Kisah Riwayat Jenazah Kubur Berdarah Ketika Hayatnya


KISAH RIWAYAT JENAZAH KUBUR BERDARAH KETIKA HAYATNYA

 Alor Setar: "Kami harap siapa yang menular berkaitan kisah kubur berdarah atau menyebarkan berita tidak sahih itu supaya memadam atau menghentikan komen perkara belum tentu kesahihannya.
"Kami sudah membuat laporan polis malam tadi dan biarlah polis siasat semuanya, " kata Imam Masjid Al Irfan, Derga, Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, beliau dan jemaah masjid itu terkilan dengan penyebaran berita berkaitan 'kubur berdarah' itu disebar di Facebook (FB) yang boleh mengundang pelbagai andaian dan mengaibkan jenazah.
Katanya, dia juga berharap keluarga arwah bersabar dan bertenang kerana ia sudah menjadi kes polis.
"Arwah ni orang yang baik-baik dan baru dikebumikan kira-kira tiga minggu lalu dan meninggal dunia ketika berusia 70-an akibat sakit tua.
"Sepanjang hayatnya, arwah banyak melakukan amal jariah dan kebajikan di masjid ini tapi apabila berita yang ditular tidak tepat, saya sedih dengan apa yang berlaku," katanya ketika ditemui di perkarangan Masjid Al Irfan, di sini hari ini.
Terdahulu, pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat berada di perkarangan tanah perkuburan itu untuk melakukan siasatan.
Selain itu, pihak Jabatan Hal Agama Islam Kedah (JHEIK) juga turut melawat kubur berkenaan hari ini.
Menurutnya, semalam ada satu kematian di kawasan perkuburan itu dan ketika itu jemaah masjid menyedari kubur itu mempunyai cecair merah pada jam 11 pagi.
Namun katanya, dia hanya menyedari kejadian itu ditularkan di laman sosial pada jam 5 petang selepas dimaklumkan jemaah masjid yang menerima video dari kiriman WhatsApp yang disebar di FB.
"Saya minta cukuplah, berhenti tular cerita ini. Cuba bayangkan yang meninggal itu bapa atau abang kita, mungkin kita pun sedih.
"Sekarang musim hujan, mungkin ada orang siram minyak bagi rumput mati kita tak tau, biarlah polis siasat, kami jemaah masjid serah pada polis," katanya.
Dalam pada itu, setiausaha masjid berkenaan, Yahya Saad berkata, beliau dan dua jemaah lagi membuat laporan polis jam 12 tengah malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.
Beliau berkata, laporan itu dibuat berkaitan video dan cerita yang ditular di laman sosial berkaitan 'kubur berdarah' itu supaya polis dapat menyiasat kes itu.
"Kami serah sepenuhnya pada polis dan berharap ia tidak lagi jadi isu," katanya.
Sementara itu, Harian Metro sedang berusaha untuk mendapatkan komen dari polis berhubung kes itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://qasyahfulmalayworld.blogspot.com/2020/09/kisah-riwayat-jenazah-kubur-berdarah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Henti Sebar Video Kubur Berdarah Ia Mengaibkan Jenazah Dan Keluarga

Henti Sebar Video Kubur Berdarah Ia Mengaibkan Jenazah Dan Keluarga

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 497 hits
ALOR SETAR Imam Masjid Al Irfan di Derga di sini Abdul Hadi Awang 55 merayu kepada orang awam supaya menghentikan penyebaran video kubur berdarah seperti yang sedang tular di media sosial Menurutnya seluruh jemaah masjid terkilan dengan pen...
Kisah Petugas Tpu Pondok Ranggon Pernah Makamkan 40 Jenazah Dalam Sehari Saat Pandemi

Kisah Petugas Tpu Pondok Ranggon Pernah Makamkan 40 Jenazah Dalam Sehari Saat Pandemi

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 378 hits
Jumlah jenazah yang dimakamkan di TPU Pondok Ranggon terus meningkat Adang bersama teman temannya harus dapat menyediakan liang lahat sebanyak banyaknya Pernah satu ketika saat mobil jenazah sudah mengantre belum ada liang lahat yang tersed...
Jenazah Kanak2 Mati Hidup Semula Ketika Sedang Dimandikan

Jenazah Kanak2 Mati Hidup Semula Ketika Sedang Dimandikan

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 442 hits
Di Jawa Timur Indonesia seorang kanak kanak perempuan yang hidup kembali selepas disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan di hospital ini telah menggemparkan penduduk di kawasan tersebut Mata terbuka ketika dimandikan Siapa yang tak te...
Kisah Kucing Setia Temani Tuan Di Kubur Selama 2 Tahun

Kisah Kucing Setia Temani Tuan Di Kubur Selama 2 Tahun

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 740 hits
Kisah Kucing Setia Temani Tuan Di Kubur Selama 2 TahunSiapa yang tidak tahu haiwan kesayangan nabi ini Kucing adalah antara haiwan jinak dan comel yang ramai peminatnya di seluruh dunia termasuk Malaysia Kucing juga antara haiwan yang setia...
Kubur Berdarah Di Alor Setar Tular

Kubur Berdarah Di Alor Setar Tular

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 3873 hits
Kubur Berdarah Di Alor Setar TularALOR SETAR Video sebuah kubur berdarah di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Al Irfan Derga di sini menjadi tular di laman sosial sejak petang tadi Video berdurasi 19 saat itu memaparkan kejadian aneh menggem...
Viral Video Kubur Berdarah

Viral Video Kubur Berdarah

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 1165 hits
Video sebuah kubur berdarah di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Al Irfan Derga di sini menjadi tular di laman sosial sejak petang tadi Video berdurasi 19 saat itu memaparkan kejadian aneh menggemparkan masyarakat setempat sekitar Bandaraya ...
Misteri Kubur Berdarah Di Alor Setar Ada Persamaan Dengan Kes Makam Berdarah Di Balikpapan

Misteri Kubur Berdarah Di Alor Setar Ada Persamaan Dengan Kes Makam Berdarah Di Balikpapan

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 1931 hits
Beberapa hari lalu penduduk sekitar Alor Setar kecoh dengan dakwaan bahawa terdapat sebuah kubur di tanah perkuburan berhampiran Masjid Irfan Al Derga menjadi mendap dan mengeluarkan cecair merah dikatakan darah Pengerusi Jawatankuasa Agama...
Berhenti Membuat Spekulasi Berkongsi Video Kubur Berdarah Di Tanah Perkuburan Masjid

Berhenti Membuat Spekulasi Berkongsi Video Kubur Berdarah Di Tanah Perkuburan Masjid

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 516 hits
ALOR STAR Pihak berkuasa agama meminta orang ramai untuk berhenti membuat spekulasi dan berkongsi video kubur berdarah di tanah perkuburan Masjid Al Irfan di sini Pegawai agama daerah Kota Setar Ahmad Faisol Omar berkata pihaknya masih menu...
Punca Sebenar Kubur Berdarah Di Kedah

Punca Sebenar Kubur Berdarah Di Kedah

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 2530 hits
Viral Kubur Berdarah Di Alor Setar Kedah Jangan Terkejut Ini PuncanyaViral sebuah kubur di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Irfan di Derga Alor Setar yang mengeluarkan air berwarna merah seakan akan darah Menurut seorang saksi yang melihat ...
Lynas Leads Non China Heavy Rare Earths Production At M Sian Facility

Hiburan 50 Hospital Malaysia Diiktiraf Hospital Terbaik Dunia 2025 Ini Senarai Mengikut Ranking Dari Atas

Nasi Goreng Kerabu Sedap Lain Macam Senang Pula Tu

New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Perlis Nelayan Maut Dipanah Petir Ketika Pukat Udang

Tersentuh Sebab Surah Maryam

Pizza Time

Don T Be Surprised If Nurul Izzah Becomes Malaysia S First Female Pm Her Mother Had Come Close


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hilang Landyard Di Ktm Komuter Seremban

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Tarikh 16 Mei Yang Diingati

Zooey Deschanel S Legs And Feet In Tights 83 No Shoes

Apa Berlaku Selepas Berpantang 44 Hari

Gara Gara Perancang Tidak Bersesuaian 34 Hari Turun Darah