Kisah Hidup Ustaz Kazim Ke Layar Perak
Kisah hidup Ustaz Kazim ke layar perak
Artis serba boleh, Mawi terus mengorak langkah menghasilkan filem ketiga, Zim Zim Ala Kazim.
Filem inspirasi kisah benar kehidupan pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias terbitan Mawi World Entertainment dengan kerjasama AH 77. Ia dijangka menemui penonton sempena sambutan Maulidur Rasul.
Mawi berkata, idea menterjemahkan kisah benar pendakwah terkenal itu berlaku secara kebetulan ketika bertemu Ustaz Kazim di konti stesen radio Zayan yang dikendalikannya, beberapa bulan lalu.
Katanya, dia banyak bertanya Ustaz Kazim banyak perkara termasuk ujian hidup termasuklah penyakit misteri yang dilalui.
“Saya percaya banyak pengalaman Ustaz Kazim boleh dijadikan iktibar dan inspirasi. Mungkin kita boleh belajar sesuatu daripada perjalanan hidupnya.
“Ujian pernah saya lalui cukup besar, namun ujian Ustaz Kazim lagi hebat. Apabila rasa sudah teruk berdepan ujian hidup, sebenarnya ada lagi yang hebat diuji.
“Apabila diuji, ia menandakan Allah menyayangi kita. Allah takkan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan diri sendiri. Hidup pula tidak selalu indah, ada kala kita berdepan ujian, cabaran dan dugaan di luar jangkaan,” katanya kepada BH Online ketika ditemui pada pelancaran majlis filem Zim Zim Ala Kazim di ibu kota, baru-baru ini.
Jelas Mawi, keinginannya mahu menterjemahkan pengalaman hidup Ustaz Kazim disambut baik.
“Saya berseloroh dengan Ustaz Kazim. Kalau saya nak buat filem kisah hidup ustaz boleh ke? Tak sangka pula cadangan saya diberikan lampu hijau. Ustaz Kazim balas, ikut suka hatilah.
“Daripada berbual selama dua tiga jam, saya terus berkelana ke kampungnya di Perak untuk meninjau dan menelusuri lokasi Ustaz Kazim membesar,” kata pengarah filem Tiada Tajuk dan Hantu Kuat Ketawa ini.
Filem menelan bajet sebanyak RM500,000 itu dijangka memulakan penggambaran di Perak pada 9 Mei ini.
“Saya dan pasukan produksi terkejut dengan cara Ustaz Kazim ketika sesi bacaan skrip. Caranya melontarkan skrip ibarat boleh terus memulakan penggambaran.
“Bukan saja-saja nak mengadakan cerita atau membodek. Namun, lakonan Ustaz Kasim sangat ‘natural’. Bagi saya, berlakon bukan kerja mudah,” kata Mawi yang baru sahaja muncul dengan lagu duet, Qasidah Untuk Qamila bersama Shahir Zawawi.
Kata Mawi, dia juga sedang mempertimbangkan menayangkan filem Zim Zim Ala Kazim di pawagam jika bersesuaian dengan keadaan.
“Saya akui, kena tengok keadaan jika nak tayang filem ke pawagam. Mungkin menjelang Oktober depan, ramai ‘kaki wayang’ yang sudah mula serbu pawagam, jadi saya boleh mempertimbangkan.
“Saya tetap ‘shoot’ filem dalam format dan resolusi 4K. Jadi, jika ada perancangan membawa filem ke pawagam, sudah tentu ia tidak akan menjadi halangan. Apapun, ini hanya perancangan.
“Filem ini hanya menelan belanja RM500,000. Jika mahu mendapatkan dana yang ditawarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), kos kena mencecah RM1 juta.
“Jadi, tengok dahulu keadaan jika ada perubahan, saya mahu mohon dana,” katanya.
Sementara itu, Ustaz Kazim berkata, dia tidak mempunyai masalah beraksi di hadapan kamera.
“Saya tiada kesempatan memasuki kelas lakonan sebagai persediaan membintangi filem. Namun, saya akan cuba melakukan yang terbaik dan menjadi diri sendiri.
“Ikutkan tuntutan kerja dan pengalaman sebagai penceramah tidak sama dengan berlakon. Tetapi, saya bersyukur filem ini mengetengahkan saya buat kali pertama sebagai hero,” katanya.
Ustaz Kazim berkata, dia pernah membintangi filem 18 Puasa Di Kampong Pisang arahan Allahyarham Mamat Khalid dan muncul dalam program televisyen.
“Sebenarnya, saya pernah ditawarkan berlakon filem sejak 2005. Cuma, saya mahu tumpu kepada bidang dakwah.
“Saya ditawarkan tiga projek filem, namun ada yang senyap begitu sahaja. Sehinggalah saya bertemu Mawi, dia benar-benar berminat membawa kisah hidup saya ke layar perak.
“Saya percaya olahan penceritaan Mawi dan kerja seninya yang boleh menyampaikan mesej mampu membawa kisah saya sebagai panduan,” kata Ustaz Kazim.
Selain Ustaz Kazim, filem Zim Zim Ala Kazim turut menampilkan Mawi bersama Along Cham, Anas Tahir, Santesh, Zarina Anjoulie, Syanie Hisham dan ramai lagi.
Ia dijangka ditayangkan menerusi saluran Astro First pada Oktober depan sempena sambutan Maulidur Rasul. BH
Kisah hidup Ustaz Kazim ke layar perak
Baca Artikel Menarik:
Aliff Syukri hadir beri keterangan kepada SKMM
Gempa bumi landa Kundasang
Banduan paling berbahaya di Britain dibenar bela burung
Peminat sedih lihat keadaan Zamani sakit tulang belakang
UMNO Selangor tak halang Khir buat come back – Noh
TV9, ST Rosyam Mart tawar ayam RM1.49 seekor
Pemuda UMNO gesa segera siasat hakim perbicaraan Najib
Pakej rawatan muka RM20,000 laris menjelang Syawal
Posmen maut kereta bertembung pacuan empat roda
Bapa cekik rakan sekelas anak
Nenek durjana paksa cucu minum whiskey hingga maut
Jiran gila lempar 7 bom tangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/27/kisah-hidup-ustaz-kazim-ke-layar-perak/