Kisah Lebai Tak Sedar Diri







 Ini kisah lebai tak sedar diri. Lebai Edi nama diberi. Hidup miskin tidak terperi. Tetapi malas cari rezeki. Cuma nak melepak di kedai kopi. Terabai langsung anak isteri.

 

Bukan tak pernah lebai diingatkan. Tanggungjawab jangan diabaikan. Kena beri pakai dan makan. Tapi lebai tak mahu layan. Ingat syurga neraka, lebai beri amaran.

 

Tapi si lebai tak sedar diri. Walaupun miskin nafsu gergasi. Isteri yang ada pun nafkah tak diberi. Ada niat nak beristeri lagi. Nak membereng orang kaya punya isteri.

 

Tiap hari lebai memujuk. Dah macam iblis si lebai merasuk. Isteri si kaya lebai pujuk, mintalah cerai, jangan dirujuk. Ikutlah lebai, jalan ke syurga lebai nak tunjuk.

 

Si lebai jenis tak faham bahasa. Wanita itu mewah hidupnya. Suaminya dah berikan dia segala. Makan pakai cukup adanya. Malah berlebihan, tak perlu diminta. Ikut lebai dapatnya apa? Gila!

 

Lebai masih tak puas hati. Terus memujuk lagi dan lagi. Difitnah si kaya tak henti-henti. Reka cerita itu dan ini. Agar suaminya si wanita benci. Kepada si lebai, terjatuh hati 

 

Namun isteri si kaya bijak orangnya. Takkan mahu dia hidup derita. Segalanya jelas hadapan matanya, lebai itu bagaimana orangnya. Cerita hebat hasilnya tiada.

 

Jadilah si lebai sang gila bayang. Sering meroyan, bercakap seorang. Dakwa kepadanya si wanita kan datang. Tinggalkan suaminya si kaya itu seorang. 

 

Begitulah perangai si lebai jahanam. Berjiwa iblis,  bertopengkan Islam. Nampak baik tapi hati hitam. Isteri orang pun nak digodam. Isteri sendiri dibuat pekasam.

 

Ini seloka, bukan mengata. Cuma nak ingatkan saja. Dah ada yang baik, eloklah dijaga. Usah terpedaya yang bertopengkan agama. Tapi, siapa kunyah cili, terasalah dia akan pedasnya.

 

Islam itu sempurna. Hak manusia perkara utama. Akhirat nanti akan ditanya, tanggungjawab masa di dunia. Lebai bukan tiket ke syurga. Kalau amanah tidak dijaga, neraka jualah tempat akhirnya.

 

Ada orang berjubah labuh. Duduknya di masjid dari subuh ke subuh. Tapi imannya lusuh, hatinya jahat tak bisa diasuh. Jenis begini kita tolaklah jauh jauh. Guane boh?

 

 

Raja Gelap 

 

.

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/06/kisah-lebai-tak-sedar-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Jarakkan Diri Daripada Ucapan Pua Gelar Bn Korup

Dap Jarakkan Diri Daripada Ucapan Pua Gelar Bn Korup

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 267 hits
DAP jarakkan diri daripada ucapan Pua gelar BN korup Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 24 Jun 2023 10 29AM
6 Potret Atreya Anak Audy Dan Iko Uwais Jago Bela Diri Netizen The Next Movie Star

6 Potret Atreya Anak Audy Dan Iko Uwais Jago Bela Diri Netizen The Next Movie Star

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 306 hits
Atreya Syahla Putri Uwais putri sulung pasangan Audy Item dan Iko Uwais kini tumbuh besar Atreya akan menginjak usia 10 tahun pada Oktober mendatang Tak hanya memiliki paras cantik Atreya juga ternyata jago bela diri seperti sang ayah Aksin...
Takkan Tak Sedar Harga Susu Formula Naik Di Pasaran Utusan Malaysia 16 06 2023

Takkan Tak Sedar Harga Susu Formula Naik Di Pasaran Utusan Malaysia 16 06 2023

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 318 hits
RAMAI mempertikaikan tindakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub apabila beliau meminta seorang penonton sesi Town Hall Rakyat baru baru ini menunjukkan bukti sekiranya benar harga barangan di pas...
Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

Rahsia Kek Butter Jadi Lembut Moist Tak Retak Tak Bantat

Southwest Passenger Says She Was Ejected From Flight Based On Her Race

Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Menginap Di Bei Boutique Hotel Muar Jalan Jalan Ke Tomisstan Resort Muar

Prabowo Isytihar Aset Lebih Rm530 Juta Gibran Miliki Rm700 000 Tanpa Hutang

Tamparan Baru Wall Street Gm Mengalami Kerugian 1 Bilion Rtx Mengejutkan Para Pelabur

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Baru 2 Bulan Czer Dahlia Rizal Dah Main Pickleball Sopan Jadi Inspirasi Ibu Muda

Web Design Company Selangor Build A Website That Works For Your Business

Salam Takziah Buat Keluarga Arwah

Resepi Pulut Kuning

Kenapa Netizen Suka Mengecam Di Media Sosial Ini 5 Sebab Utama Yang Ramai Tak Sedar

Buasir Otak Tv Bos Marah Bila Minta Laporan Be Like