Kisah Perjalanan Berhijab Yang Sungguh Luar Biasa



Kisah Perjalanan Berhijab Yang Sungguh Luar Biasa. Assalammualaikum semua! Kali ini Ruby terdetik untuk bercerita tentang pengalaman berhijab. Perjalanan untuk menjadi Muslimah yang sempurna pada mata kita. Ada kalanya tersasar juga. Tujuan blogpost ini bukan untuk membuka aib sendiri. Tetapi, ia lebih kepada perkongsian pengalaman. InsyaAllah. Sebab pengalaman kita semua bermula mengenakan hijab pastinya berbeza. Betul tak? Sedikit sebanyak, ia membantu Ruby kekal berhijab hingga hari ini. Alhamdulillah. 

Kisah Perjalanan Berhijab Yang Sungguh Luar Biasa

Sebagai wanita beragama Islam dari kuturunan dan tertera Islam di kad pengenalan rakyat Malaysia. Pastinya kita didedahkan dengan kehidupan berlandaskan syariah dan sunnah Rasullullah S.A.W. Betul tak? Jadi, selepas Ruby dilahirkan, Ruby sentiasa nampak wanita berhijab, berniqab dan menutup aurat di sekeliling Ruby. Ada kala nampak arwah opah memakai anak tudung macam style turban tu. Stailo tau orang zaman dulu. Hehe

Dulu, masa kecil, Ruby pakai tudung hanya semasa nak pergi belajar mengaji muqadam di rumah jiran sahaja. Kemudian, pada usia 7 tahun Ruby bermula "dipaksa" memakai hijab adalah ketika darjah 1. Ketika itu, Ruby kena sakit begok di leher. Ruby ada kongsi pengalaman itu di blogpost sebelum ini di sini https://www.ruby.my/2020/04/terus-istiqamah-berhijab-bersama-shera-lee.html?m=1. Semasa memakai hijab di sekolah rendah, memang tiada keyakinan diri. Ala rimasnya kena pakai hijab. Cuaca di sekolah dah la panas. Bila pakai hijab, secara automatik kena tutup aurat. Baju kurung lagi la merimaskan. Murung sangat-sangat masa tu


Ini gambar kami adik beradik. Ruby darjah 1 ketika ini. Dari kiri, adik bongsu, Ruby dan adik nombor 2. Senget benget pakai hijab. ahhh lantaklah. Hahaha. Paling menyampah sebab anak tudung jaring-jaring tu tak selesa. Zaman dulu mana ada pilihan anak tudung pun kan


Masih kah kau ingat? hahahaha. anak tudung legend! 

Pilihan yang ada untuk bersukan sambil berhijab. Masa usia 10 tahun. Ikat je bawal dua dihadapan macam pergi mengaji dan get ready untuk berolahragawati! Hahaha. Serius menggamit memori bila menulis blog tentang "Kisah Perjalanan Berhijab Yang Sungguh Luar Biasa". Olahragawati tauuuu dulu. Laju berlari masa ni. Haha


Ketika beraya di kampung. Mak paksa pakai tudung. Aduiii mak ni pun. Baru nak melasak. Berlari sana sini, dah kena jadi Ayu la masa ni. hahaha

Masa ini, Ruby berusia 12 tahun. hehehe. semua mak pakaikan hijab. Bawal la paling senang. Ikat belakang. kahkahkah. semua adik beradik ku tidak terkecuali ya. 

Gambar di kad pengenalan semasa usia 12 tahun. Stress betul muka Ruby! Hahaha. Tahun 1999. Mau tak stress kena pakai tudung stail macam tu? Pastu tudung mak yang satin tu aduiii susah nak betulkan muncung tu


Gambar semasa tingkatan 2. Masa dulu, rasa diriku gemuk, bila tengok balik. Mana bahagian gemuknya? Hurmmmm. Pakai tudung macam ni lagi senang kan. Sarung je. Tips untuk kekal bentuk bulat kat atas awning tudung tu. Masukkan cover buku skrap yang transparent tu. Boleh kerat tiga cover tu! Faham ke apa Ruby cerita ni? Hahaha. Next tips adalah korang gosok lilin IKEA semasa seterika hijab di bahagian awning tu. Nanti dia elok keras terbentuk je tudung uols. Hahahaha. Teknik ni Ruby gunakan sepanjang zaman persekolahan. 

Ini gambar tingkatan 3. Tudung bawal putih ni favourites Ruby. Pakai sampai lunyai! Stail pun macam tu je. Hehehe. Kalau pakai bawal, Ruby suka awning muncung camtu. Tak tau kenapa. HAHAHA.


Bawal sepanjang masa. Forever bawal. Stail ikat belakang ni tidak patuh syariah. Hurmmm.


Tamat dah zaman sekolah. Sedar tak sedar. Berhijab itu sudah menjadi satu uniform untuk Ruby. Apabila berhijab, kita akan belajar menjaga aurat. Ada kalanya tersasar juga pada permulaannya. Baju lengan pendek, pakaian tidak longgar dan ternampak bahagian kulit lain. Untuk mendapat ilmu tentang berpakaian muslimah, Ruby melihat cara pemakaian emak, ibu saudara, ustazah dan guru disekolah Ruby yang berhijab. 
Permulaan Mengenali Pashmina & Shawl
Ruby masih ingat lagi, ketika itu Selebriti Wardina Safiyyah memakai Pashmina. Cantik betul! Macam mana nak pakai camtu? Mula lah beli sehelai di pasar malam Jalan TAR ( Tuanku Abdul Rahman). Tapi, tak pakai lama. Sebab rimas dengan material 100% cotton tebal dan cuaca panas sungguh. Kemudian, Shawl di perkenalkan. Ni semua pengaruh majalah Dara.Com. Haha. Jenuh mencari shawl. Rupanya material ada pelbagai ya adik-adik. Ruby beli material chiffon apa tah. Jarang sungguh laaaaa oiii. Nampak leher dan telinga! Masa zaman dulu mana ada inner neck, baju inner long sleeve pun tak tinggi di leher macam sekarang yang boleh didapati di UNIQLO. Malu sangat masa tu sebab terdedah aurat secara tidak sengaja. 
Sejak dari itu, Ruby mula belajar tentang material hijab dan semasa membeli, mesti cuba! Yang nampak je jarang dan material tak sesuai atau mudah nampak kesan peluh. bye! 

Zaman bekerja dulu. Pakaian yang selamat, hijab hitam dan jaket. huhu


Zaman bekerja pejabat dah mula belajar material Cotton Lycra sebagai anak tudung. Selesa dan terletak di wajah ku yang gebuu. Sejak suka dengan Shawl, banyak koleksi Shawl Ruby sering tambah. Shawl.bercorak bunga, tiada corak dan corak kotak-kotak. Malah, material shawl juga ada pelbagai. 

Material shawl amat penting. Ia membantu kita tampil cantik dan berkeyakinan. 

Jika travel, Ruby suka make it simple. Pakai hijab bercorak dan snow cap atau topi. Nanti tak nampak kesan keromot kain hijab tidak di seterika. hahaha. 
Tudung Sarung Teman Sepanjang Masa 
Dari bawal, shawl dan tudung sarung. Semua memberi kita keseronokan berhijab dan menjaga aurat. 

Tudung sarung memang wajib ada. Ia tudung penyelamat untuk ke pasar, ambil anak balik sekolah, pi dobi dan tudung ketika berada di rumah mak mentua. Jaga aurat kita. okay

Anak Tudung Pelengkap Hijab Sempurna
Sibuk bercerita tentang pencarian hijab sesuai. Korang nak tau tentang anak tudung tak? hahaha. Pencarian anak tudung adalah paling membuatkan Ruby meradang. Tengok iklan sana, tengok iklan selebriti, tengok instagram, tengok hasil jualan. Semua bagi testimoni best. Tapi hampehhhhhh. Ruby bersyukur masa Ruby sedang mencuba cari anak tudung sesuai, ada kawan-kawan berhijab yang sudi tumpang beli barang. Korang, bayangkan beli sekodi anak tudung boleh jimat banyak ringgit tau. Kami kongsi beli sama-sama. Pilih warna yang korang nak aje. Hehe. 
Diantara koleksi anak tudung yang menemani perjalanan hijab ku


Masih ingat anak tudung stail ini? Nampak mudah pakai. Tapi untuk bentuk muka Ruby, ia akan membuatkan anak tudung terkebelakang dan seterusnya terkeluar anak-anak rambut di bahagian telinga. Option? Ya ada pilihan. Kita gunting belakang tu sikit. Rujuk gambar di bawah


Yezzaaa, ini lah rutin tiap kali beli anak tudung. Anak tudung pada zaman ini diberu nama "inner". Sama je konsep anak tudung tapi berlainan rekaan. 

Inner snow cap. Tak reti pakai dan tak faham fungsi lubang tu. Huhu. Tak pakai, tapi masih simpan. Why eh? Hahaha


Inner Magic! yesssss ini faveret Ruby! Siap sediakan stok dan ada semua warna! Ada 20 warna! Hahaha. Transformasi kegembiraan berhijab boleh nampak dari ekspresi wajah kita. Inner Magic ni sekitar tahun 2010 camtu. So dari 2010 muka Ruby ada manis skit bila berhijab. kahkahkahkah


Tahun 2020, Ruby mencuba mencari kelainan dan keselesaan berhijab. Ruby jumpa satu inner di beri nama Viscose. Pertama kali cuba dah tersuka. Sebab material sejuk dan cara penyimpanan sangat senang. Breathable & Stretchable. Sedar tak sedar, dah ada 10 helai koleksi Inner Viscose Snowcap Shera Lee



Viscose Snowcap yang Ruby miliki adalah Serenity Blue, Champagne, Onyx, Buttercup, Clover Green, Dusty Periwinkle, Army Green, Berry Pink dan Heavenly White. Oh ya, Onyx tu Ruby ada dua. Hehe. Kemudian, hijab mereka Ruby ada Satin Matte in Raspberry, Satin Matte in Midnight Blue, Honey Blossom in Pewter, Moroccan Muse in Moonlight Grey dan Fallen Sakura in Summer Taupe, Satin Diamond in Sea Green dan Satin Diamond in Mulberry Red

Pengalaman Paling Teruk Ketika Berhijab
Ruby masih ingat lagi, waktu itu berada di taman tema dan beratur untuk menaiki roller coaster. Seronok sangat! Bila tiba giliran Ruby. Ruby ambil kerusi bahagian hadapan dengan harapan bahawa nanti gambar Ruby mesti cun la jerit-jerit sambil angkat tangan. Tapi... Apa yang di rancang tidak menjadi. Sebab tudung Ruby hampir tertanggal dan hasil gambar auto di landasan memang hampeh la. Tudung tutup muka, Ruby sedang pegang tudung dan gambar tak best langsung. hahaha. Sepanjang bermain roller coaster tu dah tak best, sebab sibuk pegang hijab kuat-kuat supaya tak tercabut atau terbang. Hahahaha! 
Nak dijadikan cerita, selepas insiden itu. Ruby pergi kedai cenderahati dan beli pin button batch tu dan pin tudung kemas-kemas. Barulah syok pusing-pusing main roller coaster! Hehehe. Jangan putus asa okay? Cepat berfikir untuk penyelesaian masalah. Bukan lari dari masalah dan menyalahkan takdir. Berhijab ni adalah cabaran. Setiap dari padanya adalah latihan untuk kehidupan lebih bermakna

Pembukaan Semula Push Cart Shera Lee Di Nu Sentral
Jika korang ingin melihat koleksi-koleksi hijab jenama Shera Lee. Boleh cuba tengok di cawangan Nu Sentral. Waktu operasi adalah sama dengan waktu operasi pusat membeli belah Nu Sentral. Jadi, korang boleh datang bila-bila masa. 
Level G, Waktu Operasi: 10AM-10PM

Pelancaran Koleksi Satin Diamond
Sepanjang mengenali jenama Shera Lee, Ruby banyak memiliki koleksi dari material Satin Matte. Apabila Shera Lee kembali mengeluarkan best seller shawl mereka iaitu dari material Satin Diamond. Terus jatuh cinta! Senang terbentuk shawl jenis ini! Ruby ada Sea Green dan Mulberry Red. Nanti nak tambah lagi koleksi warna lain. Semua cantik-cantik! Harga RM 59.00. Nak harga lebih berbaloi-baloi? Beli sekarang! Ada potongan harga sehingga RM 55!. Hehe. 

Address: GP3.03, 3rd Floor Treehouse Tamarind Square, 63000 Cyberjaya, Selangor
Isnin - Jumaat : 10AM - 8 PM
Sabtu & Ahad : 12PM - 8 PM
NU Sentral Mall, Level G (Pushcart)
Setiap Hari | 10AM - 10 PM Web : www.sheralee.myIG : www.instagram.com/sheralee.myFB : www.facebook.com/sheralee.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2020/07/kisah-perjalanan-hijab-yang-sungguh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Chini Kerjasama Muafakat Nasional Dan Perikatan Nasional Hasilkan Kejayaan Luar Biasa Najib

Prk Chini Kerjasama Muafakat Nasional Dan Perikatan Nasional Hasilkan Kejayaan Luar Biasa Najib

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 396 hits
Astro Awani Julai 05 2020Mohd Sharim diumumkan memenangi kerusi DUN itu dengan mendapat 13 872 undi BernamaPEKAN Kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini disifatkan sebagai manifestasi kerjasama parti...
Mantap Masuk Islam Pesinetron Giovanni L Tobing Islam Agama Yang Luar Biasa

Mantap Masuk Islam Pesinetron Giovanni L Tobing Islam Agama Yang Luar Biasa

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 451 hits
Pesinetron Giovanni L Tobing memutuskan masuk Islam dan menjadi mualaf setelah menikahi Dewi Ariani Informasi ini cukup mengemparkan dan sekaligus jadi kabar bahagia karena semakin banyak saudara seiman yang mendapat hidayah Kabar masuk isl...
Kisah S4yu Remaja Dij3mput Ilahi Ketika Dalam Perjalanan Jadi Imam Mengajar Al Quran

Kisah S4yu Remaja Dij3mput Ilahi Ketika Dalam Perjalanan Jadi Imam Mengajar Al Quran

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 275 hits
Jodoh rezeki ajal dan m4ut telah ditetapkan Allah SWT semenjak kita masih berada di dalam rahim ibu lagi Sebagai muslim kita hendaklah berserah dan percaya kepada takdir yang telah ditetapkan ini Kisah S4yu Remaja Dij3mput Ilahi Ketika Dala...
Ini Tanda Penghargaan Luar Biasa Kepada Hero Negara Pandemik Covid 19

Ini Tanda Penghargaan Luar Biasa Kepada Hero Negara Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 396 hits
Pemuda Lukis Potret Doktor Noor Hisham Pada Cup Starbucks Tanda PenghargaanSEJAK bermulanya pandemik Covid 19 melanda negara kita Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan frontliners lain diangkat menjadi hero neg...
Sejuk Perut Ibu Mengandung Anak Yatim Digelar Google Al Quran Amp Miliki Kelebihan Luar Biasa

Sejuk Perut Ibu Mengandung Anak Yatim Digelar Google Al Quran Amp Miliki Kelebihan Luar Biasa

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 333 hits
Siapa sangka usia mereka baru setahun jagung namun sudah berjaya hafal al quran dengan baik Meskipun bergelar anak yatim ia telah menjadi pendorong untuk meletakkan sepenuh usaha agar berjaya di dunia dan akhirat Mungkin bagi sesetengah kan...
Hiburan Ieda Moin Kini Berhijab Mahu Kekal Istiqamah

Hiburan Ieda Moin Kini Berhijab Mahu Kekal Istiqamah

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 267 hits
Pelakon Ieda Moin memutuskan untuk berhijab penuh selepas mengharungi beberapa insiden yang menggerakkan hatinya untuk menunaikan hasrat murni tersebut Selain diuji dengan kehilangan teman karibnya Maya Matahari yang telah pergi menghadap I...
Gelembung Perjalanan Hishammuddin Akan Hubungi Singapura

Gelembung Perjalanan Hishammuddin Akan Hubungi Singapura

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 351 hits
PEKAN 28 Jun Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan menghubungi rakan sejawatannya dari Singapura bagi perbincangan lanjut mengenai cadangan pembukaan pintu sempadan kedua dua negara menggunakan konsep gelembung perjalanan Be...
Cik Manggis Sudah Berhijab Azira Pula Tampil Beri Pendapat Dan Agak Mengejutkan Bila Azira Buat Kenyataan Yang Satu Ini

Cik Manggis Sudah Berhijab Azira Pula Tampil Beri Pendapat Dan Agak Mengejutkan Bila Azira Buat Kenyataan Yang Satu Ini

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 845 hits
Melihat penampilan baharu rakan karibnya yang juga merupakan ahli kumpulan De Fam Cik Manggis mengenakan hijab penuh beberapa hari lalu penyanyi Azira Shafinaz akui terkejut dengan berita tersebut Cik Manggis Sudah Berhijab Azira Pula Tampi...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba