Kisah Raya Apai Dan Sejarah Di Sebalik Wak Dan
Assalamualaikum..
Sebelum Apai pressure I tanya bila nak keluar entry dia beraya, baik aku masukkan sekarang. Kang nanti abes semua gambar dalam FB yang takde kena mengena dia comment 'Maksu, entry raya Apai bila nak masuk?' Hahahaha. Aaaahhhh banyak cakap la ko Apai, orang order kipas sampai sekarang dah 2 tahun tak dapat-dapat. Dia cakap sebab quota dah takde. Dulu masa zaman ada quota, takde duit. Bila quota dah takde, duit pulak ada. Sudahnya sampai Apai resign dengan Dyson, kipas kemana.. apa kemana. Kipas Dyson takde bilah tu pon taktau sapa yang dapat. Rasanya macam Apis sorang je. Hahahaha. Alia and Atig pon ada aim vacuum but tak dapat jugak sebab 3-4 tahun lepas kita semua macam tengah mencari arah tujuan dalam hidup, duit pon tak berapa nak ada. Macam sekarang pon duit tak masih tak berapa nak ada lagi but hidup ada improvement la. Hahahahah. Kitorang sebenarnya kalau lepak ni, rasa macam kelakar pon ada. Sebab nanti sorang-sorang mula la cakap pasal kenangan dulu-dulu. Wakdan ni asalnya team bola gabungan WakLu FC (Bebudak Kajang) dengan DanDan FC (Bebudak Perth). Macam Ghofur dia main untuk both team and dia la yang menyatukan kitorang bebudak Wakdan ni. Actually yang paling tuweeeee and yang paling takde kena mengena ialah I la. I ni sebab kawen dengan Sazli, so jadik la a part of WakDan. Dalam WakDan ni pulak yang kelakarnya related to each other. Macam Apis dia kawan baik denga Khatig dari zaman study dekat Johor. Pastu Si Lia pulak kenal Apai, Amie semua dari UiTM Shah Alam kot? Boleh kenal time tu sebab kata Lia, Apai dulu popular la sebab ada Satria. Anak Dato' kayaaaaaaaaa boleh la kan dah bawak Satria time study. Dulu sapa ada kereta ni, memang popular la sebab senang nak tumpamng pergi mana-mana. Kereta Apai, Si Amie pulak tukang duduk sebelah, so kalau ada awek lalu Amie la tukang panggil, 'Nak tumpang ke? Nama I Danial'. HAHAHAHAHAHHAHA Mampos nama nak Danial je. Lepas tu dorang borak la cakap waktu tu pergi clubbing malam, balik tido depan surau lepas tu pukul 9.00am masuk kelas pakai baju clubbing malam tadi. Si Sazli pulak kenal Khatig dah lama. Dulu Mak Atig tender kentin dekat Sekolah Menengah tempat Sazli belajar. Kat Ampang. Lupa dah apa nama. Kata Saz, Khatig dulu belagak la sebab Mak tender kentin. Zaman dulu kalau Mak ada tender kentin pon dah belagak sebab dah cukup kaya. Mintak nak beli keropok pon Atig taknak bagi (padahal ada dah siap goreng). I tanya, 'Apesal ko taknak jual keropok?' Atig jawab 'Sebab belagak. Mak aku punya kentin, suka hati aku la nak jual ke taknak'. HAHAHAHAHA. Bangang
So meh I citer macam mana friendship dalam gambar ni terjadi.
Belakang Kiri : Atig, kawan dengan Apis (Depan kanan baju putih). Ooo dorang kenal masa study dekat MRSM Johor. Eddie, belakang tengah tu kawan Perth Sazli. Sebelah Eddie yang cute senyum tu is Ahmad Zack. Dorang kenal time Ahmad Zack and Zareef pergi Perth lepas tu happen to lepak dengan community melayu dekat sana so jadik kawan. Sazli pulak memang kenal Atig dari zaman remaja (tapi tak kawan, but bila dah balik Malaysia, baru kawan masa main bola sama dalam Wakdan). Apai yang tengah depan tu pulak main dengan Waklu FC, kawan dengan Apis and Atiq. So actually pusing-pusing macam mana pon, dorang memang cross path dari zaman sekolah lagi. Dalam Wags pulak, jangan pelik kalau kawan baik Wana, is kawan baik Aliah jugak lepas tu dulu masa zaman sama-sama tak kawen, Si Aliah, Atig, Shanom and Ajan pernah dah pergi Singapore sama-sama. So, membawak sampai la sekarang actually circle tu memang dekat situ jugak. Korang paham ke tak apa I explain ni? Beria dah aku menaip ni. Hahahaha.
Duluuuu masa memasing tak kawen lagi, memang kitorang selalu lepak sama. Dari malam, membawak ke Subuh shafie. Siap asingkan. Lelaki kawan lelaki, pempuan kawan pempuan. Lepas tu update 'Wei, korang lepak mana?' Pastu bebudak lelaki poyo taknak cakap dorang kat mana. Tu yang end up kekadang I tido rumah Miera dekat Klang Gate or rumah Ema kat Kajang. Fikir balik, memang seronok. Ya Allah Emaaaaaaaaaaaaaaa aku rindu kau la giler! Ema pulak orang semua dah balik Malaysia, dia pulak sekarang baru nak duduk Ostolia (Bak kata Amie). Dorang ni jenis gurau bongok. Contoh : Wei, apesal tak tag aku? Jawapan : Sebab ko study UiTM, Ni set-set Ostolia je. Takpon 'Ok la, ko bukan budak Perth, tapi ni ajak sebab by invitation'. HAHAHAHAHAHAH Sebab tu I sampai sekarang ada dalam Cookies (WhatsApp bebudak Kajang). Atas tiket by invitation. Bongok kan?? Miera sampai sekarang tak puas hati kenapa I ada dalam Cookies. Bertahan lama dah ni, setakat ni tak kena kick lagi
Dalam Cookies pon ada yang tak main bola macam Noru, Anis, Cipel. Cipel pulak kawen dengan Wanie. Pon bebudak Cookies. Lepas tu I kenal dengan Fara, wife Latip. Eh, kalau citer kat sini memang takkan abes punya. Among us, ada yang selalu jumpa and ada yang tak kuasa dah nak lepak sebab anak ramai, or dah terasa tuwe... But memory remains forever. Jumpa sekali-sekala pon dah rasa seronok dia. Kalaulah one day dapat buat event melibatkan semua Cookies, WakLu, DanDan and Community Perth mesti meriah... So, sebelum ramai lagi yang terbangang-bangang tak paham I citer apa, jom la tengok gambar je
Ni Wan Cholan and Kas. Wan main Keeper untuk Wakdan. Yang ni I tak study macam mana boleh join hahahaha tapi Wan and Kas datang rumah I 2x. First time dekat apartment lama, datang sebelum kawen. Second time datang rumah time last week ni la bila anak dah besar, dah dua orang. Jumpa Kas, I agak last masa dia kawen dulu. Hahahahha. Tapi kita contact-contact la dekat FB and IG.
Yang ni WAGS. Belakang kiri sapa tak kenal kan? Si Aliah wife Atig. Sebelah tu is Effa wife Ahmad Zack. Depan is Miera wife Eddie. Tengah is Hajar wife Apis and sebelah tu is Yashie wife Apai. Kalau nak citer macam mana sorang-sorang kawen pon akan jadi panjang la entry ni but it's all related to each other.
For today I tempah je Soto dalam FB 'Gombak Foods Delivery'. Taip je Soto Ampang zaaaapppppppp sebaris keluar. Senang hidup aku. Paper plate comel kan macam birthday party? Brownies pon I tengok dalam group yang sama. Memang helpful sangat. Rasa dia boleh laaaa. Sedap pulak nampak karipap tu.
OK, ambik from the other side. Berguna jugak Island ni. Dulu I ingat buat port I berangan je. Tak sabar nak ada stool.
Korang pernah tak terfikir, apa akan jadik dalam masa 10 tahun dari sekarang? I rasa macam cepat je masa berlalu. 10 tahun dulu, I kawen dengan Sazli... tahun 2009. Now dah 2019. Umur pon dah nak masuk 38 tahun. Lagi 10 tahun 48 tahun wei. Time tu entahkan macam mana la kita memasing. Anak dah berapa, kehidupan entah macam mana, umur ada lagi ke tak. Now yang umur dah 48 tahun, lagi 10 tahun dah 58 tahun takotnya... Lagi 10 tahun, Mak I, Mak Azizah, Bapak masih ada ke? Kaklong pulak dah 62 tahun dah by that. Pejam celik, tak lama pon 10 tahun tu. Kan? Ikutkan ada jugak pembaca blog I yang setia since 10 tahun dulu. Imagine, lagi 10 tahun akan ada lagi ke blog ni? Hurm.. Tak boleh imagine. Cuma doa I satu je, semoga 10 tahun akan datang, kita semua akan masih sihat, akan hidup dengan lebih baik, anak-anak membesar dengan sihat, panjang umurnya dan dalam limpahan kasih sayang Allah selalu. Jangan kata 10 tahun, dua tahun pon macam-macam menda boleh jadik... For now, I suggest, just live your life to the fullest and appreciate every single time yang kita ada by doing good things. Cakap yang baik-baik, buat yang baik-baik sebab semua perkara yang baik-baik ni dia akan melantun and jadik yang baik-baik jugak pada kita. InsyaAllah. Eh, gini jadik ending entry ni. Emosi sangat tu... Nak period ke? Hahahahaha
-eNd-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://surayasulatin.blogspot.com/2019/07/kisah-raya-apai-dan-sejarah-di-sebalik.html