Kisah Dongeng Di Sebalik Istana Kapitan Cina Tanah Melayu


 
Istana Chung Thye Pin juga dikenali sebagai Istana Cina Tanah Melayu. (Gambar The Last Kapitan of Malaya)TANJUNG BUNGAH: Chung Keng Quee dan anaknya Chung Thye Pin terkenal dengan aktiviti kongsi gelap, lombong bijih timah dan kekayaannya yang melimpah ruah – tetapi apa pula cerita di sebalik kediaman besar yang mereka tinggalkan?
Dari kolam renang pertama di Pulau Pinang kepada laluan bawah tanah menuju ke laut dan sebuah telaga misteri yang digunakan untuk menghumban kepala musuh yang dipenggal, terlalu banyak kisah pelik menyelubungi kediaman dan pemiliknya ini.
Berasal dari China, Keng Quee menjadikan Tanah Melayu sebagai negaranya dan memberikan sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi negara ketika dia menubuhkan Taiping dan membangunkan industri perlombongan sehingga berkembang pesat.
Berikutan sumbangan yang besar ini, Inggeris menganugerahkan Keng Quee dan keluarganya dengan gelaran berprestij Kapitan Cina Tanah Melayu.
(Kiri) Kapitan Chung Keng Quee bersama anaknya Kapitan Chung Thye Pin (Kanan). (Gambar Wikipedia dan Penang Monthly)“Moyang lelaki di sebelah ibu saya belajar di sekolah bersama Chung Thye Pin, kapitan yang memiliki Istana Cina Tanah Melayu.
“Mereka berada di kelas pertama yang mempunyai 25 pelajar, tetapi akhirnya hanya lima sahaja yang lulus, termasuk Chung Thye Pin dan moyang saya Wong Pak Fook,” cerita generasi keenam Nonya Lillian Tong, kepada FMT.
Berbekalkan darah keturunan dan gelarannya sebagai pengarah Muzium Peranakan Pulau Pinang, wanita berusia 61 tahun ini berkongsi beberapa kisah menarik mengenai Kapitan itu dan hartanahnya miliknya yang menawan.
Istana Cina Tanah Melayu
Hotel Shanghai mengadakan pesta dan jamuan teh di The Green Parrot Club. (Gambar The Last Kapitan of Malaya)Istana ini dikatakan memiliki ruang bawah tanah yang terus menuju ke pantai dan pemandangan menakjubkan sehinggakan Britain dan penduduk tempatan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Selat menggelarnya sebagai ‘Istana Cina’.
Walaupun tidak banyak yang diketahui mengenai hartanah yang cukup gah ini, Tong sempat menulis beberapa perincian dalam memoirnya, setelah membaca buku nukilan Queeny Chang berjudul ‘Memories of a Nyonya’.
“Dalam buku itu, seorang wanita pernah membawa Chang melalui laluan bawah tanah dan mereka kemudiannya duduk dan menikmati minuman teh,” kata Tong.
“Di atasnya terdapat lekukan berbentuk kubah dan apa yang luar biasa dia dapat melihat ikan berenang di atas,” kata Tong sambil menambah walaupun penulis menggambarkannya sebagai laut, Tong percaya ia sebenarnya adalah akuarium bawah tanah yang besar.
Kompleks pangsapuri No 1 Persiaran Gurney kini dibina di lokasi asal Istana Cina Tanah Melayu. (Gambar Land+)Seperti yang lain, Tong tidak pernah melihat akuarium bawah tanah ini kerana ia dirobohkan pada tahun 1964 untuk pembinaan The Shanghai Hotel.
Pada masa ini, ia bukan lagi sebuah hotel sebaliknya tempat tinggal pelbagai warga yang dipanggil kompleks pangsapuri di No 1 Persiaran Gurney, kediaman mereka.
Villa Relau
Villa Relau menampilkan gaya Sino-Venetian. (Gambar Arkib Negara Malaysia)Sebelum terkenal dengan kisah dan penampakan paranormal, Villa Relau adalah oasis peribadi Chung dan lokasi kolam renang pertama di Pulau Pinang.
Kolam itu siap pada awal 1930-an dan dikatakan terinspirasi oleh perjalanan duniawi Kapitan ketika dia jatuh cinta dengan terusan romantis di Venice.
Kolam yang dulunya sesuai untuk seorang yang bergelar raja kini menjadi bandar hantu. (Gambar ourjourney06)“Ia dikelilingi tiang-tiang yang indah, laluan pejalan kaki dan atap terbuka di tengah-tengah hutan yang merimbun,” jelas Tong, sambil menambah setiap tiang batu diukir dengan teliti berekaan tali berliku.
“Mereka perlu memasak air untuk mengisinya supaya dia dapat berenang di waktu pagi dengan air yang hangat,” cerita Tong sambil tertawa dengan kisah yang melampau itu.
Malangnya, Kapitan hanya dapat menikmati air hangat di kolam itu selama beberapa tahun saja selepas meninggal dunia pada 7 April 1935 dan mengakhiri era Kapitan Cina di Tanah Melayu.
Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang
Gambar Kapitan menghiasi dinding di muzium ini. (Gambar Tsen Ee Lin @ FMT Lifestyle)Seni bina timur-bertemu-barat yang luar biasa di Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang menjadikannya antara bangunan yang paling dikagumi di Pulau Pinang hari ini.
Sebelum menjadi rumah Peranakan, ia adalah kediaman milik Kapitan Chung Keng Quee. Sebelum kematiannya, Keng Quee turut membina sebuah kuil di dalam rumah agam tersebut untuk dirinya dan masih digunakan sehingga kini.
Mungkin anda sendiri pernah melawat muzium itu dan memberi penghormatan di kuilnya, tetapi Tong sempat berkongsi kisah yang jarang didengar dan agak ‘gelap’ mengenai masa lalu kuil itu.
Kuil ini terletak di Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang Peranakan Mansion dan merupakan lokasi yang menarik untuk dilihat. (Gambar Tsen Ee Lin @ FMT Lifestyle)“Terdapat sebuah telaga di kuil ini yang sangat terkenal,” kata Tong dengan suara tersekat-sekat.
“Difahamkan Kapitan akan memenggal kepala musuhnya dan membuang ke dalam telaga supaya ia hanyut ke laut.
“Saya turut membaca dalam laporan penasihat bahawa mereka sering melihat mayat tanpa kepala terapung di laut,” kata Tong, sambil menjelaskan bahawa Beach Street sebelum ini adalah sebuah pantai yang indah sebelum ia ditar dan tanahnya di tambak.
Kini, pintu ke telaga tersebut kekal berkunci tetapi Tong mengakui pernah sempat mengintip keadaan di dalam.
“Satu hari penjaga terlupa mengunci pintu dan saya sanggup berlari untuk menjenguk ke dalam telaga tersebut,” katanya.
“Walaupun ia kini di pedalaman, saya masih dapat melihat pasir laut di dasar telaga itu.”
Walaupun Tong tidak pasti sama ada badan tanpa kepala benar-benar tenggelam ke dasar telaga itu, dia yakin Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang akan terus hidup berabad lagi sama seperti kisah dan pelbagai legasi yang ditinggalkan Kapitan Cina Tanah Melayu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/09/kisah-dongeng-di-sebalik-istana-kapitan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penganggur Buang Ipad Curi Di Tanah Perkuburan Cina Dipenjara

Penganggur Buang Ipad Curi Di Tanah Perkuburan Cina Dipenjara

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 324 hits
Lelaki itu Raindayonlive Shall Kainsor mengaku bersalah di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun membuang sebuah iPad curi di tanah perkuburan Cina Taman Keramat pada jam 7 pagi 25 Februari tahun ini Kota Kinabalu Seorang penganggur berum...
Tanah Haram Musang King Pun Salah Dap Melayu Malas Gitu Lah

Tanah Haram Musang King Pun Salah Dap Melayu Malas Gitu Lah

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 276 hits
MALAY DRAMA THE VICTIMC N P dr WATanah Haram Musang King pun salah DAP Tadi tiba tiba ada walaun PAS menyelit komen tanya pasal Musang King aku mulanya malas nak komen pasal kes ni Bila dah tanya aku jawab lah Ni nak habaq Masalah tanah kat...
Jalan Terjejas Oleh Tanah Runtuh Akan Dibaiki Segera Bung

Jalan Terjejas Oleh Tanah Runtuh Akan Dibaiki Segera Bung

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 300 hits
TURUN PADANG Bung bersama Pengarah JKR Ir Ali Ahmad Hamid turun padang sebelum ini bagi memantau kejadian tanah runtuh di Kundasang Ranau Jalan terjejas oleh tanah runtuh akan dibaiki segera Bung KOTA KINABALU Kerja kerja pembaikan jalan ro...
Stor Penyimpanan Ubat Kkm Kenderaan Motosikal Tertimbus Tanah Runtuh Di Kg Kopungit

Stor Penyimpanan Ubat Kkm Kenderaan Motosikal Tertimbus Tanah Runtuh Di Kg Kopungit

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 478 hits
PANTAU Pasukan bomba sedang memantau keadaan di lokasi tanah runtuh di Kampung Kopungit di sini KOTA KINABALU Stor penyimpanan ubat ubatan milik Kementerian Kesihatan Malaysia terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Kopungit di sini...
Keluarga Dipindahkan Setelah Tanah Runtuh Di Kg Buit Hill Putatan

Keluarga Dipindahkan Setelah Tanah Runtuh Di Kg Buit Hill Putatan

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 313 hits
Kejadian Tanah runtuh meranapkan rumah 1 keluarga di Kg Buit Hill Putatan 1 Keluarga sempat melarikan diri tanpa kecederaan kerana rumah rosak dihempap batu tanah PENAMPANG Satu keluarga sempat melarikan diri tanpa kecederaan apabila berlak...
33 Rumah Di Kg Kopungit Terjejas Akibat Tanah Runtuh

33 Rumah Di Kg Kopungit Terjejas Akibat Tanah Runtuh

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 326 hits
Sebanyak 33 rumah penduduk Kampung Kopungit di sini dikenal pasti tidak selamat berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku semalam Foto FB KOTA KINABALU Sebanyak 33 rumah penduduk Kampung Kopungit di sini dikenal pasti terjejas atau berad...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Lebih Rm100 Juta Disita Sprm Daripada Rumah Bekas Pegawai Kanan Ismail Sabri