Kisah Kuarantin Khairuddin Beritahulah Kebenaran Tak Perlu Dolak Dalik



Pada 23 Ogos 2020oleh Lim Kit Siang
Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Ahad 23 Ogos 2020:Masanya telah tiba untuk kerajaan Perikatan Nasional memberitahu semua rakyat Malaysia keseluruhan cerita sebenar berkaitan dengan skandal ingkar kuarantin Khairuddin — tidak perlu lagi sebarang penyorokkan fakta, cerita dibuat-buat, atau apa-apa lagi cerita yang bukan-bukan
Kerajaan boleh bermula dengan menyatakan:– nama semua ahli rombongan yang bersama dengan Khairuddin ke Turki di antara 3 ke 7 Julai dan sama ada mereka menyertai rombongan ini di atas kapasiti peribadi atau rasmi;– sama ada Perdana Menteri telah pun memberikan kelulusan untuk lawatan ke Turki ini, mengapa kelulusan diberikan, dan tujuan kelulusan untuk lawatan ini diberikan;– aturcara penuh lawatan ini — kedua-dua aturcara rasmi dan peribadi — untuk semua ahli rombongan daripada 3 ke 7 Julai;– sama ada semua ahli rombongan ini telah menjalani ujian saringan khas Covid-19 sejurus selepas mereka pulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan nyatakan keputusan ujian saringan ini;– siapa yang enggan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari dan dipakaikan gelang tangan merah jambu;– sama ada perkara di mana terdapat mereka yang enggan untuk menjalani kuarantin dan dipakaikan gelang tangan merah jambu ini terjadi akibat kedegilan Khairuddin ataupun kecuaian pegawai KKM;– tindakan yang diambil, sama ada terhadap kedegilan Khairuddin ataupun kecuaian pegawai KKM yang telah membawa kepada pelanggaran SOP oleh Khairuddin dan ahli rombongan beliau di antara 7 Julai sehingga 21 Julai;– aturcara aktiviti Khairuddin dan semua ahli rombongan beliau di antara 7 sehingga 21 Julai (tempoh kuarantin) dan di antara 21 Julai sehingga 18 Ogos (tarikh perkara ini dibangkitkan di Parlimen oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok);– bilakah keputusan diambil oleh Kementerian Kesihatan untuk mengeluarkan kompaun RM1,000 yang bertarikh 7 Ogos kepada Khairuddin;– tarikh Khairuddin membayar kompaun RM1,000 ini;– mengapa Khairuddin dan ahli rombongan beliau yang telah mengingkari SOP Covid-19 tidak didakwa di mahkamah;– mengapa pihak Kementerian Kesihatan sehingga semalam, masih berpura-pura sedang menyiasat kes ini sedangkan kini pihak Kementerian mendakwa yang kes ini telah pun selesai;– mengapakah Khairuddin tidak mengaku mengenai pelanggaran perintah kuarantin beliau semasa perkara ini mula dibangkitkan di Parlimen pada 18 Ogos, tetapi telah cuba untuk menyiratkan yang pelanggaran SOP ini telah mendapat kebenaran Perdana Menteri;– apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Kesihatan terhadap setiap seorang ahli-ahli rombongan yang bersama Khairuddin yang telah melanggar SOP kuarantin 14 hari; dan– siapakah yang telah mencelakan reputasi dan maruah negara dengan mengatakan yang Turki adalah sebuah “negara zon hijau” untuk pandemik Covid-19 sedangkan negara tersebut merupakan salah satu daripada pusat penularan utama. Rakyat Malaysia berhak untuk mendapatkan kebenaran daripada kerajaan. Apa yang mengejutkan selepas kerajaan pintu belakang ditubuhkan selepas Langkah Sheraton pada Februari lalu — kejadian yang telah mencuri mandat rakyat yang diberikan pada Pilihan Raya Umum ke 14 pada 9 Mei 2018, untuk perubahan dan reformasi bagi membolehkan negara kita untuk mencapai potensi penuhnya sebagai sebuah negara pelbagai kaum, bahasa, dan budaya dan untuk menjadi sebuah negara berkelas dunia yang berteraskan kecemerlangan dan pencapaian dalam pelbagai bidang yang diceburi oleh umat manusia — ketidakjujuran, penyalahgunaan kuasa, pembohongan, dan tipu daya kini sudah menjadi perkara yang biasa dilakukan oleh kerajaan semasa. Episod kuarantin Khairuddin ini mungkin dipandang enteng oleh kerajaan pintu belakang ini, namun ia merupakan satu tragedi untuk negara kita terutamanya apabila kita berada di ambang sambutan Jubli Emas Rukunegara, yang mana Menteri Kabinet sepatutnya menjadi contoh terbaik yang mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara ini dan bukan sebaliknya
Rakyat Malaysia telah berasa kecewa dengan prinsip moral yang ditunjukkan oleh para pemimpin politik di dalam kerajaan, tetapi jangan kita benarkan para ahli politik ini untuk menarik dan memusnahkan kecemerlangan profesional para petugas awam, terutamanya yang diketuai oleh hero baharu negara, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah — yang baru-baru ini telah dianugerahkan darjah Tan Sri di atas sumbangan beliau dalam melawan wabak Covid-19. Janganlah kita rosakkan maruah seorang Dr Noor Hisham untuk menyelamatkan seorang menteri “air suam” ataupun seorang pengingkar SOP Covid-19. Semalam, Khairuddin telah memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia akibat mengingkari SOP kuarantin ini. Persoalan telah ditimbulkan mengenai keikhlasan permohonan maaf ini, memandangkan ia sepatutnya telah dizahirkan semasa isu ini ditimbulkan di Parlimen oleh Teresa Kok pada hari Selasa lepas jika beliau benar-benar terasa bersalah kerana telah mengingkari SOP kuarantin — bukannya dengan mencuba untuk menipu dan kemudiannya terbongkar segala penipuannya lima hari kemudian. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/kisah-kuarantin-khairuddin-beritahulah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Terima 27 Aduan Isu Khairuddin Ingkar Kuarantin Wajib

Polis Terima 27 Aduan Isu Khairuddin Ingkar Kuarantin Wajib

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 339 hits
MALAYSIAKINI Terdapat 27 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung kegagalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Khairuddin Aman Razali mematuhi perintah wajib kuarantin Covid 19 selepas pulang dari luar negara Justeru i...
Gagal Kuarantin Di Rumah Polis Ambil Keterangan Khairuddin

Gagal Kuarantin Di Rumah Polis Ambil Keterangan Khairuddin

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 424 hits
KUALA LUMPUR 27 Ogos nbsp Polis hari ini mengambil keterangan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berhubung kegagalan mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki pada Julai lepas ...
Kuarantin Khairuddin

Kuarantin Khairuddin

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 254 hits
PULASAN Apakah nilai sebuah kejujuran Bagaimana dengan harga sebuah maruah Saya katakan dengan mengenang kata kata Buya Hamka kejujuran dan maruah tidak berharga Ia tidak ada harga Persoalan itu timbul sejurus selepas Kementerian Kesihatan ...
Bukit Aman Tunda Ambil Keterangan Khairuddin

Bukit Aman Tunda Ambil Keterangan Khairuddin

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 257 hits
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali sepatutnya memberikan keterangan kepada Bukit Aman hari ini berhubung siasatan pelanggaran perintah kuarantin KUALA LUMPUR Polis memaklumkan pihaknya menunda untuk meng...
Gasak Sampai Tumbang Khairuddin Langgar Sop Keadilan Hulu Langat Buat Laporan Polis

Gasak Sampai Tumbang Khairuddin Langgar Sop Keadilan Hulu Langat Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 234 hits
Kegagalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali melaksanakan Prosedur Operasi Standard mengkuarantin dirinya selepas pulang dari Turki dan dikenakan pula kompaun serendah RM1 000 menyebabkan KEADIL...
Police Summon Khairuddin To Bukit Aman Today

Police Summon Khairuddin To Bukit Aman Today

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 275 hits
Plantation Industries and Commodities Minister Khairuddin Aman Razali has been summoned to Bukit Aman tomorrow over the breach of a Covid 19 quarantine order after he returned from Turkey last month This was confirmed by Criminal Investigat...
Make Public Health Ministry S Report On Khairuddin S Sop Breach

Make Public Health Ministry S Report On Khairuddin S Sop Breach

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 258 hits
MP SPEAKS The admission by the Health director general Dr Noor Hisham Abdullah that top ministry officials were in the dark about Plantation Industries and Commodities Minister Khairuddin Aman Razali s quarantine violation until last week i...
Speaker Tolak Usul Bahas Tindakan Khairuddin Langgar Sop

Speaker Tolak Usul Bahas Tindakan Khairuddin Langgar Sop

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 265 hits
Di kemas kini dengan laporan penuh Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun menolak usul tergempar untuk membahaskan tindakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali melanggar perintah kuarantin Azhar dalam surat yan...
Ultra Kiasu Cuba Lindungi Kejahatan Perbesar Isu Khairuddin

Ultra Kiasu Cuba Lindungi Kejahatan Perbesar Isu Khairuddin

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 288 hits
BANGI 8 Muharram 1442H Khamis Ultra kiasu didakwa cuba memperbesarkan isu kuarantin Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bagi menutup kejahatan serta kebobrokan mereka Pemerhati politik Prof Dr Ri...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan