Kisah Menyayat Hati Di Zaman Rasulullah Ustaz Ebit Lew





Semasa pemulauan lembah Abi Talib, waktu itu ada anak-anak, orang dulu pangku anak tapi dia tengok anak dah meninggal sebab susu mak sudah kering, tiada apa nak dimakan. Sahabat curah air atas daun, daun itu dimakan dikunyah. Sampai sahabat cerita bibir-bibir kami pecah dan bila kami buang air besar, sahabat cerita dia menangis. Kami buang air besar tiada apa yang keluar. Yang keluar najis-najis, macam najis kambing. Balik daripada itu sudah tiga tahun makan tidak cukup, tidur tidak sempurna. Balik-balik je Nabi SAW hilang dua orang dalam tahun yang sama. Abu Thalib dan Khadijah ra meninggal dalam tahun yang sama. 
Abu Thalib lagi Nabi sedih sebab Nabi tidak berpeluang berjumpa dengan Abu Thalib lagi. Dia telah mati tanpa Islam. Balik dari gua Hira' Nabi dilantik menjadi Rasul, sampai di rumah Nabi menangis dan menggeletar. Khadijah selimutkan Nabi SAW. Dua manusia ini berpelukan. Bukan pelukan macam biasa macam kita semua. Pelukan Nabi SAW dengan Khadijah ialah pelukan demi Islam untuk kita semua. Demi kita bahagia untuk masuk syurga. 
Kalau kita dengar kehidupan Nabi ini penuh dengan perjuangan, susah payah. Orang dalam perang uhud, orang kafir cuma untuk bunuh Nabi sahaja. Dekat perang uhud, orang kafir nampak Nabi, ramai-ramai serang Nabi. Mereka tahu kalau Nabi mati, sahabat akan hilang semangat. Semua orang serang Nabi sampai tidak berhenti orang datang serang dekat Nabi, tahu apa kata Nabi? Di manakah jiran-kiran aku?...Di manakah jiran-jiran aku? Sahabat datang. Sahabat demi sahabat datang. Semua datang mati syahid. Akhir sekali orang kafir dapat Nabi, mereka pukul Nabi sampai jatuh. Nabi pakai topi besi. Mereka pukul kepala Nabi sehingga topi besi melekat pada kepala Nabi. Keluar darah dari muka Nabi SAW. Keluar dari kepala Nabi darah. Keluar dari mata Nabi darah. Keluar dari mulut Nabi darah. Gigi Nabi SAW patah. Nabi SAW jatuh pengsan. Ada beberapa orang datang, sorok dan selamatkan Nabi SAW. 
70 orang sahabat mati syahid dalam uhud. Semasa Nabi balik ke Madinah, Nabi dengar setiap rumah orang menangis. Ada yang menangis, "Ya Allah kami hilang suami yang kami sayang" "Ya Allah kami hilang anak yang kami sayang" " Ya Allah kami hilang keluarga yang kami sayang" Yang paling menyedihkan lagi ialah peristiwa di Thaif. 
Masa Nabi SAW pergi ke Thaif, lebih kurang 10 hari Nabi buat dakwah, semua orang halau Nabi. Dari pembesar sampai orang biasa. Bila Nabi hendak balik, mereka membaling batu kat Nabi lebih kurang 10 km. Nabi SAW jatuh pengsan, berdarah. Tahu apakah doa Nabi? "Ya Allah, aku adukan kelemahan, kedaifan aku dalam berdakwah ini kepada Engkau. Ya Allah, aku yang lemah, aku yang daif, aku tidak pandai buat dakwah ini"
Ya Allah, mana lagi kita hendak cari orang lebih penyayang daripada Nabi SAW. Allah nak kita dengar, kita faham mahalnya Islam yang masuk dalam hati kita ini. Cuba ingat ibu ayah kita kebanyakkannya semua Islam. Ingat anak-anak kita kebanyakkannya semua Islam. Ingat isteri, suami kita Islam. Kenapa kita masih tidak bersyukur dengan hidup kita? Kenapa kita tidak hargai agama ini? Macam mana dengan anak-anak kita sekarang? Pernahkah anak-anak kita mendengar kita menangis kerana agama? Di mana tagisan orang Islam hari ini? Menangis, bergaduh sebab dunia, sebab wanita, sebab lelaki. Menangis dengan benda-benda yang entah apa-apa. 
Ada seorang sahabat bernama Jabir bin Abdullah ra dalam asbab al nuzul. Jabir bin Abdullah ra mempunyai adik beradik yang ramai. Yang lain perempuan, dia seorang saja yang lelaki. Dia dengan ayahnya rapat, Abdullah Al Ansari ra. Tiba-tiba ayahnya keluar untuk pergi berperang di Uhud. Dia menangis untuk ikut sekali. Dia kata " Ayah, aku mahu ikut bersama ayah berjuang" ayahnya berkata "Tidak boleh, di dalam rumah ini tiada lagi lelaki lain melaikan kamu. Ayah ada hutang dengan Yahudi, jika hutang tidak dibayar, adik beradik kamu akan kena jual, kamu sanggup melihat itu?" Jabir menangis. "Kalau ayah tidak pergi, siapa lagi hendak berjuang" Ayahnya pergi. Jabir ra melihat ayahnya pergi sambil menangis. Selepas perang Uhud, antara orang yang pertama sampai kat medan Uhud, yang bukan ahli Uhud ialah Jabir ra. Dia berlari mencari ayahnya. Dia melihat seorang demi seorang tidak kelihatan ayahnya. Dia sudah tahu ayahnya telah mati syahid. Dia pergi ke satu tempat, orang kata di situ ada ayahnya. Dia pergi ke ayahnya, orang halang dia. Nabi telah ishtiharkan mana-mana kalau boleh ahli keluarga tidak dibenarkan melihat mayat keluarga mereka. 

Nabi halang adik beradik Hamzah ra, Tiba-tiba Jabir ra sampai juga melihat mayat ayahnya. Mayat ayahnya hancur. Dia melihat ayahnya, dia menangis tidak berhenti. Dia cuma ada ayahnya. Ayahnya cuma ada dia. Cuma mereka sahaja lelaki dalam rumah itu. Nabi SAW datang pujuk dari belakang, Nabi pegang dia, Nabi gosok dia. Nabi kata " Wahai anakku , kamu hendak tahu apakah ayah kamu tengah lakukan sekarang? Ayah kamu sedang berbual dengan Allah SWT. Allah tanya pada ayah kamu, wahai hambaku Abdullah Al Ansari ra. Dulu kamu telah korbankan semua sekali, hari ini apa yang kamu mahu, Aku beri" Abdullal Al Ansar ra berkata " Ya Allah, aku nak hidup kembali, aku nak berjuang dan aku hendak mati syahid sekali lagi"
Boleh fikir dan boleh bayangkan apa Nabi SAW dan keluarga Nabi dah lalui untuk agama ini. Berfikirlah macam mana pun, bayangkan lah macam mana pun., tidak akan merasai apa yang telah mereka lalui. Allah nak kita dengar, kita faham mahalnya Islam masuk dalam hati kita. Pernah sekali Abdullah bin Rawahah ra dia tengah menangis pada waktu malam. Isteri dia tanya "Kenapa menangis?" "Aku menangis kerana aku memikirkan bagaimana keadaan kita di akhirat nanti. Adakah kita berjaya melalui titian sirat. Bagimana keadaan kita di akhirat nanti"
Kita tidak tahu lagi nasib kita semua macam mana. Saya yang bercakap pun tidak tahu lagi. Mungkin dalam dunia orang hormat kita, sayang kita, orang puji kita. Tapi itu semua tidak menentukan apa-apa. Orang yang paling mulia dalam dunia ini ingin ahli keluarga mereka masuk Islam. Mulai hari ini buat ta'lim dalam rumah, 5 minit baca AL-Quran dengan isteri. Baca Al-Fatihah dekat isteri. "Isteriku, dengar Al Fatihah dari abang, abang minta maaf, 15 tahun abang kahwin denga kamu, abang tidak pernah dengar AL-Fatihah kamu, abang minta maaf" Dengar Fatihah yang dibaca, kalau salah perbetulkan. Isteri pun dengar AL-Fatihah suami. Isteri pula baca AL-Fatihah. Suruh anak-anak pula baca. 
Kita kena berjuang untuk agama dengan bersungguh-sungguh. jaga agama kita baik-baik, bersunguh-sungguh. Lalui hidup ini dengan rasa cinta dan rasa sayang. Kepada Allah, aku adukan kesedihan dan kesusahan ku. - Kuliah Ustaz Ebit Lew


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://detikislam.blogspot.com/2021/10/kisah-menyayat-hati-di-zaman-rasulullah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/UHQdyX+(Detik+Islam)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Teramat Sayang Pada Ustaz Lelaki Berbangsa India Seronok Jumpa Ebit Lew Dalam Majlis Agama

Saya Teramat Sayang Pada Ustaz Lelaki Berbangsa India Seronok Jumpa Ebit Lew Dalam Majlis Agama

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 350 hits
Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew berkongsi sebuah kisah di Instagram mengenai seorang lelaki berbangsa India yang menyanjungi dirinya semasa hadir di sebuah ceramah agama Malam malam ni tengah saya beri ceramah pada anak muda tiba tiba ada se...
Video Kunjungan Istimewa Ustaz Ebit Lew Beri Aura Positif Buat Elyana

Video Kunjungan Istimewa Ustaz Ebit Lew Beri Aura Positif Buat Elyana

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 300 hits
Pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu Elyana Emrizal 34 melahirkan rasa syukur selepas dikunjungi oleh pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew ke rumahnya pada Rabu Berita itu dik0ngsi Elyana menerusi muat naik dilaman Instagram miliknya dengan...
Ser4m Lagu Ni Ustaz Netizen Terkejut Ebit Lew Guna Lagu Squid Game Sebagai Bunyi Latar

Ser4m Lagu Ni Ustaz Netizen Terkejut Ebit Lew Guna Lagu Squid Game Sebagai Bunyi Latar

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 693 hits
Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew berkongsi video makan sedulang bersama beberapa orang pekerja menghantar makanan Perkongsian itu dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya hari ini Dalam video tersebut mereka kelihatan menikm4ti mee goren...
Dunia Ada Mahkamah Akhirat Juga Ada Pesanan Sahabat Baik Buat Ustaz Ebit Lew

Dunia Ada Mahkamah Akhirat Juga Ada Pesanan Sahabat Baik Buat Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 453 hits
Kes gangguan seksual yang didakwa melibatkan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew sememangnya menjadi perbualan hangat ketika ini Bukti bukti yang tersebar meluas di media sosial sememangnya sangat menakutkan walaupun mangsa telah tampil membu...
Tanda Sebenar Syaitan Dah Bersarang Dalam Hati Kita Ustaz Kazim Elias

Tanda Sebenar Syaitan Dah Bersarang Dalam Hati Kita Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 262 hits
Tanda Sebenar Syaitan Dah Bersarang Dalam Hati Kita Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Nampak Orang Baru Niaga Terus Cakap 2 Hari Lagi Tutup La Tu Jahat Punya Hati Ustaz Kazim Elias

Nampak Orang Baru Niaga Terus Cakap 2 Hari Lagi Tutup La Tu Jahat Punya Hati Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 252 hits
Nampak Orang Baru Niaga Terus Cakap 2 Hari Lagi Tutup Laa Tuu Jahat Punya Hati Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Kau Hado Kau Hado Tunjuk Kaya Kecii Hati Orang Ustaz Kazim Elias Komen Isu Jutawan Tunjuk Kemewahan Di Media Sosial

Kau Hado Kau Hado Tunjuk Kaya Kecii Hati Orang Ustaz Kazim Elias Komen Isu Jutawan Tunjuk Kemewahan Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 298 hits
Kayalah tetapi jangan simpan dalam hati duit harta letak atas tapak tangan begitulah kata kata pend4kwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias ketika ditanya mengenai isu melibatkan golongan berharta yang suka menunjuk kemewahan sebagai sumber inspi...
Cara Nak Selamatkan Hati Dari Buat Benda Jahat Dan Haram Ustaz Kazim Elias

Cara Nak Selamatkan Hati Dari Buat Benda Jahat Dan Haram Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 255 hits
Cara Nak Selamatkan Hati Dari Buat Benda Jahat Dan Haram Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Hiburan Jika Benar Semoga Allah Keluarkan Dari Kesulitan Pesanan Ustazah Laila Buat Ebit Lew

Hiburan Jika Benar Semoga Allah Keluarkan Dari Kesulitan Pesanan Ustazah Laila Buat Ebit Lew

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 383 hits
Sebelum ada pesanan dan nasihat penuh hikmah dari Ustas Amin buat sahabatnya Ebit Lew Pesanan ini diberikan buat pendakwah bebas Ebit Lew selepas dikaitkan terlibat dalam kes gangguan seksual Kes itu menjadi lebih kecoh selepas tersebar jug...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi