Kisah Hidup Salman Al Farisi Sahabat Nabi Saw Penuh Keinsafan Dan Tauladan


 






Salman al Farisi : Kisah Pengembaraan hidayah
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abdullah ibnu Abbas ra, berkata: Salman memberitahuku dari mulutnya dia berkata: Aku merupakan seorang pemuda Parsi berasal dari Asfahan. Kampungku bernama Jayy. Ayahku adalah ketua kampung. Dia adalah seorang yang paling kaya dan paling berkedudukan di kampung tersebut
Sejak kecil lagi aku adalah makhluk Allah yang paling dicintai ayah. Kasihnya kepadaku semakin hari semakin teguh dan subur. Hinggakan aku dikurung di rumah sebagaimana anak dara kerana bimbang keselamatanku
Aku tekun dan taat dengan agama Majusi. Sehingga aku dilantik menjaga api yang kami sembah. Aku ditugaskan meletakkan minyak padanya sehingga ia tidak pernah padam, sama ada siang mahupun malam
Ayahku mempunyai sebidang tanah ladang yang menghasikan hasil yang banyak buat kami sekeluarga. Ayah sendiri yang menguruskan dan menuai hasil ladangnya itu
Suatu hari dia disibukkan dengan binaannya hingga tidak sempat pergi ke ladangnya. Dia berkata : “ Anakku!, ayah terlalu sibuk dan tidak sempat pergi ke ladang sebagaimana yang kamu lihat . Kamu pergilah ke sana hari ini dan uruskannya.”Lalu aku pun keluar menuju ke ladang kami. Di pertengahan jalan, aku melalui sebuah gereja orang Nasrani. Aku mendengar suara mereka yang sedang beribadah. Ia menarik perhatianku. Aku tidak tahu apa-apa pun mengenai penganut agama Nasrani, begitu juga tentang penganut agama-agama lain. Lantaran lama terasing dari orang ramai kerana terkurung di rumah. Apabila aku mendengar suara mereka itu, aku pun masuk untuk melihat apakah yang sedang mereka lakukan
Apabila mengamati perbuatan mereka itu, aku kagum dengan cara ibadah mereka. Aku tertarik dengan agama mereka. Aku berkata dalam hati : “ Sesungguhnya agama ini lebih baik dari agama kami”. Aku tetap di situ, tidak meninggalkan mereka sehingga matahari terbenam.Aku tidak pergi ke ladang
Lalu aku bertanya kepada mereka : “ Dari mana asal agama ini.” “ Dari Syam .” Jawab mereka
Setelah malam barulah aku pulang ke rumah. Bapaku menemuiku dan bertanya apa yang telah kulakukan di ladang siang tadi
“ Wahai ayah, tadi aku melalui sekumpulan manusia yang beribadat di sebuah gereja mereka. Aku tertarik dengan agama mereka yang aku lihat. Aku berada bersama mereka sehinggalah matahari terbenam..” Jawab ku
Ayah terkejut dan marah dengan perbuatanku itu, dia berkata : “ Wahai anakku agama tersebut tidak mempunyai apa-apa kebaikan. Agamamu dan agama nenek moyangmu jauh lebih baik daripada agama mereka.”“Tidak.. sesunggunya agama mereka lebih baik dari agama kita”. Aku membantah
Ayah sangat bimbang dengan kata-kataku itu. Dia bimbang aku meninggalkan agamaku. Lalu dia mengurungku di rumah. Bahkan kali ini kedua kakiku dirantai.
Apabila aku berpeluang mengutus surat kepada orang-orang Nasrani, aku berpesan : “ Jika ada kafilah pedagang yang akan pergi ke Syam, beritahulah aku.”Tidak lama kemudian ada kafilah yang akan ke Syam. Mereka memaklumkan kepadaku. Lalu aku berusaha untuk merungkai ikatan di kaki sehingga Berjaya. Aku pun keluar dan bertolak ke Syam bersama mereka secara senyap-senyap sehingga tiba di Syam
Sesampainya di sana , aku bertanya orang di sana : “ Siapakah orang yang paling baik di kalangan penganut agama ini ?”Jawab mereka : “ Ketua Paderi Daerah, yang menguruskan gereja.”Lalu aku pun pergi menemuinya. Kunyatakan keinginanku kepadanya : “ Aku ingin menganut agama Nasrani. Aku ingin bersama dan berkhidmat untukmu. Aku juga ingin belajar dan beribadah denganmu”Dia menjawab : “ Masuklah .”Lalu aku masuk dan tinggal bersamanya. Aku berkhidmat untuknya
Tidak lama sesudah itu, barulah aku tahu rupa-rupanya dia seorang yang jahat. Dia meminta pengikutnya bersedekah dan menggalakkan mereka dengan ganjaran pahala. Apabila mereka memberi sedekah untuk disalurkan ke jalan Allah, dia menyimpan harta tersebut untuk dirinya dan tidak sedikit pun diberikan kepada fakir miskin. Sehingga terkumpul harta sebanyak tujuh tempayan berisi emas
Aku berasa terlalu marah dengan apa yang kulihat,. Tidak berapa lama kemudian paderi tersebut meninggal dunia. Lalu penganut Nasrani berkumpul untuk mengkebumikannya
Aku katakan kepada mereka : “ Paderi kamu ini jahat. Dia memerintah dan menggalakkan kalian bersedekah. Namun bila kamu semua serahkan harta tersebut , dia simpan untuk kepentingan dirinya. Dia tidak berikan sedikit pun kepada orang-orang miskin.”“ Bagaimana kamu tahu ?” Tanya mereka
“ Mari aku tunjukkan kepada kamu semua simpanannya.” Kataku untuk membuktikan dakwaan itu
“ Baiklah, tunjukkan kami” kata mereka
Lalu aku membawa mereka ke tempat simpanannya. Mereka mengeluarkan tujuh tempayan yang penuh berisi emas dan perak
Apabila mendapatinya benar, mereka berkata : “ Kami tidak akan mengkebumikannya .”Lalu mereka menyalib dan merejam mayat paderi tersebut dengan batu
Selang beberapa ketika seorang lelaki lain telah dilantik menggantikan paderi tersebut. Aku sentiasa bersamanya. Tidak pernah kutemui seorang yang lebih zuhud dari lelaki ini dalam kehidupan dunia. Lebih cintakan akhirat dan lebih kuat beribadah siang dan malam berbanding dia. Justeru itu aku amat menyayanginya
Aku tinggal bersamanya beberapa ketika. Apabila beliau hampir meninggal dunia, aku bertanya kepadanya : “ Wahai tuan, kepada siapa tuan ingin wasiatkan aku. Dengan siapa akan aku tinggal setelah ketiadaan tuan?”Jawab beliau : “ Wahai anakku, aku tidak kenali seseorang yang berpegang dengan ajaran seperti aku, melainkan seorang lelaki yang berada di Mausil. Dia ialah seorang yang tidak menyeleweng dan mengubah kebenaran. Maka pergilah temuinya.”Setelah guruku itu meninggal dunia, aku menjejaki lelaki yang berada di Mausil itu. Akhirnya aku menemuinya. Aku menceritakan kisah hidupku kepadanya : “ si fulan guru aku berpesan ketika hampir meninggal agar aku tinggal bersamamu. Beliau memberitahu bahawa tuan berpegang dengan kebenaran sebagaimana beliau berpegang.”Jawab beliau : “ kalau begitu, tinggallah bersamaku.”Aku pun tinggal bersamanya dan benarlah beliau seorang yang baik. Tidak lama sesudah itu, lelaki tersebut sakit dan hampir meninggal dunia. Aku bertanya kepadanya : “ Wahai tuan, tuan hampir menemui ketentuan Allah. Tuan pun sedia maklum keadaan aku. Maka kepada siapa tuan ingin wasiatkan aku?, siapa harus aku ikut?”Jawabnya : “ Wahai anakku , demi Allah. Aku tidak ketahui lelaki seperti kami melainkan seorang lelaki di Nashibin.. si fulan. Maka temuilah dia.”Selesai sahaja guruku itu dikebumikan. Aku bertolak ke Nashibin mencari lelaki yang dimaksudkan. Setelah menemuinya. Aku menceritakan kepadanya perihal diriku dan pesanan guruku itu
Lalu beliau berkata : “ Tinggallah dengan kami.”Aku pun tinggal dengannya. Aku dapati dia seorang yang baik dan mulia sebagaimana dua orang temannya. Demi Allah, tidak lama kemudian maut menjemputnya pula. Ketika beliau hampir meninggal dunia, aku bertanya : “ Tuan pun sedia maklum keadaan aku. Maka kepada siapa tuan ingin wasiatkan aku?”Jawabnya : “ Wahai anakku , demi Allah. Aku tidak seorang yang masih berpegang dengan agama kita melainkan seorang lelaki di ‘Ammuriyyah. Dia adalah fulan.. temuilah dia.”Maka aku keluar mencari lelaki yang dimaksudkannya. Setelah menemuinya , aku menceritakan perihal diriku. Mendengar kisahku itu , beliau berkata : “ tinggallah dengan aku.”Aku pun tinggal bersamanya. Demi Allah, beliau juga seorang yang baik seperti teman-temannya sebelum ini. Selama tinggal dengannya aku bekerja dan memperolehi beberapa ekor lembu dan kambing
Masa berlalu, kematian turut mengundangnya, sebagaimana teman-temannya. Ketika beliau hampir meninggal dunia, aku pun bertanya : “ Tuan telah tahu perihal diriku. Maka kepada siapa tuan ingin wasiatkan aku?”Jawabnya : “ Wahai anakku, Demi Allah. Aku tidak tahu masih ada orang yang berpegang dengan agama kami di atas muka bumi ini.. Namun masanya hampir tiba, akan muncul di Tanah Arab seorang Nabi yang diutuskan dengan agama Ibrahim. Kemudian Nabi itu akan berhijrah dari tanah airnya ke negeri yang mempunyai banyak pohon kurma. Ia terletak di antara dua tanah berbatu kehitaman. Nabi itu mempunyai beberapa tanda yang nyata : Dia makan makanan berupa hadiah dan tidak makan makanan sedekah. Antara dua bahunya terdapat Khatam Nubuwwah. Oleh itu sekiranya kamu mampu untuk pergi ke negeri tersebut, pergilah.”Kemudian beliau pun meninggal dunia. Aku tinggal di ‘Ammuriyyah beberapa lama, sehingga serombongan kafilah Arab dari Bani Kalb lalu di ‘Ammuriyyah
Aku menawarkan kepada mereka : “ Jika kalian membawa aku bersama ke Tanah Arab, aku akan berikan kalian lembu-lembu dan kambing aku ini.”Jawab mereka : “ Baiklah , kami akan membawamu bersama.”Lalu kuserahkan kepada mereka apa yang telah dijanjikan. Mereka membawa aku berangkat bersama mereka. Setibanya di Wadi al-Qura, mereka mengkhianatiku. Aku dijual kepada seorang lelaki Yahudi. Maka aku terpaksa menjadi hamba milik lelaki itu
Tidak lama sesudah itu, sepupu lelaki Yahudi itu dari Bani Quraidzhoh datang menziarahinya. Dia membeli dan membawaku pulang ke Yathrib. Kulihat banyak pohon kurma di sana sebagaimana yang diceritakan oleh guruku di ‘Ammuriyyah dahulu. Aku kenal kota itu melalui ciri-ciri yang disifatkannya. Aku pun tinggal di Yastrib menjadi hamba kepada lelaki itu
Ketika itu Nabi s.a.w.. sedang berdakwah menyeru kaumnya di Mekah. Namun aku tidak mendengar kisah baginda lantaran kesibukkanku dengan kerja sebagai seorang hamba
Setelah berlalunya masa, Rasulullah s.a.w.. berhijrah ke Yatsrib. Ketika peristiwa bersejarah itu berlaku, demi Allah !, aku berada di atas sepohon kurma, memetik buah. Manakala tuan aku pula berada di bawah. Ketika itu sepupunya datang menemuinya dan berkata : “ Semoga Allah memerangi Bani Qailah. Demi Allah, mereka sekarang sedang berkumpul di Quba’ kerana menyambut ketibaan seorang lelaki dari Mekah yang mengaku sebagai Nabi.”Apabila mendengar sahaja kata-katanya, tiba-tiba tubuhku bagaikan diserang demam. Aku menggigil sehingga aku bimbang akan jatuh menimpa tuanku. Aku pun segera turun dari pohon kurma itu . Aku bertanya kepada lelaki tersebut : “ Apa yang kau katakan tadi, bolehkah kau ulanginya?”Tuan aku amat marah dengan perbuatanku itu. Dia memukulku dengan kuat. Dia menengking : “ apa yang kau sibukkan!, pergi teruskan kerja kamu!.”Apabila waktu petang, aku mengambil sedikit buah tamar yang telah kupetik. Aku keluar menuju ke tempat persinggahan Rasulullah s.a.w... Aku masuk menemuinya dan berkata : “ Aku dengar tuan seorang yang soleh. Tuan juga ada sahabat-sahabat yang berkelana yang memerlukan bantuan. Aku ada sesuatu untuk disedekahkan, kerana aku rasa kalian orang yang lebih berhak memperolehinya.”Lalu kuletakkan buah tamar itu di hadapan baginda. Kemudian baginda menyuruh para sahabatnya : “ Makanlah.”Namun baginda sendiri tidak menjamah sedikit pun buah tamar tersebut. Hatiku berkata –kata : “ ini tanda pertama.”Kemudian aku pun pulang. Aku bekerja memetik buah tamar. Apabila Rasulullah s.a.w. meninggalkan Quba' dan sampai ke Madinah, sekali lagi aku datang membawa buah tamar menemui baginda. Aku berkata kepadanya : “ Aku dapati tuan tidak makan pemberian sedekah. Ini adalah hadiah dari aku sebagai tanda aku memuliakan tuan.”Lalu Rasulullah s.a.w.. memakannya dan menjemput para sahabatnya makan bersama. Hatiku berkata lagi : “ ini merupakan tanda yang kedua.”Pada suatu hari aku datang menemui baginda s.a.w.. di perkuburan Baqi’ al-Gharqad. Ketika itu Rasulullah s.a.w.. sedang mengkebumikan jenazah salah seorang sahabatnya. Kulihat baginda sedang duduk dengan berpakaian dua helai selimut tebal menutupi tubuhnya. Aku memberi salam kepada baginda s.a.w.. kemudian aku beralih dan berdiri di sebelah belakang baginda agar dapat melihat tanda kenabian yang diceritakan oleh guruku di ‘Ammuriyyah
Apabila baginda menyedari aku cuba melihat tanda itu di belakangnya, Baginda menyingkap selimut tersebut. Aku dapat lihat adanya tanda kenabian tersebut di tengah belakang baginda. S.a.w.. aku menerkam, memeluk dan mencium Rasulullah sambil menangis
Rasulullah s.a.w.. bertanya : “ kenapa dengan kamu?”Lalu aku menceritakan kisah hidupku. Baginda merasa amat kagum dan memerintahkan aku menceritakannya kepada para sahabatnya. Mereka juga amat kagum dengan kisah hidupku dan amat gembira mendengarnya
Salman kemudiannya kesibukan dengan perhambaannya sehingga dia ketinggalan untuk bersama Nabi saw dari perang Badr dan Uhud. Nabi saw bersabda: Tuntut pembebasan diri wahai Salman ( dengan kontrak mukatabah ). Tuan aku menuntut 300 batang pohon kurma ditanam di lubang-lubang kebunnya beserta 40 Uqiah. Nabi saw bersabda kepada sahabat-sahabat: Bantu saudaramu ini. Mereka mula membantu. Ada yang memberi 30 anak pohon, ada yang memberi 20 dan ada yang memberi 10 pohon. Setiap apa yang mereka miliki sehingga terhimpun 300 anak pohon kurma. Baginda saw bersabda : Pergi wahai Salman, gali lubang untuk ditanam pohon-pohon ini. Apabila selesai, aku sendiri akan meletakkan pohon dengan tanganku. Aku mula menggali lubang dengan dibantu oleh sahabat-sahabatku sehingga selesai, aku memberitahu Nabi saw. Baginda saw keluar bersamaku ke kebun. Kami mendekatkan anak-anak pohon ini kepada baginda dan baginda saw meletakkannya dengan tangannya. Demi tuhan, tidak mati satu anak pohon pun. Aku telah melunaskan hutang pohon kurma dan berbaki wang. Dia bawa kepada Nabi saw satu ketul emas seperti telur ayam dari satu peperangan. Baginda bersabda: Apa yang telah dibuat oleh lelaki Parsi yang menuntut kemerdekaan diri? Aku dipanggil dan baginda saw bersabda: Ambil ketulan emas ini dan tunaikan hutang engkau. Ambillah ini kerana Allah melunaskan hutang engkau. Aku mengambilnya dan menimbangnya, ia demi tuhan bernilai 40 awqiah. Aku tunaikan hak mereka dan aku dibebaskan. Aku menyertai bersama Nabi saw peperangan al Khandaq. Aku tidak ketinggalan sebarang peperangan selepasnya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://terengganumyheritage.blogspot.com/2024/09/kisah-hidup-salman-al-farisi-sahabat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sayang Sayang Sahabat Ku Sayang

Sayang Sayang Sahabat Ku Sayang

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 68 hits
Salam kasih sayang buat sahabat sahabatku Renung renung dan fikir fikirkanlah Semakin lama kita bersahabat semakin sayang janganlah semakin renggang Semakin jauh sahabat kita semakin terkenang janganlah semakin kurang Semakin dekat sahabat ...
Sahabat Bukan Sahaja Menerima Kelebihan Tetapi Juga Menerima Segala Kekurangan Kita

Sahabat Bukan Sahaja Menerima Kelebihan Tetapi Juga Menerima Segala Kekurangan Kita

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 106 hits
Maafkan diri ini kerana aku bukanlah sahabat yang terbaik kerana aku terlalu banyak kelemahan dan kesilapan terhadap semua samada sedar mahu pun tidak Aku hanya ingin mengingatkan diri sendiri dan para sahabat mengenai kemesraan sebab kalia...
Doa Buat Sahabat

Doa Buat Sahabat

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 141 hits
Ya Allah Ya Tuhan ku Berikanlah kebahagiaan hati keselamatan diri kesihatan dan kesejahteraan untuk para sahabatku Berikanlah kesenangan sahabat sahabatku seperti lancarnya air sungai yang mengalir dari hulu hingga ke hilirnya Tenangkanlah ...
Gerbang Lod Di Palestin Nabi Isa Skan Membunuh Dajjal

Gerbang Lod Di Palestin Nabi Isa Skan Membunuh Dajjal

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 157 hits
Si bermata satu Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa Alaihissalam dengan menggunakan tombak yang dicucuk tepat mengenai dadanya dihadapan Baitul Maqdis Setelah 3 tahun Ad Dajjal dibunuh akan keluar pula Yakjuj dan Makjuj Bilangan Yakjuj dan Ma...
Hargailah Muhammad Saw

Hargailah Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 124 hits
Surah Ibrahim 14 1 Alif Lam Ra Kitab yang Kami turunkan kepadamu agar engkau mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa Maha Terpuji Surah Ali Imran 3 31 ...
Penyelewengan Akidah Pemimpin Gisb Dakwa Mampu Hubungi Nabi Dalam Sedar Bekas Ahli

Penyelewengan Akidah Pemimpin Gisb Dakwa Mampu Hubungi Nabi Dalam Sedar Bekas Ahli

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 205 hits
Ahli ahli GISB Holdings Sdn Bhd termasuk kanak kanak didakwa didoktrin untuk mempercayai bahawa pemimpin mereka dilantik oleh Rasulullah Imam Mahdi serta guru mursyid dari alam ghaib Seorang bekas ahli GISBH mendedahkan bahawa pemimpin mere...
Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 213 hits
Pagi tadi tak jadi sarapan dengan Raja Ibrahim Raja Sulaiman terus lajak ke Muzium Negara Sempat juga masuk layan Numismatic Auction 2 2024 di Auditorium Jabatan Muzium Malaysia puas juga mykoleksi dan Mohd Asyraf mencari sebab tak ada petu...
Hargailah Kasih Sayang Sahabat Kejujuran Keikhlasan Dan Kesetiannya

Hargailah Kasih Sayang Sahabat Kejujuran Keikhlasan Dan Kesetiannya

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 81 hits
Assalamualaikum wrh para sahabat yang budiman salam manis dan salam kasih sayang Memberi salam dan bertanya khabar akan sahabat handai adalah perkara yang baik untuk menambah kemesraan merapatkan hubungan dan mengukuh ikatan tali persahabat...
Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tunas Usahawan Belia Bumiputera Syarat Cara Mohon

Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Alga Sebagai Penunjuk Biologi Kesihatan Ekosistem Akuatik

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu

Mihun Goreng


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Do You Know About Mah Meri Wood Carving

Do You Know About Penang S Baobab Tree

A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know

Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Kalau Banjir Dulu Mb Terengganu Ke New Zealand Kali Ini Ke Manchester Uk

Asus Bakal Buat Majlis Pelancaran Maya Untuk Ces 2025