Kisah Di Sebalik Jambatan Malaysia Di Korea


Di Paju, Korea Selatan (KS), ada sebuah jambatan bernama ‘Jambatan Malaysia’. Kredit foto: Blimey/YouTube "Jambatan Malaysia" di Korea Selatan - Bukti Hubungan Baik Negara Sekian Lama Menerusi siaran video channel Blimey dari KS di YouTube, jambatan itu dipanggil ‘Ma-Raysia’ mengikut sebutan lama orang Korea.


Jambatan berusia lebih 60 tahun itu masih kukuh, digunakan sehingga kini dan boleh menampung banyak kereta yang melintas.


Blimey pergi interview penduduk setempat untuk gali kisah tentang jambatan tersebut. Ada seorang pak cik ni cerita, jambatan tersebut dibina pada sekitar tahun 1960-an.


Sebelum jambatan itu dibina, beliau turut cerita susahnya nak pergi sekolah masa musim hujan sebab tak boleh nak seberang sungai pada zaman itu. '

Difahamkan masa tu Korea belum maju macam sekarang, jadi Malaysia yang lebih kaya masa tu bantu negara tersebut termasuk bina jambatan berkenaan sewaktu era tu.

Apa yang menyentuh hati, pak cik itu juga mengucapkan terima kasih dan katanya sangat menghargai Malaysia. Jambatan tersebut amat bermakna bagi penduduk di sana.

Bila jambatan tu siap pada tahun 1966, ‘Jambatan Malaysia’ ini merupakan tanda hadiah dari Malaysia.

Dua dekad kemudian, Presiden Korea Selatan yang terkenang Malaysia semasa beliau muda dulu hantar pihaknya untuk terlibat dalam pembinaan Jambatan Penang pula, berdasarkan tulisan artikel The Star.

“Kami tak akan pernah lupa bagaimana Malaysia telah bantu kami semasa dalam kesusahan dulu.” kata Lee Kyoung Dock dari Kedutaan Korea Selatan di Malaysia kepada akhbar The Sun Daily.

Semoga ‘jambatan’ atau jalinan antara Malaysia dan Korea ini terus terbina kukuh sampai bila-bila. 🇲🇾🤜🤛🇰🇷


Pada masa kini, pengaruh hiburan dari Korea Selatan seperti KPop dan KDrama sangat luas ke seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Maka, tidak hairanlah kita dapat lihat di media sosial makin ramai kenalan kita pergi bercuti ke sana (atau sekurang-kurangnya memasang impian besar ke sana).


Jika dilihat daripada sejarah, negara Malaysia dan Korea Selatan sememangnya mempunyai hubungan baik sejak dahulu lagi, baik daripada aspek pelaburan ekonomi, budaya dan pendidikan. Mengikut sejarah, Malaysia dan Korea Selatan pertama kali menjalin hubungan diplomatik dua hala apabila kerajaan Malaysia telah membuat kunjungan rasmi ke negara tersebut pada tahun 1960 atau lebih tepat pada tarikh 23 Februari 1960.

Dengan terbinanya hubungan diplomasi antara kedua buah negara ini, Malaysia telah mempunyai pejabat kedutaan di Seoul dan Korea Selatan memiliki kedutaan di Kuala Lumpur. "Jambatan Malaysia" di Korea Selatan Tahun 2020 yang lalu merupakan ulang tahun ke 60 hubungan baik antara kedua-dua buah negara. Lebih menarik, terdapat sebuah video di Youtube yang dihasilkan oleh produser tempatan di sana mengenai kewujudan sebuah jambatan di Korea Selatan yang diberi nama "Jambatan Malaysia".


Terletak di Paju-Si, kisah mengenai jambatan ini menjadi popular kerana pendedahan seorang rakyat Korea Selatan sendiri pada November 2020. Seorang wanita tempatan terlihat akan nama Jambatan Malaysia ketika menggunakan aplikasi peta dalam talian di telefon bimbitnya. Maka, dia telah ke sana untuk melihat dengan lebih dekat mengapa jambatan tersebut diberi nama "Malaysia". 

Di tepi jambatan ini, terdapat sebuah batu kuning yang turut memaparkan maklumat mengenai jambatan yang menjadi bukti hubungan baik antara Malaysid dan Korea Selatan ini. Jelas kelihatan jambatan tersebut di beri nama "Ma-Ray-Sia Gyo" di mana "Ma-Ray-Sia" yang merupakan sebutan lama orang Korea Selatan untuk Malaysia.


Menurut tulisan yang terpampang di situ juga, jambatan ini telah disiapkan pada 25 Ogos 1966 dan kerja-kerja pembinaannya telah disempurnakan oleh syarikat Han Heung Public Corporation. Menariknya, jambatan yang melintasi Sungai Gosancheon yang berusia lebih 60 tahun ini masih kekal utuh dan digunakan banyak kenderaan setiap hari.

Daripada tarikh siapnya jambatan ini, bermakna ianya telah dibina kira-kira 6 tahun selepas kedua-dua kerajaan negara Malaysia dan Korea Selatan membina hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara. 


Menariknya, dalam video yang disertakan di atas wartawan yang bertugas juga telah menemuramah beberapa orang rakyat tempatan mengenai kewujudan sebuah jambatan di tempat mereka yang diberi nama sebagai Jambatan Malaysia. Ternyata, ada antara mereka yang tahu mengenainya dan tidak kurang juga yang langsung tidak mengetahui nama jambatan tersebut.


Menurut seorang lelaki yang rumahnya terletak berdekatan dengan jambatan tersebut, jambatan itu diberikan nama Malaysia memandangkan negara kita telah bermurah hati pada ketika itu untuk menghulurkan sumbangan kewangan bagi menyiapkan pembinaan jambatan tersebut yang merupakan jalan penghubung rakyat setempat melintasi sebuah sungai kecil.

Menurut lelaki tersebut juga, tanpa jambatan tersebut mereka pada waktu dahulu akan memijak batu-batu kecil untuk menyeberangi sungai tersebt. Malangnya, apabila musim hujan tiba dan paras air naik, kanak-kanak tidak dapat ke sekolah kerana paras air yang tinggi menghalang mereka daripada menyeberangi sungai tersebut.


Apabila ditanya mengapakah kawasan tersebut menjadi pilihan untuk mendapat bantuan kewangan bagi pembinaan projek jambatan tersebut, lelaki tersebut menjawab tidak pasti namun beranggapan kemungkinan kawasan tersebut mungkin merupakan antara bandar terawal di Korea Selatan satu ketika dahulu. Secara geografinya, kawasan ini terletak kira-kira 1 jam perjalanan daripada bandar Seoul.   Hubungan perdagangan kedua-dua buah negara
Hubungan ekonomi kedua-dua buah negara pula secara rasminya terbina pada tahun 1962 apabila Menteri Pertanian Malaysia ketika itu, Khir Johari dan Menteri Luar Korea Selatan Choe Deok-sin telah menandatangani perjanjian perdagangan pertama antara kedua-dua negara di Seoul pada 5 November 1962.

Sejak 1980, Korea Selatan muncul sebagai salah satu sumber pelaburan langsung asing utama di Malaysia. Sehingga tahun 1996, sejumlah 235 projek pelaburan Korea Selatan di Malaysia bernilai RM4.6 bilion telah diluluskan untuk sektor pembuatan yang merangkumi pengeluaran produk bukan logam, produk elektrik dan elektronik, produk kayu, produk getah dan bahan kimia.

Dari tahun 2004 hingga 2008, perdagangan Malaysia dengan Korea Selatan meningkat 6.7% dari US $9.7 bilion pada tahun 2004 kepada AS $15.4 bilion. Pada tahun 2012, 287 projek lagi telah dilaksanakan dengan pelaburan sebanyak RM7.7 bilion.

Nilai perdagangan antara kedua negara  mencapai US $10.8 bilion pada tahun 2015, menjadikan Malaysia sebagai rakan perniagaan ke-12 terbesar Korea Selatan. Pada tahun 2018, SK Korea Selatan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Malaysia untuk melabur dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan 5G, minyak dan gas, teknologi hijau dan pembangunan bandar. Migrasi dan kedatangan penduduk antara kedua buah negara.
Jumlah ekspatriat Korea Selatan di Malaysia hampir meningkat tiga kali ganda antara tahun 2005 dan 2007, mencapai 14,934 individu dan diharapkan terus bertambah dengan pesat. Secara statistik pula, sekitar 200,000 rakyat Korea Selatan datang ke Malaysia pada tahun 2006 dan Kota Kinabalu adalah destinasi paling popular mereka.

Rakyat Malaysia di Korea Selatan juga telah membentuk komuniti yang jauh lebih kecil. Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, M. Santhananaban, menganggarkan pada tahun 2005 bahawa terdapat 400 pelajar antarabangsa Malaysia di negara itu.

Kehadiran mereka di Korea Selatan adalah hasil daripada idea "Pandang ke Timur" bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, yang mendorong rakyat Malaysia untuk belajar dan mencontohi sikap dan etika kerja Korea Selatan dan Jepun. 


Pada tahun 2008, kerajaan Korea Selatan bermurah hati memberikan biasiswa berjumlah RM8 juta kepada 41 pelajar Malaysia untuk menyokong mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat master, doktoral atau penyelidikan pascasiswazah lain di Korea Selatan.

Satu persoalan yang mungkin timbul, mengapakah kerajaan Malaysia bermurah hati menyalurkan bantuan kewangan bagi pembinaan jambatan ini satu ketika dahulu? Jika dilihat pada sejarah, Korea Selatan pada waktu itu jauh lebih miskin daripada Malaysia.

Menariknya, selepas 60 tahun kemudian ternyata negara Korea Selatan kini jauh lagi maju dalam segenap aspek jika dibandingkan dengan Malaysia. Malah, jenama-jenama besar seperti Samsung, Hyundai, Kia Motors dan LG juga berasal dari negara ini. 

Kredit:WikipediaThe Sun DailyLien Pang Ren SELAMAT HARI MALAYSIA 🇲🇾🇲🇾🇲🇾

SOURCE: iluminasi

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/kisah-di-sebalik-jambatan-malaysia-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Dongeng Di Sebalik Istana Kapitan Cina Tanah Melayu

Kisah Dongeng Di Sebalik Istana Kapitan Cina Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 279 hits
Istana Chung Thye Pin juga dikenali sebagai Istana Cina Tanah Melayu TANJUNG BUNGAH Chung Keng Quee dan anaknya Chung Thye Pin terkenal dengan aktiviti kongsi gelap lombong bijih timah dan kekayaannya yang melimpah ruah tetapi apa pula ceri...
Kisah Seorang Ulama Mengubah Sistem Bank Kepada Perbankan Islam Di Malaysia

Kisah Seorang Ulama Mengubah Sistem Bank Kepada Perbankan Islam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 342 hits
Ada seorang ulama saya tidak mahu sebut nama apa Dia ditakdirkan untuk menjadi menteri besar sebuah negeri negeri pun saya tak mahu sebut 20 tahun lebih beliau menjadi menteri besar Pada hari pertama dia menjadi menteri besar orang cakap ke...
Tiba Tiba Saja Rakyat Terkenangkan Kisah Notebook 1 Malaysia Dan Cermin Mata 1 Malaysia Dah Buang Tebiat Agaknya

Tiba Tiba Saja Rakyat Terkenangkan Kisah Notebook 1 Malaysia Dan Cermin Mata 1 Malaysia Dah Buang Tebiat Agaknya

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 236 hits
FITRAH MANUSIA HANYA MAMPU TERKENANG DAN SESAL TATKALA IANYA SUDAH TIDAK LAGI BERADA DI HADAPAN KITA DALAM GENGGAMAN KITA Tuai padi antara masak Esok jangan layu layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu rinduan Tulisan Nak masuk in...
Why Recall Elections Could Work Better Than Anti Hopping Law In Malaysia

Why Recall Elections Could Work Better Than Anti Hopping Law In Malaysia

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 270 hits
The news broke last night that Prime Minister Ismail Sabri Yaakob s cabinet has agreed to a slew of institutional reforms including a 10 year limit for the prime ministerial post and to expedite lowering the voting age to 18 Key among the p...
Premium Doodle Kartun Etnik Di Malaysia

Premium Doodle Kartun Etnik Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 506 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Doodle kali ini bertemakan etnik Kesemuanya ada 15 etnik di Malaysia Apa yang anda akan dapat 30 doodle bewarna 30 doodle hitam putih Jom layan preview dahulu Ada BONUS penghargaan buat anda Poster pakaia...
Dropped Deputy Minister Appointed Amanah Ikhtiar Malaysia Chair

Dropped Deputy Minister Appointed Amanah Ikhtiar Malaysia Chair

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 306 hits
Bersatu s Tasek Gelugor MP Shabudin Yahaya who was dropped as a deputy minister has been appointed as the new Amanah Ikhtiar Malaysia chairperson He replaces the late Bersatu supreme council member who passed away from Covid 19 on Aug 29 AI...
Parlimen Malaysia Bakal Saksikan Lebih Banyak Transformasi

Parlimen Malaysia Bakal Saksikan Lebih Banyak Transformasi

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 241 hits
BH ONLINE Parlimen Malaysia Foto NSTP Osman Adnan KUALA LUMPUR Parlimen Malaysia yang menginjak usia 62 tahun hari ini bakal melalui transformasi sekali gus mengangkat martabat dan kedudukannya sebagai badan penggubal undang undang tertingg...
Malaysia Thirsts For Young Leaders Paloh Rep

Malaysia Thirsts For Young Leaders Paloh Rep

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 226 hits
Paloh state assemblyperson Sheikh Umar Bagharib Ali said young leaders need to be actively sought after and polished because Malaysians are hankering for young faces as many are tired of old leaders Sheikh Umar said a prime example of such ...
Spritzer Malaysia Sends Mineral Water To Families Affected By Flood In Kedah And Perak

Spritzer Malaysia Sends Mineral Water To Families Affected By Flood In Kedah And Perak

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 231 hits
which produces Malaysia s best selling natural mineral water is again bringing aid by sending bottle water to victims of the flash floods in the northern region of Peninsular Malaysia who are in need of safe and clean drinking water sources...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023