Kisah Nabi Khidir Untuk Renungan Umat Akhir Zaman


Suatu hari, seorang dari Bani Israil menemui Musa dan kemudian bertanya, “Wahai Nabiyullah, adakah di dunia ini orang yang lebih berilmu darimu?” Tersentak, Nabi Musa a.s. pun menjawab, “Tidak”.

Gambar hiasan

Tentu saja, siapa yang mampu menandingi ilmu Nabi Musa, utusan Allah kala itu. Sumber tuntunan agama dan sumber pengetahuan wahyu Allah ada di genggaman Musa. Ia memiliki Taurat dan pelbagai mukjizat dari-Nya.

Namun, rupanya Allah memiliki hamba lain selain Musa yang lebih berilmu. Allah pun menegur dengan mewahyukan pada Musa bahawa tak seorang pun di muka bumi yang mampu menguasai semua ilmu.

Selain Nabi Musa, di bumi ini terdapat seseorang yang memiliki ilmu luar biasa. Ilmu yang tidak dimiliki Nabi Musa sekalipun.

Mengetahui hal tersebut, Nabi Musa pun ingin berguru kepada orang tersebut. Ia bersemangat ingin menuntut ilmu dan menambah pengetahuannya.

Walau bagaimanapun, Nabi Musa yang mempunyai ilmu syariat sekalipun bingung dengan tiga tindakan Nabi Khidir yang nampak seperti bersalahan dengan syariat tetapi mempunyai hikmah mendalam yang tidak difahami oleh Nabi Musa.

Tiga tindakan Nabi Khidir tersebut adalah seperti berikut:

1. Tindakan pertama Nabi Khidir ialah merosakkan perahu yang mereka tumpangi

Hikmah yang terkandung di dalam tindakan ini ialah perahu tersebut dimiliki oleh orang miskin dan di hujung sungai tersebut terdapat seorang raja yang akan merampas perahu yang elok dan perahu yang telah rosak tersebut tidak akan dirampas oleh raja tersebut.

Tindakan Nabi Khidir ini sebenarnya mempunyai pesanan yang tersirat untuk umat akhir zaman.

Di akhir zaman ini, ramai orang yang sudah kaya seperti seorang raja, tapi masih lagi ingin bertambah kaya dengan mengambil harta orang lain.

Walau bagaimanapun, cara mereka mengambil harta orang lain tersebut bukanlah dengan secara kasar seperti merampas bahkan dengan secara halus seperti riba.

Sistem riba adalah sistem yang diharamkan oleh Allah SWT tetapi umat akhir zaman sudah menjadi biasa dengan sistem tersebut lalu menerima sistem riba sebagai keperluan hidup.

Tahukah anda hutang rumah yang berharga RM500,000 setelah dibayar kembali melalui sistem riba hutang selama 40 tahun, anda akan membayar sebanyak RM1,500,000?

Dan bunga sebanyak satu juta itu dibayar oleh orang miskin yang tidak mampu membeli rumah secara tunai kepada orang yang sudah kaya iaitu pemilik bank yang sudah kaya-raya.

Oleh yang demikian, lebih baik kita umat akhir zaman ini bersederhana dalam memiliki harta, umpama memiliki perahu yang sudah bocor.

Dan sekurang-kurangnya perahu kita yang bocor itu tidak akan dirampas oleh raja yang zalim.

2. Tindakan kedua Nabi Khidir ialah membunuh seorang budak yang tidak mempunyai apa-apa kesalahan

Hikmah yang terkandung di dalam perbuatan ini ialah budak tersebut apabila dewasa akan menjadi seorang yang jahat dan akan menyusahkan ibu bapanya.

Sedangkan ibu bapa budak tersebut akan mendapat seorang anak lain yang apabila dewasa akan menjadi seorang yang soleh dan menggembirakan ibu bapanya.

Pesanan yang tersirat Nabi Khidir untuk umat akhir zaman ialah tentang kesusahan ibu bapa di akhir zaman ini untuk mendidik anak agar menjadi seorang yang soleh.

Terdapat banyak cabaran bagi ibu bapa untuk mendidik anaknya di akhir zaman kerana perkara yang buruk dan negatif sangat senang diperolehi di akhir zaman, melalui televisyen, internet dsb.

Kanak-kanak akhir zaman akan terdedah kepada budaya negatif seperti couple, zina, gay, lesbian, dadah, bohsia, bohjan, rempit dan bermacam-macam lagi.

Sekiranya anak yang dididik dengan nilai agama oleh ibu bapanya menjadi seorang yang jahat, apakah yang boleh dilakukan oleh ibu bapanya?

Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW adalah tertakluk kepada hukum syariat dan tidak boleh membunuh seorang jiwa tanpa hak kecuali melalui hukum Qisas dsb.

Oleh yang demikian, perkara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa tersebut adalah memutuskan hubungan dengan anak tersebut.

Walau bagaimanapun, tindakan nabi Khidir ini adalah peringatan kepada umat akhir zaman bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang sangat berat dalam mendidik anak-anak mereka.

3. Tindakan ketiga Nabi Khidir ialah membaiki tembok yang hampir runtuh di sebuah kampung di mana penduduk kampung tersebut sangat kedekut dan tidak memberikan mereka makanan mahupun tempat berlindung

Hikmah disebalik tindakan Nabi Khidir ini ialah di bawah tembok tersebut tertanam harta anak yatim.

Sekiranya tembok itu runtuh, harta anak yatim tersebut akan dijumpai oleh penduduk kampung tersebut dan akan dirampas mereka.

Dengan membaiki tembok tersebut, anak yatim tersebut akan menjumpai harta tersebut setelah mereka dewasa.

Pesanan tersirat Nabi Khidir untuk umat akhir zaman ialah tentang sedikit sekali orang yang amanah di akhir zaman ini.

Seumpama bapa anak tersebut yang terpaksa menanam hartanya di bawah tembok kerana tiada seorangpun yang amanah di kampungnya yang boleh diamanahkan harta tersebut.

Kita sebagai umat akhir zaman lebih baik mengamanahkan harta yang kita ada kepada institusi yang kukuh seperti Tabung Haji, Amanah Raya dan sebagainya, yang diumpamakan sebagai tembok yang kukuh daripada kepada seorang individu kerana sangat sedikit individu yang amanah di akhir zaman ini.

Walau bagaimanapun, insitusi yang kukuh seperti Tabung Haji pun sebenarnya hampir runtuh selepas dipegang oleh mereka yang tidak amanah.

Surah Al Kahfi pelindung dari Dajjal

Nabi Khidir yang mempunyai ilmu Laduni iaitu ilmu tentang masa hadapan yang diberikan secara langsung oleh Allah SWT.

Oleh yang demikian, kisah tentang Nabi Khidir dan Nabi Musa ini mempunyai pesanan tersirat untuk umat akhir zaman.

Semoga kita sebagai umat akhir zaman mendapat manfaat dari kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa ini.

(Ceramah Sheikh Imran Hosein - Khidr and Akhirulzaman)

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
Benarkah Nabi Isa Berada Di Planet Jupiter?Kenapa Kita Menyebut Nama Nabi Ibrahim Dalam Tahiyat Akhir?
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/08/kisah-nabi-khidir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Nabi Musa As Dengan Nabi Khidir As

Kisah Nabi Musa As Dengan Nabi Khidir As

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 277 hits
keterangan ayat 60 82Menurut riwayatnya bahawa ketika Nabi Musa as telah menjadi khalifah di muka bumi sesudah mendapat kemenangan di Mesir maka Allah swt menyuruh mengingatkan kepada kaumnya akan nikmat Allah swt itu Lalu Nabi Musa as berd...
Kisah Anak Petani Zaman Penjajahan Cuma Boleh Sekolah Surga Yang Diawasi Centeng

Kisah Anak Petani Zaman Penjajahan Cuma Boleh Sekolah Surga Yang Diawasi Centeng

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 344 hits
Sekolah pada zaman kolonial itu paling rendah harus anak lurah kalau bukan anak lurah belum boleh kata Tukimin berbincang dengan merdeka com
Mengaku Umat Nabi Muhammad S A W Tapi Apa Sunnah Yang Kita Buat

Mengaku Umat Nabi Muhammad S A W Tapi Apa Sunnah Yang Kita Buat

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 476 hits
Mengaku Umat Nabi Muhammad s a w Tapi Apa Sunnah Yang Kita Buat Hari ni kebanyakan dari kita bercuti Tahu tak cuti apa Owh cuti Maulud Nabi tapi apa kesannya cuti ini dalam diri kita dan keluarga kita Sebaiknya sebagai tanda nak ingat hari ...
Haarp Dan Akhir Zaman Dajjal Mempunyai Kuasa Utk Menurunkan Hujan

Haarp Dan Akhir Zaman Dajjal Mempunyai Kuasa Utk Menurunkan Hujan

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 542 hits
HAARP DAN AKHIR ZAMAN Dajjal mempunyai kuasa utk menurunkan hujan dan berkuasa menumbuhkan pokok2 Dajjal dikatakan membawa sungai2 yg berupa sungai api dan sungai air yg sejuk dan mempunyai gunung roti Dajjal mempunyai syurga dan nerakanya ...
Fitnah Akhir Zaman Terhadap Pemimpin Islam

Fitnah Akhir Zaman Terhadap Pemimpin Islam

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 571 hits
Saidina Usman bin Affan adalah merupakan Khalifah ke 3 Islam yang telah dijatuhkan dengan tuduhan bahawa beliau mengamalkan korupsi kronisme dan nepotisme Di penghujung kuasa beliau Saidina Usman berhadapan dengan pemberontakan Rumah beliau...
Mengenal Azal Program Keluarga Berencana Zaman Nabi

Mengenal Azal Program Keluarga Berencana Zaman Nabi

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 213 hits
Setiap laki laki dewasa dan normal tentu berhasrat untuk beristri Hasrat itu tentu dibarengi hasrat yang lain yakni hidup bahagia dengan istrinya Tak seorang pun laki laki yang mengharapkan kebahagiaan dalam mengurangi hidup bersama istri A...
Hina Nabi Wanita Umno Pasir Mas Tempelak Kerajaan Ph

Hina Nabi Wanita Umno Pasir Mas Tempelak Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 234 hits
PASIR MAS Sikap membisu kerajaan Pakatan Harapan dalam isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW tanpa mengambil tindakan tegas ke atas pelaku amat mengecewakan Ketua Wanita UMNO Pasir Mas Rita Sarbanon Ismail berkata walaupun sudah beratus...
Nabi Muhammad Membaca Doa Ini Di 10 Hari Pertama Dzulhijah

Nabi Muhammad Membaca Doa Ini Di 10 Hari Pertama Dzulhijah

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 261 hits
Disebutkan dalam kitab Addurrul Mantsur karya Imam Assuyuthi bahwa para ulama salaf sangat memuliakan sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah Di antara sebabnya adalah karena sepuluh hari pertama bulan tersebut termasuk hari hari istimewa di m...
Subhanallah Mbah Moen Disalatkan Di Masjidil Haram Dimakamkan Dekat Istri Nabi

Subhanallah Mbah Moen Disalatkan Di Masjidil Haram Dimakamkan Dekat Istri Nabi

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 230 hits
Jenazah Kiai Maimun Zubair dipastikan akan dimakamkan di Tanah Suci Mekkah Hal itu diputuskan usai pihak keluarga musyawarah menentukan lokasi pemakaman Beliau nanti setelah Shalat Zuhur disalati di Masjidil Haram dan dimakamkan di Maqom Ma...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya