Kisah Sedih Seorang Ustaz Menguruskan Jenazah Etnik Rohingya


22 Ogos 2018
MARI BACA KISAH KESUNYIAN SEORANG SUAMI DI BUMI ASING INI...




"Saudara kita Muslim Rohingya bernama Salleh Ahmad yang baru kematian isterinya di Hospital Serdang yang diuruskan sepenuhnya oleh pihak SPJ Malaysia baru-baru ini. Ada kisah cinta & pengorbanan di sebalik kematian isterinya, Almarhumah Begum Abu Bakar Sidek

********************************



Usai menyempurnakan urusan mandi dan kafan jenazah isterinya yang telah disempurnakan oleh suami arwah dibantu Ustazah Normi, kami mengajak beliau ke cafe untuk makan tengahari sementara menunggu waktu Zohor kerana pengebumian jenazah dijadualkan selepas solat Zohor

Dia menolak katanya sudah makan pagi tadi dan ingin menemani jenazah isterinya itu. Kami pun pergi meninggalkannya sendirian ditemani jenazah isterinya

Selesai makan tengahari, dari jauh saya terdengar suara esak tangisan sayu seseorang yang datangnya dari dalam bilik pengurusan jenazah. Ketika itu hati saya tersentuh melihat suami arwah menunaikan solat Zohor di sisi jenazah isteri dalam keadaan teresak-esak




Luhur di hati saya dapat merasakan pasti ada beban yang ditanggung di hati si suami tersebut. Sesudah dia solat, saya pergi menenangkannya dan cuba untuk tahu apa masalahnya. Namun dia lebih banyak berdiam diri dan sesekali mengesat air matanya yang keluar. Saya pun tidak bertanya lagi bimbang mengganggu emosinya ketika itu

********************************
HUJAN LEBAT SEWAKTU PENGEBUMIAN JENAZAH

Kami sampai ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang sekitar jam 2.30 petang dengan menggunakan perkhidmatan dari Airist Ambulans yang banyak menyokong kerja-kerja amal SPJ Malaysia.  





Sewaktu itu langit sudah mulai gelap dan hujan renyai mula membasahi bumi. Kami mempercepatkan langkah agar proses pengebumian berjalan lancar sebelum hujan turun lebih lebat

Selesai saja menurunkan jenazah ke liang lahad oleh suaminya dan dibantu Tn. Muhd Shahril Abdul Raheem serta seorang penggali kubur di situ, kami menutupnya dengan papan lahad dan sewaktu itulah hujan mulai turun dengan lebatnya disertai angin kuat yang hampir-hampir menerbangkan khemah yang memayungi kami. 
Namun semua itu tidak diendahkan oleh sang suami yang rela dibasahi hujan dan terus mencapai cangkul dan mula menimbus tanah ke atas pusara arwah isterinya itu. Melihat kecekalan dan semangat luar biasa itu, kami pun redha dibasahi hujan yang lebat tersebut

Peristiwa syahdu tersebut sempat dirakam oleh salah seorang ahli skuad kami. Sungguh tinggi pengorbanan sang suami yang kami saksikan sejak dari awal lagi. Allahurobbi..





********************************
BARU TAHU KISAH SEBENAR DISEBALIK TITISAN AIR MATA SANG SUAMI

Setelah selesai menyempurnakan pengebumian arwah isterinya itu, saya mengajak ahli-ahli skuad pergi ke restoran berdekatan untuk membasahkan tekak

Sewaktu sedang minum itulah baru sang suami mendapat kekuatan membuka kisah sebelum kematian isterinya yang dicintai itu




Katanya mereka menetap di Gua Musang, Kelantan bersama dua anaknya berusia 8 tahun dan 2 tahun. Si suami berusia 48 tahun dan isterinya 38 tahun, masing-masing bekerja kampung dan cukup untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga

Satu hari mereka mendapat makluman bahawa saudaranya dari Myanmar akan sampai ke Malaysia dan ingin tinggal bersama mereka. Si suami tidak dapat pergi menjemputnya kerana kekangan kerja dan dia mengizinkan isterinya pergi menjemput saudaranya itu menaiki bas menuju ke KLIA

Namun musibah terjadi, isterinya tertinggal kad UNHCR miliknya dan dia gagal menghubungi isterinya selama hampir sebulan sebelum dimaklumkan isterinya jatuh sakit di Hospital Serdang. Allahurobbi.. 
Dia segera ke hospital dan menemani isterinya selama hampir 2 minggu. Saya mendapat makluman dari staf hospital, si suami hanya tidur di kaki lima hospital selama 2 minggu tersebut

Saya bertanya lagi kepadanya, siapa yang menjaga anak-anaknya di Kelantan? Katanya dia mengupah satu keluarga Melayu yang juga jirannya RM 300 sebulan untuk menjaga kedua-dua anaknya itu

Ceritanya lagi, punca dia gagal menghubungi arwah isterinya sebelum itu adalah kerana sewaktu isterinya sampai di KLIA, arwah isterinya telah ditahan pihak Imigresen di KLIA kerana gagal menunjukkan kad UNHCR miliknya ketika itu. Ditambah lagi apabila isterinya itu kurang fasih berbahasa Melayu dan tidak dapat menjelaskan situasi yang sebenar, maka dia telah ditahan sebelum jatuh sakit sewaktu dalam tahanan

Di hospital, isterinya sempat menceritakan apa yang terjadi dan dia juga gagal bertemu dengan saudaranya itu sebelum arwah isterinya tidak sedarkan diri

Allahuakbar.. Sewaktu dia menceritakan perkara ini saya tak dapat bayangkan betapa peritnya situasi yang mereka lalui. Terus teringat jenazah-jenazah yang tidak berwaris yang pernah kami uruskan. Mungkinkah nasib ditanggung mereka sama sepertinya..

*******************************
ORANG MALAYSIA SEMUA BAIK-BAIK... 
Sebelum balik, saya bertanya kepadanya hendak pergi ke mana selepas ini? Dia diam

Kemudian bersuara, "Hantar saya balik ke hospital semula. Saya tak tahu nak pergi ke  mana lagi sebab kalau nak balik ke Gua Musang tentu bas dah tak ada kerana ramai orang pulang beraya. Saya terpaksa tinggal di hospital sehingga selesai raya haji."
Saya segera menghubungi perkhidmatan Grab Car untuk menghantarnya ke Hospital Serdang semula dan membayarkan tambangnya

Sebelum dia menaiki kereta tersebut, dia bersalaman dengan saya dan seakan ingin mencium tangan saya namun sempat saya menahannya. Dengan linangan air mata, dia pantas memeluk erat badan saya dan dengan perlahan dia berkata;
"Terima kasih Ustaz sebab bantu saya. Orang Malaysia semua baik-baik. Terima kasih semua.." 



Perlahan dia menutup pintu kereta sambil tersenyum sayu dan melambai tangan kepada kami. Kereta yang membawanya pun berlalu pergi

*******************************
Begitulah kisah di sebalik air mata sang suami. Kita beruntung kerana tidak senasib seperti mereka yang menjadi buangan negara sendiri dan hidup merempat di negara orang

Sewajarnya kita bersyukur atas segala nikmat yang Allah swt kurniakan kepada kita walaupun sekecil-kecil perkara. Kehidupan mereka di dunia ini mungkin dipandang hina dan ditindas, siapa tahu di akhirat kelak merekalah penghuni-penghuni Syurga yang tertinggi berkat kesabaran yang ditanggung di atas dunia ini

Diharapkan dengan kisah ini menjadikan kita hamba-Nya yang sentiasa bersyukur. Semoga Allah swt memberikan ketabahan buat Saudara Salleh Ahmad dalam menjalani sisa-sisa kehidupan ini dan semoga arwah isterinya dirahmati oleh Allah swt di alam sana berkat keredhaan sang suaminya

Ya Allah. Jadikan kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa tabah dan ikhlas dalam menghadapi setiap ujian dari-Mu. Aamiin

TERIMA KASIH SKUAD

********************************
BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU UMMAH

Mohon untuk menyalurkan sumbangan dana bagi pembelian van jenazah bagi kegunaan ummah

Segala bentuk sumbangan/bayaran sila masukkan terus ke akaun rasmi *Pertubuhan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia*
*Bank Simpanan Nasional*1410-0410-0030-6186
Semoga Allah swt memberkati sumbangan kalian dan menjadikannya sebagai satu saham akhirat. Aamiin."
BERKHIDMAT SECARA BERJEMAAH DIBERKATI ALLAH SWT

Akhukum fillah;-Ust. Rafie Zainal-Pengerusi;Skuad Pengurusan Jenazah - SPJ MalaysiaMajlis Usrah Nur Fattah013-322 7937 (24 jam berkhidmat)
#SPJM#pengurusanjenazahpercuma#vanjenazah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2018/11/kisah-sedih-seorang-ustaz-menguruskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inilah Silsilah Keluarga Dan Kisah Hidup Ustaz Abdul Somad Rupanya Keturunan Syekh

Inilah Silsilah Keluarga Dan Kisah Hidup Ustaz Abdul Somad Rupanya Keturunan Syekh

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 351 hits
Ustadz Abdul Somad lahir di sebuah kampung yang bernama Silo Lama Silau Laut Kabupeten Asahan Sumatera Utara Siapa yang tak kenal dengan Ustaz Abdul Somad Somad sebagai seorang pendakwah Videonya pun banyak menyebar di media sosial dan suda...
Kisah Sahabat Julaibib Ra Ustaz Nazmi Karim

Kisah Sahabat Julaibib Ra Ustaz Nazmi Karim

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 355 hits
jom dengar kuliah Ustaz Nazmi Karim semoga manfaat kepada semua
Kisah Seorang Wanita Belajar Ilmu Dukun Sehingga Dicabut Imannya

Kisah Seorang Wanita Belajar Ilmu Dukun Sehingga Dicabut Imannya

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 318 hits
Larangan mempercayai pawang dukun atau bomoh dan mempelajari ilmu daripada mereka disebabkan terselitnya unsur unsur penipuan dan kebatilan Gambar hiasan Kebanyakan perkhabaran berita syarat dan bentuk amalan yang ditetapkan oleh mereka mer...
Kisah Seorang Perempuan

Kisah Seorang Perempuan

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 363 hits
Setelah aku gagal bercinta dgn awek nasi lemak seperti cerita aku di link ni Aku berkenalan dgn seorang perempuan dibazar ramadan 2018 Dia salah seorang penjual kat bazar tersebut Aku agak umur nya dalam 17thn Kecik orang nya dan kurus maca...
Suaminya Seorang Ustaz Tapi Asiah Jalil Pertikai Mengapa Tuhan Terlalu Sibuk Sebabkan Manusia Kebulurran

Suaminya Seorang Ustaz Tapi Asiah Jalil Pertikai Mengapa Tuhan Terlalu Sibuk Sebabkan Manusia Kebulurran

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 317 hits
Suaminya Seorang Ustaz Tapi Asiah Jalil Pertikai Mengapa Tuhan Terlalu Sibuk Sebabkan Manusia Kebulurran
Anda Seorang Pesakit Resdung Kerapa Gatal Gatal Dan Tersumbat Hidung Ini 7 Tip Untuk Pesakit Resdung

Anda Seorang Pesakit Resdung Kerapa Gatal Gatal Dan Tersumbat Hidung Ini 7 Tip Untuk Pesakit Resdung

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 609 hits
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman Resdung juga dikenali sebagai sinusitis jangkitan sinus atau rinosinusitis adalah keradangan pada sinus yang menunjukkan g...
Seorang Cleaner Mahu Minta Sign Cikgu Untuk Saksi Penjawat Awam Tapi Rupanya Dia Bukan Orang Biasa Biasa

Seorang Cleaner Mahu Minta Sign Cikgu Untuk Saksi Penjawat Awam Tapi Rupanya Dia Bukan Orang Biasa Biasa

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 396 hits
Disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu ramai lulusan universiti yang gagal mendapatkan pekerjaan seiring dengan kursus yang diambil Namun ada juga tidak kisah untuk tetap mencari rezeki dengan melakukan apa sahaja kerja asalkan halal...
Kesilapan Ph Melantik Seorang Extrimist Sebagai Menteri Perpaduan

Kesilapan Ph Melantik Seorang Extrimist Sebagai Menteri Perpaduan

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 1021 hits
Kesilaoan Tun Mahathir paling besar yang aku nampak dah dilakukannya ialah melantik seorang extrimist sebagai Menteri Perpaduan Bila dia bercakap tak guna otak habis kecoh satu negara dan dimanipulasi sebaik mungkin oleh UMNO dan PAS PKR PP...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus