Kisah Rahmah Seorang Pelacur Dan Seekor Anjing


Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w bersabda:غُفِرَ لاِمْرَأَةٍ مُومِسَةٍ مَرَّتْ بِكَلْبٍ عَلَى رَأْسِ رَكِىٍّ يَلْهَثُ ، قَالَ كَادَ يَقْتُلُهُ الْعَطَشُ ، فَنَزَعَتْ خُفَّهَا ، فَأَوْثَقَتْهُ بِخِمَارِهَا ، فَنَزَعَتْ لَهُ مِنَ الْمَاءِ ، فَغُفِرَ لَهَا بِذَلِكَ“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Kehausan hampir membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).Saya merenung panjang setiap kali mengingati hadis ini. Terasa betapa luasnya rahmat Allah kepada hamba-hambaNya sekalipun untuk seorang pendosa yang dipandang hina oleh manusia.  Betapa luasnya peluang yang diberikan untuk setiap insan mendapat keampunanNYA. Lantas dengan keampunan itu seorang pendosa itu akan memasuki syurga yang tidak tergambar keindahan dan segala kurnia yang ada dalamnya. Betapa Allah itu Pengasih sehingga kadang-kala dengan amal yang sedikit dijadikan sebab untuk diberikan keampunan yang besar.Malangnya, rahmat Tuhan itu selalu kelihatan suram dan hambar disebabkan lidah-lidah sesetengah mereka yang mengaku diri mewakili Tuhan. Mereka ini kadang kala yang memakai bahasa, baju dan gelaran agama, seakan wakil rasmi yang memberi kata putus bagi pihak Tuhan dan Nabi s.a.w. Mereka itu sebenarnya tidak membawa misi rahmat seperti yang diajar oleh Alah kepada NabiNya s.a.w. Mereka menggambarkan Allah itu penuh dengan sifat keras, tanpa ihsan, kasihan dan hanya tahu menghukum dan melaknat hamba-hambaNYA yang berdosa. Di manakah keindahan rahmat Allah seperti yang digambarkan dalam hadis di atas?! Di manakah keseimbangan yang terkandung dalam firman Allah:۞نَبِّئۡ عِبَادِيٓ أَنِّيٓ أَنَا ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ وَأَنَّ عَذَابِي هُوَ ٱلۡعَذَابُ ٱلۡأَلِيمُ (maksudnya) “Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, Dan bahawa azabKu, adalah azab yang tidak terperi sakitnya” (Surah al-Hijr 49-50).
Hina Dan MuliaDalam hadis di atas, perkataan yang digunakan menggambarkan perempuan tersebut ialah mumisah iaitu perempuan yang terkenal dengan perbuatan zina, seperti perempuan lacur. Perempuan seperti itu sentiasa buruk pada nilaian mana-mana masyarakat pun. Sementara anjing pula binatang yang dianggap hina dalam kebanyakan masyarakat. Perumpamaan ‘engkau bagaikan anjingkan’ adalah ungkapan buruk dalam berbagai bangsa dan budaya. Namun, dalam hadis ini seorang wanita kaki zina mendapat keampunan Allah S.W.T disebabkan seekor anjing. Siapalah pelacur atau ‘kaki zina’ di mata manusia, dan apalah yang ada pada seekor anjing pada penilaian manusia?! Namun, air yang diberikan oleh pelacur atau penzina kepada anjing telah menyebabkan dia mendapat rahmat dan keampunan.Apakah Syurga Murah?Kita mungkin tertanya-tanya: Apakah begitu murahnya syurga sehingga dosa yang besar seperti kegemaran berzina dapat dipadamkan dengan beberapa teguk air yang diberikan kepada anjing. Apakah ini bererti jika seseorang itu perasuah atau penzalim besar maka dia akan diampunkan dengan membuat jamuan rakyat atau dengan beberapa hidangan yang dihantar ke masjid?! Jawapannya, sudah pasti tidak demikian! Jika itulah tafsirannya, hadis ini akan menjadi lesen manusia berbuat berbagai kesalahan, lalu dia diampunkan dengan sedikit bantuan dan sedekah yang dihulurkan. Pastinya tidak begitu! Sebenarnya, perkara yang utama yang menentukan nilai dan harga setiap amalan adalah apa yang terkandung dalam jiwa atau jantung hati pengamalnya. Inilah perkara paling sukar hendaklah dicapai oleh manusia yang tiada keinsafan dalam jiwa. Perkara itu ialah keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara yang baik. Ia tersimpan dalam jantung hati insan. Allah mengetahuinya. Tiada ruang berpura-pura dalam jiwa. Di sisi Allah tersimpan segalanya. Justeru, amalan yang zahirnya sama akan mempunyai nilai berbeza di sisi Allah disebabkan berbezanya keikhlasan jiwa pengamal-pengamalnya. Kadar keikhlasan menentukan kadar kesungguhan amalan. Maka, nilai solat dua rakaat setiap kita, mungkin tidak sama di sisi Allah berdasarkan kekusyukan pengamalnya. Bahkan mungkin solat dua rakaat yang lakukan oleh individu yang sama, pada masa yang berlainan juga tidak sama di sisi Allah disebabkan perubahan keikhlasan dan kekusyukan dirinya. Maka dua orang yang berada dalam saf solat yang sama, belum tentu mendapat ganjaran yang sama. Boleh jadi beza antara mereka bagaikan langit dan bumi. Demikianlah ganjaran amalan baik sesama manusia atau terhadap haiwan dan alam. Allah mengetahui hakikat yang tersimpan dalam jantung hati setiap yang melakukan amalan itu. Perbuatan kita mungkin kelihatan sama, namun nilai kejujuran dan penyerahan jiwa kepada Allah, tidak semestinya sama. Menderma, berbudi bahasa, tolong menolong dan seumpamanya adalah amalan yang baik pada zahirnya. Nilaian di sisi Allah berdasarkan keikhlasan dan keinsafan diri pengamalnya.
Banyak Dan SedikitBahkan kadang-kala mungkin ada amalan yang sedikit tapi nilaiannya lebih besar dari amalan yang banyak. Ini disebabkan apa yang terkandung dalam jiwa pengamalnya. Seorang miskin yang menderma RM 10, mungkin akan mendapat pahala yang lebih dari seorang kaya yang menderma RM1000. Mungkin nilai sedekahnya cuma RM10, namun itulah kadar yang dia termampu. Kadar yang sedikit pada orang lain itu besar bagi dirinya yang hanya bergaji 10 atau 15 ringgit sehari. Maka, dia mengeluarkan RM 10 dengan penuh erti dan berat, sekalipun mungkin sedikit dan lekeh bagi orang lain. Jika dia melakukannya dengan penuh ikhlas dan insaf terhadap kurniaan Allah, sudah pasti derma seperti itu lebih mulia di sisi Allah dibandingkan derma RM1000 yang dikeluarkan oleh seorang yang berharta dengan kesombongan, atau kurang keikhlasan, atau ada tujuan tertentu; tanpa rasa insaf dan mengharap ganjaran Allah. Justeru, kadang-kala sekalipun RM10 lebih kecil, tetapi ia lebih bernilai di sisi Allah. Sudah pasti jika kadar yang besar dikeluarkan dengan jiwa yang luhur, tentulah ganjarannya lebih.Allah mengingatkan kita tentang hakikat amalan memerlukan keluhuran jiwa dalam firmanNYA dalam Surah al-Baqarah ayat 262:ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ثُمَّ لَا يُتۡبِعُونَ مَآ أَنفَقُواْ مَنّٗا وَلَآ أَذٗى لَّهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ ۞قَوۡلٞ مَّعۡرُوفٞ وَمَغۡفِرَةٌ خَيۡرٞ مِّن صَدَقَةٖ يَتۡبَعُهَآ أَذٗىۗ وَٱللَّهُ غَنِيٌّ حَلِيمٞ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُبۡطِلُواْ صَدَقَٰتِكُم بِٱلۡمَنِّ وَٱلۡأَذَىٰ كَٱلَّذِي يُنفِقُ مَالَهُۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَلَا يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۖ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ صَفۡوَانٍ عَلَيۡهِ تُرَابٞ فَأَصَابَهُۥ وَابِلٞ فَتَرَكَهُۥ صَلۡدٗاۖ لَّا يَقۡدِرُونَ عَلَىٰ شَيۡءٖ مِّمَّا كَسَبُواْۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡكَٰفِرِينَ[ البقرة:262-264](maksudnya) “orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan mengungkit (pemberiannya), dan tidak pula menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan  terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Perkataan yang baik dan kemaafan itu adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan) menyakiti hati. dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyantun. Wahai orang-orang Yang beriman! jangan rosakkan (pahala) sedekah kamu dengan ungkitan dan menyakiti, seperti (rosaknya pahala) orang yang membelanjakan hartanya kerana riyak kepada manusia, dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada pasir di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tiada pasir lagi). (Demikianlah) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.Tidak Sampai AjaranDemikian juga pelacur tadi, perbuatannya mungkin nampak ringkas iaitu memberi minum kepada seekor anjing, namun mungkin jiwanya penuh dengan insaf dan mengharapkan kurniaan Tuhan kepadanya atas perbuatan baik itu, maka dia pun diampun, dan dibuka jalan kebaikan. Jiwa ketika melakukan hal itu dibaluti dengan penuh keikhlasan yang mendalam. Mungkin juga perbuatan lacur yang dilakukan selama ini kerana keadaan yang memaksanya, atau kehidupan yang mendesaknya, atau suasana yang mengheretnya begitu. Allah tahu tentang dirinya, Allah tahu tentang nilai-nilai luhur yang ada dalam jiwanya. Memberi minum kepada anjing yang kehausan itu satu bukti dari nilai baik dalam dirinya itu. Allah ampuninya. Demikian Allah akan ampuni hamba-hambaNya yang baik yang berada dalam suasana yang sama.Berapa ramai orang-orang bukan muslim yang sangat baik kepada masyarakat manusia, haiwan dan tumbuhan-tumbuhan. Malangnya, umat Islam atas kelemahan dan kegagalan menjadi contoh yang baik menyebabkan Islam tidak sampai kepada mereka dengan cara yang sebenar lagi meyakinkan. Saya percaya Allah akan mengampuni mereka, sekalipun ada kelemahan pada diri mereka. Jika tidak sampai kepada mereka ajaran Islam yang sebenarnya sedangkan mereka mencari yang benar, maka moga ada keuzuran untuk mereka di akhirat nanti. Adapun kebaikan yang mereka tunjukkan, yang dilakukan dengan jiwa yang luhur, ada nilai di sisi Allah. Allah Maha bijaksana  dalam menentu cara membalas amalan baik mereka. Allah juga berjanji:وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبۡعَثَ رَسُولٗا  [ الإسراء:15-15](maksudnya) “Kami tidak akan mengazab, sehinggalah Kami mengutuskan rasul” (Surah al-Isra; ayat 15).Insafi DiriHadis ini juga mengingatkan kita agar jangan memandang hina kepada orang lain. Ya, perbuatan yang salah memang dihukum salah. Dosa itu tetap dosa. Namun, kedudukan pelakunya di sisi Allah, hanya Allah Yang Maha Tahu. Mungkin satu hari mereka yang kelihatan berdosa itu mendapat keampunan melebihi orang lain. Ini semua kerana keikhlasan dan keinsafan jiwa setiap insan itu tidaklah sama. Mungkin seseorang itu kelihatan baik kerana lahir dalam suasana yang baik. Seseorang lain pula mungkin menjadi jahat kerana keadaan hidup yang melingkunginya. Namun, jika ada dalam jantung hatinya keikhlasan dan keinsafan diri, dia akan menemui jalan keampunan Tuhan Yang Maha Adil Lagi Penyayang. Semoga kita semua tawaduk serta insaf terhadap kelemahan diri sendiri dan kelebihan yang mungkin dimiliki oleh orang lain, sehingga dia mungkin lebih disayangi Allah dibandingkan  kita! Dr. MAZA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tulahan.blogspot.com/2019/12/kisah-rahmah-seorang-pelacur-dan-seekor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Disebalik Mural Yang Cantik Seorang Penjual Roti Bekerja Keras Selama 30 Tahun Dengan Artis Jalanan

Kisah Disebalik Mural Yang Cantik Seorang Penjual Roti Bekerja Keras Selama 30 Tahun Dengan Artis Jalanan

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 666 hits
Seorang penjual roti di Pulau Pinang tetiba menjadi terkenal degan sekelip mata menerusi internet selepas seorang artis jalanan berkongsi kenangan manis semasa membesar dengannya selama 30 tahun yang lalu Acit Raman Abdullah seorang artis j...
Murid Diserang Seekor Anjing

Murid Diserang Seekor Anjing

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 249 hits
MURID DISERANG SEEKOR ANJINGRANAU Seorang MURID perempuan berumur tujuh tahun parah selepas diserang seekor anjing ketika pulang dari sekolah 15 November lalu Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu murid Sekolah Kebangsaan Lipasu di Ranau itu...
Dedikasi Hingga Akhir Hayat Kisah Haru Seorang Guru Smp Di Garut

Dedikasi Hingga Akhir Hayat Kisah Haru Seorang Guru Smp Di Garut

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 218 hits
Kisah mengharukan seorang guru SMP di Garut yang tunjukkan dedikasi tinggi hingga di akhir hayat
Kisah Pakde Seorang Muslim Jadi Sopir Gereja Dan Layani Pendeta Selama 32 Tahun

Kisah Pakde Seorang Muslim Jadi Sopir Gereja Dan Layani Pendeta Selama 32 Tahun

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 283 hits
Pakde begitu orang memanggilnya Pria bersahaja berusia 58 tahun itu sangat dikenal para jemaat GPIB Immanuel Palembang
Viral Seorang Wanita Buang Air Besar Di Pinggir Jalan Saat Lalu Lintas Padat Lantaran Macet

Viral Seorang Wanita Buang Air Besar Di Pinggir Jalan Saat Lalu Lintas Padat Lantaran Macet

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 649 hits
Kejadian memalukan tertangkap kamera ponsel di mana seorang wanita terlihat buang air besar di pinggir jalan Dilansir dari Oriental Daily via World Of Buzz kejadian tersebut terjadi di pinggir Jalan Raya Johor Singapura Diberitakan wanita t...
Viral Seorang Ibu Pukul Wajah Siswi Sd Teman Anaknya Ternyata Alasannya Sepele

Viral Seorang Ibu Pukul Wajah Siswi Sd Teman Anaknya Ternyata Alasannya Sepele

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 294 hits
Seorang ibu ibu terekam kamera tega menampar siswi SD yang diduga merupakan teman anaknya hingga menangis Adegan tak pantas itu dilakukan pelaku di depan wali murid lainnya saat penerimaan rapor hingga menimbulkan reaksi ibu ibu lainnya Vid...
Seorang Isteri Akan Kekal Cantik Bila Suami Mencintai Semua Kekurangannya

Seorang Isteri Akan Kekal Cantik Bila Suami Mencintai Semua Kekurangannya

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 660 hits
Gambar HiasanAda orang mengatakan tidak kira berapa lama sudah berkahwin isteri akan tetap cantik dan menawan di mata suaminya apabila suaminya tidak lupa memberi wang pada isterinya isteri menjaga kecantikan bila suami memberikan dana yang...
Seorang Lelaki Jadi Mangsa Amuk Lelaki Tidak Waras Di Kedai Makan

Seorang Lelaki Jadi Mangsa Amuk Lelaki Tidak Waras Di Kedai Makan

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 396 hits
Tular sebelum ini di Twitter menegani tindakan seorang lelaki yang mengamuk di sebuah kedai makan Dalam video berkenaan menyaksikan seorang lelaki yang agak sedikit berusia ditampar dan ditumbuk serta di pukul dengan kerusi kedai makan berk...
Terdidiknya Seorang Isteri Apabila Baiknya Seorang Suami

Terdidiknya Seorang Isteri Apabila Baiknya Seorang Suami

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 425 hits
Gambar HiasanApabila seorang perempuan dia menikah Maka cerminan kepada perempuan itu adalah suami dia Kerana suami adalah pemimpin dan isteri adalah orang yang di pimpin Kalau isteri baik belum tentu suami baik Sebab itu kalau isteri masuk...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi