Kisah Penjual Pulut Durian
Semalam Un teringin sangat nak jamah pulut durian. Oleh sebab tak sempat nak mencari durian, maka beli lah set yang dah siap dimasak. Aku beli pulut durian di Kajang/ Semenyih ni secara online sahaja. Photo kedua : Aku dapat durian keras. Maka, aku cakap (dalam wassap la), dengan penjual dengan hati rasa macam nak marah sebab seolah-olah ditipu. Aku tanya dia , ” Sis memang jual pakej pulut dengan durian keras ke?”…kasar bunyinya kan. Jadi, si penjual cakap nak ganti 1. Aku serba salah nak terima walaupun 1. Tapi dah bayar,maka aku setuju untuk dia ganti 1. Lepas tu hari ini ( 4/5/2020) , dia buat aku sebak weh. Dia gantikan aku 3 pek. Katanya dia nak berkat dalam cari rezeki, dia salah mungkin sebab tak check kualiti Durian tu. Aku pula serba salah, sebab dia belanja 3 pek tu. Bila aku tanya kawan-kawan, PakYa a.k.a PapaAmyzal cadangkan untuk hilangkan rasa bersalah, nanti order lagi untuk bayar semula nilai yang.dia sedekah. Gitulah lebih kurang kaedahnya. Apapun rezeki Allah swt luas sangat. sebab, semalam jiran belanja nasi ayam 3 pek dekat aku. MasyaAllah, semua tu tak ku jangka. Sebab katanya, dia dah order nasi ayam, pada masa yang sama laki dia pun beli nasi untuk anak-anak yang kat rumah. Maka, rezeki berlebihan tu, Kak Ayu bagi pada kami. Jadi, aku pun kongsikan rezeki pulut durian tu dengan Kak Ayu pula. Kejadian sehari sebelum pula, ada anggota batalion 19 ,Haiqal namanya. dia kata dia memang baiki aircond. Jadi sebab mau bantu dia, suami pun call la dia untuk baiki aircond, jika sebelum ni aku hanya percayakan kedai Cina yang biasa aku buat. Atas niat suci kami pun buat dengan anggota ni. Tapi malangnya, dia kata aircond inverter tak bagus, susah baiki, aku dah semacam dah. Tak sehaluan apa aku pikir dengan laki aku sendiri pikir. Maka, dia kata ada part nak kena tukar…okay agree je laa, ingatkan dia bagus. Tapi lepas dia balik, aku geram la…aircond panas, tak ada kesan pun nak sejuk, atau ada perubahan daripada sebelumnya. Dah la part pe Aku jenis tak sabar, jadi aku call la Chong, yang selalu service aircond lat rumah aku. Chong buat chemical service, dalam sejam setle. Sejuk gedi lepas tu tau. Tak tak berkuap la kami dalam rumah. Aku apa lagi, terus la bagi tau laki aku.. geram! “B, bagitau dia, jangan jejak lagi rumah ni!” Geram! Sampai laki aku cakap, tu la kalau dah marah orang..muka tak mau tengok hahahahaa… Tapi aku tak minta balik bayaran yang dah bagi. Mungkin melalui penipuan dia, dia sebenarnya perlukan duit. HUSNUZON! Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain, walaupun cara dia dapatkan bukan dengan cara yang betul. Yakin dengan rezeki Allah.. dia beri dia ambil…semua berbalik kepada Allah swt.
The post Kisah Penjual Pulut Durian appeared first on Ummi Nani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2020/06/pulut-durian-delivery-di-kajang/