Kisah Sedih Bagaimana Mangsa Buli Penjual Produk Akhirnya Meninggal Dunia


Oleh : Dziehan Mustapa

"KISAH MANGSA BULI PENJUAL PRODUK"

Aku terpanggil untuk ulang siar kisah ini semula selepas membaca kisah ulang siar Dr. Rafidah Abdullah. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua agar hanya terima nasihat berkaitan kesihatan dan rawatan daripada ahli professional kesihatan yang bertauliah dan tidak menjual produk.
 


*Kisah ini telah mendapat izin kaum keluarga mangsa. SAYA MOHON 🙏🙏🙏SELEPAS MEMBACA CERITA INI JANGAN DIMARAHI KAUM KELUARGA MANGSA. Mereka adalah mangsa penjual produk. Mereka tidak mengetahuinya. Mereka MANGSA BULI PENJUAL PRODUK.

*********************************************
Pada tahun 2016, aku ada menerima sebuah mesej daripada fb messenger daripada seorang individu yang tidak ku Kenali.

Rupa-rupanya individu yang menghantar mesej itu sebenarnya cuba untuk memberitahu saya akan kesan buruk produk minuman Habbatus Sauda ini yang telah menyebabkan adik perempuan beliau meninggal dunia 2 minggu sebelum itu pada usia 23 tahun.

Begini ceritanya....

Adik beliau sebenarnya penghidap penyakit diabetes Jenis (I), di mana pesakit seperti ini selalunya bermula pada usia muda dan memerlukan Insulin sebagai rawatan akibat organ pancreas gagal menghasilkan insulin

Adik beliau telah lama menghidap diabetes dengan rawatan insulin sejak daripada kecil. Pada usia 18 tahun adik beliau telah menerima rawatan Haemodialisis akibat kesan komplikasi penyakit diabetes yang dihidapi arwah.

Suatu hari, ibunya didatangi penjual produk minuman Habbatus Sauda. Sememangnya produk ini menyasarkan penjualan produk mereka kepada pesakit-pesakit hemodialisis dengan menjanjikan penyembuhan kepada organ buah pinggang yang telah rosak itu dan bebas daripada Hemodialisis selepas mengambil produk minuman Habbatus Sauda jualan mereka.

Tapi ada syarat jika ingin berjaya...Minuman Habbatus Sauda mereka tidak boleh bercampur dengan rawatan ubat-ubatan Hospital dan melarang juga melakukan hemodialisis sehingga tamat tempoh rawatan menggunakan produk minuman Habbatus Sauda keluaran mereka.

Kata mereka, jika ambil bersama-sama (ubat-ubatan hospital) nanti produk mereka tidak berkesan untuk merawat buah pinggang yang rosak itu.

Jelas abang kepada arwah...
Kata-kata si penjual ini sangat meyakinkan sehingga mereka sekeluarga bersetuju membeli sekaligus 30 botol produk minuman Habbatus Sauda ini dan memberi minum kepada arwah sebotol (250-300ml) sehari.

Harga sebotol produk ini adalah RM50. Kerana inginkan melihat arwah baik daripada penyakit kegagalan buah pinggang dan sihat semula tidak perlu menjalani Hemodialisis seperti yang dijanjikan oleh si penjual, mereka menurut segala syarat pengambilan produk ini serta pantang larangnya.

Si penjual menyarankan agar mengambil sebotol produk mereka sebotol sehari dan berhenti mengambil semua jenis ubat-ubatan untuk rawatan yang diberikan oleh hospital termasuk menghadiri sesi Hemodialisis.

Apabila adik beliau kerap muntah selepas mengambil produk minuman Habbatus Sauda ini, si penjual yang beridentitikan “Orang Kuat Agama” menyatakan ia petanda baik kerana racun telah mula keluar daripada tubuh si arwah bersama-sama makhluk halus kesan santau yang dialami arwah.

Apabila keadaan arwah bertambah teruk, kaum keluarga mula hantar semula untuk melakukan dialisis tanpa pengetahuan si penjual. Walau bagaimanapun rawatan ubat-ubatan masih dihentikan.

Akhirnya pada hari ke-14 setelah menagmbil minuman Habbatus Sauda sebanyak sebotol sehari, arwah muntah yang kelihatan seperti darah yang pekat berwarna hitam dan rebah jatuh di rumah. Setibanya anggota kesihatan di rumah setelah panggilan kecemasan dibuat oleh kaum keluarga, arwah telah kembali ke Rahmatullah.

Begitulah kisah yang telah dikongsikan oleh abang kepada arwah. Mereka sekeluarga berasa amat bersalah dan kecewa dengan tindakan yang mereka pilih sehinggakan arwah menderita sebelum menemui ajalnya setelah 14 hari mengambil minuman Habbatus Sauda tersebut.

Mereka menyesal kerana terperdaya dengan janji manis penjual yang kelihatan sungguh menyakinkan kerana berlatar belakangkan kesucian agama.

*********************************************

Jawab balas SI PENJUAL kepada kaum keluarga;
 
“ arwah anak yang baik”
“Arwah ada beberapa penyakit, termasuk muntah hitam yang keluar itu adalah kesan “Santau Angin”.

Dengan kejadian ini pihak syarikat bersetuju untuk membantu keluarga encik dengan hanya akan mengambil bayaran RM2000 sahaja”

“Organ arwah telah rosak terlalu banyak kesan kimia daripada ubat yang diambil termasuk ubat bius pembedahan. Buah pinggang arwah rosak sebab semua itu”

“Pada peringkat awal pengambilan produk XXX itu.. jelas menunjukkan perkembangan baik pada arwah kerana produk ini lebih tertumpu untuk merawat buah pinggang sahaja. Namun arwah ada penyakit lain.

“Pihak syarikat juga akan bersedekah kepada sebuah Madrasah anak yatim khusus untuk membuat tahlil kepada arwah. Allah maha menuntu ajal. Pelanggan lain Allah sembuhkan, Namun arwah adik encik Allah lebih menyayanginya”

Begitulah kisah yang menyayat hati ini. Begitu juga dengan mudah si penjual melontarkan alasan yang tidak berasas. Arwah telah pun pergi, namun trauma dan sesalan masih dialami oleh kaum keluarga.

*********************************************

Pengajaran;

1. Setiap rawatan yang diberikan oleh pegawai perubatan adalah bertujuan untuk melindungi pesakit daripada keadaan penyakit yang bertambah teruk (komplikasi penyakit). Terutama bagi pesakit diabetes dan pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang.

2. Setakat ini tiada sebarang ubat, mahupun minuman dapat merawat kerosakan buah pinggang melainkan pesakit penjalani proses perpindahan buah pinggang daripada penderma organ yang sesuai.

3. Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu penjual produk-produk kesihatan walaupun ia kelihatan sungguh menyakinkan atau menggunakan latar belakang agama sebagai daya penarik.

4. Berbincanglah dahulu dengan pakar atau pegawai perubatan yang merawat sebelum mengambil keputusan untuk mencuba rawatan alternatif. Kerana nasihat daripada yang pakar atau ahli dalam bidang perubatan dan ubat-ubatan (seperti ahli farmasi) amat penting untuk melihat sejauh mana kebenarannya serta kelebihan mengambil rawatan alternatif ini dalam situasi atau keadaan kesihatan semasa.

5. Jadikan semua anggota kesihatan yang merawat anda sebagai rakan, jangan segan bertanya dan berbual dengan anggota kesihatan yang merawat. Lebih banyak bertanya, lebih banyak informasi dan ilmu dapat ditimba dan yang penting adalah ilmu yang diperolehi adalah daripada sumber yang sahih dan bukannya daripada penjual produk yang Cuma memikirkan keuntungan daripada produk jualan mereka dan bersikap bias/berat sebelah dalam menyampaikan informasi yang belum tentu sahih dan benar.

Harap penceritaan kisah benar ini menjadi tauladan buat masyarakat semua.
Al-Fatihah buat Arwah
Ameen.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/05/kisah-sedih-bagaimana-mangsa-buli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Sedih Dari Malang Pria Meninggal Dunia Di Atas Pusara Anak Istri

Kisah Sedih Dari Malang Pria Meninggal Dunia Di Atas Pusara Anak Istri

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 335 hits
Kata saksi korban sekitar pukul 08 00 sudah beraktifitas di lokasi mengecat makam istri dan anaknya Korban diketahui dalam posisi menundukkan kepala ke nisan sekitar pukul 9 30
Sedih Ani Yudhoyono Meninggal Dunia Ini Percakapan Haru Ayudia Dan Ditto

Sedih Ani Yudhoyono Meninggal Dunia Ini Percakapan Haru Ayudia Dan Ditto

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 261 hits
Ayudia Bing Slamet dan sang suami Ditto menjadi salah satu pasangan artis yang merasakan duka dengan kepergian Ani Yudhoyono untuk selama lama nya
Dicium Dan Digomol Sampai Dijangkiti Kuman Ayah Kongsi Kisah Anak Meninggal Dunia 2 Syawal Tahun Lalu

Dicium Dan Digomol Sampai Dijangkiti Kuman Ayah Kongsi Kisah Anak Meninggal Dunia 2 Syawal Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 408 hits
Dicium Dan Digomol Sampai Dijangkiti Kuman Ayah Kongsi Kisah Anak Meninggal Dunia 2 Syawal Tahun Lalu Dikurniakan cahaya mata adalah satu anugerah terindah bagi pasangan suami isteri Kehadiran anak itu ibarat memberi penyeri untuk sebuah ke...
Sendirian Dan Tak Mampu Bersuara Kisah Aisha Meninggal Dunia Dalam Tangisan Tanpa Keluarga Di Sisi

Sendirian Dan Tak Mampu Bersuara Kisah Aisha Meninggal Dunia Dalam Tangisan Tanpa Keluarga Di Sisi

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 369 hits
Sendirian Dan Tak Mampu Bersuara Kisah Aisha Meninggal Dunia Dalam Tangisan Tanpa Keluarga Di Sisi Siapa yang tidak sedih jika terpaksa berpisah dengan keluarga pada usia kecil dan dalam keadaan sakit Aisha Lulu 5 tahun terpaksa mengharungi...
Seminggu Meninggal Dunia Anak Dedah Mesej Terakhir Pengasas Dnars

Seminggu Meninggal Dunia Anak Dedah Mesej Terakhir Pengasas Dnars

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 1256 hits
Hampir seminggu pemergian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare Faziani Rohban Ahmad 40 akibat kemalangan jalan raya di Pattani Thailand orang ramai masih tidak putus putus mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraan arwah Satu demi...
Penyanyi Kassim Selamat Meninggal Dunia

Penyanyi Kassim Selamat Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 362 hits
26 Mei 2019 8 56 PM SINGAPURA Penyanyi era 60 an yang popular dengan lagu La Obe dan Nga lompak AGo Go Kassim Rahmat meninggal dunia akibat sakit tua hari ini Kassim 84
Saya Sepatutnya Balik Ibu Meninggal Dunia Selepas Sediakan Makanan Untuk Anaknya Yang Tak Pulang Sambut Hari Ibu

Saya Sepatutnya Balik Ibu Meninggal Dunia Selepas Sediakan Makanan Untuk Anaknya Yang Tak Pulang Sambut Hari Ibu

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 390 hits
The ReporterPemilik syarikat perniagaan perkhidmatan pengebumian di Taiwan Lau baru baru ini berkongsi mengenai satu kes yang diuruskan di Facebook yang mungkin tidak akan dilupakannya membuatkan ramai netizen yang mengalir air mata Menurut...
Mula Mula Sakit Kepala Biasa Pembuluh Darah Di Otak Pecah Saluran Air Membengkak Wanita Anak 4 Meninggal Dunia

Mula Mula Sakit Kepala Biasa Pembuluh Darah Di Otak Pecah Saluran Air Membengkak Wanita Anak 4 Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 642 hits
Mula Mula Sakit Kepala Biasa Pembuluh Darah Di Otak Pecah Saluran Air Membengkak Wanita Anak 4 Meninggal Dunia Tak dapat kami bayangkan perasaan anak anak kecil ini saat kehilangan ibu mereka secara tiba tiba Pada awalnya wanita ini sering ...
Dahlan Zainuddin Meninggal Dunia

Dahlan Zainuddin Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 383 hits
KUALA LUMPUR 28 Mei 2019 Penyanyi popular era 70 an Datuk Dahlan Zainuddin 78 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang pada puku 9 48 malam ini selepas tidak sedarkan diri kerana diserang angin ahmar Sabtu lalu Sekitar empat tahun ...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam