Kisah Mahathir Dan Anwar



Dr Jeniri Amir, Sarawak Voice
DUA minggu lalu melalui kolum ini saya telah menulis tentang perjalanan politik pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang. Minggu lalu pula saya mengupas isu kepemimpinan Pengerusi Pejuang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beberapa orang rakan berharap saya tidak terlepas pandang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Daripada tiga orang pemimpin itu, Anwar yang paling muda. Ahli Parlimen Port Dickson itu berusia 75 tahun berbanding Kit Siang 81 tahun dan Tun Mahathir berusia 97 tahun.
Maka pada minggu ini saya hendak membicarakan kepemimpinan Anwar. Dr Mahathir sebenarnya yang membawa Anwar menyertai Umno dan menjadi anak didiknya, tetapi kemudiannya muncul sebagai pengkritik paling lantang.
Sebenarnya Anwar telah dua kali hampir menjadi Perdana Menteri. Pertama kali selepas menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1990-an. Dan seterusnya sebagai calon perdana menteri PH bagi menggantikan Dr Mahathir pada pertengahan tahun 2018 hingga awal 2020.
Dalam percubaan pertamanya, dia dipecat dari kabinet oleh Dr Mahathir. Kali kedua, yang melibatkan Mahathir berjanji secara bertulis untuk menyerahkan jawatan itu, gagal selepas kerajaan PH digulingkan selepas Bersatu dan sekumpulan pemimpin PKR meninggalkan gabungan itu melalui ‘Langkah Sheraton’.
Selepas itu, Anwar menyerahkan kepada takdir sama ada dia akan menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti atau kekal sebagai ketua pembangkang.
“Saya hanya menjalankan tugas saya, que será será (apa yang hendak terjadi akan terjadi). Sekiranya saya terus menjadi ketua pembangkang, saya terima. Sekiranya saya menjadi perdana menteri, saya akan mengucapkan syukur kepada Tuhan,” kata Anwar dalam satu wawancara Radio ABC Australia pada awal Okt 2021.
Anwar dipenjara pada 2015 atas kesalahan meliwat dan dibebaskan pada 16 Mei 2018 selepas memperoleh pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong sesudah PH berada di Putrajaya.
Tidak diragui, pada suatu ketika bintang politik Anwar kelihatan begitu menyinar. Beliau terkenal sebagai pemidato hebat, malah sering memberi kesan besar dalam penggunaan bahasa Melayu dari segi memperkenalkan kosa kata baharu termasuk canggih dan bergentayangan.
Malah, majalah berita terkemuka antarabangsa, Time menyenaraikan beliau sebagai antara 100 orang yang paling berpengaruh di dunia. Namun, disangka panas hingga ke petang rupanya hujan pada tengah hari. Manusia hanya dapat merancang, Tuhan yang menentukan pengakhiran seseorang, termasuk dalam politik.
Sejarah perjuangan Anwar memang panjang, berliku dan berwarna-warni. Beliau pernah menjadi Presiden Persatu Bahasa Melayu Universiti Malaya, menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Presiden Majlis Belia Malaysia, Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu, dan menerima Pingat Utama Iqbal 100 Tahun oleh Presiden Zia Ul Haq, Presiden Pakistan.
Ketika dengan kerajaan BN, beliau pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pertanian, Menteri Pendidikan dan Menteri Kewangan.
Pada 1996, Asiamoney menamakan pemimpin karismatik itu sebagai Menteri Kewangan Terbaik. Pada 1998 pula, majalah Newsweek menamakan Anwar sebagai “Asian of the year”.
Namun, pada tahun itulah malapetaka politik menimpa Anwar, bermula dengan buku 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh jadi PM tulisan Khalid Jafri yang diedarkan pada Perhimpunan Agung Umno. Beliau kemudiannya dipecat daripada Umno dan jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 3 September 1998.
Pemecatan beliau telah menyebabkan tercetusnya gerakan gelombang reformasi di seluruh negara dan kemudiannya melahirkan Parti Keadilan. Demonstrasi besar-besaran menentang kerajaan dilancarkan yang menyaksikan sehingga 50,000 orang berhimpun di ibu kota.
Anwar ditahan pada 20 September 1998, didakwa atas pelbagai tuduhan. Yang dahsyat, ketika masih dalam tahanan polis di Bukit Aman, Anwar dipukul oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor sehingga mukanya lebam.
Gambar itulah kemudiannya digunakan dalam poster PRU pada 1999 yang menyaksikan sentimen kemarahan terhadap Dr Mahathir memuncak. Namun, BN dan Dr Mahathir tetap berjaya mempertahankan kuasa.
Selepas kerajaan PH tersungkur, Dr Mahathir mendedahkan bahawa Anwar tidak layak menjadi calon Perdana Menteri bagi mewakili kerajaan PH Plus.
Sebab, Anwar tidak popular dalam kalangan orang Melayu, selain tidak mampu mengemudi negara jika berlakunya krisis kewangan. Ya, Dr Mahathir telah mencari dan mencipta pelbagai alasan untuk menjustifikasi tindakannya agar Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri.
Ketika hendak berdepan PRU-14 dahulu, Dr Mahathir sanggup berjumpa dengan Anwar di mahkamah memohon dan merayu sokongan beliau.
Hakikatnya, Anwar telah masuk ke dalam lubang ciptaan Dr Mahathir beberapa kali. Permusuhan kedua-dua pemimpin itu bagai tidak akan berakhir. Tetapi dalam politik, tiada rakan atau musuh abadi, kerana yang kekal ialah kepentingan.
Disebabkan kepentingan politik untuk menumbangkan BN dan Datuk Seri Najib Razak, kedua-duanya berdamai untuk sementara waktu menjelang PRU-14. Hasil kerjasama itu membawa kepada gabungan PH – yang terdiri daripada Bersatu di bawah pimpinan Dr Mahathir, PKR, Amanah dan DAP.
PH berjaya menumbangkan BN dan akhirnya untuk kali kedua, Dr Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri. Susulan kejatuhan PH selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin membawa keluar parti itu daripada PH pada Feb 2020, untuk membentuk kerajaan baharu, PN, maka hubungan antara Anwar dengan Dr Mahathir kembali keruh dan bergelora.
Terkini Anwar mempertahankan jawatan Presiden PKR bagi penggal 2022/2025 selepas tiada tiada pencabar. Beliau memenangi jawatan Presiden PKR tanpa bertanding bagi penggal 2018/2021 pada Nov 2018. Selepas kekalahan teruk PKR dan PH di Melaka, Sarawak dan Johor, terdapat gesaan agar Pengerusi PH itu melepaskan jawatan sebagai pemimpin tertinggi gabungan itu.
Bagi mereka, kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh PH dalam pilihan raya menandakan bahawa pemimpin pembangkang itu semakin hilang taring. Krisis dalaman PKR sehingga membawa kepada Langkah Sheraton telah menyebabkan parti itu menjadi lemah, dan kewibawaan dan karisma Anwar dipertikaikan.
Juga, tentunya, kegagalan PH dalam tempoh 22 bulan memerintah, selain kegagalan Anwar yang dijanjikan Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri. Anwar sebenarnya ialah wira yang luka.
Ada pihak yang menyifatkan Anwar sudah tidak lagi relevan dalam politik PH dan pembangkang. Sama seperti Dr Mahathir, bagi golongan ini, masa bagi Anwar sudah berlalu. Politik Malaysia sudah terlalu lama dibayangi oleh Kit Siang, Dr mahathir dan Anwar. Sudah tiba waktunya untuk negara ini menampilkan pemimpin politik lain yang lebih hebat daripada mereka ini.
Justeru, Anwar perlu memberi laluan kepada muka baharu. Persoalannya, siapakah yang dapat menerajui PH ketika ia perlu berdepan dengan BN dalam PRU-15 nanti? Adakah sesuai untuk menukar pemimpin ketika ini?
Namun, jika PH khususnya PKR kalah teruk dalam PRU-15, itu merupakan isyarat kuat betapa Anwar perlu menelan pil pahit. Masa untuk beliau berundur sebagai Presiden PKR dan ketua pembangkang sudah berakhir. Beliau perlu menampilkan penggantinya yang berwibawa dan membawa parti itu ke tahap yang pernah dinikmatinya suatu ketika dahulu. Anwar perlu berjiwa besar dan menerima kenyataan itu walaupun perit.
Dr Jeniri Amir ialah Felow Kanan Majlis Profesor Negara dan Profesor Adjung di Universiti Malaysia Sarawak.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/04/18/kisah-mahathir-dan-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Pm Ph Adalah Anwar Bukan Lagi Mahathir Mohamad

Calon Pm Ph Adalah Anwar Bukan Lagi Mahathir Mohamad

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 149 hits
DAP menyatakan sehingga kini tiada perubahan terhadap keputusan Pengerusi PH Anwar Ibrahim merupakan calon perdana menteri gabungan itu kata setiausaha agungnya Anthony Loke Bagi DAP sudah pasti kita dalam PH apa pun keputusan PH mesti dibu...
Empat Kegagalan Tadbir Urus Kewangan Anwar Gesa Adakan Sidang Parlimen Khas

Empat Kegagalan Tadbir Urus Kewangan Anwar Gesa Adakan Sidang Parlimen Khas

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 143 hits
Terdapat 4 isu kelemahan tadbir urus kewangan yang kesannya berpotensi mengulangi skala kerugian akibat skandal 1Malaysia Development Berhad sekiranya tidak ditangani dengan rapi oleh kerajaan Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Dat...
Najib Jangan Lari Ya Dan Jangan Berpeluh Banyak Sangat Muktamad Debat Anwar Dan Najib 12 Mei Ini

Najib Jangan Lari Ya Dan Jangan Berpeluh Banyak Sangat Muktamad Debat Anwar Dan Najib 12 Mei Ini

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 206 hits
BERITAMuktamad Debat Anwar dan Najib 12 Mei iniAlyaa AlhadjriDiterbitkan Apr 17 2022 Tarikh untuk debat antara Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Najib Razak akhirnya diputuskan iaitu pada 12 Mei ini Perkara itu diumu...
Najib Anwar Debate Set For May 12

Najib Anwar Debate Set For May 12

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 198 hits
The much heralded debate between former premier Najib Abdul Razak and opposition leader Anwar Ibrahim has been set for May 12 At a joint press conference today PKR information chief Fahmi Fadzil and Najib s aide Isham Jalil confirmed that t...
Muktamad Debat Anwar Dan Najib 12 Mei Ini

Muktamad Debat Anwar Dan Najib 12 Mei Ini

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 141 hits
malaysiakini comTarikh untuk debat antara Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Najib Razak akhirnya diputuskan iaitu pada 12 Mei ini Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan B...
Anwar Ibrahim Refuses To Name Pakatan Harapan S Prime Minister

Anwar Ibrahim Refuses To Name Pakatan Harapan S Prime Minister

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 174 hits
Opposition leader Anwar Ibrahim says the question of Pakatan Harapan s prime minister candidate for GE15 is not a priority for the coalition The current priority was to get close and help the people he said in a media interview He acknowled...
Anwar Ibrahim Proposes New Coalition Without Dap

Anwar Ibrahim Proposes New Coalition Without Dap

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 203 hits
Anwar s own inner circle feels Pakatan Harapan is not going to win GE15 or even GE16 Others however say this declaration of defeat is meant to lull Umno and Barisan Nasional into a false sense of security If Umno feels GE15 is going to be a...
Debat Najib Anwar Pertempuran Ditetapkan 12 Mei 2022 Di Universiti Malaya

Debat Najib Anwar Pertempuran Ditetapkan 12 Mei 2022 Di Universiti Malaya

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 166 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membincangkan isu Sapura Energy Bhd dan masa depan Malaysia pada 12 Mei ini dalam program debat antara kedua tokoh politik negara itu Pengumuman program debat itu dib...
Date For Najib Anwar Debate To Be Announced On Sunday

Date For Najib Anwar Debate To Be Announced On Sunday

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 194 hits
The two camps of Najib Razak and Anwar Ibrahim have differing views on when the debate should be held PETALING JAYA The date of a public debate between former prime minister Najib Razak and opposition leader Anwar Ibrahim over the Sapura En...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul