
Salah seorang pengguna laman Twitter yang dikenali sebagai Luqman Hakim memuat naik gambar lukisan dia di akaunnya sebagai tanda penghargaan buat Datuk Dr Noor Hisham dalam menangani wabak Covid-19.Tulis Luqman, dia melukis potret tersebut sebagai ‘tribute’ kepada Datuk Dr Noor Hisham atas perkhidmatan beliau yang cemerlang yang disalurkan kepada negara. Dia juga berharap dapat memberi cawan yang terukir gambar Datuk Dr Noor Hisham itu kepada beliau sebagai hadiah.Dr Noor Hisham Puji Lukisan Cantik
Apa yang menggembirakan, Datuk Dr Noor Hisham telah menyedari lukisan yang dilukis itu dan telah membalas tweet itu dengan ucapan terima kasih. Dr Noor Hisham juga memuji lukisan tersebut.Beliau menyatakan Luqman merupakan seorang pelukis yang berbakat dan bukan mudah untuk dia melukis potret sebegitu di atas cawan kertas seperti itu.Starbucks Reply Tweet
Selain Datuk Dr Noor Hisham, Starbucks Malaysia juga telah membalas tweet tersebut dengan menyatakan itu adalah ‘tribute’ yang indah buat hero negara itu.Sehubungan dengan itu, menerusi Twitter rasmi Datuk Dr Noor Hisham, rata-rata pengguna laman Twitter memuji potret tersebut dan mereka juga berharap Starbucks Malaysia dapat mengeluarkan bekas minuman edisi khas dengan lakaran wajah-wajah hero negara.

Sumber: Luqman Hakim , Datuk Dr Noor Hisham|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |