Kisah Pilih Kasih Bulu Dan Diskriminasi


 

Apa beza antara pilih kasih, pilih bulu, dan diskriminasi? Kata pakar bahasa:
Pilih kasih ialah memihak, sifat berat sebelah dalam membuat keputusan.Pilih bulu ialah memandang kedudukan, bangsa, keturunanDiskriminasi ialah pelayanan yang tidak adil terhadap individu atau kumpulan tertentu.Menurut Wikipedia, diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia – berpunca daripada kecendurungan manusia untuk membeza-beza manusia.
Saya menyimpulkan tidak ada bezanya antara pilih kasih, pilih bulu, dan diskriminasi kerana jika kita pilih kasih dan pilih bulu, atau memihak sesuatu kumpulan tertentu, kita mendiskriminasi sesuatu kumpulan yang lain.
Ertinya, amalan berat sebelah dan memilih akan membahagiakan satu kumpulan sementara mendukacitakan kumpulan yang lain.
Kerap kedengaran (secara terbuka atau bisik-bisik) aduan atau rungutun komuniti bukan Melayu bahawa mereka didiskriminasi dasar pentadbiran negara. Sama ada melibatkan soal mencari pekerjaan (dalam sektor awam khususnya), kenaikan pangkat, mendapat peluang pelajaran, atau membeli rumah. Panjang senarainya dakwaan mereka namun cukup setakat ini. Kita faham apa yang mahu disampaikan.
Aduan seperti itu kerap menimbulkan polemik hangat. Ada pihak yang menafikan dan menyifatkannnya “sekadar tuduhan liar”. Namun tentunya ada yang berpendapat sebaliknya.
Bagi saya, secara peribadi, tidak dinafikan ada betulnya rungutan itu. Mengapa ia berlaku soal lain. Kenyataannya ia ada berlaku. Mungkin tidak seburuk dasar apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan daripada 1948 hingga 1990-an tetapi ia berlaku.
Lantas ramai orang bukan Melayu yang kecewa dan marah, terus merajuk dan membawa hati ke negara luar. Ada dalam kalangan mereka berjaya dalam pelbagai bidang dan mencipta nama.
Ada juga yang tidak “menjadi”. Tetapi bagi yang berjaya membuktikan mereka boleh membuat sumbangan besar jika diberi kesempatan. Sayang mereka tidak dihargai di negara kelahiran.
Laporan disiar FMT tempoh hari mengisahkan bekas guru Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim di Kedah bernama Hashim Abdul Rahman. Oleh kerana menjadi mangsa amalan pilih kasih, beliau membawa diri ke Australia setengah abad yang lalu.
Ringkas ceritanya, Hashim dan seorang rakan sepatutnya di hantar ke Kanada untuk mengikuti latihan selama beberapa tahun supaya bila balik kelak akan mengendalikan program TV Pendidikan.
Namun setelah menunggu dua tahun, beliau mendapat tahu orang lain dihantar ke Kanada dan orang itu ialah menantu salah seorang pegawai tinggi Kementerian Penerangan. Cukup di situ walau pun ada lagi yang melukai hati beliau.
Hashim berhijrah ke Australia dan melepaskan kewarganegaraan Malaysia. Di Australia, beliau menjadi penjawat awam. Minggu lalu, Hashim menerima antara penghormatan tertinggi Australia iaitu “Order of Australia Medal” kerana jasanya kepada masyarakat Islam dan pengurusan persijilan halal negara itu.
Kita kerugian. Bayangkan sumbangan yang boleh beliau berikan kepada negara jika berada di Malaysia. Jika beliau diibaratkan sebutir permata, permata itu tidak dihargai di negara asalnya .
Yang hendak disampaikan ialah amalan pilih kasih tidak memilih kasih dalam menjadikan orang mangsanya. Hakikatnya pilih kasih, pilih bulu, diskriminasi terjadi ke atas semua bangsa.
Untuk memastikan kita tidak akan terus terlepas permata yang akan digilap negara lain, amalan pilih kasih, pilih bulu, dan diskrimnasi mesti dihentikan dan digantikan dengan dasar meritrokasi.
Kata Lim Hong Siang, pengarah eksekutif Penyelidikan Sosio-Budaya SAUDARA menerusi catatan diFacebook: “Jikalau diskriminasi diberi laluan untuk berlaku antara kaum, apakah ia tidak akan berlaku sesama kaum satu hari nanti?”
Jika diambil kisah Uncle Hashim sebagai contoh, ia sudah berlaku sejak setengah abad yang lalu. Sungguh malang.
Tiba masanya ia dihentikan. Bolehkah? Harap boleh. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/MalaysiansMustKnowTheTruth/~3/1qeEuApf50U/kisah-pilih-kasih-bulu-dan-diskriminasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amalan Pilih Kasih Sebab Saya Tinggalkan Malaysia Kata Uncle Hashim

Amalan Pilih Kasih Sebab Saya Tinggalkan Malaysia Kata Uncle Hashim

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 302 hits
Dua momen amalan pilih kasih oleh pihak berkuasa Malaysia meyakinkan Hashim Abdul Rahman untuk berhijrah ke Australia setengah abad yang lalu Beliau tidak pernah kembali kecuali sesekali untuk melawat sebaliknya menjadi terkenal di Australi...
Menantu Atau Mertua Tak Perlu Pilih Bulu Belajarlah Ambil Hati Masing Masing Demi Cucu

Menantu Atau Mertua Tak Perlu Pilih Bulu Belajarlah Ambil Hati Masing Masing Demi Cucu

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 321 hits
Sering kita dengar ibu mertua tidak suka dengan pilihan anaknya Malah ada juga menantu yang tidak berusaha untuk berbaik dengan ibu mertua Kesannya timbul persengketaan dalam kekeluargaan Cucu juga akan terkesan kasih sayang mereka kurang d...
Tommy Thomas Terikat Kisah Silam Mahathir Kesal Pilih Beliau Sebagai Peguam Negara

Tommy Thomas Terikat Kisah Silam Mahathir Kesal Pilih Beliau Sebagai Peguam Negara

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 263 hits
Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kesal melantik Tommy Thomas sebagai peguam negara setelah menyedari beliau masih terikat kisah silam tertentu Kalaulah saya tahu ini akan berlaku sudah tentu saya akan pilih orang lain Tetapi pada masa itu...
Kisah Burung Cantik Singgah Di Laman Pilih Stem Prinsip Akaun Tingkatan 4

Kisah Burung Cantik Singgah Di Laman Pilih Stem Prinsip Akaun Tingkatan 4

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 436 hits
assalamualaikum salam sejahtera saya tak tahu apa nama burung ni kerap ada di laman rumah saya menghisap madu kat pokok bunga beberapa kali da saya peratikan spesis ni kuning biru hijau pelbagai warna beberapa hari lepas sedang saya lepak d...
Hannah Delisha Pilih Low Profile Enggan Terlalu Jaja Kisah Peribadi

Hannah Delisha Pilih Low Profile Enggan Terlalu Jaja Kisah Peribadi

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 531 hits
Nama pelakon cantik kelahiran Singapura Hannah Delisha sejak kebelakangan ini sering menjadi topik perbualan warganet Bermula dengan penampilannya yang nampak semakin manis setelah berhijab nama Hannah terus melonjak apabila dipuji membawak...
Seburuk Apapun Pasanganmu Dialah Yang Allah Pilih Untukmu Dan Pastinya Dialah Yang Terbaik

Seburuk Apapun Pasanganmu Dialah Yang Allah Pilih Untukmu Dan Pastinya Dialah Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 219 hits
Seburuk Apapun Pasanganmu Dialah yang Allah Pilih Untukmu Dan Pastinya Dialah yang TerbaikAkan ada saatnya saya kamu mengeluh tentang keburukan pasangan Dihh kok gini ya kok gitu ya aku nggak sanggup bertahan kalau kita nggak sejalan Hey ng...
Tidak Mampu Kelak Rakyat Akan Pilih Dipenjara

Tidak Mampu Kelak Rakyat Akan Pilih Dipenjara

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 322 hits
Darurat telah digunakan untuk menekan rakyat sebab pemimpin kerajaan dikecualikan
Dini Janna Pilih 2 2 2021

Dini Janna Pilih 2 2 2021

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 361 hits
Hubungan cinta pelakon kacukan Melayu Switzerland Dini Azan Schatzmann 26 dan kekasihnya Janna Nick 26 terus menjadi perhatian netizen Satu demi satu gelagat merpati dua sejoli itu dibangkitkan sejak menjalinkan hubungan cinta hampir dua ta...
Kisah Bule Asal Belanda Jualan Mi Ayam Di Yogya Harganya Rp 7 000 Semangkuk

Kisah Bule Asal Belanda Jualan Mi Ayam Di Yogya Harganya Rp 7 000 Semangkuk

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 324 hits
Mi ayam tentu tidak asing di telinga masyarakat Di Yogyakarta warung mi ayam cukup mudah ditemukan dengan berbagai kekhasan rasa dan variasinya Salah satunya adalah warung makan Bakso Mi Ayam Telolet di Jalan Moses Gatotkaca Mrican Caturtun...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm