Kisah Hari Raya Kami Melaka Pahang


Lebih sebulan asyik on off menulis. Bermula sebelum puasa lagi sehinggalah dah masuk seminggu Syawal. Baru hari ini gagahkan diri untuk kembali aktif. Rindu nak menulis tapi apakan daya tenaga dan masa asyik tak mencukupi.


Sebelum terlambat Diah nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin untuk semua. Apa khabar Syawal korang? Cerita pagi raya ada tak? harap okay sahaja.


Kisah Hari Raya Kami – Melaka & Pahang

Alhamdulillah cerita raya 2023 Diah berjalan lancar sahaja. Anak-anak semakin membesar dan semakin faham serta semangat nak sambut raya.

Tahun ini giliran beraya di rumah mentua dahulu, di Melaka. Tahun ni tiada kejutan macam tahun sudah, tarikh hari raya sama dengan jangkaan dalam kalendar Georgia.

Jumaat pagi kami bertolak balik ke Melaka dan seronoknya lebuhraya PLUS tak sesak. Rezeki dapat berbuka dengan keluarga mentua.

Persiapan raya kami dah mula awal jadi tahun ni kurang penat dan terkejar-kejar. Fokus hanya puasa dan nak balik raya.



Hari Raya Pertama 2023 – Raya Di Melaka

Sampai je dekat rumah MIL dah mula sibuk siapkan juadah raya. Tolong kakak ipar siapkan bahan-bahan memasak. Cuci balang dan masukkan biskut raya.

Menu hari raya pertama kami ialah nasi impit, ayam pencen masak rendang, kari daging, ayam kurma untuk anak-anak, dan juga kuah kacang.

Tahun ni seronok sangat sebab berkesempatan solat raya Aidilfitri berjemaah. Berpeluang solat dengan anak-anak sekali.


Mudah sangat sebab surau tak jauh dari rumah mentua. Airis dan Raudah paling teruja sebab ini pengalaman pertama mereka.



Selesai solat, siapkan anak-anak dan seperti tahun-tahun sudah rumah mentua selalu jadi persinggahan sanak saudara.
Tema baju Raya pertama tahun ni ialah Navy Blue. Baju lelaki beli dekat Butik Omar Ali, anak perempuan beli di Butik Sireh Pinang dan Diah beli dekat TikTok Shop.

Berkesempatan juga ke rumah pakcik makcik dan selebihnya kami beraya di rumah sahaja. Melaka panas ya, tapi tak mematahkan semangat kami bergambar dekat luar.

Lighting cantik haruslah digunakan sebaiknya. Malam tu kami check in homestay yang berdekatan. Ambil kesempatan untuk tempah homestay demi keselesaan semua dan mentua pun faham.

Sebelum ni pernah - check in di Hotel Bestari, Jasin Melaka - bila ramai-ramai balik kampung. 
Raya kami sederhana saja, ada adik beradik suami yang terpaksa bekerja pada hari raya pertama. Emak dan ayah mentua redha saja.
Baru perasan tiada satu pun gambar juadah Raya. Sibuk bersiap dan makan saja. 


Hari Raya Kedua 2023 – Raya Di Pahang

Siap berkemas di rumah mentua, sambung pula gosok baju untuk raya kedua. Tema baju Raya kedua kami suami isteri pilih warna Olive. Anak-anak pula belikan baju lebih santai (Padini & Brands Outlet).  

Ikut giliran, tahun 2023 tahun adik beradik perempuan beraya di rumah mentua terlebih dahulu.

Jadi memang tak dapat ambil gambar 10 orang adik beradik dan bermaafan di pagi raya. Tunggu kalau ada rezeki tahun depan.

Pagi tu selepas sarapan kami bertolak balik ke Pahang. Risau tersangkut dalam kesesakan kena bertolak awal.


Tahun ni terpaksa waze dan ikut jalan lain sebab jalan biasa kami lalu sesak tak ingat. Puncanya pemandu takut nak keluar simpang ke jalan utama.

Syukur walaupun ikut laluan berbeza, perjalanan kami dipermudahkan. Selepas empat jam dalam kereta kami selamat sampai ke destinasi.

Bila dah sampai rumah sendiri memang kena terus bertugas. Baru je duduk di meja makan, saudara sebelah arwah abah sampai.

Kebetulan emak dan adik beradik lain balik kampung, ziarah kubur arwah atuk dan yang ada dekat rumah hanya adik bongsu dan kakak ipar.

Kami sajalah yang berperang siapkan juadah dan melayan tetamu. Menu raya kedua ialah laksa Utara disamping juadah utama rendang ayam, lemang dan nasi impit.

Tiga buah kereta kesemuanya. Segan gila nak layan tapi terpaksa la. Adik bongsu awal lagi dan angkat bendera putih.  

Malam tu pula keluarga makcik sebelah emak pula sampai. Memang tradisi keluarga sebelah emak (adik emak), mereka akan menziarah rumah adik beradik sehari suntuk.





Bertolak dari Selangor, bermula dengan berkumpul di rumah pakcik di Temerloh, kemudian singgah di rumah emak kemudian teruskan perjalanan ke Bahau sebelum pulang ke rumah.

Bermusafir dan menggunakan 24 jam di bulan Syawal sebaik mungkin. Peluang setahun sekali digunakan sebaik mungkin.

Keadaan sama pada hari Raya ketiga. Menerima kunjungan saudara mara dan kami jamu bihun sup untuk tetamu.

Nak kongsi berita baik dengan semua, emak ditemani adik bongsu Diah akan menunaikan umrah dan penerbangan dijadualkan pada 29 April ini.

Raya keempat masing-masing dan pulang ke sarang dan emak kami bawa sekali ke rumah abang di Negeri Sembilan.

Decide untuk recycle je baju raya pertama. Nak bawa baju banyak-banyak nanti kena tambah luggage. Pakai saja apa yang ada. 
Mudah urusan nak menghantar ke lapangan terbang nanti cadangnya. Minta doakan emak dan adik Diah mudah urusan dan selamat pergi dan balik.
Alang-alang tu kami beraya di Bahau, rumah saudara sebelah emak. Tahun lepas tak dapat beraya bersama. Tahun ni tunaikan hajat emak jumpa sanak saudara. 
Apa pun seronok sangat kisah raya kami di tahun 2023. Setiap pengalaman, setiap saat dan kenangan akan dikenang sampai bila-bila.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2023/04/kisah-hari-raya-kami-melaka-pahang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Raya Saya 2023 Dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1444h

Kisah Raya Saya 2023 Dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1444h

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 281 hits
Kisah Raya Saya 2023 dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1444HKisah Raya Saya 2023 dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1444H Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys Setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadan kini tiba pula Syawal untuk kita ...
Emas Koleksi 1 Gram Gold Bar Edisi Khas Hari Raya Aidilfitri 1444h Dah Dilancarkan

Emas Koleksi 1 Gram Gold Bar Edisi Khas Hari Raya Aidilfitri 1444h Dah Dilancarkan

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 432 hits
Alhamdulillah Akhirnya emas koleksi 1 gram gold bar Edisi Khas Hari Raya Aidilfitri 1444H dah dilancarkan Kepada peminat dan pengumpul emas koleksi boleh dapatkan emas koleksi Edisi Khas Hari Raya Aidilfitri 1444H ini secara atas talian mel...
Juadah Hari Raya

Juadah Hari Raya

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 215 hits
Selagi Syawal tak habis Rasanya tidaklah berdosa kalau cerita pasal raya kan Mama Yan nak tunjuk hidangan dan lauk pauk semasa 1 Syawal di rumah keluarga mentua di Segamat Bekas buffet yang kakak ipar beli di shopee Sangat praktikal sebab k...
Tisu Carina Green Tea Pelengkap Sambutan Hari Raya Saya

Tisu Carina Green Tea Pelengkap Sambutan Hari Raya Saya

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 241 hits
Hari Raya AidilFitri makin tiba dan saya dah mula pening kepala memikirkan banyak perkara yang saya nak kena sediakan nanti Samada nak memasak untuk tetamu bersihkan rumah atau jaga kebajikan keluarga semua tu saya kena bagi perhatian Untuk...
Indonesian President Jokowi Urges Vaccinations For Travelers Over Hari Raya Aidilfitri Celebrations

Indonesian President Jokowi Urges Vaccinations For Travelers Over Hari Raya Aidilfitri Celebrations

papar berkaitan - pada 16/4/2023 - jumlah : 233 hits
Some passengers who would go on mudik an Idul Fitri tradition where people go back to their hometown to celebrate the Islamic holy day with families and relatives carry their belonging to a bus in Pakupatan Bus Terminal in Serang Banten on ...
Bunga First Big Trip Ke Bali Sheila Rusly Teruja Bawa Cucu Bercuti Hari Raya

Bunga First Big Trip Ke Bali Sheila Rusly Teruja Bawa Cucu Bercuti Hari Raya

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 145 hits
Selebriti popular Sheila Rusly berkongsi momen di lapangan terbang dan dalam perjalanan ke Bali Indonesia bersama keluarga besar Menariknya kali ini beliau turut membawa satu satunya cucu kesayangan terbang bersama untuk bercuti di negara s...
Health Ministry Data Shows Covid 19 Cases On The Rise Ahead Of Hari Raya Celebration

Health Ministry Data Shows Covid 19 Cases On The Rise Ahead Of Hari Raya Celebration

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 410 hits
According to the official Health Ministry data the number of cases increased by 87 5 per cent in the last 14 days up to April 8 while the number of hospital admissions recorded an increase of 30 5 per cent Picture by Hari AnggaraKUALA LUMPU...
Feeling Macam Makan Kuih Makmur Resipi Biskut Viral 3 Bahan Sesuai Untuk Baby Untuk Hari Raya Ni

Feeling Macam Makan Kuih Makmur Resipi Biskut Viral 3 Bahan Sesuai Untuk Baby Untuk Hari Raya Ni

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 211 hits
Syawal pun dah semakin tiba Semangat nak beraya semakin membuak buak Kuih raya pun ada macam macam jenis Yang dibeli ada yang dibuat sendiri pun ada Kalau dah namanya kuih raya pasti akan ada campuran gula dalam adunan Kasihan tengok baby t...
Filem Pendek Raya Pangsa Berjaya Meraih 30 000 Views Dalam Masa Dua Hari

Filem Pendek Raya Pangsa Berjaya Meraih 30 000 Views Dalam Masa Dua Hari

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 250 hits
Sesiapa yang menonton filem pendek Raya PANGSA pasti terkesan lagi lagi yang merantau ke negeri orang demi mencari rezeki yang jauh dari keluarga tercinta Bukan mudah tapi itulah realiti kehidupan anak muda zaman sekarang yang terpaksa mela...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid