Street Raya 2019 Mempunyai Pengurusan Yang Gagal


Menurut sumber anjuran ini adalah gabungan sepenuhnya dari kewangan JAWI dan MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN(MAIWP) walaubagaimanapun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) turut tidak ketinggalan untuk bergabung.

Anjuran ini juga dapat kelulusan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof. Beliau dengan angkuhnya berkata program tersebut tidak melibatkan kewangan dari Jabatan atau sebagainya menurut sumber dari utusan.com.my.

Secara umumnya telah bersepakat (ittifaq) dan ijmak bagi semua fuqaha, bahawa yang layak menerima zakat itu adalah daripada kalangan orang Islam sahaja. Ertinya, tidak boleh memberikan zakat kepada non-Muslim.


Tapi dalam isu ini anjuran ini telah dilakukan sepenuhnya dari tabung kewangan Umat Islam di Malaysia dan majoriti yang datang adalah dari bangsa Melayu yang beragama Islam. Namun Non-Muslim juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan lagi suasana rumah terbuka yang pada kami tidaklah terbuka sangat.

Penilaian pertama kami adalah isu sumber kewangan seterusnya waktu anjuran pula di jadualkan bermula jam 2pm - 6pm dan berlokasi terbuka iaitu di jalan dataran merdeka.

Orang ramai perlu berpanas terik beratur demi makanan adalah tidak patut dan kami kesian kepada ibu-bapa yang bawa anak kecil mereka tanpa berpayung dan terpaksa berkhelah di lantai yang tidak berbumbung.

Kami melihat dari sudut ramalan cuaca pula mengatakan pada hari tersebut akan berlaku hujan lebat bahkan ia tidak sepatutnya buat pada kawasan terbuka demi keselesaan pengunjung. Gambaran dibawah adalah ramalan kaji cuaca untuk seminggu bermula 7 julai 2019 dimana memberitahu akan terjadi ribut petir selama beberapa hari semenjak 6 julai 2019.


Benarkah pihak penganjur atau Jabatan Menteri telah membuat kertas kerja peracangan yang sungguh teliti sebelum meluluskan program rumah terbuka itu? Baiklah mari kita lihat gambaran-gambaran dibawah dimana kita akan dapat lihat betapa gagalnya program ini serta memberi nama buruk kepada JAWI dan MAIWP .

Jika ada wartawan menunjukkan gambaran dari sudut positif kami boleh mengatakan mereka mungkin sayang dengan kerjaya yang ada sekarang ini namun bagi kami realiti adalah lebih baik dari berpura-pura.


Ini adalah dewan bandaraya kuala lumpur yang gah di tengah kota namun kita dapat lihat ada pengunjung yang terpaksa duduk bersila dibawah tanpa alas apa pun belum lagi fokus pada anak tangga di hadapan itu. Tidak cukup masalah tempat duduk untuk menikmati hidangan yang berada di lokasi tidak berbumbung.

Pengunjung lain pula memberitahu kami bahawa makanan masih banyak tapi tidak boleh ambil sebab kehabisan pinggan dan cawan jadi pada kami program ini sangatlah gagal kerana masih ramai pengunjung yang tidak dapat menikmati walaupun makanan masih banyak.

Dalam Islam ia adalah satu program pembaziran dan tidak adil sama sekali kepada umat Islam dan terutama pemberi zakat dan sedekah di tabung masjid dan surau jumaat.


Pihak penganjur tahu atau tidak berkaitan masalah rakyat atau pengunjung terutama yang ada anak kecil? Adakah penganjur atau DBKL tidak mempunyai sikap prihatin dengan memperuntukkan lebihan khemah di lokasi-lokasi yang stratergik untuk memberi keredupan kepada pengunjung paling jahat pun buatlah program dimalam hari.

Kami dapati anak kecil itu terpaksa berbumbungkan payung sambil separuh bogel kerana mengalami situasi tahap kepanasan yang melampau. Dan tidak cukup dari itu ada beberapa pengunjung pengsan atau pitam ketika beratur di bawah matahari yang sungguh terik sehingga pihak kami sendiri tidak mampu berada di kawasan tempat pengagihan makanan untuk meninjau suasana.


Dua mangsa telah mengalami pening kepala yang kritikal sehingga tidak mampu berdiri untuk berasak mengambil makanan dan dijaga oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Jika anda perasan ada kanak-kanak yang turut tidak berbaju disebabkan cuaca sedang kemuncak panas.


Pengurusan plastik sampah turut gagal di kawal oleh DBKL, oleh kerana itu rakyat terus menerus membuang sampah merata-rata kerana tiada penyedian tong sampah yang mencukupi serta proses pengangkutan yang perlahan.

Jadi pada kami ini adalah penindasan yang besar-besaran kepada rakyat terutama miskin bandar yang terpaksa datang berjalan kaki dari perhentian masjid jamek untuk menghadiri majlis rumah terbuka oleh pihak JAWI, MAIWP dan lain-lain yang terlibat.

Ini juga boleh dianggap penyalahgunaan dana kewangan umat Islam secara terang menerang kerana kami menerima aduan dimana masih ramai pengunjung yang gagal mengambil makanan ketika program tersebut berlangsung dan mereka ini turut terpaksa membatalkan niat dengan bawa diri untuk pulang dan sebahagian lagi menuju ke jalan Tar.

http://www.jawi.gov.my/
https://www.maiwp.gov.my/
http://www.met.gov.my/
http://www.dbkl.gov.my/
http://www.civildefence.gov.my/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sekejung.com/2019/07/street-raya-2019-mempunyai-pengurusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Open House Raya 2019 Rumah Lily Kawan Sekolah Menengah

Open House Raya 2019 Rumah Lily Kawan Sekolah Menengah

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 497 hits
OPEN HOUSE RAYA 2019 RUMAH LILY KAWAN SEKOLAH MENENGAH Sebelum perabihnya Syawal Esok last raya kan So meh lah marathon kisah OPEN HOUSE RAYA kami This year baru nak rajin pi beraya Dan rajin nak pi OPEN HOUSE Tapi kami pi hat dekat dekat j...
Hotel Tabung Haji Alor Setar Pilihan Staycation Raya 2019

Hotel Tabung Haji Alor Setar Pilihan Staycation Raya 2019

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 908 hits
Hotel Tabung Haji Alor Setar Pilihan Staycation Raya 2019 Hai korang Baru nak sambung citer raya hihi Seperti yang mommy maklum dalam entry raya sebelum ni Raya kedua kami balik kampung belah mommy Tak jauh pun iaitu Kubor Panjang Pendang B...
Keputusan Temduga Pembantu Pengurusan Murid N19 2019

Keputusan Temduga Pembantu Pengurusan Murid N19 2019

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 846 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca pembaca sekalian Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi penafasan untuk berjumpa Ramadhan pada tahun ini Pejam celik pejam celik dah nak dekat raya dh kan Dah buat persiapan ra...
Open House Raya 2019 Asnb Shah Alam

Open House Raya 2019 Asnb Shah Alam

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 4053 hits
OPEN HOUSE RAYA 2019 ASNB SHAH ALAM Minggu lepas ketika mummy check myASNB portal mummy Ada 1 notification mengatakn ada 1 akaun anak tak boleh link ke akaun mummy Mohon mummybke pejabat ASNB terdekat Bila dapat noti macam tu Mak aiii risau...
Pot Luck Raya Aidilfitri 2019

Pot Luck Raya Aidilfitri 2019

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 533 hits
Pot Luck Raya Aidilfitri 2019 Assalamualaikum Walaupun Raya dah habis tapi masih lagi nak kongsi cerita sambut raya dengan ex collegue company last aku bekerja Alhamdulillah dapat sambut raya bersama masa minggu terakhir Syawal tu Plan nak ...
Jamuan Hari Raya Bahagian Pengurusan Dan Unit Integriti

Jamuan Hari Raya Bahagian Pengurusan Dan Unit Integriti

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 398 hits
Assalamualaikum wbt Hari raya Aidilfitri telah berlalu tapi minggu lepas Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti telah bersepakat untuk mengadakan majlis Jamuan Hari Raya Peringkat Bahagian Pengurusan dan Unit Integriti pada 5 Julai yang lal...
Photobooth Raya 2019

Photobooth Raya 2019

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 2474 hits
Photobooth Raya 2019 Mesti pernah terjadi pada korang kan bila kita dah plan lain terjadinya benda lain kan Bukan salahkan orang tapi salahkan diri sendiri sebabnya draf nak warna lain bila sampai kedai rambang mata nak tukar warna lain hah...
Jamuan Hari Raya Rumah Julia Johari 2019 Meriahnya

Jamuan Hari Raya Rumah Julia Johari 2019 Meriahnya

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 1171 hits
Macam mana nak mula ni aduyai tak sabarnya nak cerita kat korang akhirnya sampai juga rezeki julia dan suami nak anjur jamuan makan untuk keluarga kejiranan dan rakan rakan kenalan kami berdua Dari bulan 2 2019 selepas julia keluar dari HKL...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner