Kisah Persinggahan Singkat Pablo Aimar Bersama Johor Darul Ta Zim Fc


Kisah Persinggahan Singkat Pablo Aimar Bersama Johor Darul Ta'zim
DAKWAAN PABLO AIMAR AKAN DIPINDAHKAN KE AKADEMI JOHOR Gegak gempita berita kehadiran Pablo Aimar di bumi Malaysia sempat menghebohkan dunia. N amun, kelibatnya bersama kelab Johor Darul Ta'zim jauh dari harapan setinggi gunung para penyokong. Aimar melalui dua tempoh yang sangat berlawanan apabila menilai hasil dari kariernya ketika berada di Malaysia.

Pada 1997, Aimar mendarat di Malaysia bersama skuad kebangsaan Argentina untuk bersaing dalam kejohanan FIFA World Youth Championship (kini dikenali sebagai FIFA U-20 World Cup). Selain Aimar, skuad remaja La Albiceleste ketika itu turut dibarisi pemain-pemain seperti Leo Franco, Walter Samuel, Esteban Cambiasso, Diego Quintana dan Juan Roman Riquelme. Pablo Aimar akan dipindahkan kerana tiada tanda2 dia pulih dari kecederaan tatkala pasukan memerlukannya, Pablo Aimar merupakan Pemain paling mahal di dalam liga Malaysia, Dengan perpindahan Pablo Aimar JDT akan mengambil pemain yang bernama NICOLAS ANELKA untuk diserapkan ke dalam pasukan JDT, adakah ia benar atau rumours semata-mata? sama-sama kita nantikan perkembangan isu ini dari semasa ke semasa. Selepas kejohanan itu, muncul juga nama pemain-pemain yang begitu kita kenali kini seperti Thierry Henry, David Trezeguet, Nicolas Anelka, Damien Duff, Shunsuke Nakamura, David Albelda dan Michael Owen.

Aimar saat itu hanya berusia 17 tahun, tapi beliau sudah menunjukkan bakat menjanjikan hingga dibandingkan dengan legenda Argentina, Diego Maradona. Selesai aksi fasa kumpulan di Perlis, Aimar dan rakan sepasukannya berkunjung ke Johor Bharu untuk menghadapi England di pusingan kalah mati 16 terbaik.
 



Penampilan Aimar di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunus pada 26 Jun 1997 bukanlah yang terakhir di venue itu, kerana beliau kemudiannya menyertai kelab Johor Darul Ta'zim pada 2014 ketika berada di penghujung kariernya, usia 34 tahun, setelah melalui perjalanan penuh warna-warni di River Plate, Valencia, Real Zaragoza dan Benfica.
 



JDT baru berada di musim kedua dari proses 'rebranding' mereka dan perekrutan Aimar menandakan kesungguhan kelab untuk menggapai tahap tertinggi. Kehadiran Luciano Figueroa pada musim sama tidak semegah sambutan yang ditunjukkan para penyokong pada Aimar, namun keduanya benar-benar memberi sumbangan yang berbeza terhadap pasukan.
 



Aimar hanya bermain 8 perlawanan pada musim itu, menjaringkan 2 gol. Sukar untuk mengekalkan tahap kecergasan, kembara kali kedua Aimar di bumi Malaysia hanya bertahan selama 4 bulan sebelum dilepaskan pada April 2014.
 


 
Pemergian Aimar meninggalkan kekecewaan apabila mengenang kembali harapan besar yang disandarkan kepadanya. Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail mengungkapkan sejumlah alasan mengapa karier Aimar bersama JDT tidak seperti diharap-harapkan.
 


TMJ mengatakan JDT pada waktu itu tidak bersiap sepenuhnya untuk memiliki pemain sekaliber Aimar, baik dari segi pengurusan pasukan, struktur dan fasiliti. Sistem penjenamaan semula yang baru dibentuk juga masih dalam proses untuk berkembang.

🗣 "Diusia tiga angka dan ditengah prospek persaraan ketika menyertai JDT, saya menilai, dalam hal bola sepak, sumbangan Aimar terhadap filosofi kelab adalah yang paling penting berbanding hanya menganalisis apa yang beliau lakukan di dalam padang. Itu lebih seperti satu proses pembelajaran bagi kami," ujar TMJ.
 


Namun, terdapat juga laporan-laporan yang berunsur negatif mengenai Aimar. Beliau dikatakan sangat sukar untuk diuruskan. Pemain itu bersikap diva. Aimar pernah meminta untuk tinggal di Singapura dan berulang-alik ke Padang Seri Gelam untuk sesi latihan.

Dalam kemewahannya, Aimar adalah seorang playmaker kreatif dengan visi dan teknik yang baik dalam menyempurnakan umpanan serta memiliki kemampuan untuk melakukan dribble melewati pemain lawan. Agak mengecewakan apabila penyokong bola sepak di Malaysia hanya seketika melihat aksinya, 17 tahun selepas Aimar mula-mula memikat hati mereka di sini.
 



Seiring peningkatan usia, Aimar sudah mengalami kemerosotan ketara dan tidak lagi memiliki kapasiti fizikal yang baik untuk menghasilkan permainan seperti dibayangkan di benak fikiran masyarakat kita.
Persinggahan seketika Pablo Aimar bersama JDT memang jauh panggang dari api. Walaupun berjaya dari segi pemasaran dan mempromosikan nama JDT, tidak ada sesuatu yang mampu diceritakan dengan epik.

Mendatangkannya sempat membuat JDT menjadi buah mulut dan perbicaraan dunia, kerana status yang dimiliki Aimar. Lebih dari itu, kes ini menjadi pelajaran berguna bagi TMJ dan JDT berkaitan rancangan masa depan mereka dan jenis pemain import apa yang harus mereka dapatkan kelak.

Selepas meninggalkan Malaysia, Aimar pulang ke tanah kelahirannya untuk menyarung kembali jersi River Plate. Namun, beliau yang gagal mengekalkan kecergasan hanya melakukan satu penampilan bersama Los Millonarios sebelum akhirnya mengumumkan persaraan pada usia 36 tahun.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2020/12/kisah-persinggahan-singkat-pablo-aimar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Johor Jika Angka

Johor Jika Angka

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 200 hits
1 Jika Johor ikut formula Perak kerajaan negeri akan lebih stabil 2 UMNO Johor pada masa ini memiliki 14 kerusi DUN PPBM 12 MIC 2 dan PAS 1 Pakatan Harapan memiliki 27 kerusi DUN 3 Jika formula Perak digunapakai UMNO bergabung dengan PH aka...
Kenyataan Media Majlis Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Johor

Kenyataan Media Majlis Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Johor

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 252 hits
5 DISEMBER 2020 19 RABIUL AKHIR 14421 Majlis Pengerusi PH Johor telah bermesyuarat hari ini di Kluang 2 Kami ambil maklum berkaitan laporan berita oleh portal Utusan Malaysia pagi ini Dato Osman Sapian berkata MB Johor boleh terima nasib sa...
Eyes On Johor State Assembly As Muhyiddin Arrives At Sitting

Eyes On Johor State Assembly As Muhyiddin Arrives At Sitting

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 188 hits
Following the ouster of Ahmad Faizal Azumu as the Perak menteri besar via a confidence vote in the state assembly on Friday the focus has now shifted to Johor assembly over the possibility of such a move against its menteri besar Hasni Moha...
Ph Sedia Jatuhkan Mb Johor

Ph Sedia Jatuhkan Mb Johor

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 301 hits
Kerajaan Perikatan Nasional Johor terdedah kepada tindak balas Parti Peribumi Bersatu Malaysia pada hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri hari ini susulan kenyataan pemimpin Bersatu Datuk Osman Sapian sebelum ini Osman pada Jumaat meny...
Muhyiddin Attends Johor Legislative Assembly Sitting

Muhyiddin Attends Johor Legislative Assembly Sitting

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 170 hits
Muhyiddin chats with Johor Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad during the Johor Legislative Assembly sitting today NSTP Pic courtesy of MEDKOM ISKANDAR PUTERI Tan Sri Muhyiddin Yassin is attending the Johor Legislative Assembly sitting in Ko...
Jika Johor Berubah Hari Ini Perak Dan Kerajaan Pusat Juga Bakal Berubah

Jika Johor Berubah Hari Ini Perak Dan Kerajaan Pusat Juga Bakal Berubah

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 499 hits
malaysiadateline comNasib MB Johor akan ditentukan hari ini kekal atau jatuh bila Belanjawan 2021 Johor akan diundi di Dun hari ini Sebagaimana Menteri Besar Perak nasib Menteri Besar Johor akan ditentukan dalam sidang Dewan Undangan Negeri...
Don T Seek Revenge Ousted Perak Mb Tells Johor Bersatu

Don T Seek Revenge Ousted Perak Mb Tells Johor Bersatu

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 282 hits
Ousted Perak menteri besar Ahmad Faizal Azumu has urged Johor Bersatu not to seek revenge The Bersatu deputy president said this when asked about calls for a retaliatory strike against Johor Menteri Besar Hasni Mohammad Don t seek revenge I...
Mb Perak Tumbang Mb Johor Pula Dalam Keresahan

Mb Perak Tumbang Mb Johor Pula Dalam Keresahan

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 336 hits
Adun Bersatu Kempas Osman Sapian membayangkan apa yang terjadi di Perak mungkin boleh juga berlaku di Johor Ini selepas Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu digulingkan sebagai menteri besar Perak semalam Kata Osman Bersatu Johor ba...
Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Stay Strapped How To Transport A Motorcycle The Right Way


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Hari Apresiasi 6 Tahun Tabika Kemas 2024

Mural By The One Academy

Lelaki Itu Bukan Kiriman Tuhan

Spm 2024 Day 2 Tremendous

Pilihan Raya Ketua Murid Peringkat Sekolah

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis