berkata, kongres itu turut mencadangkan kerajaan memberi peruntukan khas kepada pihak yang ingin mengadakan aktiviti dan penyelidikan memanfaatkan tulisan jawi.

Katanya, kerajaan turut digesa meminda Akta Kebangsaan 1963 dan 1967 bagi memastikan hanya bahasa Melayu digunakan dalam urusan rasmi seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, kerajaan perlu memastikan syarat lantikan awam termasuk calon mendapat kepujian dalam bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Membentuk jawatankuasa Kabinet bagi melaksanakan penguatkuasaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan 1967 lebih berkesan.

“Menggesa resolusi Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 diangkat sebagai dasar nasional.

“Memastikan semua pihak menghormati simbol negara yang melambangkan patriotisme Malaysia, iaitu Jalur Gemilang, bendera negeri, lagu Negaraku dan negeri dengan menghukum pihak yang ingkar mematuhi undang-undang sedia ada.”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/kongres-maruah-melayu-gesa-wajib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kongres Maruah Melayu Gesa Kerajaan Mansuh Sekolah Vernakular

Kongres Maruah Melayu Gesa Kerajaan Mansuh Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 560 hits
Pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris Nurul Fatin Aqilah Rahim membentangkan resolusi kluster pendidikan dalam Kongres Maruah Melayu hari ini SHAH ALAM Kongres Maruah Melayu hari ini menggesa kerajaan memansuhkan sistem sekolah vernakul...
Kongres Maruah Melayu Tidak Kecam Orang Cina Atau India

Kongres Maruah Melayu Tidak Kecam Orang Cina Atau India

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 439 hits
Orang ramai mendengar ucapan dari Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam Selangor foto SYAFIQ AMBAK SHAH ALAM Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaa...
Amaran Langgar Perjanjian Kerakyatan Dibatal Kongres Maruah Melayu

Amaran Langgar Perjanjian Kerakyatan Dibatal Kongres Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 420 hits
Sebahagian daripada peserta Kongres Maruah Melayu membanjiri Stadium Malawati Shah Alam Ketua penganjur Kongres Maruah Melayu Zainal Kling menyampaikan ucapan pembukaan Kongres Maruah Melayu beri amaran jangan langgar kontrak sosialSHAH ALA...
Masih Adakah Maruah Kongres Maruah Melayu Esok

Masih Adakah Maruah Kongres Maruah Melayu Esok

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 515 hits
Esok akan berlangsung Kongres Maruah Melayu di Shah Alam yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sebagai pemberi amanatnya Walaupun kongres tersebut dianjurkan oleh empat universiti tetapi dalang di belakang tabirnya ia...
Mahathir S Tersirat And Tersurat Message In The Kongres Maruah Melayu

Mahathir S Tersirat And Tersurat Message In The Kongres Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 592 hits
So why shout and scream that the Malays are failures because they do not have as much money as the non Malays Is a rich corrupt fasiq Malay better than a poor taqwa Malay Mahathir wants to see a Malay with quantity not a Malay with quality ...
Kongres Maruah Melayu Gagal Ubah Magnitude Politik Negara

Kongres Maruah Melayu Gagal Ubah Magnitude Politik Negara

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 510 hits
ULASANSebahagian peserta kongres maruah Melayu MUNGKIN kerana nawaitu dan niat pihak penganjur atau mereka yang berada di belakang penganjur Kongres Maruah Melayu yang berlangsung hari ini tidak ikhlas maka kongres itu tidak menjadi Ia tida...
Punca Anwar Dan Pkr Tak Di Jemput Kongres Maruah Melayu

Punca Anwar Dan Pkr Tak Di Jemput Kongres Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 524 hits
Punca Anwar Dan PKR Tak Di Jemput Kongres Maruah Melayu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir dalam Kongres Maruah Melayu yang diadakan di Stadium Melawati hari ini Kongres itu yang diadakan bagi mengukuh jati diri dan maruah Me...
Peserta Kongres Maruah Melayu Keracunan Makanan Pemikiran

Peserta Kongres Maruah Melayu Keracunan Makanan Pemikiran

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 325 hits
118 peserta Kongres Maruah Melayu keracunan makanan selepas mengambil hidangan dipercayai disediakan penganjur KIRA KIRA 118 individu yang menghadiri Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati Shah Alam keracunan makanan selepas mengambil hi...
Dr Mahathir Dedah Dinasihat Supaya Tidak Hadir Kongres Maruah Melayu

Dr Mahathir Dedah Dinasihat Supaya Tidak Hadir Kongres Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 537 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau telah dinasihati oleh beberapa orang supaya tidak hadir perjumpaan Kongres Maruah Melayu hari ini Sambil mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap di hadapan kumpulan orang Melayu perd...
Sooka Celebrates Four Years Of Growth With New Features And Exclusive Offers

This Wrap Isn T Just Low Carb It S A Whole New Meal Experience

Komunikasi Dalam Keluarga Terencat Kerana Telefon Bimbit

Senarai Ringkas Barang Yang Dikenakan Dan Dikecualikan Daripada Cukai Jualan Dan Perkhidmatan Di Malaysia

Bagaimana Kita Boleh Menyokong Pemuliharaan Gajah Di Malaysia

The Bogong Moth S Night Sky Navigation Celestial Compass In An Insect

Belimbing Besi Bintang Tropika Dengan Potensi Besar

Ready To Wear A Streetfighter Kit For The Harley Davidson Pan America


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biar Sederhana Asalkan Anak Hidup Dalam Kalam Allah 13 Anak Hafaz Al Quran Suami Isteri Luar Biasa

Resepi Sup Bayam Dengan Cendawan

Resepi Bubur Nasi

5 Produk Usb Paling Underrated Tapi Power Untuk Laptop Anda

Piraum 16 Semua Parti Politik Berpeluang Jadi Kerajaan

Talbiyah