Kisah Ibnu Hasyim Di Mekah 1987 Catatan Dari Colombo




Atas: Pintu Babus Salam. Bawah: Foto Ka’bah di malam hari (Jun 2011). Di mana orang sedang thawaf di sekeliling Ka’bah.
Diangkat dari Artikel 'Sri Lanka: Jumpa Kawan Lama, 22 Tahun Lalu. CATATAN PERJALANAN SRI LANKA 10'.

BAS yang saya naik dari Colombo sampai ke bandar Hatton, sebuah daerah pergunungan kira-kira 125 kilometer dari Colombo. Lebih kurang macam Cameron Highland atau Genting Highland, kalau di Malaysia. Penumpang-penumpang turun bersimpang siur menuju distinasi masing-masing. Tapi saya masih terlangak-langak, entah ke mana nak dihalakan.

Seperti biasa di negara bukan Islam, pertama saya cari masjid, dan kedua kedai makan Islam. Saya tanya orang di stesyen bas itu, mereka tunjukkan arah masjid, dan dalam perjalanan ke sana banyak kedai makan Islam. Saya pun merayau arah ke masjid dan singgah di sebuah gerai tepi jalan yang jual makanan ringan Islam, macam makanan di kedai mamak Jalan Masjid India di KL. Saya berhenti dan bercakap-cakap dengan mereka.

Tiba-tiba terasa bahu saya dicuit, "Tuan dari Malaysia?" Ada suara betanya. Saya berpaling ke arahnya, belum sempat saya jawab katanya, "Kami mudah kenal orang Malaysia. Kami orang Melayu di sini!"

Setelah bersalam dan kenal-kenal, dia ajak saya singgah di kedai berhampiran, abangnya sedang menunggu. Saya ikut dan bertemu di kedai itu. "Saya nampak tuan sedang berjalan dari jauh, saya sudah tahu, ini tentu orang Malaysia. Saya suruh adik saya panggil tuan. Tuan bangsa Melayu?" Abangnya tanya saya.

Saya angguk. Kami sama-sama perkenalkan diri. Namanya Thuan Hameem Harries. Umur 49 tahun, mempunyai 2 anak. Anak lelaki bernama Thuan Shah Rukh, dan anak perempuan bernama Nyak Shuhada Nadiah.

"Maaf! Saya tidak tahu bahasa Melayu." Katanya dalam bahasa Inggeris. "Saya pernah tinggal di Makkah selama belasan tahun, saya cari orang Melayu di sana nak kenal-kenal bangsa dan bahasa sendiri, tetapi tak dapat. Yang saya pandai akhirnya bahasa Tamil, Urdu, Arab dan beberapa bahasa lagi. Pun alhamdulillah.."

"Tahun berapa tuan di sana?" Saya tanya.

"Saya sampai di sana tahun 1987. Kerja di istana Raja Saud berhampiran Kaabah.. belasan tahun juga saya kerja di Saudi.."

"Eh.. waktu itu saya berada di sana. Saya tingal di sana kira-kira 6 bulan, sebelum dan selepas musim haji. Saya bawa teksi.. musim haji hampir setiap pagi lepas subuh saya tunggu pelanggan bawah jejambat dekat istana depan pintu Babus Salam depan Kaabah. Saya nampaknya agak lain dari yang lain waktu itu . kerana.."

"Oh.. Saya rasa macam saya ingat walaupun 22 tahun lalu.. Saya ingat jelas. Kalau tak salah tiap pagi tuan pakai t shirt hijau dan seluar tebal ala kowboi. Agak pelek dan lain dari orang lain, biasanya yang lain memakai jubah dan pakaian ihram, hampir semuanya putih.." Dia terus memotong.

"Betul! Kalau begitu memang betul. Saya pakai begitu sebagai identiti untuk pelanggan teksi saya mudah kenal. Tiap pagi saya mesti ada di situ, berpakaian begitu." Saya jelaskan.

"Adalagi identiti tuan, yang saya ingat! Di tangan tuan mesti ada rokok Mesir 'Cleopatra' sebungkus. Ada orang menunjukkan kepada saya, itu pemuda Melayu dari Malaysia. Tiap-tiap pagi saya lihat ada di situ, sejak saya baru sampai. Bila saya dah biasa suatu hari saya bertekad nak berkenalan dengan tuan, tiba-tiba tuan sudah tiada pada pagi-pagi seperti biasa. Puas saya cari. Kecewa saya. Itu yang membuat saya ingat sampai sekarang!" Katanya.

"Oh.. Saya tiada di situ kerana selepas musim haji, saya sentiasa berulang alik antara Makkah-Jeddah, bawa pelanggan. Saya suka mandi bila ada kelapangan di tepian pantai Jeddah. Saya berkawan dengan nelayan-nelayan di sana, saya sentiasa mengambil kepala ikan yang dipotong dan akan dibuang, kerana mereka tidak makan kepala ikan waktu itu. 

"Saya bawa pulang ke kampung orang Jawi sekitar Jabal Sudan, Makkah. Penuh kereta dengan kepala ikan, saya beri percuma kepada mereka. Bila saya pulang ramailah yang menunggu saya nak dapatkan kepala ikan.. dan kadang-kadang ada daging sembelihan, yang pelanggan saya suruh agihkan kepada orang miskin, setelah menyembeleh di pasar kambing di Jeddah." Kata saya.

Cerita saya sudah berlarut-larut. Akhirnya saya tanya dia. "Bila tuan sebut rokok di Saudi, orang sana bermazhab yang mengharamkan rokok, tetapi masih ramai yang merokok, boleh di temui di mana-mana dalam bandar, Makkah, Jeddah dan lain-lain. Tetapi anehnya di Colombo ini, sudah seminggu saya di sini, saya tidak jumpa pun orang mengisap rokok. Samada di tempat awan, dalam restoran, sambil berjalan atau di mana-mana, walaupun kadang-kadang terjumpa juga kedai yang menjual rokok. Apa rahsianya?"

"Oh. Di sini undang-undang merokok agak keras. Tidak boleh hisap sambil berjalan, di tempat awam, bahkan di dalam restoran pun. Ada restoran membenarkan pekerjanya curi-curi hisab dalam jamban saja. Harga rokok pun terlalu mahal. Antara yang terkenal berjenama 'Gold Leaf'." Jelasnya.

Nampaknya kerajaan Sri Langka lebih berjaya banteras rokok dari kerajaan Malaysia. Konon di Malaysia kempen besar-besar 'Tak Nak!', tapi cukai rokok nak. Tulis di kotak merbahaya amaran kerajaan Malaysia. Buat gambar-gambar penyakit menakutkan, tapi pegawai pemasaran sentiasa meningkatkan jualan. Main-main! Bukan nak larang sungguh-sungguh!!

Saya ingat cukuplah cerita Sri Langka untuk kali ini. Ya, elok disertai juga di sini nama dan alamat kawan saya itu, kalau perlu apa-apa hal untuk dihubungi. Iaitu..

Thuan Hameem Harries.
23 BusbStand
Pearl Hotel, Hatton,
Sri Langka.
Tel: 0777 801525 & 0755 364577.

Sekian.

Saya Ibnu Hasyim (kanan) bersama Thuan Hameem Harries di restorennya.

Masjid di bandar Hatton, Sri Lanka

Ibnu Hasyim, Catatan Perjalanan.
[email protected] 
Dis 1, 2009
KL

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini..Kisah Orang Melayu di Kota Mekah
Perkampungan Melayu Di Kota Mekah.(8)Pemuda M'sia Jual Produk Halal M'sia Di Saudi (14)..Kisah Semarak Bahasa Melayu (19) Mekah/Madinah &Kg...Jabal Ajyad (20) Perkampungan Komuniti Melayu Di M...Orang Arab Cakap Melayu Loghat K'tan Di Makkah.Orang Melayu Dihormati Di Mekah, Mengapa?Kisah Ibnu Hasyim Di Mekah 1987. Catatan Dari Colo...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/10/kisah-ibnu-hasyim-di-mekah-1987-catatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Semarak Bahasa Melayu Mekah Madinah Kg Kelantan

Kisah Semarak Bahasa Melayu Mekah Madinah Kg Kelantan

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 573 hits
Gegantung dalam bahasa Melayu yang digantung di tiang tiang sepanjang jalan ke masjid Semarak Bahasa Melayu di Bumi Mekah dan Madinah Wan NorasikinMENJEJAKKAN kaki di bumi Mekah dan Madinah menjadi impian setiap umat Islam Mekah bukan sahaj...
Kisah Orang Melayu Aceh Di Mekah Bagaimana Masalah Tanah Sekarang

Kisah Orang Melayu Aceh Di Mekah Bagaimana Masalah Tanah Sekarang

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 499 hits
BADAN Pelaksana Badan Pengelola Keuangan Haji berencana menginvestasikan dana jemaah asal Indonesia yang terkumpul Dana sebesar Rp 102 5 triliun itu rencananya antara lain akan diinvestasikan ke tanah milik Pemerintah Provinsi Aceh di Makka...
3 Bukti Haramkan Dap Ibnu Hasyim Sokong

3 Bukti Haramkan Dap Ibnu Hasyim Sokong

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 251 hits
BEBERAPA isu kontroversi telah dibangkitkan oleh DAP akhir akhir ini Pertama saya telah mengemukakan bukti ucapan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong dalam forum Naratif Malaysia Baru yang diadakan pada 14 September di Mega C...
Al Kisah Nasi Lemak

Al Kisah Nasi Lemak

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 622 hits
Peruntukkan antara RM800 juta hingga RM1 67 bilion setahun akan dibelanjakan untuk melaksanakan Program Sarapan Percuma di semua sekolah rendah tahun depan kata Menteri Pendidikan Maszlee Malik Anggaran kos antara RM800 juta sehingga RM1 67...
Kisah Istri Sah Rhoma Irama Yang Setia Dipoligami 35 Tahun Tinggal Di Rumah Sederhana

Kisah Istri Sah Rhoma Irama Yang Setia Dipoligami 35 Tahun Tinggal Di Rumah Sederhana

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 609 hits
Kisah istri raja dangdut Rhoma Irama yang kini tinggal di rumah sederhana Ricca Rachim selama 35 tahun lebih telah setia mendampingi sang raja dangdut Rhoma Irama meski sering kali dipoligami Begini kabar terbaru Ricca Rachim sosok istri se...
Kisah Allahyarham Pak Din Pengawal Keselamatan Yang Trending Di Twitter

Kisah Allahyarham Pak Din Pengawal Keselamatan Yang Trending Di Twitter

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 630 hits
HANCUR badan dikandung tanah budi baik dikenang jua Peribahasa yang tepat menggambarkan kisah Pak Din seorang pengawal keselamatan yang secara tiba tiba menjadi trending di laman sosial Twitter selepas meninggal dunia semalam Hingga ke hari...
Disebalik Kisah Sebenar Filem Seram Nang Nak Yang Ramai Tak Tahu

Disebalik Kisah Sebenar Filem Seram Nang Nak Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 424 hits
Setiap kali filem seram ditayangkan di pawagam pasti mendapat sambutan yang hangat oleh masyarakat Malaysia Namun masih ramai yang tidak tahu bahawa beberapa filem seram ini adalah diadaptasi daripada kisah sebenar seperti filem seram dari ...
Saya Pernah Curi Makan Biskut Ikan Kisah Remaja Jujur Bayar Balik Lepas 6 Tahun Mencuri Dipuji Netizen

Saya Pernah Curi Makan Biskut Ikan Kisah Remaja Jujur Bayar Balik Lepas 6 Tahun Mencuri Dipuji Netizen

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 494 hits
Tular di laman twitter hari ini tentang satu ciapan yang dimuatnaik oleh salah seorang pengguna berkongsikan kisahnya sebagai pekerja di sebuah pasaraya Camelia pemilik akaun twitter menyatakan ada seorang remaja datang kepadanya dan menyer...
Raih 44 Ribu Perkongsian Sehari Kisah Suami Hilang Kerja Rasa Bebankan Isteri Undang Sebak

Raih 44 Ribu Perkongsian Sehari Kisah Suami Hilang Kerja Rasa Bebankan Isteri Undang Sebak

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 448 hits
Setiap manusia akan diuji dalam hidup Cuma apa yang membezakan adalah bentuk ujian yang diterima Ada yang diuji dengan begitu hebat hingga merasa putus asa dalam hidup namun berjaya bangun semula kerana sifat sabar dan redha Seperti perkong...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration