Kisah Keseriusan Dengan Cakap Cakap Politik


 

Berkata baru-baru ini Ahmad Marzuk Shaary bahawa kerajaan akan memperkenalkan 11 rang rang undang-undang syariah. Ini termasuk Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam.
Marzuk kita tahu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk hal ehwal agama Islam. Ringkasnya beliau ialah Timbalan Menteri Agama Islam. Beliau orang kuat PAS.
Langkah kerajaan memperkenalkan 11 RUU itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana petadbiran ini lanjutan kerajaan Perikatan Nasional dahulu yang bangga digelar kerajaan Melayu-Islam.
Namun sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) lah yang membolehkan PN (dahulu) dan PN2.0 (sekarang) menubuhkan kerajaan pusat. GPS seperti kita maklum turut dianggotai parti-parti bukan Islam.Tidak keterlaluan untuk saya menyatakan kerajaan pusat berhutang budi kepada GPS.
Mereka dan masyarakat bukan Islam amnya kini gusar dengan langkah kerajaan yang diumum Marzuk, terutama Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam. Ini kita bincang pada lain hari.
Hari ni kita tumpu perhatian kepada 11 RUU yang menurut Marzuk “sedang digubal”. Selain itu beberapa pindaan undang-undang sedia ada juga sedang dirangka. Semua ini mengikut rancangan kerajaan untuk “memperkasakan” undang-undang syariah. Begitu kata Timbalan Menteri Agama Islam.
Lantas saya tidak dapat elak daripada bertanya apa perkembangaan RUU 355? Bukan kah PAS iaitu parti Marzuk sendiri bersama Umno (dan beberapa NGO Melayu Islam) menuntut keras RUU 355 menjadi realiti dan dilaksanakan. Dengan berbaju T warna ungu mereka mengadakan demonstrasi besar besaran di Padang Merbuk Kuala Lumpur ketika Pekatan Harapan memerintah dahulu.
Sekarang PAS dan Umno duduk dalam kerajaan. Tentu mudah melaksanakan impian lama mereka itu. Bukankah elok jika RUU 355 dibereskan dahulu sebelum bercakap mengenai 11 RUU baharu yang masih digubal ?
Tampil bos Marzuk iaitu Menteri Agama Islam Idris Ahmad yang juga Naib Presiden PAS. Dalam wawancara terdahulu dengan lidah rasmi PAS – Harakah Daily – Idris berkata isu berkaitan dengan Akta 355 “ telah dibincangkan dan ia kini masih menunggu kelulusan dasar Jemaah Menteri untuk dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja sebelum dibawa kembali ke sidang Parlimen yang akan datang.
Idris bagaimanapun tidak menjelaskan “sidang Parlimen akan datang” yang dimaksudkan sama ada ia sidang yang akan bermula Isnin ini (13 Sept) atau sidang pada waktu lain.
Namun beliau turut berkata “Cuma draf awal RUU 355 sudah melepasi semakan Pejabat Peguam Negara. Apa pun kita kena tunggu kelulusan dasar Jemaah Menteri”.
Bagi saya kata kuncinya ialah “tunggu”.
Bercakap pula Ketua Dewan Ulama PAS Nik Muhamad Zawawi Salleh, “perjuangan“ (memperkasa undang-undang syariah) tidak boleh dibuat tergesa-gesa kerana “PAS mahu memperkenalkan Islam yang baik kepada masyarakat umum terlebih dahulu”.
Maaf…saya yang bukan agamawan bertanya bukankah Islam sudah cukup baik? Sudah cukup sempurna. Lalu Islam yang “baik” macam mana yang mahu diperkenalkan oleh PAS?
“Islam ini jangan kita nampak bahawa ia hukum sahaja, itu tidak betul. Kita nak keadilan tu dilhat sebagai Islam, kerja yang mantap itu Islam,” kata Zawawi.
Baik lah. Lalu apa kisahnya tentang RUU 355? Menurut Zawawi, “RUU 355 insyaAllah pada satu masa akan sampai juga, tak payah nak bimbang, gunung dikejar tak akan lari.”
Maknanya berbalik kepada kata kunci yang saya sebut tadi – “tunggu”. Ikut kata biasa perlu “pelan-pelan kayuh”. Kata orang Cina “man man de”.
Apa pun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar dipetik berkata sejumlah RUU syariah yang dicadangkan termasuk RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam belum dibawa ke peringkat Jemaah Menteri.
Wan Junaidi (yang juga antara pemimpin GPS ) berkata sebelum itu ia perlu mendapat persetujuan semua negeri. Hal ehwal agama, kata beliau, bawah bidang kuasa negeri dan kebanyakan negeri mempunyai undang-undang sama, berkenaan kawalan pengembangan agama bukan Islam.
Cuma Sarawak, Sabah, dan Pulau Pinang tidak ada undang-undang seumpama itu.
Kata beliau, “Agama (bawah kerajaan negeri), jika pusat buat (undang-undang berkenaan) ia tidak mengikat. Kita perlu adakan libat urus dengan pihak negeri-negeri sama ada mereka setuju atau tidak.”
Tentunya PAS – sama ada Idris, Marzuk, mahupun presiden parti sendiri – tahu akan ini semua. Bukan kah mereka duduk dalam kerajaan? Tetapi terus tertanya-tanya mengapa mereka kerap dan gemar bangkit hal ini khususnya sekarang? Saya bertanya walaupun tahu “memperjuang” isu agama amat “bagus” untuk meraih sokongan politik.
“Ahli politik suka bercakap saja…tetapi soal perlaksanaan – jika negeri tak setuju ia tak boleh berlaku”. Itu kata-kata Wan Junaidi.
Rasanya kita punya interpretasi masing masing akan kata-kata itu. Masa saya budak budak dahulu istilah popular yang digunakan untuk keadan seperti ini ialah TST – tahu sama tahu. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/09/kisah-keseriusan-dengan-cakap-cakap.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Noh Omar Cakap Bahasa Inggeris Speaking Guna Penterjemah Jika Tak Fasih Bahasa Inggeris Ahli Politik Diberitahu

Noh Omar Cakap Bahasa Inggeris Speaking Guna Penterjemah Jika Tak Fasih Bahasa Inggeris Ahli Politik Diberitahu

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 401 hits
September 8 2021 James Masing berkata kebanyakan menteri luar bertutur dalam bahasa ibunda ketika berucap di hadapan perwakilan antarabangsa dan ia bukan sesuatu yang perlu dimalukan PETALING JAYA Ahli politik yang tidak fasih berbahasa Ing...
Setakat Mana Nak Cakap Positif Pasal Politik Negara

Setakat Mana Nak Cakap Positif Pasal Politik Negara

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 239 hits
Untuk jadi orang positif kekal positif adalah ignore politik tumpukan pada kemajuan ekonomi fikiran pada emas Dan lebih berkualiti fokus dan lebihkan pada amal paling senang yang wajib dan banyakan sedekah Perlu lebih fikir pentingkan diri ...
Perubahan Budaya Politik Harus Bermula Dengan Pengundi Kata Penganalisis

Perubahan Budaya Politik Harus Bermula Dengan Pengundi Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 149 hits
September 10 2021 Penganalisis berkata budaya politik semasa ini diamalkan sejak dulu lagi apabila ahli ahli politik yang berkuasa sering melihat pembangkang sebagai musuh mereka PETALING JAYA Pengundi perlu memainkan peranan yang besar bag...
Najib Lapor Polis Terhadap Lhdn Dakwa Penalti Cukai Terhadapnya Berunsur Politik

Najib Lapor Polis Terhadap Lhdn Dakwa Penalti Cukai Terhadapnya Berunsur Politik

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 200 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak membuat laporan polis terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana mendakwa salah guna kuasa dan penggunaan dokumen palsu Dalam catatan Facebook malam tadi Najib yang Ahli Parlimen Pekan mendakwa berdasarkan ...
Istana Bertindak Di Luar Perlembagaan Beri Persepsi Campur Tangan Politik Kata Bekas Ketua Hakim

Istana Bertindak Di Luar Perlembagaan Beri Persepsi Campur Tangan Politik Kata Bekas Ketua Hakim

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 134 hits
MALAYSIA NOW Bekas ketua hakim negara Abdul Hamid Mohamad menyenaraikan kejadian sepanjang setahun lalu yang menurut beliau menunjukkan istana melampaui kuasa Perlembagaan Ismail Sabri membaca sumpah pelantikannya sebagai perdana menteri di...
Pas Eksploitasi Tegar Agama Untuk Politik

Pas Eksploitasi Tegar Agama Untuk Politik

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 217 hits
RAJA KAMARUL BAHRIN SHAHSebaik sahaja Pas mendominasi kementerian agama di Putrajaya dengan pelantikan menteri dan timbalannya dari Pas satu cadangan sensasi dan kontroversi telah dieksploitasi oleh Pas untuk politiknya Cadangan empat undan...
7 Pembaharuan Untuk Kestabilan Politik Dapat Persetujuan Kabinet

7 Pembaharuan Untuk Kestabilan Politik Dapat Persetujuan Kabinet

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 131 hits
7 pembaharuan untuk kestabilan politik dapat persetujuan kabinet Mesyuarat Kabinet hari ini setuju untuk melaksanakan sejumlah pembaharuan parlimen dan pentadbiran menurut Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Ia termasuk kebanyakan pembaharu...
Adakah Politik Malaysia Sudah Lapuk

Adakah Politik Malaysia Sudah Lapuk

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 173 hits
Sebab apa kita perlu Umno DAP PAS PKR Bersatu Amanah MCA MIC Gerakan dan parti parti politik yang lain di zaman moden ini
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Is Anwar Ever Going To Release Najib

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Infinix Gt 20 Pro Antara Golongan Pertama Telefon Pintar Di Seluruh Dunia Yang Menyokong Pubg Mobile Dalam 120fps

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Kdn Fc Berputih Mata Di Laman Sendiri

Gulai Udang Nenas

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh